Friday, May 21, 2010

Belajar Sembahyang

"Puan saya dah Islam 14 yahun lalu" Kata Tok Batin Omar pada saya sewaktu mula mula saya jumpa dgnya 5 tahun lalu

"eeeh baguslah tu Tok Batin, kalau dah masuk Islam selama itu tentu tok batin boleh ajak orang satu kampung ni masuk Islam" kata saya dgn bersahaja

" aaah kau tahu, aku ni dah di tipu oleh kerajaan" kata tok batin sambil mengoyangkan jari telunjuknya pada saya " tipu pasal apa pulak" tanya saya sambil berundur dua tapak kebelakang bila tengok muka tok batin mula merah " kou tahu, masa ajak orang orang aku masuk Islam, janji dgn kita orang nak bagi duitlah, nak bagi makanlah, nak buat tadikalah dan macam macam lagi" kata tok batin dgn penuh emosi

" kerajaan ni dah tak betul agaknya, janji aje dgn kita dan di ajaknya kita masuk Islam ramai ramai, tapi janjinya haram di tunaikanya" kata tok batin dgn nada suara yg marah " eeh tak ape tu tok batin, janji kita ni ada agama"kata saya " aku ni bukan bodoh, org kampung ni nak duit,bukan nak agama" kata tok batin dan saya terdiam, kau tahu aku ni dah sembahyang, dah puasa dan dah tak makan babi lagi selama setahun, kita org beragama Islam, tapi tak ade seorang pun org pejabat agama datang ajar kami, kalau dtg pun dia tidur aje kat surau dan suruh kami dtg kesurau" kata tok batin lagi,

" aaah sekarang kau pulak nak ajak aku masuk Islam, aku tak nak, orang macam kau ni suka bohong org asli, cakap pandai, janji pandai, tapi tak tau nak laksanakan, tak apelah kau ajelah yg sembahyang" kata tok batin pada saya.

Saya sabar menerima cemuhan dari tok batin. Tapi saya bernekad, satu hari nanti saya akan Islam mereka ini dan saya tidak mau bohongi mereka lagi dan saya mahu ajar mereka sembahyang dan mau bawa mereka balik ke agama Islam dan mau bina semula akidah mereka.

Saya harap mereka akan dapat menerima saya walaupun ada puak puak saya yg meninggalkan bekas yg yg tidak baik pada mereka, tapi saya mahu basuh bekas yg terpalit itu dgn cahaya agama Islam. Saya rasa tak sudah saya bercerita tentang mereka ini degil tak mau masuk Islam, tapi saya kena berbuat sesuatu untuk mereka.

Jika ada saudara saya yg membaca blog saya ini mohon saya sumbanglah tenaga anda, ilmu anda, kewangan anda dan doa anda buat kami didalam menjalankan usaha yg baik ini.

Thursday, May 20, 2010

MEMINTA MINTA

Saya baca satu curat yg bertajuk Pertolongan Allah, lucu bangat ceritanya, apa tidaknya dunia ini terbentang luas dan banyak perrkara yg kita boleh buat, kenapa kita merintih. Kerja merintih kerja Mat Jenin (Cerita Mat Jenin ini ada dlm buku Wadah Cinta Solehah).

Kerja sikit rintihnya banyak. Kita mesti kerja lebih, buat yg terbaik dan sumbang dengan iklas, lepas pada tu baru kita cerita tentang keperluan kita.

Jangan begitu wahai si gadis, orang tua pun boleh jadi jutawan, nikan pula kita yang muda belia kenapa tak bisa jana pendapat sedang kita pandai komputer, pandai macam macam kemahiran.

Apa sebab kita merintih? sebabnya kita memikir bahawa kerja yg kita buat dah memandai tapi sebenarnya kita memikir sahaja dan kurang membuatnya. Kadangkala tu kita menghabiskan masa memikir tapi kurang bertindak.

