Thursday, May 28, 2009

LUKA BIAR SAMPAI BERDARAH

Foto : Zaman kanak kanak saya sama sahaja dengan kanak kanak ini

Bagi saya hidup ini tiada batasan dan tiada sempadan, lagi kita berkehendak lagi itulah kita akan berupaya untuk melakukanya walaupun nyawa jadi sempadan.

Kehidupan saya penuh dengan kesukaran dan keperitan kadangkala itu datang silih berganti, atau kadang kala itu sebagai penghapus dosa atau kadangkala itu sebagai ujian. Dari kecil lagi pendidikan yang saya terima terus dari ayah saya ialah kekuatan hati. Ayah seorang yang sangat tegas, jarang senyum dan bersemangat kental. Kebanyakan anak lelakinya tidak mengikut jejak langkah ayah. Bagi ayah kalau hitam dia kata pasti hitamlah di lakukan, sikap ayah yang begini tidaklah begitu baik sebab tolenrasinya tiada, tapi sikap ayah yang begini rupanya mengundang berbagai kebaikan. Kehendak ayah adalah sesuatu yang sangat luar biasa dan dia juga adalah insan yang membelai orang susah & miskin, dan menjadikan kemahiranya yang dia ada sebagai sumber kehidupanya . Itulah ayah, orang yang paling banyak mengajar saya dengan rotan, dengan nasihatnya .Saya sering kena pukul sewaktu saya kecil kecil dulu sehinggalah saya mencapai usia belasan tahun kerana kedegilan saya dan ayah sama hebat. Saya ada seorang adik yang seumur hidupnya tidak pernah di jentik oleh ayah kerana kepatuhan dan kebaikanya. Saya pernah di pukul oleh ayah kerana main air dan main air banjir . Kerana degil main tidak berhenti henti akhirnya demam, kalau saya dengar cakap ayah mungkin saya tidak demam. Saya tidak akan menagis jika di pukul oleh ayah, tapi saya merajuk berhari hari kalau di marah oleh mak, bagi saya airmata sangat mahal.Kalau kena pukul menagis maknaya kita ini tiada kekuatan fizikal, oleh itu bila buat silap kena pukul, kena tahan. Tapi kalau hati dan perasaan tersentuh itu payah untuk di ubat.

Bagi saya kena rotan di waktu kecil adalah satu perkara yang biasa. Anak kalau tidak di rotan dia tidak tahu bahawa perkara yang ditegah itu adalah perkara yang tidak baik, akhirnya pada hari ini saya mahu didik anak anak saya biar ikut garis panduan yang di wasiatkan oleh ayah saya. Anak mesti dengar cakap kedua Ibubapa. Anak tidak boleh buat perkara yang memalukan kedua Ibubapa. Anak jangan membuat sesuatu perkara yang tidak baik itu sehingga jadi tabiat dan mengetepikan ayahibu.Sesungguhnya darah anak anak, darah remaja atau darah muda adalah darah yang sedang panas dan mengelegak. Kalau boleh dunia dan seisinya mahu di peloknya.

Foto : Membelai anak dengan kasih sayang akan menimbulkan rasa kepuasan didalam hati kerana anak itu adalah permata hati ibubapanya.


Kalau anak memaparkan akhlak yang tidak baik pada masyarakat nama ayahbonda juga yang tercalar balar dan kadangkala perbuatan atau hasutan syaitan itu dia tidak kenali siapa kita yang sebenarnya, alangkan tengah sembahyang atau tengah baca Quran pun syaitan masuk kedalam hati kita inikan pula kita dalam keadaan yang beremosi. Oleh itu tegahan mak ayah jangan di pandang ringan kerana anak yang dilahirkan kedunia ini amanahnya adalah orangtuanya. Kalau ibubapa gagal mendidik anak maka ibubapa itu mungkin akan jadi Ibu setanggang atau maling kundang atau Ibu si juraij.Ibu dan bapa adalah orang sentiasa benar kerana susah senang anak adalah terpikul di bahunya.

Wednesday, May 27, 2009

Secara tiba tiba

Foto : Kalau sendirian, beginilah jadinya melepaskan perasaan

Semenjak dua menjak ini kesibukan yg saya bikin sendiri telah melampau dari batasan kemampuan saya sendiri, kalau orang dapat baca dalam minda saya ini mungkin orang akan cabut lari kerana dia mikir yang saya ini bekerja dengan jin, apa tidaknya!... seawal pagi saya mesti pergi ke Jalan Reko untuk buat kerja disana kerana markas saya di sana, kadang kadang naik kereta, kadang naik komunter, kadangkala naik bas. Balik seawal jam 2 atau 3 petang ada masanya balik jam 11 malam. Kalau sempat kat umah, kemas umah kejap sapu apa yang patut, mesin dan jemur kain, sambil tu mengetip komputer jap siap apa yang patut, kertas kerjalah, surat menyuratlah yang melambak lambak di atas meja, bawah meja dalam kotak, dalam beg tangan dalam bakul , sambil curi masa belajar baca Quran, baca mukaddam,baca iqra kerana mahu jadi hafizah.Kalau tidak 30 juzuk pun 3 juzuk pun saya mesti mahu hafal juga, Saya akan buktikan pada tatak, inah dan yek bahawa mak pun mampu buat apa yang kauorang buat, Sambil tu juga baca lagi buku yang melambak lambak baru beli pada pesta buku baru baru ini.


Foto : Lelaki ini adalah insan yg paling setia mengucapkan sesuatu kalau tiba hari penting buat saya, baru seketika tadi saya terima bungkusan pos laju dari lelaki ini, katanya istimewa untuk wanita bernama IBU dan saya ucap kat dia " saya sayang awak" dia ini mula pandai menghargai saya semenjak dia darjah dua.kadang kadang dia beri bunga yg ada minyak wangi lagi, kad dan kalau dia busy dia call. Sejarahnya budak seorang ini dia meyusu badan sehinggalah usianya 4 tahun, agaknya terlebih susu ibulah agaknya, maka cintanya lebih untuk ibu.Yang lain lain ade jugalah baru belajar belajar kot nak menghargai, tapi terima kasih semua.

Dan kerja rutin saya ialah jengok anak anak orang asli serta buat program cari dana untuk biaya anak yatim di acheh. Lagi malam lagi sibuk, siapkan bermacam macam surat dan sekarang tengah atur 3 buah cawanga Darul Tahfiz untuk di buka dalam masa 2 bulan

1 Di Damansara, bangunan yang di infak oleh YAPIEM tengah tunggu sahaja masanya untuk operasi, buat kelas al Quran, fardhu ain wanita dan kelas remaja

2 Sedang mengusahakan untuk membuat sebuah Tahfiz Al Quran untuk anak anak miskin yang kurang berkemampuan atau anak yatim di Kg Bak Bak Maran di atas lot tanah arwah emak, sistem wakaf

