Sunday, March 1, 2009

PROGRAM BERSAMA - PALESTIN - RAIHAN

Program BERSAMA PALESTIN - RAIHAN adalah satu program MISI KEMANUSIAAN yang di anjurkan oleh pihak Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) dengan beberapa badan NGO.
Tujuan utama ialah untuk membantu mangsa keganasan rejim zionis terhadap rakyaat di Palestin.Program yang di cadangkan pada 8hb Mac 09 ini telah pun di ubahkan kepada satu tarikh baru yang di persetujui oleh pihak yang berkuasa kerana atas beberapa sebab yang tidak dapat di elakan seperti identiti penceramah yang tidak memuaskan pihak tertentu,manakala program perarakan pula telah di batalkan dan di ganti dengan program perhimpunan sahaja.Dan saya sebagai seorang penganjur perlu di interviu juga kerana sebagai badan NGO saya tidak boleh meyebelahi mana mana parti politik .Ini semua adalah prosedur biasa untuk menjalankan sesuatu program yang besar dan .InsyaAllah saya dapat mengatasi segala masaalah ini,Kalau tidak ada masaalah tidak adalah kejayaan.
Walau bagaimana pun saya terpaksa juga menanggung rasa bersalah kepada pihak RAIHAN yang memberi komitmen yang baik bila program ini di usulkan,pihak pengurusanya telah membatalkan beberapa program untuk kumpulanya yang akan mengadakan persembahan pada 8 hb Mac tersebut kerana untuk mengadakan program BERSAMA PALESTIN.Walau apa saya minta maaf kepada En Mubin yg sentiasa memberi laluan kepada BERSAMA jika di minta untuk bekerjasama.
Ini adalah tarikh terbaru yang telah di persetujui oleh pihak yg tertentu untuk pihak kami menganjurkan program tersebut
BERSAMA - PALESTIN -RAIHAN
Tarikh 27 hb Mac 09 (Jumaat) Masa 10.00 pagi - 11.00 malam Tempat Stadium MPKj Kajang. Agenda 10.00 : Pameran & Jualan 3.00 : Pertandingan Melukis Kanak Kanak 9.00 : FORUM Bersama Panel Jemputan
Ustaz Hafizi Mohd Noor
Ustaz Arif Hazlan Hj Ismail (Penulis buku GAZA MENANGIS)

10.30 : konsert Amal RAIHAN

Program yang berikutnya
FORUM BICARA AD DEN BERSAMA PALESTIN
Anjuran :
1 PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)
2 Radio IKIM fm
Tempat
Masjid Raja Muda Musa,Semenyih
Forum
Ustaz Abdullah Abdul Wahab al Hafiz
Hj Muhammad Zakaria
Moderator
Ustaz Mahatdir Saharuddin
Tarikh
4hb April 09
Masa
9.00 malam


Saya sangat berharap semua pihak dapat meyumbang untuk menjayakan agenda MISI KEMANUSIAAN ini,kerana sebagai insan biasa yang hidup di bumi bertuah yg tidak ada mala petaka yang dahsyat menimpa kita,tidak ada peperangan dan tidak ada musibah ngeri yg berlaku maka marilah kita sama sama mencurahkan rasa simpati dan tanggunjawab sesama insan,InsyaAllah hari ini kita menolong orang,di satu hari nanti orang pula akan membantu kita.Sesungguhnya Allah itu Maha adil dan Saksama.

Saya juga meyeru kepada sesiapa yang berminat untuk meyertai program yg kami anjurkan ini di alu alukan untuk meyumbang bantuan kewangan untuk kami menjayakan misi ini iaitu
1 Membeli 3 buah ambulan
2 Membaikpulih madarasah,Masjid yang telah rosak & musnah
3 Meyumbang bantuan seperti makanan,ubat ubatan dan air bersih kepada mangsa perang.
Keperluan yang kami perlukan untuk misi yang pertama ini ialah sebanyak RM 250,000 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Lima Puloh Ribu) Pihak kami akan menghantar 2 org doktor,1 org jurugambar 3 orang sukarelawan.
Sumbangan Anda boleh melalui akaun berikut
Nama Akaun : PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)
No Akaun : : 2 - 00-5561-00001319-0
Bank :Agro Bank

Di harap usaha ini akan menjadi salah satu antara sedekah jariah yang akan kita tinggalkan di muka bumi ini apabila kita telah kembali kepadaNya.

Salurkan bantuan anda

No comments:

Post a Comment