Wednesday, November 24, 2010

oooh Bunga Kemboja



Pagi tadi aku antar anak angkatku balik ke Kemboja, ikut jalan darat aje, murah

Aku pun tak tahu bagaimana mahu terangkan pada anda semua tentang sebuah perkataan " baik hati" anak angkat aku kata mak baik hati, aku tanya dia "yg bahagian mana aku ni baiknya" dia senyum "mak suka tolong orang" dia kata dgn lelehan air mata,"ooo sebab aku hantar kou balik Kemboja kau kata aku baik hati ye" aku tanya dia " tak lah" dia kata " ari tu saya tengok mak jual baju terpakai kat india bander nak tolong Rosdi yang kakinya memburuk tu balik ke Kemboja nak berubat, mak angkut barang dengan susah payah berkotak kotak nak dapat duit RM 420 buat tambang Rosdi" katanya " ala tu biasa Syakirah, mak kan ada tenaga lagi, bukanya mak sakit, Allah anugerahkan kudrat yg sihat, minda yg cergas tak kan orang sakit macam Rosdi tu kita nak pandang aje atau nak dengar atau kita nak mengeluh aje" kata aku " tapi mak tak malu ye, buat macam tu untuk orang lain" kata Syakirah " malu apa, kalau buat tak dengar aje orang minta tu memanglah kita tak malu, lagi pun sampai bilalah mak nak menagih dengan orang untuk keje keje mak, lagi pun orang macam Rosdi mesti kita tolong sebab dia datang ke Malaysia menuntut ilmu dan dia balik nanti ke Kemboja dia akan bawa sinar Islam, itukan kita juga berdakwah, mak ni tak pandai nak ajar orang agama, maka mak tolonglah dia, tak salahkan" kata aku " Syakirah nangis lagi " mak saya mau tolong orang, tapi saya juga susah mak" kata Syakirah " tak ape, kou susah tolong mak kemaskan kain baju kat madarasah ni dan itu pun kou tolong orang juga" itulah sedikit retetan aku bersama dengan anak angkat aku yg telah tinggal dengan aku selama sebulan.

Hari ni dia dah balik ke Kemboja untuk sementara waktu, dan aku mulalah patah kaki sebab dia ni setiap hari selama 37 hari mengikut aku kemana aku pergi, dan dia adalah anak orang Kemboja yang sangat susah, sewaktu dia balik hari ni aku telah bekalkan 20 pasang baju kurung untuk agihkan pada jiran jiranya yang miskin dan 20 buah Quran terjemahan untuk jiranya juga serta 30 buah mukaddam serta 4o buah Yassin.

Dan semuanya aku buat untuk meyebarkan risalah dakwah untuk umat Islam di Kemboaja yang kian pupus, kalau tidak anda siapa lagi yang mahu memabntu umat Islam. Sekarang aku sedang menyiapkan 2 buah madarasah untuk anak anak seperti Syakirah, Rosdi, Syukri dan yang lain lain lagi yang datang ke Malaysia untuk mencari sinar Islam.

Kemiskinan bukanlah segala galanya. Semoga Syakirah selamat ke Kemboaja dan akan kembali semula ke Malaysia membawa misi yang indah dan wangi seperti bunga kemboja

Bunga Kemboja

Bunga kemboja
Putih, bersih dan Indah
Wangi dan segar

Di taman hati seorang Soleh

ku bisik padanya
pernahkah Tuhan berjanji?
adakah esok untukmu?

ku dengar suaramu
dicelah hembusan bayu
kau mencari di mana tuhanmu

dalam kehambaanmu

dalam sendu

di celah kerikil nan tajam

dicelah kelaparan dan tangisan malamu

Hari ini

aku senang kau datang dengan sinar

ku tanya pada hatiku
Kemboaja yang ku tanam itu
apakah akan terus indah dan wangi
Jika kerikil nan tajam terus menusuk kakimu

Ku lihat genangan airmata
Ku doakan buatmu wahai bunga kemboja
Agar terus kau kuat
Sekalipun kau seperti Sumayah

Cahaya Allah telah menghambur
membakar lautan rindumu pada ad- deen
Aku mahu kau wangi wahai kemboja

atau kau

terus berlari
Bersama doa, zikir dan munajat

Padam penciptamu

Kemboaja bunga yang tak akan layu.

Rusnah AS .10.15 pg 25/11/2010

Toike Balak


Apa yag nak aku nak cete ni pelek sikit, bukanlah pelik macamana,pelik sebab ramai orang kaya yang berkira kira untuk menghintung hartanya.Sekarang ni kalau kita nak berjaya usaha sendiri nak harapkan orang sponsor hidup kita jangan haraplah kalaulah orang tu memang tuahnya sejak azali lagi dan bak kata orang "tuah ayam nampak di aki tuah manusia siapa yang tahu"

Kadang kala dunia ni mengajar kita erti sabar, kalau tak sabar macamana ye...eee tunggang langganglah manusia ni. Ini cete masa aku usia 17 tahun si manis 17 lah katakan, masa aku keje dan adalah beberapa orang lagi yang dok satu ofis dgn aku, aku ni masih baru lagi dan teman aku ni pun masih baru jugak lagi tapi ada seorang yg dah dewasa kat ofis tu.

Satu ketika tu tibalah hari raya China dan kita orang semunya di undanglah oleh pelanggan syarikat tempat kami keje ni, dia toike balak. Maka kami pun naiklah satu kereta pergi raikan toike balak tu di rumah di Sri Jaya, macam macam kuih ada tapi kita orang makan limau dan kacang aje serta air coca cola.