Kalau kita mahu jadi orang maju, berjaya jangan merintih, hidup dengan happy, jangan murung sahaja pikir orang berhutang dgn kita sahaja, aaah perdulikan aje orang berhutang dgn kita, halalkan aje, atau kita ni tak ade duit nak bayar hutang. Kalau kita tahu kita tidak ada duit jangan berhutang dan kita mesti kuat bekerja untuk dapat duit.

Jangan kerja yang sepatutnya kita buat seminggu jadi setengah tahun pun tak siap siap jadi macamana nak dapat pendapatan.

Ini hanya leteran aje, kalau rasa tak betul abaikan aje. Selamat bejaya......

Tuesday, May 18, 2010

SELAGI BOLEH

"Mak tak masak ke?" tanya seorang anak yg berusia 13 tahun pd ibunya yg sedang melipat kain,"Masak, tapi kejap lagi" kata ibu si ibu sambil menyembunyikan sesuatu dari anaknya yg sudah tidak fokus untuk belajar sebab lapar

" masaklah mak apa aje" kata anak lagi"

sabarlah sayang, nantilah mak habis lipat kain dulu" kata si ibu dengan sayu "

tak apelah mak, saya tidur dulu, kalau mak dah masak nanti gerakkan saya ye" kata anak itu sambil berlalu.

Ini kisah seorang ibu.

Kalau seorang ibu itu kata beras tak ade kat rumah apakah anak percaya atau tidak? iye anak tidak mahu percaya kerana seorang ibu akan berdolak dalih dengan anaknya untuk menyembunyikan ketidak mampuanya,

tapi kalau seorang bapa kata beras tiada di rumah anak akan percaya kerana seorang ayah akan berterus terang kalau dia susah dan dia akan berterus terang juga kalau untuk kepentingan dirinya.

Ini telah berlaku pada seorang sahabat saya yg baru saya temuinya sudah terpisah 12 tahun lalu.

Kata isterinya dia tidak punya cukup duit untuk menyara 5 orang anaknya kerana suaminya sering mengatakan tidak cukup duit walaupun suaminya bekerja siang malam mengais rezeki.

Kadang kala nak makan tengahari dia terpaksalah goreng nasi bubuh garam aje, pagi pun sama dan malam pun sama kerana menunggu huluran duit dari suaminya.

Setiap 3 hari suaminya beri RM 50 untuk sara 5 orang anak anak yg sedang membesar, itulah duit belanja sekolah, itulah duit dapor, itulah duit beli sabun basuh, itulah duit untuk sayur ikan.

Hari ini harga sekilo ikan kerisi RM 9, harga beras RM 28 utk sepuloh kilo. Semua barang harga naik.

Sebenarnya dlm situasi begini suaminya sangat mampu kerana ada kalanya mungkinlah untuk memberi isteri tu suaminya terpaksa berkira takutlah isterinya beli barang kemas ke, beli baju ke, atau pergi makan KFC.

RM 50 yg di beri untuk biaya anak seramai 5 orang bukanlah satu masaalah, tapi kalau tinggal di pendalaman. Tapi kalau tinggal di Selayang, Gombak atau di mana mana bandar RM 50 tiada makna, nasi lemakpun dah berharga RM 1.20 sebungkus.

Kadangkala tu suami ini sungguh bijak berdolak dalik dengan isterinya, kalau untuk urusan kepentingan peribadinya " duit tak jadi hal" kalau orang kata tidur hotel harga RM 150 semalam pun pada setiap minggu pun dia kata boleh, kalau orang kata beli aje baju ni " no problem, boleh aje" dan kalau orang kata makan kat luar belanja makan besar, dia akan kata " yes!" tapi kalau untuk memberi sedikit belanja asas untuk anak dan isteri maka akan berkatalah " eeh semalam kan dah beri RM 50, habis dah ke?"