3 Untuk melancarkan pengambilan baru untuk Kelas Tahfiz di Jalan Reko

Saya teringat peristiwa yang berlaku 5 tahun dulu, dalam sibuk saya bekerja tiba tiba saya teringat ooo hari ini 10. Nov, maka saya cepat cepat pergi kedai buku dan cari kad (memang kebiasan saya membeli kad untuk diri sendiri iaitu pd hari ulangtahun perkhawinan,hari lahir dan hariraya-ini wajib bagi diri saya menghadiahkan untuk hati saya) , maka saya beli lah satu kad berharga RM 15, cantik ada gambar love lagi, dan saya pun tulislah " Selamat Hari Jadi Buat ....." dan di dalamnya ada 3 ungkapan kata kata yang membuatkan terpahat di hati saya
  • Anda tidak di cintai kalau tidak di ucap.
  • Anda tidak di cintai kalau tidak diingati (maknanya tulislah tu)
  • Anda tidak di cintai kalau tidak di hargai.
Selepas itu saya pun tulis pd sampul kad itu "buat ..... yang tersayang...selamat harilahir... semoga CINTA kita kekal abadi" dan saya isi sedikit pewangi dan saya bawa masuk ke pasaraya cari kedai makan dan order kek yang berharga RM 4.90 , air mineral dan sekuntum bunga mawar merah yang berharga RM 2.50 dan saya duduklah di sebuah meja yang ada dua kerusi, maka saya pun bacalah doa dan sambil tersenyum saya bayangkan bahawa ada seseorang di depan saya yang mengucapkan sesuatu ucapan yang terlalu ingin saya dengar, rupa rupanya saya di bawah separuh sedar dan saya makan kek itu dengan tiga suapan saja. Setelah itu saya pun ambil kad dan bunga mawar merah itu saya pun bawa masuk ke dalam toilet dan saya koyak sehingga jadi cebisan kecil saya buang dalam lubang tandas dan saya pamkan, maka saya pun berbisiklah pada diri sendiri, dalam hidup ini bukan senang orang mahu "hargai siapa kita" apatah lagi kalau kita seorang miskin dan tidak berharta serta tidak ternama. Kalau anda ternama bagaimana, macam siti norhaliza, hari hari orang mahu adakan majlis harilahirnya dan tulis kat surat khabar hadiah untuk ulang tahun bernilai.......baru baru ini saya temui kawan lama saya, dia kata suaminya hampir setiap hari SMSkan "I love you atau i miss you" kadangkala itu bila sambut ulangtahun apa apa untuknya pastikan ada hadiah istimewa untuknya, maka saya pun terpikirlah apakah kalau orang tak beri hadiah atau tak ucap itu tak cinta? kawan saya kata " selalunya kalau kita sayang orang kita cakap, tulis dan buatkan dia gembira" saya diam sahaja, saya kira tak mengapa kalau orang tak suka ke? tak cinta ke? tak berapa nak sayang ke? saya pun dah rasa syukur kerana ada orang mahu ambil berat tentang kita. Beri kita makan, pakai dan beri tempat berteduh. Kalau tidak macamana ya!. Kita tidak boleh paksa orang cinta kat kita, dan kita tidak boleh paksa untuk benci kat orang lain. Itu hati masing masing dan dalam WARDAH CINTA SOLEHAH ada sebuah tajuk saya tulis iaitu "penghargaan" di sini ada tip tip untuk kita menghargai orang, dan kata punjangga "hidup biarlah berbakti, walau tidak di puji" nantikan sebuah garapan cinta nan abadi di dalam memoir CINTA ini

Thursday, May 21, 2009

LAYAR

Foto: Ini adalah sebahagian daripada generasi ketiga, keempat dan kelima waris Lebai Kassim yang sentiasa bersidang apabila mahu mengadakan kenduri-kendara di kampung mereka di Titian Bintangor, Rembau, Negeri Sembilan.

Apabila saya balik ke kampung, mak selalu cerita berbagai kisah dari dia belum lahir hinggalah ke kisah yang saya rasa antara benar dan tidak benar. Bukan tidak benar macam mana.

Contohnya cerita tujuh ekor jin-jin harimau belaan saka Tok Abas yang bernama Jongge Gila, Si Tepok, Si Lambe dan empat ekor lagi yang susah saya nak ingat namanya, tempat harimau terjun di Titian Merbau, penunggu pokok nibung belakang rumah mak (dua orang perempuan berambut panjang) dan meminjam pinggan mangkuk di gua di Batu Berdinding

Yang lain itu benar sebab ada buktinya. Mak akan bercerita dengan penuh semangat dan kadang kala mak akan menyanyikan lagu-lagu yang berkaitan dengan kisah tersebut. Longhat mak adalah dalam Negeri Sembilan yang pekat, saya faham apa yang mak cakap, tapi saya jarang-jarang membalas atau bertanya balik kerana saya takut tidak kena caranya.

Antara kisah yang paling saya suka ialah kisah seorang dari keturunan mak yang bernama "Lebai Kasim". Lebai Kasim ialah datuk mak (salasilahnya sendirilah tu). Kalau di peringkat saya ini, saya akan panggil Lebai Kasim "nenek". Dia ialah seorang lelaki yang datang dari tanah seberang iaitu Indonesia, orang Minangkabau. Dia berkahwin dengan seorang gadis tempatan bernama Embam.

Menurut kata mak, Embam ini ialah wanita yang paling cantik di kampungnya. Kulitnya putih kuning, badannya kecil molek, mukanya bujur sirih dan tumitnya kalau berjalan nampak gemercik darahnya. Itulah kecantikan isteri Lebai Kasim.

Mereka di kurniakan tiga orang anak bernama Yusof (dipanggil Yusof Kelantan), Abas (dipanggil Dukun Abas) dan Enon (dipangiil Wan Enon). Mak lahir dari hasil perkahwinan Enon dengan Hasbullah (dipanggil Molah Imam). Mak ialah anak tunggal.

Di dalam sejarahnya Lebai Kasim dia merupakan seorang ulama yang datang dari Indonesia, membuka sebuah madrasah dan sebuah surau tempat dia beribadat di cabang Sungai Linggi dengan anaknya Sungai Rembau dan Sungai Siput.

Lokasi itu betul-betul di Pusat Permainan Kanak-Kanak di pekan Lubuk China, sebelah Negeri Sembulan sekarang. Bilangan anak muridnya ramai. Kesolehan Lebai Kasim yang membuat saya teruja ialah:

1 Dia tahu bila dia mahu meninggal dunia.
2 Dia mampu bergelut dengan buaya dari subuh (waktu dia mahu mengambil wuduk untuk solat Subuh), apabila tiba-tiba seekor buaya datang dan melibaskan ekornya sehinggalah dia jatuh ke dalam sungai. Lebai Kassim bergelut hingga ke tengah hari, sehingga dia melemparkan serbannya ke tengah sungai dan buaya itu pergi mengejar serbannya.)
3 Dia menghamparkan kain serbannya sebagai layar untuk menyeberangi lautan luas untuk balik ke negerinya di Indonesia.
4 Hujung jarinya seperti lampu suluh, meyuluh kegelapan bila dia berjalan pada waktu malam.

Foto : Inilah generasi keempat pewaris "Lebai Kasim" yang akan melayarkan bahtera dengan ilmu agamanya menggunakan layar ilmu untuk merentasi peta dunia dengan amal, ilmu dan iman seperti Ibnu Battuta. Dari kiri: Nurdina (Putrajaya), Muhammad Suhail (USM), Muhamad Salman al-Farisi (Kuantan), Muhammad Syafiq (Kanada).

Lebai Kasim berkahwin pada ketika usianya telah lanjut. Dia merupakan seorang lelaki yang tegas, garang, berilmu, kuat beribadah dan berhemah tinggi. Ramai cucu cicit Lebai Kasim ini jadi orang baik-baik dan orang yang beragama.

Sekarang saya sedang membikin sebuah cerita sejarah yang menarik tentang lelaki yang bernama Lebai Kasim ini. Saya akan terjemahkan dalam bentuk novel. Tapi saya belum jumpa lagi sejarah awal kedatangan Lebai Kasim ini.

Apakah kedatanganya ini sama dengan sejarah kedatangan Sheikh Ahmad Maftum Majnun iaitu kira-kira 150 tahun dulu yang menyibarkan Islam di Nusantara ini? Sehingga Lebai Kasim boleh membuka tempat pengajian di pinggir Sungai Linggi di Lubok China.

Saya akan pastikan sejarah ini saya korek sehingga bertemu dengan lelaki yang menarik ini dalam pertemuan kami dalam novel "LAYAR" insya-Allah.

Foto : Seorang pelayar yang hebat mestilah mempunyai minda yang tajam, fizikal yang mantap, tegas, hebat, berilmu dan berwawasan. Muhammad Ammar Yassar dari generasi keempat waris Lebai Kasim di Sungai Pahang - lagak seorang pelayar.