Masa nak balik tu kita orang ni dapatlah angpau satu seorang, kami orang pun sukalah minta mintalah angpau tu RM50, tapi bila buka aje RM 5 aje...kita orang sukalah juga sebab dapat juga angpau, nilai duit tak penting penghargaan penting.Bila tiba pada seorang kakak yang merangkap pengurus tempat aku keje angpaunya RM500...terkejut kita orang, maka kakak tu..kata" alaa kau orang ni RM 500 pun terkejut, akak pernah dapat angpau RM 2000 tau"dia kata.

Maka bila balik ofis kita orang ni buatlah kajian apalah sebabnya kakak yg tak lawa pun dah umur 40an dan dah khawin pulak tu dapat angpau banyak?sedangkan kita yang masih dara, lawa lagi dan cun cun jugaklah time tu lah dapat angpau RM 5? ropa ropanya toike balak tu balas budi, dah kenyang makan dan dah dapat tender dari syarikat ni untuk dia. Maka balasanya angpaulah..kita orang yg juru taip ni tak dapat apa apa...sedih.

Cete ni aku ungkit kembali bukan sebab apa? ni adalah kerana hidup sekarang ni "kau beri, aku terima dan aku balas"apa jugalah bentuk kehidupan masa kini semuanya berasuah, tak kira org yg dah mati pun boleh hidup jika ada duit di rasuahkan pada pihak berkuasa dan orang yang bersalah kena hukum gantung pun boleh di bebaskan jika ada wanggggg.

Malunya hidup ni ye. Tapi ada juga orang berduit ni dia suka juga menghiburkan hati orang yg di sayanginya seperti toike balak tadi tulah dia hiburkan hati kakak yg di sayanginya dgn angpau yg berlipat ganda dan aku dengar kakak tu pernahlah di hantar bercuti sekeluarga ke negeri China sebab nak hiburkan hati kakak tu, bila hati senang macam macam rezeki lalu depan mata.Bagi diri aku tak pernah pun di hantar melancung atau bercuti oleh majikan kerana nak balas jasa aku sebab aku tak pandai buat jasa.

kalau ada pun tinggal di hotel yang tilamnya macam papan, alasnya macam kain kesat dapur, bantalnya bau air basi...harganya lebih kurang RM 40 semalam, tu yang paling enak ku rasakan...kalau nak orang bagi angpau macam kakak tu kita pandai ambil hati dan pemberinya jatuh hati barulah dapat angpau atau apa yg dihajat dgn senang.

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Aku seperti dalam pantun ni lah,manalah orang nak kenang ropanya tak berbudi

Tuesday, November 23, 2010

BILA MANUSIA MEYERUPAI IBLIS

Foto : Inilah masjid yg terjadinya peritiwa berdarah iaitu 9 orang syahid sewaktu solat Isyak di tembak oleh 2 orang yg tidak di kenali.

Aku sebenarnya sudah tidak mahu mencoretkan cete tentang Thailand ni, tapi entah kenapalah bila aku ingat bahawa kedatangan aku kali ini seperti satu kenangan yg dahsyat aku rasakan.

Sebenarnya aku ke Thailand dah acap kali, pernah masa muda muda dulu datang ikut saudara dan dalam masa terdekat ni ada datang jugak dan aku naik kereta ke Thailand ni.

Tapi kedatangan kali ini aku rasa sungguh ngeri, sebabnya aku telah bertemu dengan "ruas" iaitu orang sebenar yang dikata "pejuang".

Aku sebenarnya tidak mengatur perjalanan ku ini dengan sebaiknya kerana aku sangka bahawa perjalanan sama seperti perjalananku yang telah sudah sudah.

Rupanya misi aku kali ini memang cukup meremangkan bulu romaku, aku bertemu dengan seorang pemberita yang menulisnya cerita jenayah sahaja bagi tentera Thailand...selama 4 hari kami bersamanya, bila ingatkan kembali rasanya kalau aku di aniya tak baliklah aku, tinggallah anak anak aku, tapi sebenarnya dia baik orangnya dan sedikit pemarah.

Yang kedua pula aku bertemu dengan seorang yang ingin menegakan Islam di bumi tumpah darahnya, ibaratnya "darah di bayar darah" dan tempatnya tak jauh dari masjid kerisek
Tempat yang termasuk dlam senarai hitam. Masa datang tak tau tempat tu senarai hitam bila balik baru di beritahu

Dan malam tadi berjumpa dengan ustaz Zainal dia balik ke Patani kampung isterinya masa raya korban baru baru ni, dia beritau kat umahnya terjadi pertempuran seorang mati dan 4 orang cedera parah termasuklah anak murid ustaz Zainal.

Bukanlah aku cete sebab takut nyawa melayang sebab peluru tak bermata, bukan gitu...tapi aku akuilah Thailand adalah negara yg tidak selamat untuk di lawati.Cubalah anda bayangkan jam 7.00 mlm bandar Golok lenggang, tiada orang bersimpang siur, tiada kenderaan dan tiada budak budak lumba motor...dan bila rasa nak keluar cari makan tu kena pikir dulu, aaah kalau adalah peluru sesat nanti macam mana?

Manakala di depan 7 eleven di bandar golok, askar askar minum arak dan huyu hayang dlm keadaan mabuk, aku ni masuklah ke 7 eleven beli air mineral bila lihat askar gelak gelak tak tentu hala rasa takut pulak, manalah tahu dia terpetik pemicu senapang siapa nak di salahkan, dia mabuk.


Nampaknya kekejaman dan juga penindasan yang dilakukan oleh tentera Thailand terhadap masyarakat Islam di Selatan Thai seperti tidak pernah akan berakhir malah jika tiada pihak yang serius untuk membendungnya, tidak mustahil yang ianya akan berlanjutan sehingga tiada lagi masyarakat Islam di sana.