Buat suami yg bersikap begini, hidup di hari ini tidak sama dengan ibubapa yang hidup 30 atau 40 tahun yg lampau, dulu RM 50 boleh makan seminggu, tapi hari ini belanja anak sekolah aje dah RM 3 untuk seorang dan untuk beli barang dapur untuk sekali makan aje dah RM 20. Bagaimana tu wahai suami sahabatku. Jangan perlakukan begitu pada isteri anda. Sesungguhnya anda memang mampu dan kalau anda tidak mampu masakan anda boleh lakukan yang lebih untuk kawan anda. Saya berdoa semoga rumahtangga sahabat saya tidak goncang kerana duit. Sabar ye.

Monday, May 17, 2010

MATLAMAT TAK SAMPAI

KARNIVAL BELIA pada 14 -16 Mei 2010 di Putrajaya.Kami dari persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) ikut sekali, bawa belia.
Sungguh menyayat hati,

belia datang berbas bas dari seluruh pelusuk Malaysia, budak budak PLKN, budak pengakap semuanya datang.

Tiga hari yg panas terik,

Saya lihat gelombang belia hari ini sudah hancur, dan punah. Berbagai permainan di sediakan oleh penganjur dan bila saya kira hampir 80 permainan dlm masa 3 hari. Nak terbelalak biji mata saya tengok, anda sebut nak main apa, semuanya ada dan melibat orang muda yang sedang ghairah dan berdarah panas.

Tapi yg paling malangnya bermain macam macam tapi tidak pernah sekalipun di beritahu pada budak budak muda ni "berhenti sebentar kita solat", azan yg berkumandang dari 2 buah masjid yg indah dan besar itu langsung tidak memberi kesan apa apapun pada pengunjung.

Makin kuat azan makin kuat bunyi muzik.
Bila saya sertai program seperti ini barulah saya tahu bahawa betapa ceteknya minda orang merangka program ini.
Yg datang tu remaja Islam yg berjumlah 80 peratus, mana budaya Islam yg di modulkan?

apakah budak budak muda mesti di mabukan dengan permainan yg tiada memberi roh itu? bukan saya kata permianan tu tak boleh, tapi saya sangat terhina dan sunnguh sedih dengan program seperti ini.

Pemuda pemuda yang berjumlah ratusan ribu yg mengunjungi karnival belia ini seperti remaja yang tiada panduan.

Yang di sediakan pesta hiburan, pesta makanan, pesta berkepit,pesta sukan, pesta melepaskan gian dan rindu.


Mana pesta ibadah? Ibadah kat masjid, iye betul pesta ibadah tu di masjid, tapi ni haaa saya nak beritahu kepada Perbadanan Putrajaya yang mendirikan sebuah khemah solat yg berukuran 20 kaki x 20 kaki dan di bahagi 2 dgn tempat solat perempuan dan tempat solat lelaki, dahlah tu tiada kipas, tiada lampu dan yang terhina sekali di dirikan khemah tu bersebelahan dengan "public toilet", mana kebersihannya? dan kalau mau ambil air sembahyang masuk aje ketandas yg serba kekurangan tu dan ambilah air sembahyang kat situ, bersihkah? hanya Allah saya yg tau, percikan air tahi, percikan air kencing dan entahlah saya pun tak tau nak cakap ape.

Tempat sembayhang org Islam di bina sebegitu rupa dan berbanding pula dengan khemah pameran, khemah konsert ada 4 buah yg besarnya tak usah cakaplah tengok ajelah kat TV 3 konsert jom heboh, aaah macamana? besarnya gerai makan yg semuanya lengkap. Kenapalah kita semua ni jadi begini dan yg paling sedih lagi perkhidmatan untuk pengunjung untuk mengunjung gerai di sediakan bas yang sentiasa berpusing pusiang dari satu tempat kesatu tempat dan tiada perkhidmatan bas untuk ke masjid.Kalau nak gi solat kat Masjid Sultan Zainal Abidin yg cantik tu kena jalan kaki lebih kurang 15 minit.