Tuesday, May 19, 2009

SEPETANG BERSAMA HJ MUHAMMAD

PERMATA GENERASI RABBANI

Kupasan terperinci dari Penulis Sisipan Buku

NIK NUR MADIHAH (20 A SPM 2008)

Sepetang bersama HAJI MUHAMMAD ZAKARIA (Perunding Motivasi)

Tarikh
24 hb Mei 09 (Ahad) : 2.30 - 4.30 petang
Tempat
di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih

Bayaran
RM 5 Sahaja (Termasuk minum petang & modul)

Peyertaan
Pelajar Ren./Men./Remaja/Belia/Terbuka Ibubapa

Foto : Hj Muhammad bersama Fasilitatornya

Pengisian : Motivasi untuk Ibubpa, pelajar dan guru berkongsi pengalaman dengan pelajar luarbiasa cemerlang ini.Pendedahan terus dari Perunding Motivasi anda !
  • Siapakah Nik Nur Madihah - Pelajar cemerlang SPM 2008 ini?
  • Kemiskinan bukan penghalang kejayaan.
  • Kesungguhan bermotivasi tinggi & bercita cita hebat-resepi kejayaan Nik Nur Madihah
  • Ibadah adalah tunggak utama kejayaan - Ciri anak yang solehah
  • Teknik belajar yang berkesan

Foto : Nik Nur Madihah Bersama kedua Ibubapanya, gurunya dan gebnor bank negara,Dato Zetty Aziz

Kepada Ibubapa/ guru yang ingin menghantar anak anak & murid murid ke program ini boleh menghubungi pihak urusetia Rusnah Abu Samah
Tel/SMS 013 -3596574

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Monday, May 18, 2009

Emak Aku



Foto : Inilah emak dengan anaknya nombor tujuh dari lapan orang anaknya.Betapa akrabnya antara ibu dan anak. Ibu sering mengucup dahi anak, tapi bilakah masanya anak mengucup dahi ibu?

"Maaf ya mak saya tak dapat balik selalu jengok mak" Saya berkata di dalam sebak bila melihat wajah ibu yang sangat besar jasanya pada anak anak "tak apa, mak sihat lagi" saya melihat ke dalam matanya ada butiran kaca yang mahu menitis, tapi dia cuba menahanya, dia memeluk dan mengucup dahi saya berkali kali "kau apakhabar?" suara itu adalah satu suara keramat yang mendoakan saya sekeluarga sejahtera dan selamat "Baik mak, mak seorang aje ke" pertanyaan bodoh dari saya itu tidak sepatutnya di tuturkan, tapi lidah ini seperti tidak mahu belot dengan perasaan"tak! ada mak ndah"(iaitu adik perempuan yang masih lagi di alam pengantin baru, suaminya bertugas di Australia, dia mengambil jalan terbaik iaitu duduk dan menjaga ibu)

Foto : Pelukan anak sangat bermakna buat ibunya
Emak! saya menumpang kasih, saya menumpang rindu, saya menumpang kehangatan pelukanmu, saya menumpang keberkatan dari payung syurgamu. Tapi saya adalah insan yang gagal menyentuh kalbumu yang hebat itu. Apakah emak sayang pada saya? apakah emak rindu pada saya atau apakah mak ingin membalas dendam pada saya?

Foto : Cucunya yang sangat manja dengan uwanya, selalulah jengok uwan ye adik



Seorang ibu yang telah menginsut usianya seperti mengejar gejar sesuatu yang belum di capainya, apakah ada kasih anak untuk nyawanya yang hanya di penghujung itu? atau adakah sedikit rezekinya dari anak untuknya? atau adakah sedikit cetusan rindu anak buatnya?.

Rumah emak di Titian Bintagor bukanlah jauh kalau mahu di bandingkan pergi ke Thailand atau singapore atau ke Jakarta, hanya 1jam15 minit sahaja. Kosnya tidak sampai RM 100, tapi tautan dunia atau pautan kerja membuatkan anak anak jadi tidak keruan, hari ini talian talipon sudah ada di rumah emak, anak emak ada handphone satu seorang, anak emak sudah ada email, blog, my spice, facebook dan berbagai bagai lagi. Tapi di manamu wahai emak di mata anak atau di hati anak. Saya menyusun sepuluh jari jika saya banyak membuat emak rasa tidak selesa dan saya sangat menyayangi orang yang saya panggil EMAK . Doa ku buat emak...

Kata Yang Benar


Foto : Dua ekor kera berlainan jantina sedang memadu kasih.

"Ummi kenapa tulis dalam blog macam tu" Si N bertanya "kenapa, tak boleh ke?" saya ingin tahu apa pendapatnya tentang tulisan saya yang bertajuk Cinta Kain Kapan, "macam marah seseorang sahaja"itu bukan marah seseorang, tapi marah kepada yang membuat kerja yang tidak senonoh atau tidak bermoral, kita beri pendapat dan beri cadangan kepada anak remaja sekarang bahawa jangan suka buat maksiat, nanti yang malu mak bapak, lahir anak luar nikah, bersekedudukan tak tentu pasal dan lepas tu jadi tak tentu arah. Baru baru ini di Kajang saya lihat seorang budak perempuan di kerumuni oleh tiga orang budak lelaki, seorang cium pipi, seorang usik buah dadanya dan seorang lagi pegang kepalanya, budak perempuan itu meronta ronta di lepasnya sekejap, lepas di buat lagi. Perbuatanya di dalam restoran mamak. Orang ramai buat tak nampak sahaja,Apakah kita ini sebagai orang tua, sebagai ibubapa atau sebagai manusia yang waras harus membiarkan sahaja perkara itu berlaku. Kenapa kita takut untuk berkata yang benar dan betul,

Foto : Pakai tudung tidak menghalang untuk melakukan perkara yang tidak dingini.

kalau sudah termengandung yang malu orang perempuan, yang lelaki buat tak tahu sahaja, yang malu mak bapak perempuan, mak bapak yang lelaki tahu pun tidak... ha macamana tu, apakah kita mahu biarkan... Seharusnya kita nasihat, ajar mereka ini, beri pendapat, sekurang kurangnya dia tahu bahawa buat yang tidak bermoral itu tidak baik.

Kalau mak bapak suruh belajar kena belajar, jangan buat benda lain. Kerana mak bapak susah cari duit bersenkang mata mencari belanja untuk anak belajar.Dan anak anak harus ambil pengajaran bahawa peluang belajar adalah terhad, Jadikan diri orang berilmu, beriman dan bertakwa serta jauhi dari larangan agama.

Mula mula memanglah berkenalan dulu, lepas tu rasa syok pulak, lepas itu keluar kata sayang I love U lah, dan lepas tu ha mulalah kehulu kehilir tak tahu malu. Orang lelaki kata nilah perempuan murahan! senang nak bawak kemana sahaja, orang perempuan pula kata " aku sanggup berkorban apa sahaja demi cinta".

Kalau anda tidak percaya pada tulisan saya ini anda jengoklah di Kajang, iaitu pesta muda mudi, bercium itu lumrah, raba raba itu biasa, kepit kepit itu jangan cakaplah dan yang paling hinaya ialah pesta tidur malam minggu membawa pasangan. Oleh itu anda semua jangan dekatkan diri dengan kaum Adam kalau belum bernikah, kadangkala itu nampak alim, pandai, tapi kalau dah bab nafsu kearah kaum berlianan jenis ni hilangan segalanya. Elakan dari berkawan rapat dengan kaum lelaki atau perempuan, jangan libatkan diri dengan majlis sosial yang bercampur gaul lelaki perempuan, elakan dari mengadakan perjumpaaan ( dating)dan elakan dari buat call atau sms atau bercating. Semuanya mengundang perkara yang tidak bermoral.

Sunday, May 17, 2009

CINTA KAIN KAPAN

Foto : Sedang asyik bercinta

"Apa akan jadi kalau CINTA terhalang" ya Allah, kenapa persoalan ini saya usul? iya saya usul perkara ini adalah saya teringat cerita Laila Majnun iaitu hikayat yang mengisahkan dua insan yang terlalu asyik mahsyuk dengan dunia bercinta bagaikan mahu gila dan lambang cinta berakhir di pusara.

