Tuesday, August 31, 2010

MUSIM KE MUSIM




Malam jumaat yang lepas iaitu lepas solat terawih di Surau Di Sg Buluh kami singgah sebentar di Amsmart, biasalah lepak sambil menikmati teh tarik kurang manis,Awang order milo panas, tapi dia minun tak habis katanya malam ni dia tak berapa selera nak habiskan minuman kerana badan rasa tak sedap.Selepas kami minum kami balik jam pun ketika itu dah pukul 12 mlm.

Waktu sahur semua orang bangun, saya gerakkan Nukman utk sahur,dia kata tak larat nak bangun dan bila rasa badanya sangat panas dan mengigil dia minta selimut.Oh rupanya awang demam, pagi itu belikan dia air 100 plus dan air kelapa, dia minum sikit sangat bila hari dah tengahari panasnya makin memuncak, saya risau tengoknya diam saja bila di panggil dan bila lepas berbuka ajak dia pergi hospital dia kata nantilah...saya tunggu dia di dan urutkan badanya tapi bila ajak pergi hospital dia tak mahu, bila ajak makan dia tidak mahu dan bila suruh minum dia kata nanti dulu.

Hari ketiga panasnya tidak kebah juga, dia diam saja tak bercakap, kalau di tanya dia hanya pandang aje dan saya sangat geram dengan gelagat awang yang sakit ni, dia tak jamah nasi dah 3 hari hanya minum air sikit sikit saja dan selepas solat terawih kami bawa dia ke hospital, iyalah kat hospital orang ramai yg sakit walau dah tengah malam, jadi terpaksalah tunggu dalam 2 jam.

Malam itu doktor hanya bagi ubat minta awang makan ikut aturan. Malam itu tak sampai pagi dia makan semua ubat itu katanya dia nak cepat sembuh, masyaalah awang ni.

Esoknya dia begitu juga tak mau mahu makan, kalau di ajak makan dia kata esok baru dia nak makan, semua air yang di minum katanya tak bubuh gula dan pada hal dah bersudu gula saya bubuh gula dan kami semua ikut ragamnya, dia kata nak makan meggi goreng, buat kan tapi bila dia jamah katanya garam banyak sangat, lepas tu dia kata nak makan nasi bubur dia tak jamah pun dan panasnya sangat teruk. Lepas berbuka bawa dia ke hospital Sg Buloh lagi, dia marah marah kerana badanya sangat sakit dia tidak larat nak duduk atas kerusi dari jam 8.00 malam jam 11.30 malam baru di periksa oleh doktar dan darahnya diambil. Awang di syaki kena denggi. Awang di beri ubat yg sama cuma tambah ubat batuk saja.

Semalam saya tak kemana mana tunggu awang untuk pergi ambil darah di hospital kerana telah diarahkan oleh doktor utk ambil darah, awang tak mahu pergi, sepatutnya ambil darah jam 9 pagi, pujuk awang dengan berbagai cara dia tidak mahu pergi dan dia hanya mahu saya picitkan badanya sahaja.Saya hilang punca macamanalah awang ni sakit tapi tak mahu berubat, tak makan seulas nasi pun dah 5 hari dan dia sering pitam pitam dan muntah muntah.

Semalam abuyanya dah hilang tahap sabar telah memanggil ambulan datang untuk ambilnya kerumah pada jam 11 mlm dia marah dan bila ambulan datang tunggu dia hampir setengah jam dia tidak mahu naik ambulan akhirnya ambulan balik tanpa pesakit. Kami pujuk lagi tanpa jemu dan akhirnya dia kalah dia ikut juga ke hospital dan terus dia masukan ke wad.

Tadi pagi saya lihat demamnya masih kuat lagi dan katanya dari malam tadi hingga pagi tadi dah tak tau berapa banyak darahnya di ambil. Sakitnya ambil darah ni tak tau nak cakaplah, doktar kata padanya kalau mahu cepat balik dia mesti makan dan minum lebih dan pagi tadi saya tanya dia "dah sarapan" dia kata "sudah" sebab kalau dah sembuh darah tak payah ambil dan tak payah tinggal di hospital lagi. Tak taulah berapa hari awang akan tinggal di hospital....sakit di bulan Ramadan ini adalah untuk menghapus dosa. sabarlah ye awang

Friday, August 27, 2010

MAKAN SEMAHUNYA




Masjid Al-Ghufran bukan masjid biasa. Ada kamar musafir dengan kemudahan bertaraf hotel dan lebih menarik, sebuah kafe yang digerakkan oleh jawatankuasa masjid turut tersergam indah.



Makan,makan dan terus makan, mlm tadi kami berterawih di Masjid Al-Ghufran, Masjid yg tersergam indah ini adalah tidak asing lagi bagi penduduk Mukim Pinggir TTDI / Sg Penchala / Damansara Perdana dan masyarakat Islam kawasan sekitarnya.