Iyelah tengah panas terik jalan kaki, tak apelah. Manakala di sebelah gerai jom heboh ada di dirikan surau dan boleh ambil wuduk, baguslah gitu, bolehlah tahan sikit.


Saya harap anda semua boleh memikirlah kenepa gejala sosial sangat teruk sekarang? siapa yg membikinya. Jangan ada sikap salah menyalah dalam soal ini. Anak anak ini orang tualah yg mencorakanya.Dan saya nak ingatkan kalau buat program besar besar dan hebat utamakan yang terpenting buat orang Islam dan barulah negara boleh di sebut NEGARA ISLAM.

Tuesday, May 11, 2010

HARI UNTUK BASUH KAIN

Basuh kain? issssy ni kerja mudah teruatama zaman sekarang, kedai dobi ada, mesin basuh ada dan orang gaji pun ada. Tapi kalau zaman saya kecik kecik dulu basuh kain guna tangan. Saya mula belajar basuh kain pada usia lapan tahun.

Masa itu emak suruh basuh baju sendiri, lepas tu bila naik darjah tiga saya mula basuh baju emak dan ayah.

Bila dah besar sikit saya basuh semua baju kotor yg terdapat kat umah. Basuh kain masa saya dulu adalah kerja sebelah pagi, timba air dari perigi dan isi dlm besen atau baldi, pas tu rendam baju kotor tu dalam setengah jam dan ambil berus sabut maka beruslah kain itu hingga hilang segala kekotoran atau dakinya.

Kemudian bilas kali pertama timba lagi air dari perigi, kemudian bilas pula kali kedua kadang kadang lengoh tangan kerana memerah kain. Kalau basuh baju satu rumah tu dari jam 7 pagi jam 10 pagi baru habis.

Bila tiba menjemur pula kena jemur betul betul kerana kalau jemur sambil lewa kain tak kering. Dan bila jam 3 atau 4 petang angkat pulak kain tu dan lipat serta letak atas rak. Ini latihan saya terima.

Kerja basuh kain taiada hari tertentu, kalau saya sekolah saya basuh kain ini pada hari sabtu dan ahad. Kalau hari cuti penggal saya kena basuh kain setiap pagi.

Bila tugasan ini jadia biasa saya rasa gatal tangan bila tengok orang melonggokan kain hingga seminggu atau dua minggu baru basuh. Kenapa tak di basuh aje lepas pakai.

Ada pula hari tertentu untuk cuci kain. Sekarang ni lagi senang, masuk aje dlm mesin basuh dan tak payah tunggu nanti ambil aje dlm mesin basuh tu utk jemur.

Tapi lihat anak sekarang ni lagi canggih kemudahan lagi malas lagi tak pandai nak gunakan kemudahan itu. Ada pula tu kain dah berlonggok sampai 3 minggu maka kain tu dah berkulat dan bau hapaknya melekat dan bila basuh kadang kadang rosak kain baju.

Ini sikap sangat buruk anak anak remaja sekarang. Pemalas dan sangat malas untuk mengurus hidup.

Apalah salahnya kain yg di pakai setiap hari tu lepas pakai di basuh terus. Kenapa mesti di simpan kain yg kotor? issy tak taulah saya. Orang melonnggok kain banyak banyak dan pakai semula kain yg tidak berbasuh ni selalunya kaum peribumi.

Ini saya lihat sendiri dengan mata saya. mereka lonngok kain tepi dinding rumah bila nak pakai mereka kibas kibas takut ada semut yg merayap. Hhh lepas tu mereka pakai, sebab itu kulit kaum peribumi ini mudah kena jangkitan. Ibu ibu harus mengajar anak anak basuh kain walaupun ini perkara remeh tapi penting untuk seorang gadis. Belajar basuh kain ,belajar mengurus diri.

Sunday, May 9, 2010

Cucu

Foto : Barisan cucu nenek. Hensem dan jelita.