Kenapa cinta nafsu ini begitu kuat membuatkan manusia hilang maruah sebagai manusia dan manusia sudah hilang kesabaran serta manusia meletakan perasaan nya setaraf dengan haiwan?kerana cinta sesama manusia itu antara lelaki & perempuan adalah perasaan yang tidak membatas, kemahuaan untuk duduk bersama, matipun bersama serta kalau boleh jangan ada orang lain menghalang CINTA nya kerana katanya cintanya adalah cinta suci dan abadi serta cinta pandang pertama atau cinta yang sanggup bekorban apa sahaja

Foto :Sanggup menempuh lautan luas dan terjun kedalam api yang panas demi CINTA

Maka pada hari ini setiap hari di dalam suratkhabar di Malaysia ada memaparkankan tentang CINTA suci ini iaitu ramai anak gadis Malaysia di bawa lari oleh pemuda Indonesia terutama ke daerah Lambuk kerana mahu mengikut cinta nan abadi iaitu kasih tidak berbelah bagi. masyallah... bagi sayalah kalau masih di bangku sekolah lagi, kenapa mesti cari cinta suci itu, lari jauh dari cinta Ibubapa dan cinta kepada Allah.Ikut orang jantan yang tidak pernah kenal siapa keluarganya, apakah anak gadis sekarang ini gatalnya luar biasa, bila orang ajak sahaja ikut, bila orang kata cantik sikit, mulalah syok, bila orang kata lawa sikit mulalah nak mengatal...tidak kenal orang lagi dah ikut orang kehulu kehilir, jual harga diri dengan omongan CINTA , iaitu sanggup merentasi lautan luas untuk membuktikan cintanya, istilah orang sekarang ini sanggup bekorban apa sahaja demi cinta.

Kalau seorang anak gadis cinta kepada seorang lelaki maka apa sahaja sang kekasih buat semuanya betul dan benar belaka, hinggakan kentut bau minyak wangi, hah gitulah kalau dah mabuk. itulah cinta yang mengandungi maksiat iaitu cinta yang menyeret manusia jauh dari rasa hormat kepada kedua ibubapanya, hilang rasa malu pada sahabat dan teman, membuat perjumpaan yang tidak bermoral meluah ungkapan ungkapan yang di luar dari batasan seorang manusia yang siuaman serta sudah tidak ada keyakianan diri lagi, maksudnya kalau cinta terhalang "biar aku mati sahaja dari aku merana tidak dapat bersamanya"inilah namanya nafsu syahwat,kalau kita cinta syahwat ibarat kita meminum air laut,semakin banyak di minum semakin rasa dahaga dan semakin haus.Maka yang akan jadi korbanya ialah "manusia" juga orang seperti ini akan sanggup jadi hamba, sering mabuk ingin meyebut namanya selalu,rela berkorban demi sang kekasih,selalu dirasuk rasa rindu,selalu ingin membuat sang kekasih senang dan terlalu asyik maksyuk serta rindu berpanjangan.Kalau boleh kemana pergi sang kekasih ini ingin mengendungnya dan mempamirkan pada seluruh alam bahawa "aku cinta sama dia".

FOTO :CINTA Tidak mengenal batasan

Kalaulah sudah sampai ketahap begini maka moral manusia ini adalah sudah seperti haiwan kerana sudah hilang rasa malu,rasa hormat serta rasa tanggungjawab pada orangtuanya sudah terhapus sama sekali dan harga dirinya sudah hilang" dia akan terus terusan menurut hamba nafsunya dan banyaklah perkara yang tidak bermoral akan berlaku, oleh itu orang yang tengah gila bercinta ini akan turut semua kata hati ini dan ayah saya pernah berkata "jangan turut kata hati, nanti mati".Mahukah anda mati kerna menurut kata hati? bodohlah manusia kalau sudah begitu, pilihan untuk hidup ini kan banyak iaitu mahu jadi orang baik baik, beriman, berilmu dan orang hebat.Kenapa mahu memilih mati kerana CINTA?

Friday, May 15, 2009

SINGA

Foto : BUKU TERBITAN TELAGA BIRU,KELUARKAN SINGA DARI DIRI ANDA.KARYA Hj Muhammad Zakaria
Setebal 158 mukasurat berharga RM 20 sahaja

"Singa yang hebat tidak akan dapat makan kalau dia tidak keluar dari sarangnya" kata kata pujangga ini saya kutip dari bahan bacaan dan rujukan saya dalam menyiapkan sebuah skrip remaja yang bernama WADAH CINTA SOLEHAH, kini saya sedang mencari bahan untuk menaikan minyak untuk membakar semangat Wadah Cinta Solehah ini biar di lahirkan sebuah bacaan yang panas berbaham.Kenapa saya mahu membikinya demikian? sebabnya saya mahu Wadah Cinta Solehah hebat seperti Buku KELUARKAN SINGA DARI DIRI ANDA, Saya harap buku yang hebat ini dapat di keluarkan dari sarangnya supaya ianya menjadi santapan minda para ibubapa dan anak remaja.Dan inilah buku yang paling hebat yang pernah saya baca ialah KELUARKAN SINGA DARI DIRI ANDA" kenapa buku ini hebat? ia buku ini dari awal muka surat lagi telah dibangkitkan dengan semangat Singa dengan gaumanya memecah kesepian belantara, dengan kepantasanya mengejar musuhnya untuk dijadikan habuanya, dengan sinaran matanya yang bijakdan bernas mencari habuan dengan kekuatan fizikalnya di samping rasa tanggungjawabnya menawan kelompok singa yang tua dan betina serta anak anak singa dengan sikap kepimpinanya yang menunjukan binatang yang bernama singa ini adalah JAGUH BELANTARA,Banyak orang berkata tentang singa, tapi orang tidak tahu bahawa singa adalah sejenis binatang yang bercita cita tinggi dan hebat, kalau boleh seluruh gurun sahara atau hutan rimba itu mahu di taklukinya dan termasuklah dengan penghuninya sekali di dalam pengawasanya serta tunduk pada arahanya. Tapi kehebatan singa ini tidak dapat dijinakan oleh manusia, kenapa? kerana singa ini adalah binatang yang suka bebas dan kalau mahu dikurung pun mestilah di buatkan satu tempat yang meyerupa hutan juga.

Foto :Kegagahan singa jantan dan kemahiran serta ketangkasan singa betina adalah satu gandingan yang hebat

Dan sahabat Nabi yang telah di keluarkan singa oleh baginda ialah Syaidina Umar al- Khatab dan juga Umar Abdul Aziz iaitu singa yang berani menghadapi segalanya demi agama. Saya ingin mengulas sikit tentang buku singa ini iaitu binatang yang buas dan ganas ini.Sebenarnya singa ini adalah binatang yang hidupnya penuh dengan stertegi, dia melakukan sesuatu sehebat namanya iaitu singa.Dia melakukan sesuatu itu dengan penuh terancang.

Antara sikap singa yang mesti ada pada manusia emapt perkara
1 Hikmat iaitu kekuatan berfikir, ini kalau kita tidak berjaya atau tidak hebat adalah sebab kita kurang berfikir, binatang singa ini dia sentiasa memikir untuk mencari makan, menjaga keselamatan serta memberi perkhidmatan yang terbaik untuk dirinya dan ahli keluarga serta kerabat binatang yang hidup di bawah naunganya supaya tidak kebuluran atau ditimpa sebarang masaalah.

Foto : Rajin dan sentiasa berusaha keras kearah kehebatan


2 Kekuatanya
menahan nafsu, singa adalah binatang yang ganas dan buas, walau pun dia mempunyai kehebatanya dalam banyak perkara termasuk tenaga batinya, tapi singa sangat berhikmah didalam soal mengawal nafsunya dan dia bukan binatang yang seperti anjing yang melakukan perbuatan dengan tidak mengira tempat dan masa, malah singa dia dapat menahanya sehinggalah dia dapat keserasian bersama pasanganya.Jangan seperti remaja hari ini yang tidak bermoral sentiasa mengikut hawa nafsu.
3 Kekuatan yang lain iaitu dia boleh menahan marah, singa kalau dia dalam keadaan marah dia dapat mengawalnya dengan mendiamkan dirinya tidak seperti harimau kalau dia marah akan terus menerkam, tapi singa dia boleh menahan dengan mengibas mengibas tengkuknya ke kiri dan kekanan serta meremangkan bulu bulu di badanya tandanya dia sedang mengawal marah dan berfikir bila marah itu akan dilepaskan.