Perjalanan yg mengambil masa sepuloh minit dari rumah kami dan saya juga sering ke masjid ini pada waktu siang, tapi pada waktu malam masjid ini sangat indah dan sangat meriah.

Masjid ini adalah masjid orang kaya kaya... benarlah selepas terawih kami moreh di cafe dengan santapan aiskrimnya yg lazat, apam balik panas terus dari kuali ke mulut dan putu mayang yang sedap.

Saya rasa sangat nikmat di bumi sendiri bukan setakat hujan emas atau hujan perak, tapi di bumi sendiri hujan belian lagi. Bila kita makan keterlaluan begini kita lupa pada orang susah rupanya, kita tak ingat bahawa ada orang yang tak makan dan kita lupa bahawa ada orang bersambung nyawa untuk mempertahanlan tanahairnya dari dijajah dan ada orang yang mati kebuluran

Saya rasalah kalau 30 malam saya terawih di sini mahu saya kena peyakit darah tinggi, kencing manis dan lemah jantung. Malam ni saya nak cari masjid yg kurang makan sikit. Jom kita ziarah dari masjid ke masjid

Wednesday, August 25, 2010

Ramai orang Baik



Foto : Inilah wajah sebenar orang yg mendendami orang lain dan kebengisan di wajahnya terpacar di wajahnya. Sangat huduh, orang begini kalau jadi pemimpin akan menjahanamkan pimpinanya.

Kalau adalah seseorang yg buat serong atau buat khinat pada kita, maka kita akan rasa betapa sakitnya cara dia mengkhinati kita dan memusuhi kita dan seakan akan kita tidak mahu lagi bersua atau bersahabat denganya dan kita mula berfikir bagaimanakah untuk menyelamatkan sebuah persahabatan ini? saya kadang kala itu terasa juga ingin mengetahui bahawa org membenci orang ini atas dasar apa? apa mahunya atau sebab apa dia lakukan begitu.

Kalau di rumah adik beradik berdendam dgn adik beradiknya yang lain seperti cete nabi Yusof oooh itu memang teruklah, tapi peristiwa itu berlaku dan nya memang ada terjadi samada di dalam keluarga kita atau keluarga orang lain.

Tapi bagaimana kalau seorang boss memusuhi pekerjanya atau membenci kakitanganya? kalau ini terjadi maka majikan itu mesti ada seutas urat sarafnya yang telah terputus. Kalau benci pada orang bawahan boss boleh buang atau pecat aje dan saya tengok dlm drama Indonesia banyak berlaku keadaan begini dan bila pekerjanya tidak di pecat boss makan hati dan bila di pecat nanti kakitangan buat dakwa dakwi pulak dan silap haribulan boleh buat syarikat tertonggen.

Tapi kalau suami atau isteri gelisah dengan gelagat pasanganya macamana ye, buat itu tak kena buat ini tak kena bak kat orang serba tak kena jadi untuk menjernihkan perlua ada formula, sebab itu isteri jangan terlalu keras kepala dengan laki, atau suami jangan terlalu ego dgn isteri dan kalau dua dua ada sikap buruk iaitu keras kepala dan ego, alamatnya orang yang paling berkuasa iaitu suami akan menghukum dan peristiwa begini memang banyak berlaku di kalangan artis.

Begitu juga di kalangan para pemimpin ada kocakan air dalam cawan. Saya berkata begini iaitu pada hari ini sering ada rasa ketidak puasaan atau dalam istilah yang lebih manis iaitu "menghalang kejayaan" ini berlaku dan kalau begini berterusan akan melahirkan sifat buruk pada akhlak, peribadi dan di hati mereka kian banyak cambahan
perangai yg keji lagi hina.

Tuesday, August 24, 2010

WANITA KEMBOJA

Kalau kita lihat orang Kemboja yg dtg ke Malaysia ni mereka dah maju, dah berjaya dan hidup mewah. Tapi kalau menjejakan kaki di bumi Kemboja anda akan dapat perhatian bagaimana para wanitanya hanya terperuk di ceruk dapur aje dan kerjanya mengasuh anak, ke sawah dan keladang utk membantu suami.

Kebanyakan isteri di Kemboaja melahirkan anak lebih dari tujuh orang. Soal nak beri makan, itu urusan Allah,Saya juga kagum dengan wanita wanita Kemboja ini, mereka ini sangat tabah dan kuat semangat. Semasa saya mengziarahi sebuah kampung di Kemboja saya lihat mereka ini tanganya macam belulang kerasnya, muka mereka ini tak ada sehabuk pun makeup dan pakaian mereka hanya baju baju yg telah lusuh dan berbau mungkin sudah lama tidak tukar.