Hari ini nak cerita pasal wanita lagi, iyelah wanita ni kan hebat. Kadangkala tu ada perkara yg wanita boleh buat tapi lelaki tak boleh buat. Tak ape kita tinggalkan cete kehebatan wanita ni, tapi saya mahu menganugerahkan jutaan terima kasih buat wanita yang bergelar nenek, atau tok wan atau apa sahaja. Sebab ape? kerana mereka ini adalah insan yg sangat sentif di usia senja atau di usia emas.

Selalunya wanita yg ada status nenek ni jiwanya sangat terasa dengan keadaan sekeliling. Ialah sebab hormon di badan mereka dah berkurang, daya tahan tulang pun dah mula rapuh, mata pula kian rabun dan telinga pun dah tak begitu dengar.

Ini saya lihat emak saya yg berada di Titian Bintagor. Selepas pemergian arwah abah emak tinggal seorang, anak anaknya dah ambil kata sepakat untuk bergilir menjaganya.

Kononya macam dia setuju, tapi dia tidak tenang tinggal di rumah anak cucunya. Dia sangat bahagia tinggal di rumahnya di Titian Bintagor.

Tapi siapa nak jaganya? entahlah...

anaknya semua bekerja di bandar dan kota, cucunya ramai yang masih belajar dan yg dah kerja memang tak bolehlah nak jaga neneknya. Akhirnya dia akur juga tinggal dengan anak anaknya.

Tapi di hatinya mungkin kelat walaupun di mukanya manis. Maka sekali lagi anak anaknya berpakat dan buat keputusan untuk mengilirkan cucunya yg masih belum bekerja, atau yg menunggu keputusan masuk universiti untuk menjaga nenek kesayangan mereka di kampung Titian Bintagor.

Ada syarat kalau nak cucu duduk bersama dengan neneknya

1 Kat umah nenek mesti ada internet
2 Ada motor sebagai kenderaan.

Hebat hebat cucu sekarang dan dua dua perkara ini belum ada lagi kat umah nenek. Tapi cucunya dapat terima dgn syarat cucu bawa laptop dan brodband. Issy lucunya cucu nenek.

Tak ape asalkan cucu iklas menjaga nenek. Sekarang ni dah masuk minggu kedua cucu nenek wan Tomah menunggunya

Minggu pertama dulu Zayad, minggu ni Ummu Sakinah dan minggu depan depan mungkin Khodijah anak induk Kuantan. Harap cucunya sabar dan tabah. Itu "Ibu" kepada orang yg melahirakan bapa atau ibu kamu.Selamat bermanja dengan nenek.

Friday, May 7, 2010

SUMPAH BUAT SI TANGGANG

"Selamat hari ibu" terlalu istimewa gelaran buat seorang wanita, gelaran ini tiada buat orang lelaki walau sebagaimana kuat atau gagahnya lelaki itu.

"Ibu" saya dah tiada Ibu lagi, tapi saya masih mempunyai "emak: sama saja ibu yang melahirkan saya dengan emak yang menjadi ibu kepada orang yang menjadi kesayangan saya. Tiada bezanya.

Kedua duanya Wanita. Semasa saya kecil dulu pernah saya dengar org cerita tentang anak durhaka. Masa itu saya tak faham sangat apa makna "durhaka" ooo rupanya durhaka itu melawan cakap makbapak, tak dengar nasihat, degil dan istilahnya kalau anak durhaka ini hidupnya pasti tak selamat.

Kalau zaman saya kecil kecil mak saya selalu ingatkan bahawa kalau ibu cakap jangan bantah, kalau ibu cakap jangan bankang dan kalau ibu cakap kena dengar.Kalau degil ibu akan pukul, rotan dan cubit hingga lebam paha. Saya selalu juga kena rotan dan cubit, lepas itu dah tak buat lagi.