Foto :Buku ini sangat menarik serta penuh dengan gambar yang meransang minda anda

4 Adil di sinilah sikap singa yang patut manusia contohi, jika dia dapat makanan hasil dari tangkapanya maka dia akan meletakan makanan itu di tengah tengah tempatnya dan semua anak bininya menikmati makanan itu sehingga puas dan dia tidak akan pilih kasih iaitu anak mana dapat hati, anak mana dapat paha atau bini mana dapat daging pejal atau bini mana dapat tulang, baginya keadilan adalah satu perkara yang membolehkan singa jantan ini nampak hebat dan gagah serta berpengaruh. Itulah singa.

Buku yang di tulis oleh Perunding Motivasi ini adalah satu bahan bacaan yang sangat hebat dan mantap isinya serta sebagai bahan tazkirah untuk pelajar serta di tempat kerja, seharusnya semua perpustakaan dan pelajar harus memiliki buku yang hebat ini, naikan maruah anda seperti singa

Buku yang setebal 158 mukasurat dan berharga RM 20 adalah bahan bacaan untuk semua terutama para remaja yang mahu mengariskan cabang motivasi mereka kearah kecemerlangan

Monday, May 11, 2009

MERPATI MAKAN DI TANGAN

Foto: Perangai orang utan dengan perangai manusia hampir sama. Foto diambil di Zoo Bogor, Pulau Jawa, Indonesia ketika lawatan penulis.

Pagi tadi saya dengar Radio Klasik.fm. Ada cerita yang membuat saya rasa sebak, iaitu kisah seorang ibu yg mengasihi tiga orang anaknya. Yang pertama anak perempuan berpendidikan tinggi dan berjawatan besar serta bijak.

Manakala yang kedua seorang lelaki kurang berpendidikan tapi sangat prihatin pada keluarga, bekerja kampung sahaja dan yang ketiga seorang perempuan yang mempunyai wajah yang cantik dan telah jadi rebutan jejaka kampung dan bandar. Ibu ini ialah orang berharta manakala suaminya telah lama meninggal dunia.

Nama anak yang pertama ialah Nona yang kedua Atan dan yang ketiga Lisa. Semenjak dari kecil si ibu sangat mengasihi Nona. Malah segala permintaan Nona akan di penuhi walau terlalu sukar untuk memenuhinya.

Mungkin kekurangan duit atau mungkin ada beberapa masaalah, tapi bila Nona meminta, pasti si ibu penuhi. Kata dek orang kampung Mak Tipah sangat sayang Nona sebab Nona pandai ambil hati Mak Tipah. Pandai pujuk Mak Tipah.

Selalu bercakap dengan bahasa yang lunak dan bila Mak Tipah sakit si Nona akan terjerit-jerit beritahu orang bahawa dia seorang sahaja yang jaga ibunya, untuk tarik perhatian saudara dan jiran.


Foto: Ibu adalah insan yang pengasih dan penyayang. Walau siapa pun aku, kau adalah ratu hatiku. Foto di dalam ruang solat Masjid Kg. Titian Bintangor pada hari pernikahan adik iparku Dr. Norlaili Zakaria dengan jejaka New Zealand pujaannya, Aron Mark Hosking. Kelihatan ibu dan bapa Aron serta ibu kami yang dikasihi (depan dua dari kanan).

Maka sikap Nona telah membuatkan Mak Tipah sentiasa kalah dan Mak Tipah terpaksalah menumpu perhatian pada Nona. Kalau tidak diberi perhatian Nona akan ungkit-bangkit segala kebaikanya pada ibunya. Manakala anak Mak Tipah yang kedua Atan, adalah merupakan anak tempat Mak Tipah meluahkan perasaan dan bergantung harap.

Tapi Mak Tipah lupa bahawa Atan adalah anaknya yang sentiasa mendampinginya waktu senang dan susah. Tapi untuk memberi harta arwah suaminya Mak Tipah telah meletakkan semua harta itu atas nama Nona kerana Nona telah mengambil peluang di atas kebaikan yang diberi pada Mak Tipah untuk membodek Mak Tipah.

Tapi Atan tetap juga mengurus ibunya hinggalah satu hari Mak Tipah jatuh sakit kuat. Atan beritahu Nona akan keadaan ibunya. Tapi Nona sibuk dengan urusan kerja dan keluarganya. Dia menangguh untuk menjengok ibunya yang sedang sakit kuat.

Akhirnya ibunya meninggal dunia dalam keadaan tanpa dijengok oleh Nona. Anaknya yang ketiga hanya dapat menerima takdir begitu sahaja. Kesudahan cerita itu Atan telah dipaksa pindah dari rumah pusaka itu kerana rumah dan tanah tersebut atas nama Nona.

Itu ceritanya MERPATI MAKAN DI TANGAN iaitu orang bijak akan mencari peluang untuk diri dan kehidupannya. Orang lemah akan jadi tempat orang mencari kesempatan ke atas dirinya. Dan anda di mana ?

WADAH CINTA SOLEHAH

Foto :Kakak & Adiknya.
WADAH CINTA SOLEHAH adalah sebuah karya memoir kehidupan seorang gadis yang mengelumangi zaman remajanya dengan suka, duka,tawa,tangis,rindu,cinta dan kemenangan serta bermotivasi tinggi.Tulisan yang diangkat dari blog ini kedalam bentuk buku peringatan/ catatan perjalanan kehidupan ini sedang di nilai tambah untuk di jadikan sebuah karya yang menepati cita rasa anak remaja sekarang yang sentiasa tercari cari di mana realiti kehidupan yang sebenarnya.Siapakah pembimbing kepada gadis yang bernama Solehah ini? iaitu pengalaman hidupnya sendirinya yang menjadi guru utama.Di dalam buku ini hampir 70% adalah tip tip dan panduan untuk remaja menjalani kehidupan dengan cemerlang serta berhikmah.

Foto : Betapa indahnya Islam,dunia & akhirat bergandingan untuk mencari keredhaanNya

Wadah Cinta Solehah ini adalah laman blog dari 62 tajuk yang munasabah untuk diketengahkan.Malah saya telah mengaut juga karya dari Ummu Sakinah dan Bapanya untuk menjadikan karya ini lebih hangat dan pantas di baca oleh semua golongan.Memoir kehidupan ini akan di terjemahkan juga di dalam bentuk gambar dan lukisan.Insyallah saya akan meyiapkan dalam dua hari lagi.Jika ada bahan dari penulis blog wardah Cinta Solehah untuk menokok tambah masih di terima.
Foto : Bakal Pejuang Islam(Mujahid & Mujahidah)
Dan saya inginkan hadiah memoir ini untuk semua para remaja yang sedang mendongak dongak apakah hala tuju sebenarnya kehidupan mereka di dunia ini iaitu sebagai "khalifah Allah".Dan apakah yang di kata persahabatan, kekeluargaan dan rakan serta teman taulan, nantikan buku remaja yang menarik ini, hanya untuk mu!

Saturday, May 9, 2009

Ibu,Emak,Ummi,Mama,Ma, Mek

Foto : Ini adalah anak anak Yatim Darul Tahfiz Sri al Ain Acheh yang telah saya jaga dan belanya semenjak 2004.Ini buahati saya yang membuatkan saya rasa teruja bila berdepan dengan mereka.Ayah dan ibunya telah terkorban dlm bencana alam tsunami 2004,Ibu Rusnah sayang kamu semua.