Sunday, November 21, 2010

Bila anda lalui anda tahu

Foto : Hj Muhammad Makan dalam 1 halaqah 2 jeneral yg berbeza fahaman



Foto: Melakukan ibadah korban


Foto : Melakukan Ibadah korban

Foto : Naik ikut jalan tak resmi,5 minit sampai


Arwah emak aku selalu berkata " kalau dah tahu peria tu pahit jangan di makan" maknnya kalau dah tahu perkara yg dilakukan itu akan memudaratkan kita jangan kita buat dan jangan cuba, sebenarnya kedegilan yg ada pada seketul di hati aku ni susah nak di kata, arwah ayah kata aku ni "keras hati" nampak baik, tapi hati keras...aku rasa hatiku ni lembut aje, banyak dengar nasihat orang dan cakap orang.

Tapi ayah dan ibu lebih mengenali anaknya.

Sebenarnya raya korban ni aku dah rancang mahu ke Pakistan, tapi entah macamana tukar rancangan pulak nak gi Thailand, ni gara gara sebab ada seorang yang memberitahu aku bahawa ada sebuah madarasah yang didalm kesusahan, aku dah tulis ceritanya dalam post yg lalu.

Perjalanan selama 4 hari ke negara bergolak ni ibaratnya menyurung tengkuk ni untuk di kerat oleh orang seberang sana tu, aku pergi bukan dgn jalan resmi walaupun pasport ada, susah nak tunggu kat imegresn, naik sampan tak sampai 5 mini t sampai.

Kat blog ni aku nak rengkaskan aje cete, aah cete yg betul nanti tunggu 2 bulan lagi, sampai hari ni kalau aku ingatkan tobat aku tak mau gi lagi.

Orang gi Golok, gi Narathiwat shopping, tapi aku gi sana nak belajar jadi "pejuang" kalau anda tak kuat semangat jangan gi thailand tak pasal pasal mati gitu aje, di sana negara yg sangat tak aman berbanding dgn Malaysia.

Kat Malaysia budak budak boleh merempit dari jam 10 mlm sampai 5 pg tanpa sebarang gangguan, disana anda cuba buat deruuuuuman, motor tak jalan lagi, kepala dah hancur dulu kena tembak.

Di sana penembak tidak bersalah yang salah orang kena tembak.

Nyawa di sana macam katak, anak ayam dan sangat tiada harga, pandai pandailah jaga diri.Di sana kalau anda kemalangan patah kaki, maka anda akan buat report kat polis kononya anda kena langgar....oooh di sana tak mungkin berlaku, anda akan di lenyek sampai mati supaya anda tidak mendakwa orang melangggar anda.

Aku di sana tinggal di sebuah hotel yg biasa biasa aje, tiada langsung pelancung...aku takut nak tinggal kat umah orang.

Bila keluar aje dari pintu bilek tu aku seperti dah bersedia untuk di penggal leher atau untuk di tembak.

Walau keadaan sangat bergolak gitu tapi aku telah mengikat perjanjian dengan 2 org yang berlaianan fahaman dan pegangan iaitu untuk membantu serta menubuhkan 2 buah sekolah pondok dan akan terus membantu mereka.

Kalau dah nyawa jadi sempadanya apa nak buat.

Dan disana aku telah melakukan korban sebanyak 2 ekor lembu, korban yang lain lain tu dah hantar ke Kemboja.

Tunggu ye "Trevelog bersama 2 Jeneral"

Sunday, November 14, 2010

LUPA ASAL USUL


Atuk aku ni pawang, dia selalulah ubatkan orang sakit, macam macam peyakit dia boleh ubat.

Ini aku cete keistimewaan pawang

Diantara pawang,bomoh dan dukun...pawang merupakan yg paling glemaer sekali dari segi ranking diikuti bomah dan last dukun.

Perbezaan antara ketiga ini ialah peranan dan tugasan masing-masing dalam masyarakat tempat tinggal mereka.

Pawang merupakan memiliki kemahiran dan keupayaan ketiga penting yg perlu ada dalam sesebuah kampung

1 ketua kampung
2 imam kampung
3 pawang kampung.

Tugas pawang ni ialah menjaga keselamatan kampug dari pada dimasuki oleh anasir luar terutama musuh, baik yg di alam nyata atau yg ghaib atau binatang buas.

Orang jadi pawang ni mempunyai kebolehan merawat berbagai jenis peyakit, samada mental (kalau sekarang ni pakar saikologilah) atau sakit luaran.

Sebab itu zaman dulu kalau ada pawang,bomoh atau dukun luar yg masuk ke sesebuah kampung, mereka perlu minta izin dari pawang kampung berkenaan sebelum mengubat anak buah dia.Kalau tidak keluar hantu pawang pawang tu dan berlaga lah hantu hantu ni, aku pernah tengok hantu atok aku berlaga dengan hantu pawang lain.Tapi menanglah hantu atok aku.

Zaman kecik kecik dulu aku dudok dengan atuk aku ni, aku kadangkala sebagai pembantu iaitu tukang gorengkan bertihlah,tukang ambilkan telurlah, tukang tengokan dalam air dalam mangkuknya ada kalanya aku di paksa tengok utk menyakin pesakitnya , kau nampak tak senah tu ha keluar gambar...

Kadang kadang dia kata nampak darah, tapi saya yg mata budak budak masa tu mana ada nampak.Biasalah pawang bikin gempak sikit, tapi ada yang betul jugak tau kalau anak orang kampung sakit perut, ubatnya senang aje minyak tanah tu disapu kat perut budak dan bila tanganya di letakan aje kat perut budak tu teruslah elok, budak tu dah tak nangis lagi.