Tapi hari ini anak anak sudah mula membandingkan "Ibu dan kawanya" kadangkala cakap ibu dia lawan, dia buat tidak tahu saja dan tak kisah. Tapi kalau cakap kawan semuanya dia dengar dan ikut. Sebab apa jadi begitu? banyak faktor anak jadi begitu.

Anak kalau sudah menganggap kawannya org penting dlm hidupnya , maka kawanya yg menjadi penasihatnya dan siibu yg melahirkanya dianggap sebagai teman untuk dia berhujah pendapat. (ini tidak patut)

Semalam seorang kawan saya cerita anak jiran yang berusia 14 tahun telah menendang perut ibunya kerana ibunya merampas handphone dari tanganya. Ibunya telah melarang dia mengunakan handphone dan suruh dia belajar, tapi anaknya tidak mahu dengar, maka ibu itu marah kerana anaknya telah menyalah gunakan handpone itu dengan mengambil gambar yg bukan bukan.

Maka ibunya telah hilang sabar lalu merampas handphone itu. Tanpa di duga anak itu dengan sekuat tenaga mudanya telah menendang perut ibunya sehingga ibunya terlentang dan terhantuk kepala ketiang rumah. Anak itu merampas handpone itu dan lari, maka sang ibu menagis kesakitan sambil memanggil manggil nama anaknya itu.Itulah akhlak anak sekarang. Buat Para Ibu "Selamat hari Ibu"

Wednesday, May 5, 2010

KENA FITNAH

"fitnah" ini adalah satu ungkapan ngeri. Kalau kita buat fitnah kat orang balasanya masuk dalam golongan orang orang jahat dan berhati sumbing. Kenapa mesti fitnah orang? apa salah orang? selalunya orang buat fitnah ini dia mempunyai niat yg tersembunyi dan niat yg kurang baik terhadap orang lain.

Saya teringat satu kisah bagaimana seorang sahabat saya di fitnah. Ceritanya begini.
2 orang kawan saya di suruh oleh majikanya untuk buat satu proposal untuk membuat satu program, masa untuk membuatnya selama 1 minggu. Maka kawan saya yg seorang ni pandai sikit maka dia dgn rela untuk membuat proposal itu. Kawan saya yg seorang lagi diam sahajalah.Dan dia setujulah kawanya membuat proposal itu.

Bila masa untuk membentang kertaskerja itu kawan saya yg tidak buat kertas kerja itu telah meneliti kertas kerja yg di buat oleh kawannya itu. Maka bila di baca oooh kertaskerja itu memberasangkan dan masa meeting perbentangan kertaskerja itu dengan tidak semena mena kawan yg tidak buat kertaskerja itu telah menfitnah terang terangan dan mengatakan bahawa semua kertaskerja dan idea itu dia yg buat dgn susah payah dan tidak tidur malam untyk menyiapkanya.

Bila bila membentang agenda kertaskerja itu kawan itu tidak dapat menerangkanya dgn betul dan sambil tergagap gagap dia tidak menjawap dgn baik soalan yg diajukan oleh majikanya. Untuk menutup segala kelemahanya itu dia telah memfitnah sahabatnya yg semenjak tadi hanya memerhati sahaja gelagat kawanya itu. Tapi keburukan akhlak dan peribadi kawanya terserlah dan dapat di hidu oleh majikanya itu.

Akhirnya projek itu telah di batalkan dan fitnah dari kawanya itu kepada sahabatnya adalah perbuatan jahat dan kejahatan itu telah merugikan.Fitnah ini sebenarnya adalah perasaan tamak haloba,perasan dendam kesumat atau yang lebih parah lagi iaitu perasan yg tidak menyenangi dengan kebolehan orang. Inilah selalunya terjadi fitnah.

Monday, May 3, 2010

Minum Air Perigi

Ini adalah kisah saya semasa sekolah rendah dulu. Saya adalah anak miskin yang mana ibu saya kerjanya pagi menoreh getah, petang selalunya ke sawah utk tanam padi. Manakala ayah pula kerja menyukat tanah orang atau istilahnya kerja sendiri.