"SELAMAT HARI IBU' Betapa hebatnya wanita yang berstatus "ibu".Saya memiliki ibu dan saya adalah ibu. Bila saya seorang anak sebelum menjadi ibu saya sering sahaja membuat emak saya marah dan ketawa dan saya sentiasa mahu permintaan saya di penuhi.Jika saya gagal mendapatnya saya akan protes dan rasa kecewa. Malah saya sering meyalahkan emak. Tapi emak sangat sabar melayani kami adik beradik seramai sembilan orang.Sewaktu itu emak adalah wanita yang tidak punyai pekerjaan. Kewangan sangat terhad tapi keinginan anak anak macam macam sehinggakan emak terpaksa membohongi kami untuk memenuhi permintaan kami antara yang saya ingat
1 Emak sering mendahalukan kami dalam soal makan
2 Emak tidak akan tidur sebelum kami tidur dan emak bangun pagi sebelum kami bangun
3 Emak menyorokan peyakitnya sehingga membuatnya meninggal dunia
4 Emak tidak pernah kata letih dan bosan walaupun kerjanya tidak pernah berhenti
5 Emak sentiasa menjadi orang super dlm semua tugas rumah
6 Emak tidak pernah menitiskan airmata kalau ada sesuatu bencana yg datang
7 Emak tidak pernah jemu menasihati kami walaupun nasihatnya kami tidak mengindahkanya
8 Emak sentiasa menghargai kami ,walaupun kami telah dewasa dan berumahtangga dan dia melakukanya sehinggalah akhir hayatnya.
8 Emak tidak pernah tewas dengan prinsip untuk menjadikan kami adik beradik orang baik baik dan beriman
Emak adalah insan yang sangat istimewa dan lahirnya aku ke dunia ini adalah dari seorang wanita yang bergelar ibu.Nama mu terpahat di setiap aliran darahku dan jasamu sebati didalam hidupku serta mengorbananmu tidak mungkin dapat ku balas.Kini saya adalah Ibu kepada tujuh orang anak iaitu tiga perempuan dan empat lelaki.Saya mendapat anak ketika pada usia dua puluh satu tahun dan mereka ini lahir setahun seorang, tugas yang di pikul sesangatlah berat dan kadangkala itu saya tidak sedar bahawa umur saya sudah berapa tahun dan sehinggalah saya berusia tiga puluh dua tahun saya sudah mempunyai tujuh orang cahaya mata. Kalau saya hitung keletihanya, hanya allah sahajalah yang tahu.Saya tidak punya masa untuk diri sendiri. Seluruh usia muda saya di serahkan kepada anak anak, seluruh kekuatan kudrat saya hanya untuk anak, seluruh masa rehat saya hanya untuk anak, seluruh harta saya hanya buat anak.Selain dari Allah dan Rasul saya hanya ada anak anak.

Foto : Ini anak teruna saya yang kelima Salman al Farisi.

Saya kira ibu ibu yang seperti saya ingin sesuatu dari zuriatnya yang bernama anak.

Anak telah menjadikan saya insan yang peyabar dan insan positif.Seingat saya sewaktu anak anak saya masih kecil saya adalah pengasuh yang sangat setia dengan tugas rutin yg bagi saya tidak pernah teringat mahu berhenti dari kerja itu iaitu menyusukanya,memberi makan & minum,memandikan membuang najisnya dan menjaganya sewaktu sakit walaupun bersengkang mata.Bila telah besar sikit saya mula jadi gurunya mengajar perkara yang baik baik, kadang anak anak memberontak tidak mahu dengar nasihat dan tidak mahu ikut cakap, saya tetap sabar dan tekun mendidiknya sebab saya tidak mahu mereka terpesong mengikut arus dunia yg bagai ribut.

Bila mereka menginjak remaja saya jadi penasihat yang tidak saya sedari bahawa anak anak saya ini adalah insan yg perlu saya pimpin lagi tanganya untuk membawanya kearah kebaikan kerana walaupun mereka boleh menebusi dunia ini dengan akalnya tapi mereka tidak akan dapat dapat memecah lautan kehidupan yang sentiasa bergelora yang mahu menghayutkan mereka. Oleh itu saya sampai kehari ini sentiasa menjadi orang yang hebat pada mata anak anak sebab saya tidak mahu zuriat yang saya tinggalakan nanti akan memberikan saya azab di alam kubur.Saya mahu mereka menghadiahkan saya cahaya dan ketenangan. Buat anak anak jasa yang Ibu tabur janganlah dibalas dengan meterial sahaja tapi mesti di balas dengan doa dan jadilah insan yang baik baik.Buat renungan saya dan seluruh anak anak maka cuba anda renung ungkapan ini kata kata dari Master Cheng Yen beliau berkata "ada dua perkara yang tidak boleh ditangguh dalam kehidupan iaitu pertama berbakti kepada orang tua (ibubapa) dan kedua membuat kebajikan".

Friday, May 8, 2009

PERMATA



"Permata kalau terbenam di lumpur pun dia akan tetap berkilau", itulah istilahnya kalau benda yg baik.Kali ini saya ingin mencoretkan sedikit cerita tentang anak pantai timur yg comel lote ini, makan budu pun boleh pandai, makan roti pun boleh pandai.Kalaulah macam tu maka kita ubah menu masakan harian kita makan ikut keperluan sahaja, jangan ikut selera mata. Mek yang saya maksudkan tu ialah Nik Nur Madihah, dah empat kali saya jumpa dia. Tiga kali pakai jubah hijau dan tudung sekolah (pakaian yang sama).Memanglah zuhud sungguh budak ni, dulu pernah jugalah saya jumpa budak pandai, bila dah dapat duit ceramah sana sini maka pakaian pun semuanya naik jenamanya, meka up pun mahu terbalik bibirnya.Dan pakai seluar jeans pun sendatnya macam apam.Tu... dia dah dpt duit, tapi mek yang seorang ni lain dari yang lain, itulah jubah hijaunya kehulu kehilir dan itulah tudungnya.Cuma yang saya tengok ayahnya ada perubahan sikit, tapi umminya masih seperti dulu juga masa kali pertama saya jumpa dulu, itulah Permata Generasi Rabbani, taniah! Madihah anda adalah insan yg hebat.

Semalam saya jumpanya di KLIA iaitu sebelum Madihah bertolak menunaikan umrah bersama ayah dan umminya.Itulah anak yang solehah, belum kerja lagi dah bawa emak dan ayah tunai umrah.Sejuk perut umminya mengandungkan Madihah.

Madihah belum berubah walaupun duit datang bagai air padanya, seorang gadis kampong yg pemalu dan tidak sombong.

Kepada yang ingin mengetahui siapakah gadis yang hebat ini dapatkan cerita mengenai kehidupanya dan cara dia menguasai pelajaran sehingga di nobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2008 didalam buku NIK NUR MADIHAH PERMATA GENERASI RABBANI tulisan Ummu Sakinah Muhammad yang sedang laris di pasaran.Ibubapa, guru guru dan pelajar harus memiliki naskah ini di terbitkan oleh Yamani Angel Sdn Bhd.Jika ada permintaan dari sekolah, masjid atau persatuan ingin mencungkil kecemerlangan Nik Nur Madihah maka pihak Yamani Angel sedia untuk memenuhi permintaan dengan mendatangkan penulis buku tersebut atau penulis sisipan buku itu untuk berkongsi dengan para pelajar iaitu bagaimana Nik Nur Madihah mengarap kecemerlanganya sebagai seorang yang hidup serba kekurangan tapi mampu untuk lebih cemerlang di dalam pelajaranya.

Ceramah yang bertajuk PERMATA GENERASI RABBANI iaitu yang akan menerangkan keseluruhan isi kandungan buku dengan terperinci.Dan buku ini adalah sangat sesuai untuk memotivasi anak anak yang mahu mengambil peperiksaan kerana gandingan pengalaman Madihah dengan pengalaman perunding Motivasi Hj Muhammad Zakaria (penulis sisipan) akan memberi satu santapan minda kepada para pelajar. Selamat belajar! !!!