Kadangkala itu terasa juga di hati saya wanita ini memang hebat dan kadangkala itu tu mereka ini sangat tangkas bekerja di samping menjaga anak anak yang ramai dengan rumah yang tidak sempurna tiada air, tiada letrik dan pakaian yang cukup tapi mereka tetap dapat hidup bahagia di samping suami dan anak anak mereka.

Ketegaran mereka ini sungguh luarbiasa bila saya banding kan dengan wanita wanita di Malaysia yang sangat mewah, ikut peredaran zaman dan serba serbi cukup.Saya pernah tidur di rumah orang Kemboja ni, oooh tak sanggup rasanya nak tidur kerana bantalnya tidak serupa bantal dan tanpa tilam serta selimutpun pakai kain pelekat yang bertampal tampal.

Tapi inilah sebenarnya mengajar mereka ini jadi kuat dan hebat serta mampu mendidik anak anak mereka jadi orang taat dan patuh pada agama dan kedua ibubapa mereka.

Tahun ini saya akan ke Kemboja untuk menghantar korban oleh itu saya harap kepada semua yang berhasrat untuk menafaatkan korban anda dengan sebaik baiknya korban di tempat orang susah begini.

Hari ini adalah hari wanita peringkat kebangsaan dan saya harap wanita di Malaysia ini semua tabah dan bersemangat dan bantulah anak anak gadis kita dari menjadi mangsa kepada keadaan.

Monday, August 23, 2010

Berbagai Musibah.



Kalau di Malaysia atau 1 Malaysia ni terkenal dgn kes buang bayinya, manakala di Pakistan pula dengan musibah penyakit yg melanda kanak kanak selepas banjir manakala hari ini pula satu gempa bumi dengan kekuatan 6.5 pada skala Richter berlaku di bahagian selatan Mexico telah mengegarkan bangunan sehingga ke Mexico City dan menyebabkan pendudukan bertempiaran keluar dari kediaman mereka dengan berpakaian tidur.

Manakala di China pula banjir kuat yg tidak pernah surut.

Cerita ini seperti telah lali di cuping telinga. Nak ambil kisah duit tak berapa nak cukup, tak ambil kisah nanti apalah pulak kita ini jenis manusia apa? kini kalau benar benar kita mahu ambil kisah mari kita selesaikan masalah dlm negara kita dulu.

Buang bayi? kenapa di buang anak yg dilahirkan dengan susah payah dan kan itu lambang cinta dua insan yang hayut di buai syaitan.

Bukan anak tu tak berbapa, tapi bapanyaya ibarat bapak ayam yang mengawan banyak ayam betina. Ayam sayangkan anak anaknya, tapi manusia lebih teruk dari perangai ayam, dahlah sakit nak beranak berjam jam lepas tu fikir pulak cara nak buang anak pulak.

Menurut satu kajian anak gadis Malaysia yg telah melakukan hubungan sex sebelum khawin sebanyak 26 peratus iaitu dgn kes dirogol, haruan makan anak dan suka sama suka.

Sekarang ini yg jelasnya naluri sex manusia ini ganas dan susah nak di kawal apatah lagi di hujung jari boleh memetik gambar atau video lucah yg membangkit nafsu iblis tu.

Dalam kedaan begini ibubapa mesti kembali kepada pendidikan beragama dan memberi pendidikan akhlak serta ada sifat malu. Ini sangat penting.

Masa saya usia 13 atau 14 tahun dulu saya sangat malu dgn budak lelaki, jauh sekalilah nak berjalan berganding tangan waktu balik sekolah. Tapi hari ini anak anak gadis bercium dan berpeluk dulu dgn pak wa nya di pintu pagar sekolah, cik gu buat tak nampak aje. Makbapak buat tak tahu sahaja. Inilah akibatnya banyak kelahiran luar nikah dan membuangnya sebagai sampah.

Sunday, August 22, 2010

MENGATUR LANGKAH




Kalau anda lihat dalam TV bagaimana deritanya rakyaat Pakistan yang dilnada musibah banjir masyaalah. Perit rasanya hati saya, tapi di saat ini saya belum boleh lagi untuk terbang ke Pakistan kerana untuk selesaikan belanja raya anak anak yatim saya di Acheh pun belum beres lagi.

Kalau anak yatim saya dah beres nanti saya akan terbang ke Pakistan untuk membuka sebuah madarasah untuk rakyaat yang dilanda musibah berat itu. Sangat teruk saya lihat, kalau tsunami itu melandanya hanya seketika tapi di Pakistan ini banjirnya belum teragak agak akan kembali lagi dan yang paling meyedihkan ialah para ibu yang baru melahirkan anak hidup dalam keadaan yang tidak terjaga, orang tua yang sudah tidak kuat untuk menyelamatkan keadaan dan kanak kanak yang telah di hinggapi berbagai penyakit.