Yg aku nak cete ni bukanya tentang ilmu pawang atukaku ni,selain ilmu pawang yg menglemerkan dirinya tapi dia juga pakar motivasi. Dia ni tak kaya, tapi tak susah, kata orang hidup sederhana dan dia ni ada 3 psg baju aje, setiap hari sebelum subuh dia mandi kat sungai Pahang dan ilmunya yg di tinggalkan memang banyak.Dia meninggal di tika usianya 85 tahun, tapi mukanya macam orang umur 45 tahun petuanya
1 Mandi air embun terutama sapukan kat muka setiap 3 hari sekali
2 Kain basahan selepas mandi selepas di perah mesti di gigit sekuat kuat hati dan masa dia meninggal giginya cantik tersusun, tak sebatang pun yang buruk atau patah
3 Kalau dia mandi kaki mesti jirus air dulu, katanya kalau jirus air atas kepala dulu, rambut cepat gugur dan kepala cepat botak, masa dia meninggal rambutnya jarang jarang aje uban.
4 Selepas mandi dia tidak lap badan serta merta dia tunggu air kering di badan dan ada pengesat badanya hanyalah sehelai kain pelikat lama yang dah lusoh
5 Kalau dia berjalan tak pernah naik dadanya
6 Sewaktu dia bangun tidur ada doanya, Nanti saya tuliskan dan lepas doa dia sapu kat mukanya dan dia urut mukanya

Berbagailah petua atuk aku ni,dia ni hidup sezaman dengan Mat Kilau,atuk aku tinggi lampai hensem tau, tapi aku sering teringatkan senyum yang tak pernah putus dari bibir walau di waktu senang atau di waktu susah.

Masa dia meninggalkan orang datang macam menteri meninggalkan dunialah ,aku ingat lagi kan main banyak duit atuk perempuan aku dapat.

Panjang pulak cete aku ni, tapi tak ape aku nak cete motivasi atuk aku ni.

Atuk aku ni selalu kata ,"kita ni kalau dah senang janganlah berjalan pandang ke langit, sekali sekala pandang rumput di bumi" sebab apa atuk aku kata begitu, sebabnya ialah dia selalu di datangi oleh oleh orang yang bermasalah, macam amcam masalah terutama masalah rumatangga, masalah pinangan di tolak, nak kawin tapi tak setaraf lah.Bolehlah aku ibaratkan atuk saya ni pakar kauseling"kalau atuk aku cakap dgn orang pasti aku pasang telinga, faham tak faham itu lain cerita, janji aku tahu bahawa setiap yg datang mesti pembawa peyakit dalaman atau luaran.

Ni ada satu peristiwa, cete ni saya faham. Satu hari tu ada seorang ibu datang kerumah atuk aku dia kata " Atuk Lah, anak saya dah tak berapa baik dah dengan saya, dulu masa dia kecik kecik, saya bagi nasi dengan garam pun dia makan, sekarang ni bila dia kawain dengan anak tok penghulu kg seberang tu, datang bawa anak bininya datang umah saya, tidur kat umah saya pun dia dah tak mau" kata si ibu " nape Timah" Rumah saya ni buadak budak tu ramai, bini dia tu anak tok penghulu,orang senang dan cucu saya pula tak selesa duduk ramai ramai dengan sepupunya, bini tu takut anaknya kena nyamok, kena hamalah" kata ibu itu ,atuk menganggukan kepalanya.

Tiba tiba atuk aku panggil aku " eiii senah, bawakan tok semangkuk air isi dalam mangkuk putih tu" laung atuk, sebenarnya aku ada dekat balik tabir dan aku dah tahu" baik, air je ke tuk" tanya aku " air dan jarum 3 btg" kata atuk aku " baik tuk, aku pun kedapor megambil barang barang yg atok arahkan , atok pun mulalah membaca jampi serapahnya dan jarum tu tu di lakarkan dalam air " hhaa tengok tu timah, anak kau ni dah lupa diri semenjak khawin dengan anak penghulu tu, dia dah lupa asal usulnya dan dia nak jaga maruah bapa mentuanya" kata atuk aku, ibu tu ngangguk," ni Timah aku jampi air ni, bila si Bakar tu balik kau bagi dia minum, biar dia ingat balik asal usulnya dan kau bawa dia datang jumpa aku, aku nak jampi kat ubun ubunya dan jampi sikit kat hatinya" kata atuk aku, aku senyum gelihati dengar atuk kata gitu, aku tahu kalau si anak ibu tu balik dia nak kauseling, dia katalah nak jampi kat hatinya.
Pandailah atuk aku ni,benar kata atuk aku.

Tiba ibu itu menangis kuat sambil tersengut sengut menahan pilu di hati, atok aku biarkan ,sambil menangis sambil membebel dia kata macam macam sebab anaknya dah tak mahu tido kat umah yang satu masa dulu tido selimut pakai kain pelikat bapanya koyak rabak, makan nasi dgn garam, tidur beralas mengkuang, tapi sekarang tak mahu dah tido kat umah ibunya, dah dapat bini orang kaya, maka status pun serta merta bertukar.... eisss aku harap anak aku tak cari bini gitu ye, biarlah nak tido kat serambi ke, kat dapor ke, bukanya tidur sampai seminggu tido semalaman aje, habis lama pun tido 2 malam.

Aku kalau balik umah wan tomah aku tido kat wan tomah, best tau dia bercerita sampai kita terlelap rasa macam budak kecik pulak, ibu bercerita sampai kita lena " itulah ibu permaisuri di hatiku"

MENANTU ANAK HANTU


Sebenarnya aku nak cete lain, tapi cete yg ini pulak, tak ape lah cete yg ini dulu, aku ni bukanlah nak bebel panjang panjang bagi cuping telinga orang macam udang bakar.Tapi aku nak ingat kat diri aku juga dan semua pompuan yg sebaya dgn aku ni, kalau nak pilih menantu pompuan jangan pilih anak hantu.Tahu ke anak hantu tu sape, ni cete ni

Kalau zaman dulu kalau nak pianang anak dara, rombongan yg datang tu dah tahu dah peel bakal anak menantu tu

1 Mesti rajin kedapok
2 Tahu masak
3 Kalau gi umah org jangan dok tunggu hidangan sampai
4 Kalau tido umah orang jangan dok merap dalam bilik aje
5 Le ni budak pompuan dah ada lep top mana pi bawa laptop, bila gi umah org pun bawak juga ha makanya dok dlm bilik main lap top aje
6 Rengan tulang, jangan nampak benda sepah kuis aje dgn kaki

Ini antaranya yg aku dok geram dgn budok pompuan le ni, meluap aku pandang, keluar bilik kendung lap top, pas makan masuk bilik kandung lap top.