Thursday, May 7, 2009

Kutip

foto : betapa indahnya, kalau pemuda ini mewarisi negara dengan iman, amal dan takwa

"Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara"
wah! sedap telinga mendengar pepatah itu, tapi setakat manalah pemuda mahu jadi haparan bangsa, kalau jadi hampas negara tu adalah... dan pemudi pula kalau nak harapkan jadi tiang negara susah juga tu, peruntuh negara adalah kalau tidak di benteras gejala sosial yang dah seperti lautan hindi geloranya, kadang kala tu pemimpim pun buat tak tau aje! ialah bukanya senang, anak pemimpim pun macam hanturaya, inikan pula anak rakyaat jadi hantu jembalanglah. Oleh itu slogan yg di mainkan selalu seperti jauhi dadah, atau benteras mat rempit atau beri kondom percuma supaya tidak ada kelahiran haram ini adalah slogan lapuk. Muak dah nak dengar, kali ini mari kita cuba ubah slogan pula dengan corakan para pemuda pemudi kita dengan pendidikan agama, jangan kita fikir kalau agama sahaja pembangkang, itu tak betul, yang betulnya pemimpin mesti berkhidmat demi Agama, Bangsa dan Negara.


Foto : Anak anak adalah ibarat kain putih, pencoraknya adalah kita

Kerana negara tidak akan hilang kalau rakyaatnya taat setia pada pemimpin, tapi negara akan tergadai kalau rakyaatnya tiada bermaruah.Saya sedih dengan anak anak muda sekarang, contohnya di Kajang tempat saya bergelanggang. Budak budak sekolah yang berusia belasan tahun berkeliaran seperti sampah hanyut di sungai dengaan menghisap rokok, minum arak, berkepit jantan betina itu tak usah cakaplah, mak bapaknya tak tahukah anaknya macam tu, bila malam sikit mulalah pasangan ini cari potnya untuk melepaskan gelora remaja dan makan berbagai jenis dadah untuk kuat, tahan ngantuk dan pusat hiburan macam neraka jahanan, hinggar binggar. Siapa yang mahu ambil tahu! tiada siapa yang peduli. Dan saya sungguh rasa simpati baru baru ini saya bertemu dengan dua orang pelajar tingakat dua dan tiga dua duanya berbadan dua, menangis mengadu nasibnya. Sekarang sedang duduk di rumah teman lelakinya kerana mak bapak sudah tidak mahu peduli.

Foto : Al Quran dan al Sunnah sebagai ikutan

Apakah gejala ini mahu di lepaskan begitu sahaja. Siapakah kita orang dewasa ni geleng kepala sahaja.Inilah yang patut di laungkan sebab anak muda ini adalah warisan dan penentu kemakmuran dan kesejahteraan Negara.

Wednesday, May 6, 2009

TIDAK PERNAH BERUBAH

Foto : Tidak semesti kekurangan itu tidak boleh di baiki

Kenapa kita sukar berubah? semasa saya kanak kanak dulu saya mempunyai sikap yg luar biasa sebagai kanak kanak perempuan. Saya suka berkawan dgn kanak kanak lelaki sahaja, kadang kala sampai kesatu peringkat saya membenci kawan kawan perempuan sebab budak perempuan suka main masak masak, main anak patung dan kejap kejap nangis kalau kena ejek atau kena usik.Budak perempuan juga tidak suka jalan jalan. Jadi perkara ini berlainan dgn fitrah saya iaitu saya suka merayau rayau masuk hutan, main di sawah dan cari buah di hutan dan makan, kalau saya kena usik atau ejek lagi saya suka, sebab lagi dia ejek lagi lah saya buat.(Perangai ini sampai kehari ini,sudah tidak boleh berubah)

Sikap saya yang tidak baik lagi ialah kalau masa cuti sekolah adalah hari yg paling mengembirakan saya kerana boleh mandi sungai, tangkap ikan dan jalan jalan semahunya maknaya keluar pagi balik dekat nak magrib. Saya gagal jadi anak perempuan yang baik. Malah saya juga tidak suka memasak dan mencuci. Bila usia sudah dua belas tahun saya mula rasa malu dengan peribadi ini kerana anugerah wanita yang ada pada saya tidak gunakan sepenuhnya. Maka perlahan lahan saya mula meyedarinya lalu saya masuk pula ke alam wanita walau hati rasa tertekan.

Foto : Saya suka pada aktiviti lasak

Saya cuba mencari kawan kawan perempuan, tapi mereka tidak berapa meyukai saya kerana sikap saya kadang kala membuatkan mereka sering berbisik bisik. Akhirnya saya mula belajar mahu merubah peribadi yg tidak baik itu .Saya jadi semua aktiviti yang saya minat itu sebagai aktiviti membantu orang, saya belajar membuat kerja kerja yang boleh mendatang kewangan seperti menjual buah buahan atau sayur sayuran, kadangkala tu tolong orang tua kesawah.Dan mecari duit dengan menubuhkan tabung khas untuk mengisi dana bagi meberi kawan kawan yg dalam kesusahan buat jamuan pada hari jumaat, beli buku terpakai untuk perpustakaan kanak kanak kampung dan membuka tempat gunting rambut setiap hujung minggu, gunting percuma dan ikut kemahiran, janji dulu dgn org yg nak gunting rambut, kalau salah gunting jangan marah.Saya ikut arwah mak pergi kerumah orang kenduri untuk nolong orang memasak,menghidang dan belajar juga jadi mak andam. Akhirnya saya mampu lakukan jadi seorg wanita, dan saya cuba merubahnya.

Tapi sebenarnya peribadi itu tetap peribadi, benarlah kata orang peribadi kita akan leyap setelah kita kita bertemu dgn penciptaNya. Inilah darah daging saya hingga kehari ini.Ramai kawan di kalangan org lelaki, jarang memasak.Suka buat kerja yg mencabar! itulah peribadi saya,tapi tetap wanita.Saya kagum dgn wanita yg cantik peribadinya, mulia hatinya.

Dan hari ini sikap saya tidak juga berubah walaupun sudah bergelar isteri dan ibu.Walau pun begitu saya sering belajar untuk membaiki sikap yang buruk itu. Contohnya dulu saya tidak suka memasak, tapi saya belajar memasak, malah saya mampu memasak kalau mahu buat kenduri untuk 100 orang makan tidak payah catering dan dalam masa 45 minit saya boleh selesaikan beberapa jenis lauk.Ini kemahiran yang saya cari,tapi ini saya tidak lakukan selalu, saya lakukan bila perlu sahaja.Sebab memasak bukan hobi saya.

Saya mencerita perihal saya ini adalah untuk menekan satu istilah untuk anda tentang istilah UBAH SIKAP . Berubahlah kalau anda mahu.Kenapa kita sering menjadi habuan maki hamun orang setiap masa dengan sikap kita yang buruk itu? kita sendiri tahu itu adalah kelemahan kita? seingat saya masa kanak kanak dulu, arwah mak sering kurung saya dlm rumah kerana tidak mahu saya berjalan.Sikap itu tidak juga berubah, hari ini pun saya suka berjalan juga.Tak kenal penat.

Susahkah anda mahu berubah? Anak remaja mesti berubah dari sikap yg tidak meyenangkan orang kepada sikap meyelesaikan masaalah semasa kita sendiri. Usia remaja adalah usia yg paling baik untuk berubah. Jangan bergantung hidup pada orang lain, tidak mahu berubah dan kelalaian adalah dua sepesis yang meyakitkan kehidupan orang lain dan diri sendiri.Anda tidak boleh jadi pejuang kalau tidak mahu berubah dgn sikap buruk anda. kerana orang hebat selalunya hidupnya penuh stertegi dan sering belajar dari kesilapan, lihat stertegi OSAMA BIN LADEN atau AHMAD DINEEJAD,


Foto : Mesti ada stertegi

Kalau kita sudah besar kita gagal menguruskan perihal kehidupan kita sendiri bermakna kita tidak boleh menjangkau dunia atau mentadbir org lain, kerana hidup kita pun sering kecundang. Jadikan kekurangan kita itu adalah kelebihan kita, cintohnya kalau kita sering di tinggalkan bas untuk ketempat kerja kerana terlambat sebab nak gosok baju, bangun tidur lewat. Maka jadi kelambatan anda itu sebagai minat untuk melaksanakan tugasan itu sebelum anda tidur malam dan cuba tidur awal supaya dapat bangun awal. Contoh lagi, kalau anda sudah berusia dua puluhan atau tiga puluhan kad ATM pun bergantung pada sahabat atau pada keluarga, jadikan minat anda untuk membuat beberapa kad ATM untuk diri anda pula, malulah setiap kali kalau orang mahu membayar gaji kita melalui bank kita akan pinjam nombor akaun orang, apakah orang yang ada kad ATM itu orang berduit atau orang cantik atau gagah perkasa? apakah kita yang tidak punya kad ATM ini orang kurang pendidikan? atau orang lemah fizikal?kadangkala itu orang OKU pun memiliki berpuluh kad ATM,sedangkan kita sempurna sekeping kad ATM pun tidak ada.

