Friday, April 27, 2012

Siapa Pemimpin Kita


Untuk jadi seorg pemimpin  tidaklah semudah yg diimpikan, apakah bila kita jadi pemimpin boleh jadi pemerintah? atau apakah bila kita jadi pemimpin kita boleh berkuasa? dan apakah bila jadi pemimpin kita boleh buat apa saja yang kita mahu.Cuba kita renungkan apa kata Syaidina Umar 


"Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar tetapi tidak bertaqwa. Kerana tanpa ketaqwaan kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat.
Aku juga sangat kecewa terhadap orang yang bertaqwa tetapi dungu. Kerana orang itu dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna."


hari ini kita lihat ramai sekali pemimpin kita sangat jahil dengan ilmu agama, tp dia tetap di pilih, benarlah untuk jadi pemimpin mestilah dikalangan org yg berilmu terutama agama, jika seorg pemimpin tandus ilmu agamanya maka akibatnya negara akan hancur lebur dan lihatlah sekarang manusia ingin sesuatu yg luarbiasa, jika pemimpin dikalangan org tidak berilmu macamana mahu melakukan sesuatu yg luar biasa dan menjadi seorang yg dihurmati?

Tuesday, April 10, 2012

oooh mama

Tadi baru balik dari IJN, ziarah abang yang melakukan pembedahan jantungnya.Baguslah perkhidmatan di IJN...dan terbaik.Kini abang saya sudah beransur pulih setelah menjalanan pembedahan yang agak kritikal jugaklah selama 5 jam, setelah 2 hari dia sudah dipndah kewad biasa.

Kalau nak cakap pasal jantung memanglah tak sudah dan habis...macam macam info yg saya dengar,ada kata sbb makan, ada kata tak senaman, ada kata sebab bebanan kerja, saya rasa semua itu iye belaka.

Oleh itu marilah kita hidup dengan berlapang dada.\

OK ni saya cete pasal jiran abang saya di IJN tu, seorg wanita yg berumur 97 thn, saya terpanggil nak ziarahnya kerana jarak katilnya dgn katil abang hanya selang 2 katil aje.

Sepanjang saya disitu kedengaran suaranya menjerit jerit ada perkataan yg amat mencuit hati saya iaitu "emmmak, saya nak mati, ya Allah sakitnya"


Kesian saya tengok dia yg dijaga oleh bibiknya yang baru datang dari Indonesia.Dia seperti dlm keadaan nazak.

Tapi mungkin org tidak tahu bahawa dia sedang bergelut dgn maut dan dari gerak tanganya dia sedang bertarung ingin melepaskan nafasnya tp dia tak berdaya, kata bibiknya badanya mati sebelah dah lama.

Saya teruja melihat rambutnya yg masih hitam dan di potong pendek walaupun usianya dah 97thn.Saya harap semoga Allah mudahkan untuk dia menemui penciptaNya.