Aku ni bukan nak kata apa malulah org pompuan tak tau basuh pinggan sendiri dan dudok umah orang macam dudok kat hotel pulak

Aku ni bukan ape buat kajian aje, tapi ni aku nak cete juga yg bagusnya, aku ada seorang anak angkat.Usianya muda lagi baru 15 thn, sebaya si bungsu. Dia datang umah aku memanglah aku pujilah budok ni, mula mula sampai umah letak beg dia gi dapor dulu

dia selalu jugalah dtg umah aku,
dia ni bangun pagi sebelum subuh, solat wajib berjemaah, pas tu buat sarapan aku tak payah suruh tengok tengok bawah tudung saji cekodok dan air kopi.Aku senyum aje pandang,Lepas makan kutip pinggan basuh terus dan lepas tu lap dapor dan bila tengah hari sikit buka peti tengok lauk apa yg ada, masak dan aku balik tengok dah ada goreng telur dan sayur bayam.

Petang sikit pandai pulak buat kuit kasui dan eeeh pandailah.
Sebelum tido malam sampah buang dan kalau kat mesin basuh ada kain cepat cepat basuh.Aku ingat emak bapak dia memanglah pandai ajar anak.

Tapi ada juga yg datang umah aku ni macam permaisuri, dok tunggu aje dalam bilik.Geram aku tengok orang pompuan gini.Bukan aku tak boleh buat, tapi aku takut kalau dia jadi menantu kepada keluarga yg pentingkan makan kok dia di caing caing aje di mentua.

Haaa masa tu berperang ajelah, si bini nak main komputer, si laki ni nak bini masak, jaga umatangga...akhirnya banyaklaha jadi seperti artis sekarang ni, muka kan mainlah lawanya, tapi kawin tak sampai 2 bulan keluar berita rumahtangga goyang.

Saturday, November 13, 2010

KEADILAN


Allah campakan rasa kasih dan sayang di dalam hati manusia ini susah nak di tamsilkan,kerana sebagai hamba Allah yg memang serba kekurangan ini tidak dapat dibendung untuk menunjukan perasan itu dan bila perkara ini terjadi aku rasa serba salah, apakah aku ini di pihak yang benar, wajarkah aku melakukan perkara ini.

Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,
kalau tidak kerana Kasih- Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia ini......."

Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah
dan lauk.

" wahai Tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku
sanggup keNerakamu.. ......., kami lah hamba yang mengharap belas
darimu ......., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang
bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia ".

Didalam hatiku ini banyak cabang cabang kasih dan cabang sayang atau cabang rindu, tapi antara yang banyak ada yang istimewa, kadangkala tak sedar aku terluah dan aku mahu memendamnya tapi tak mampu berbuat demikian,

keistimewaan seseorang bukanlah kerana dia ini terlalu baik pada aku, atau dia macho atau dia manja ke, tapi memang dah gitu suratan yang dah aku dapat.

Sepatutnya hati aku tidaklah meletakan keistimewaan itu sampai ketahap aku menangis bila rindu padanya atau aku jadi sedih bila teringat padanya.

Jangan salah anggap bahawa rindu ini aku bukanlah rindu suami isteri, rindu ini adalah rindu pada darah dagingku yang aku rasa kalau aku luah perasan ini pasti ada orang lain terasa, biarlah ku simpan rasa rinduku ini sesungguhnya rindu ini amatlah istimewa buat buahatiku itu.

Tinggi tinggi burung merbuk
Terbang melayang ketanah rata
Hati teringat mulut menyebut
Wajah terbayang diruang mata

Menjamu tamu di pagi raya
Penganan sura rasa tawar
Hendak bertemu apakan daya
Hanya suara jadi penawar

Aku sentiasa berdoa buat semua buahati yang ramai ini agar menjadi anak yang solehah dan soleh dan janganlah kisah perasan mak yang melebihi antara kamu semua dan ini adalah hanya cebisan kasih sahaja.Anda semua amat istimewa buat aku.

Friday, November 12, 2010

Jangan Kafirkan Orang


Orang kafir adalah orang yang ingkar kepada allah, malah bolehlah di kira sebagai musuh Allah. Mengkafirkan orang bukan perkara kecil.
Orang yg mengaku islam itu tidak boleh dikafirkan, melainkan kalau ia terus terang ingkar kpd al quran, ingkar kpd nabi s.a.w, ingkar salah satu hukum islam yg tersebut di agama dengan menyembah berhala, menyembah hantu dan lain lain pekerjaan yg terang kekufurannya.
Adapun orang islam yang bersalahan faham di dalam masalah agama, walaupun masalah i'tiqad, itu tidak boleh dikafirkan.

Pendeknya, tidak patut meringankan mulut tentang mengkafirkan seseorang yang bersalah faham di dalam masalah agama, walau bagaimanapun besar kesalahannya itu.

Perhatikan 73 kaum yg tersebut dalam hadits.

Nabi kita sendiri mengaku kalau mereka itu ummatnya. Nabi tdk kafirkan mereka, hanya nabi salahkan 72 kaum. Begitulah perjalanan perjalanan sahabat sahabat nabi dan imam yang besar.

Oleh sebab itu, orang yang kita pandang salah itu cukuplah dengan disalahkan saja, itupun kalau sudah cukup kuat alasan kita.