Oleh itu tolehlah pada kekurangan kita. Suburkan kelebihan kita. Jangan syok dengan kelemahan sendiri dan jangan ingat org seronok untuk membantu kita terus menerus , sekali sekala mungkin org tolong, tapi org akan menyampah kalau asyik mahu tolong kita sahaja. Elakan diri kita dari menjadi mangsa cemuhan atau kita ini org yg sering merintih " siapalah aku ni"Jangan kita asyik membelek kekurangan kita. Syabas anda adalah orang yang berjaya.Lakukanlah perubahan sekarang!

Monday, May 4, 2009

Anak Kaum Peribumi &RAIHAN

Foto : Tugas membersih sebelum persembahan RAIHAN,hanya anak kaum peribumi dan dua org sukarelawan sahaja.

Sejarah penglibatan kumpulan RAIHAN dengan anak anak kaum peribumi di Kg Merbau ini ialah pada Jun 2007, iatu waktu kali pertama persembahan amalnya untuk kaum peribumi.




Foto : Makan lemang & redang, best! masak bersama dgn kaum peribumi

Alhamdulilah kumpulan Raihan dapat meneruskan misi amalnya walaupun sibuk dengan persembahannya yang tidak putus putus samada di dalam atau di luar negara. Kumpulan Nasyid yg mecatit sejarah dalam industri muzik tanahair ini dengan jualan paling tinggi di dalam album puji pujianya dan juga mengadakan persembahan di depan raja dan pemimpin negara di luar negara.





Foto : Kumpulan RAIHAN sedang melayan anak kaum peribumi, TQ Allah

Kumpulan Raihan adalah merupakan satu kumpulan yang mempertaruhkan tawaduknya dan tidak meninggikan dirinya maka dengan sebab itulah kumpulanya masih kekal dan utuh di hati rakyaat Malaysia. Kini Raihan telah mengorak langkah iaitu membentuk sebuah program amalnya dengan mengadakan Taman Bimbingan Kanak Kanak RAIHAN di Kg Merbau, Maran Pahang.Pada 3hb Mei 09 (Ahad) Sekali lagi Raihan mengadakan persembahan amalnya di penempatan orang asli Kg Merbau, Maran. Di harap ada lagi penyanyi atau kumpulan nasyid seperti kumpulan RAIHAN untuk yang murni ini.

Sunday, May 3, 2009

Syafiqah

Foto: Saudara lelaki Syafiqah

"Apa khabar Rozita?" Saya menyapa seorang perempuan orang Asli yang saya kenali tiga tahun lalu di Kg. Merbau, Maran, Pahang.

"Baik." Jawabnya rengkas sambil tanganya memegang seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun setengah.

"Kenapa lama tak datang rumah?" Tanya Rozita pada saya.

"Bukan tak datang. Saya selalu datang ke kampung ni, tapi tak sempat nak singgah." Jawab saya.

Sebenarnya setahun yang lalu saya ada rasa tidak senang dengan Rozita. Sebabnya dulu dia pernah berjanji dengan sebenar-benar janji mahu masuk semula ke agama Islam bersama empat orang anaknya. Tapi sehari sebelum saya bertolak dari KL untuk mengambilnya di Kg. Merbau untuk program pengislaman beramai-ramai di Kuantan itu dia telah mungkir janji.

Saudara maranya telah menalipun saya dari Kg. Merbau, bahawa Rozita ini tidak dibenarkan untuk memeluk Islam dengan alasan Rozita ini di bawah jagaannya. Dan saya dimarahi serta diugut dengan berbagai-bagai perkataan. Akhirnya saya ambil jalan untuk menangguhkan sementara untuk membawa Rozita ke program tersebut.

Dalam program Hari Keluarga Bersama Keluarga Orang Asli Kg. Merbau 1-3 Mei yang lalu, saya bertemu Rozita. Saya lihat wajah Rozita cengkung sahaja. Badanya kurus. Sepanjang program 3 hari itu, selama itulah dia duduk sama-sama dengan saya dan menceritakan semua masalahnya. Saya terkejut dan terharu musibah yang menimpa dirinya bertalu-talu. Masyarakat sekitarnya hanya mampu memandang.

Seorang isteri diceraikan suami. Ditinggalkan dengan anak yang kecil dan ramai (8 orang) tanpa sebarang nafkah. Dan akhir sekali Rozita terima satu kejutan dan dia memberitahu saya dengan linangan air mata. Betapa kejamnya suami Rozita, memalitkan hati dan perasaan Rozita dengan beban dan betapa kejamnya ayah Syafiqah memberi satu panahan jahanam pada jasad Syafiqah, apakah ini manusia?

Rentetan saya (Ibu angkat Syafiqah & Rozita):

Rozita baru dua bulan berpisah dari suaminya dengan menjaga lapan orang anak yg masih kecil iaitu Syafiqah pada waktu itu berusia empat bulan. Dan saya telah mengambil Syafiqah ini sebagai anak angkat saya. Semasa dari dalam kandungan lagi saya telah memberitau Rozita kalau lahir sahaja anaknya itu saya mahu jadikan anaknya sebagai anak angkat. Dia setuju.

Setelah dia lahir saya sering menziarahi Syafiqah dan melayani serta menyediakan keperluannya. Setelah tujuh bulan Syafiqah lahir Rozita telah berpisah dgn suaminya. Suaminya telah mengambil Syafiqah untuk dijaga bersama dengan isteri barunya di Ulu Lepar.

Foto: Sewaktu Syafiqah berusia 3 bulan, saya ziarahnya.

Selepas daripada itu saya tidak lagi bertemu Syafiqah. Dan di waktu itu jugalah Rozita telah dirundung sedih dengan penyaraan anak-anaknya.

Rozita tidak dapat masuk ke hutan seperti orang lain sebab dia perlu menjaga anak-anaknya iaitu yang berusia lima belas hingga dua tahun lebih (abang Syafiqah). Rozita hanya mampu meraut rotan dengan pendapatan tidak sampai RM 10 sehari sebab peraih mengambil rotan itu dengan harga 4 sen sebatang.

Dengan pendapat itu Rozita memberi makan anak-anaknya dan dia duduk di pondok yang dibina olehnya sendiri dengan bantuan anak-anaknya yang kecil itu. Tiangnya daripada pokok hutan dan dindingnya daripada daun rumbia, tanpa bilik dan ruang dapur.

Tapi kehidupan begini tidaklah menyusahkan Rozita, kerana dia sangat tabah dan sabar. Tapi ujian itu datang lagi pada bulan Disember 2008, bekas suami Rozita telah memberitahu bahawa Syafiqah telah sakit kuat dan berada di hospital.

Rozita telah pergi ke hospital dan dia melihat keadaan Syafiqah sangat menyedihkan. Tengkok Syafiqah telah lembik. Seluruh kulit di badanya merah-merah dan kesan luka-luka yang bercalar-balar. Kemaluannya bengkak. Doktor melaporkan Syafiqah tidak sakit. Tapi ada kesan seperti didera pada tubuhnya. Selama dua hari Syafiqah bertarung dengan maut.

Pada malam ketiga pada jam tiga pagi tiba-tiba Syafiqah menangis selama tiga minit. Rozita memberi susu, tapi Syafiqah sudah tidak mahu lagi mengisapnya. Dengan tangisan yang serak-serak menahan kesakitan akhirnya Syafiqah menghembuskan nafasnya yang terakhir di depan pandangan Rozita.

Itu derita anak angkat saya kaum peribumi. Saya tabah dengan peristiwa ini, tapi saya benci dengan kekejaman itu.