Hobi ayah saya yang hingga ke akhir hayatnya ialah meneroka tanah. Jadi saya ini adalah anak sulongnya yang sentiasa mengikut kemana sahaja ayah pergi iaitu kalau dia buka tanah baru untuk di terokanya untuk jadikan sebuah kampung.

Satu ketika ayah telah membuka sebuah kampung yang jauh di pendalaman. Ibu saya saya tidak mahu ikut sebab jauh dari bandar dan kami adik beradik tiga orang terpaksa ikut ayah tinggal di kampung yang belum ada orang tinggal itu.

Pondok yg di bina oleh ayah ialah bertiang empat sahaja berlantaikan buluh dan berdinding rumbia. Ayahlah tukang masak, ayahlah tukang cuci dan ayahlah juga mencari rezeki. Masa itu kami masih kecil, kesusahan begitu tidak terasa tapi yang penting kami dapat bermain main.

Masa berlalu dan saya pun menginjak pada usia mahu masuk sekolah. Jauhnya dari rumah kesekolah lebih kurang 15 kilometer. Masa ini baru terasa azabnya hidup ini. Masa itu ibu saya terpaksa jugalah berpindah kekampung yang ayah teroka itu memandangkan saya dah bersekolah dan ibu saya terpaksa akur dengan kehendak ayah. Rumah yang di bina di bandar yang ada keselesaan di tinggalkan sementera waktu dan di jengok hanya hujung minggu sahaja.

Masa saya darjah satu ke sekolah ayah hantar dengan basikal tua, balik pula ayah jemput.

Bila darjah dua ayah ajar saya supaya berdikari, masa ini hanya Allah sahaja yg tahu betapa letihnya badan. Bangun pagi jam 5 pagi pergi kesekolah jalan kaki 5.30 pagi dah bertolak dari rumah berbekal duit 10 sen dan cekodok atau lempeng. Bila dah jam 10 pagi cekodok atau lempeng dah keras selera pun dah tak mau,duit 10sen tu beli air dan kuih seketul.

Bila balik jam 12.30 tgh, cubalah anda bayangkan jalan kaki 15 kilometer maka sampai kerumah sehabis awal jam 4.00 petang.

Lapar?

Jangan ceritalah laparnya, Di kiri kanan jalan kampung banyak pokok cenderai dan pokok buah hutan. Semua buah hutan saya dah rasa,

Minum? iye ada sebuah perigi yang lama di punyai oleh seorang yang tinggal di simpang jalan nak masuk kekampung saya.

Kami mium air perigi itu pakai timba sahaja sehingga kenyang. Dan sebelum sampai rumah mandi sungai dulu.

Inilah kehidupan di masa dulu, tiada kemudahan dan tiada kenal letih,jemu dan tidak kenal erti tidak mahu kesekolah.Tapi anak anak hari ini ibuayah bagi duit banyak, hantar kesekolah dgn kereta, makanan berlebih lebihan dan hidup penuh dengan selesa.

Tapi tak mahu kesekolah dan pagi tadi saya ke sebuah siber cafe pada jam 6.45 pagi, saya lihat hampir 20 pelajar sekolah yang pakai seragam sekolah masuk ke sibercafe dan bila keluar dah tukar baju lain dan melayari internet sesuaka hati.Manakala kedengaran pula mereka mencarut carut dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya mereka keluarkan.Siapa yang bersalah? ibubapa yg memberi kemewahankah? sekarang ini anak anak sudah diambang kehancuran jika tidak di beri perhatian lebih.

Sunday, May 2, 2010

Tulis blog

Dah seminggu saya tak tulis blog. Mungkin sibuk atau mungkin idea kering. Tak idea tak kering, melambak lambak idea datang kadangkala itu masa nak lelapkan mata masa itulah idea datang. Tapi apakan daya tugas untuk menuntuk pembahagian waktu. Insyallah saya akan tulis dlm blog saya ini.