Janganlah sekali kali berani mengkafirkan orang, karena bahayanya terlalu besar. Sabda nabi s.a.w:

"Seorang Apabila Mengkafirkan Saudaranya, Maka Kembalilah Kekufuran Itu Kepada Salah Seorang Daripada Keduanya"(H.S.R. Muslim)

dan sabda nabi: "BarangsiapaMengkafirkan Seorang Atau Ia Panggil Dia 'Hai Musuh ALLAH', Padahal Ia Tidak Begitu, Melainkan Kembalilah ( Panggilannya ) Itu Kepadanya Sendiri"(H.S.R. Muslim)

Di sini saya rasa pelik orang senang mengkafirkan seseorang itu bersandarkan pada paparan gambar yang dihantar oleh kawanya marah dengan kawanya.

Apakah kita tak ada fikiran langsung untuk menilai seseorang sebelum kita menjatuhkan hukum keatas orang, entah entah orang yang kita kafirkan itu orang itu lebih baik budi bahasa, akhlaknya dan lebih murni jiwanya serta lebih kuat ibadahnya.

Mengkafirkan orang ni termasuk dosa besar, kecualilah orang kita kafirkan itu kita nampak dia sembah patung di tokong, atau pergi gereja dan dia istiharkan dirinya murtad.Ini kita hanya dapat tahu melalui paparan di handphone sahaja.

ooo betapa jengkilnya pengetahuan kita dgn teknologi, anda tahukan muka kucing boleh jadi mukakura kura bila di edit oleh orang pandai buat keje tu, inikan pula orang Islam kemudian di buatnya salid oleh orang tak bertanggungjawab, maka kita pun cepat cepat ooooo orang tu kafir tengok tu dia pegang salib.

Kalau anda nak kafirkan orang haa tengok budak blak metal tu....apakah mereka itu kita boleh kata kafir ke, hati hati mulut jangan mulut kita letak di hati yang sakit, parah jadinya dan perkara mengaibkan orang, kalau orang tu tak buat macamana? Dosa dgn Allah bila bila masa Allah ampun kalau kita bertaubat...ingat dosa menfitnah orang, mengata orang,mencerca orang,mengutuk orang dan menghina orang apakah orang itu akan ampunkan kita...ingat ye

Thursday, November 11, 2010

Geram...jangan engkau geram


Pagi ni memanglah hujan turun renyai renyai, tapi hati aku panas pagi ni, ada beberapa sebab yg buat hati aku panas. "Anak kalau tidak ajar dgn betul bila besar nanti dia tak akan jadi orang" permulaan bebelan ku pembuka bicara didalam umah pagi ini.

Dalam umah ada 4 org anak iaitu 2 anak kandung, 2 lagi anak angkat 2 lelaki 2 perempuan.

Ok anak perempuan aku ni aku bebelkan dulu, lepas tu aku bebelkan anak angkat aku yg satu dari kemboja yg satu lagi baru masuk Islam.Mereka semua ni bikin aku meluap luap kepanasan... kenapa?

1 Bangun pagi lambat, dah solat subuh tido semula...ini punca rezeki mahal, jangan tidur bila dah bangun banyak kerja nak buat, sapu sampah, basuh kain, buat sarapan, basuh pinggan, beri makan ikan, beri makan kucing, buang sampah...itu kerja org pompuan...kalau tak reti buat keja macam ni jangan harap nak cari suami.

Hari ni saham lelaki tinggi, dia tak pandang pun wanita cantik ke, wanita gebu ke, wanita kaya ke, wanita pandai internet ke, wanita pandai komputer ke... pergi jalanlah wanita gitu.Lelaki sekarang ni nak cari pompuan yg pandai masak, pandai kemas umah dan pandai jaga anak.. tak keje tak apa.

Buat apa bini keje tapi tak pandai masak, tak pandai kemas umah, harga hantaran mahal sekarang ni, kalau tak ada RM 40,000 jangan harap nak buat majlis kawin, bila dah kawin dapat bini hampas...mau laki pukul bini. aaa sebab tu suami di negeri arab suka pukul bini sebab hantaran mahal bila dapat bini hampas.

Ingat tu budak budak perempuan, belajar ilmu umah tangga.

2.Ini kesah budak lelaki yg dah meningkat dewasa,yg ada kat umah kedua duanya umur dah 20'an. Aku naik panas ialah suka sangat solat di umah, orang lelaki solat di umah? selalunya orang lelaki solat di umah ni orang lelaki yg lumpuh, yg gout,yg strok iaitu yg tak boleh jalan.Ini lelaki remaja yg sihat walhafiat, hensem lagi, macho lagi, patutnya org lelaki yg muda muda ni jadi imam di surau lepas tu bagi tazkirah, ini baru pemuda pemimpin namanya dan pagi tadi aku buka blog http://cintanota.blogspot.com/2010/11/beriman-dengan-memakmurkan-masjid.html,

Ini budak lelaki yg baru tersedar, baguslah.Yg dok solat umah ni kedua duanya ada kete sendiri? kalau nak jadi pemimpin umah tangga org jantan kena solat di masjid, nabi selama umurnya tak pernah solat di umah...macamana ni?.

Mulai dari hari ini aku mesti buat sesuatu yg drastik dan bikin kekerasan untuk mendidik para remaja, aku tak boleh guna berhemah lagi, aku mesti guna hukum hudud pulak.

Wednesday, November 10, 2010

Happy berday Rusnah


Malam tadi saya menerima tetamu saudara baru, saya berbual bual tentang dirinya dari jam 9.30 mlm hinggalah jam 1.55 pg.
Dia datang kerumah untuk saya temubualnya bagi saya menulis tentang dirinya sebelum Islam dan selepas Islam, dia beberapa kali mengesat air jernih yg mengenangi mata sepetnya.

Saya tahu dia sedih dan pilu dan saya tahu ada soalan saya dia tidak mahu jawab, tapi saya memaksa dia untuk menjawabnya sebab kalau mahu nulis bukunya dia mesti terus terang dan berfakta.Akhirnya dia akur, tapi ada satu bahagian yang hati saya turut tersentuh iaitu mengenai "ibu".

Dia kehilangan ibu atau mamanya sewaktu berusia sepuluh tahun, kematianya ibunya amat tregedis iaitu ibunya terjun kesungai bunuh diri.

Sebab apa?
Katanya ibunya mengalami stress di tempat kerja dan juga menjaga anak anaknya yang dua orang itu.

Apakah keistimewaan mamanya pada dirinya? dia berkata kalau mamanya ada dia tidak seperti hari ini mungkin dia tidak jadi insan yang terbuang kerana dia memeluk agama Islam.

Tapi hari ini dia adalah insan yang "merempat" menagih kasih sayang dari bukan darah dagingnya, dia berusaha gigih siang dan malam untuk membiayai pendidikan dan dia berdikiri walau keadaan dirinya tidak sihat untuk mengisi perutnya.

Dia amat sedih di atas kehilangan insan yang melahirkanya dan sehingga ke hari ini dia sentiasa menyebut " emak kandung tidak sama dengan bapak kandung, emak kandung sangat sayang pada anaknya walaupun siapa anaknya dan agama apa yang anaknya anuti dan walau bagaimana keadaan anaknya"

Sebenarnya saya nulis cerita Adam Eh ini sebab saya hari ini dia anggap seperti ibunya dan dia panggil saya "ummi" dan hari ini saya rasa sangat teruja kerana ramai orang panggil saya happy berday ummi, happy berday bunda, happy berday mak..... bestlah kalau jadi seorang ibu ni selalu sahaja bertahta di hari anak anak.

Tapi ni haa saya nak cete juga pasal sejarah ayahnda saya Abu Samah Yusof, orang yang pernah saya kenali sebagai orang yang ramai anak anak angkat, saya rasa ayah saya ni hebatnya dia kerana suka sangat tolong orang susah, orang tiada kerja dan umah kami zaman dulu jadi tempat transit orang miskin,

kadangkala bergaduh juga antara emak dan ayah,tapi akhirnya mak dah tak kisah lagi dan pernah ayah mengambil satu keluarga yg tinggal di bawah jambatan dari mula berkawain hinggalah mereka dapat anak 3 dan bila ayah jumpa ayah telah beri tempat tinggal, beri tanah utknya bercucuk tanam dan akhirnya orang itu telah membina rumah sendiri dan hidup dalam kedaan yg amat selesa dan ayah juga pernah mengambil seorang anak muda yang telah berjalan kaki dari Tanjuang Piandang Perak ke KL, ayah jumpanya di sebuah surau di Slim River sedang tidur keletihan dan dia mengadu nasib pada ayah yang waktu itu ayah balik dari kerja di Perak.

Ayah telah membawa balik kerumah anak muda itu, dan sekali lagi emak bermasam muka kerana anak yang ada dirumah pun makan tidak berapa nak ada, tambah lagi orang lain yang menumpang.

Tapi ayah adalah ayah yang hebat.Dia telah didik anak muda ini dengan kerja kampung selama 10 tahun,dan pemuda ini tinggal dengan kami.

Pada ketika usianya 30an dia telah di tawar kerja sebagai peraih ikan di pasar dan rezeki mula mencurah curah, rupanya dia tidak lupa pada ayah yang menolongnya, bertahun tahun rumah kami tidak pernah beli ikan, hinggakan kalau emak mahu pergi kepasar emak terpaksa ikut jalan lain takut berjumpa denganya dan menjadi rutin harianya menghantar ikan kerumah.

Ini kisah anak angkat ayah saya yang kenang budi, tapi sebenarnya ramai juga yang buat tak tau sahaja, ayah pernah menjaga seorang anak muda yang sakitnya dlm tempoh yg sangat lama bertahun tahun, dalam keadaan susah ayah bawanya naik basikal bertahun tahun berubat kerana sakitnya dan bila dia sihat dan beristeri, rumahnya selang tiga buah rumah dengan rumah ayah, tapi dia tidak jengok sekali pun waktu raya dan dia jengok kami waktu isterinya sakit nak bersalin minta tolong dan nak pinjam basikal untuk panggil bidan.

Saya sangat rasa teruja dengan ayah, di akhir hembusan nafasnya dia di kelilingi oleh ramai orang yang kami tak kenali dan rumah kami penuh dengan orang yang seorang pun kami tidak kenal, jenazah ayah di uruskan terlalu pantas oleh orang yang ramai itu dan dikebumi dengan cepat sekali dan tiga malam berturut turut rumah kami di datangi oleh orang yang membuat tahlil arwah oleh kenalan ayah yang tidak di kenali oleh keluarga kami.

Ayah adalah lelaki hebat dan dia pergi tidak meninggal secebis tanah pusaka walaupun pun dia seorang juruukur yg banyak memohon tanah kerajaan untuk orang susah di beberapa buah kampung, tapi bukan untuk dirinya dan dia meninggal tanpa meninggal walau setengah sen duit dan ayah hanya memiliki akaun tabung haji sahaja dan dia tidak pernah memiliki akaun bank lain.

Saya adik beradik masih di kenali oleh orang kampung sebagai anak Abu Samah dan orang kampung tidak tahu nama saya, kami hanya menumpang nama ayah sahaja begitulah nama yang dipahat oleh ayah di hati sahabat sahabatnya dan anak anak angkat dan saudaramara, semoga roh ayah di cucuri rahmat.

Sunday, November 7, 2010

KEHEBATAN LELAKI PADA STERTEGINYA


Isss aku nak cete pasal lelaki lagi, memanglah malas cete tapi kena cete jugalah, ni ha pasal anakku yang nombor 5 tu yang namanya Salman al Farisi, dah jadi blogger dah, bagus juga idea ideanya... orang mudalah katakan aku teringat bapanyak kata " Salman tu kalau dia nak semunya jadi, airpun pun boleh jadi api" benarlah... agaknya anak anak ni kena bagi nama yang macam tu biar jadi seperti namanya, sejarah Salman al Farisi ni hebat... pakar stertegi, agaknya dia ni pun gitulah jugak.

Saya baru balik dari riky riky laluan Mat Kilau, bila saya berbincang dgn tricker Budin tentang laluan Mat Kilau ni oooo memang cukup hebat pahlawan terbilang ini, memanglah namanya tidak pernah luput dari sejarah, tapi saya sangat sedih perjuangan kian kabur di ingati oleh para remaja dan ada anak muda tak tahu tentang sejarahnya yang mereka tahu Mat Kilau ni pada nama sahaja. Oleh itu saya ingin meneroka kembali pahlawan terbilang ini.

Insyallah segala infonya saya akan paparkan didalam blog saya tadabbur alam.

Thursday, November 4, 2010

Cerita Orang Lelaki



Ini anak lelaki kedua saya Nukman

Kali ini blog saya jiwang sikit, sebabnya saya ni ramai anak lelaki, bila mereka ni dah besar maka saya dapat tahu bahawa begini ropanya orang lelaki yg sebenar.

Tip ini aku kutip dalam buku, betul atau tidak aku pun tak tahulah

1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''

2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribada kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka.

Iye ke agaknya perbedaan ini, entahlah mungkin mungkin tidak....tapi walau apapun

Anak lelakiku pertama saya Mohd Thoriq ini sibuk dgn kerjayanya, anak lelaki keduaku Nukman nak sambung belajar kat Australia pulak. anak lelaki saya yg ketiga Salman belajar Kat Mesir dan anak lelaki bongsu saya Ammar di Jakarta belajarlah tu

Monday, November 1, 2010

PESTA BENCANA ALAM KEMBALI LAGI



Sebenarnya beliau pun pun pewaris kepada kesultanan Acheh juga, darah pahlawan yg mengalir itu adalah darah pahlawan...tapi orang kata raja raja ni asal usulnya dari lanun laut betul ke? dan beliau sering menjejaki peninggalan nenek moyangnya yang berasal dari minagkabau, ini sewaktu kami menjejaki Sg Rembau Linggi>

PESTA BENCANA ALAM KEMBALI LAGI
Kalau di zaman kecik kecik dulu musim banjir ini adalah musim yg paling meyeronokan, tak payah gi sekolah, makan pun ala ala camping dan duduk pun ala ala camping juga, pernah masa banjir besar tu ayah bawa kami adik beradik duduk atas puncak bukit selama seminggu dan yang paling bestnya bila helikopter tentera turunkan barang makanan berebut rebut.oooh masa tu apa benda aje makanan semuanya boleh masuk .

Iyelah budak budak nakal dan yang paling seronoknya bila ayah balik bawa ikan dan kami ramai ramai siang ikan lepas itu salai....amboilah nikmatnya dan ada juga yang tak nikmatnya iaitu tak ade baju nak pakai, baju kering di badan dan bila banjir surut kena pulak peyakit, taun, kudis dan celah kaki berulat.Kadangkala tu cacing kerawait dan saya ingat lagi saya pernah tak pakai selipar hampir sebulan, jalan kaki ayam aje sebab apa
1 Ayah tak ade duit nak beli selipar walaupun time tu selipar harganya 70 sen sahaja
2 Kedai semua di landa banjir
3 dan kaki dah serasi dengan tanah maka sebab itu cacing kerawit kerana kaki tak ade alas, makanya kuman kuman di tanah yg baru lepas banjir tu masuk kekaki.

Tapi hari ini banjir dah bertambah moden sikit, kalau kena banjir awal awal lagi ada amaran dan semua tempat yg dijangka kena banjir tu dan semua penduduk diarahkan tinggal di dewan dan di sekolah.Semua siap, makanan di masakan dan pakaian serta selimut di beri dan kalau yg bernasib bagus tu dapat duit lagi.

"dulu lain sekarang lain"kata Tan Sri SM Salim, oooh ye ni ha bila menyebut nama orang yang ada gelaran Tan Sri, Datuk Sri, Datuk/Datin ini saya ingin mengucapkan taniah keatas mereka yang telah menerima penganugerahan WATIKAH PERLANTIKAN DATO' SETIA DI RAJA Pada 31 hb Oktober baru ini iaitu kepada guruku yang banyak mendidiku dan menjadikan aku orang kuat dan bersemangat didalam menempuh liku liku kehidupan ini, iaitu DATO' HJ MUHAMMAD ZAKARIA, Taniah ye Dato' atas segala jasa baik anda didalam menjalan misi kemanusiaan di Nusantara ni dan baru baru ni kami telah pun membuka sebuah lagi Yayasan di Indonesia nama YAYASAN ANAK ANAK MUTIARA NUSANTARA (YAMAN).... eeeh banyak pulak cetenya.

Ok lah ni nak cete lagi tentang pesta bencana alam ni.Hariraya korban ni kami akan melaksanakan korban di Petani di salah sebuah sekolah agama dan peyertaan untuk korban ni masih terbuka lagi, tak mahal pun RM 250 sahaja dan pada hujung minggu ni kami akan mengada mesyuarat untuk Madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain Kg Sentosa Semenyih, jemput semua untuk anda datang menyumbang apa yang patut.

Dan di akhir akhir ini isu bencana alam ni dah terhitung dah oleh saya semuanya ada, Tsunami, Banjir,Gempabumi, Ribu taufan, Tanah runtuh, gunung berapi meletus dan berbagai bagai lagi. Tak tau lagi nak kejar yang mana ni.

Saya sangat berharap bencana atau musibah ini adalah satu peringatan dari Allah swt.
Banyak banyaklah kita muhasabah diri, Inyalllah.