Bantuan yang tiba dari luar banyak yang tiba tapi dalam pemeroseshan untuk agihan orang atasan iatu menteri menteri dan orang yang tiada berhati perut dan sepatutnya bantuan yang tiba untuk orang terkena musibah, tapi yang menelanya orang kayaraya.

Inilah akibatnya kalau pucuk pimpinan bukan di kalangan orang berhati perut manusia. Suasana yang menyayat hati itu seperti telah memutuskan harapan rakyaat Pakistan untuk mendiami di bumi mereka kerana tiada harapan bantuan yang sempurna dari pihak kerajaan.

Bantuan sepatutnya kena hantar sendiri dan para sukarelawan mesti turun gelanggang untuk memberi bantuan dan jangan buat pekakkan telinga sahaja hanya dengar sahaja orang susah atau membutakan mata sahaja dan mengalih pandangan ketempat lain.

Di bulan Ramadn ini umat Islam di negara yang tidak terkena musibah berdendang dengan makanan yang tidak habis di makan, duit melimpah ruah dan kemewahan meyaluti kehidupan, tapi kenapa biarkan saudara sesama Islam kita menderita kerana musibah.

Saya berharap selepas hariraya ini saya akn turun ke Pakistan dan membawa apa yang saya mampu bawa dan yang mampu saya sumbangkan dan saya sangat berhasrat untuk menubuhkan sebuah madarasah untuk kanak kanak.

Kalau anda ingin menyumbang untuk Tabung Bantuan Pakistan sila masukan kan kedalam akaun Segala sumbangan adalah di atas nama:

Nama Akaun : Rusnah Abu Samah

No. Akaun : 164025021721 Maybank

Atau

Nama Akaun : Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA)

No. Akaun : 2-00-5561-00001319-0

Agro Bank

Saya akan bawa sumbangan anda kesana.

Friday, August 20, 2010

NYAMAN



Masjid Wilayah memang indah,bersih dan terjaga

Negaraku Malaysia memanglah aman, damai dan temteram.Malam tadi solat terawih di Masjid Wlilayah yang indah tersergam , lambang Malaysia negara makmur.Masjid yg banyak mencatat sejarah dalam perjalanan tugasan saya sebagai orang yg banyak buat kem untuk pelajar pelajar sekolah.

5 tahun lalu saya pernah menempa sejarah di Masjid Wilayah ini iaitu mengadakan Kem Tahfiz Al Quran selama 30 hari 29 malam seramai 6oo orang dari seluruh Malaysia.Baguslah dapat buat program di tempat yang telah kerajaan sediakan ini. Tapi nak dapatkan masjid ini bolehlah tahan susahnya. Banyak sangat liku likunya yg harus di tempuhi. Ialah orang kata saya buat kem buat duit, jadi orang fikir macam macam.

Adatlah manusia dengan kecemburuanya dan ketamakanya dan dia tak fikir untuk menyelamat anak anaknya dari terjerumus kelembah maksiat.Tak apa tahun ini saya buat lagi Kem Tahfiz tunggu ye.

oooh ye Masjid Wilayah ini baguslah kalau dapat solat di sini, parkingnya ada, masjidnya ada hawa dingin dan lepas solat makan bubur pulut hitam dan apam serta air kopi. Datanglah ke Masjid Wilayah dan lihat betapa indahnya seni buatan masjid ini.
Selamat menyambut ramadan

Wednesday, August 18, 2010

Mencari Kelainan



Satu hari nanti saya nak solat terawih di sini. Masjid di Ghana

Malam ke enam Ramadan tahun ini saya solat di Masjid Jamek Kg Baru. Masjid yg sangat terkenal di bulan ramadan ini iaitu masjid yg menyediakan bubur lambuk yg sangat sedap dan resepinya tersimpan rapi pada tukang masaknya.

Masjid ini sudah 14 tahun telah mengambil Imam terawih dari luar negara, isssh memang hebatlah bacaanya saya sendiri rasa nak rakam ialah sebutanya betul, kelancaranya tiada sangkut dan kelantangan menusuk kekalbu, bak kata orang berbaloilah masjid Kg Baru ambil Imam yang bagus gitu.

Malam yg berikutnya saya ke Masjid Majalara atau Masjid al Imam al Ghazali, masjid ini indah tersergam di pusat Bandar, tapi jemaahnya tidak sampai setengah mungkin masjid ini besar agaknya. Bagus juga masjid ini morehnya nasi goreng dengan teh o,

Kalau masjid yg besar ini perlu banyak aktiviti sebab banyak ruang yg tidak di gunakan dan rasa juga ruginya terutama sekali aktiviti pembentukan diri remaja.

Malam kelapan pula saya ke Masjid Kepong, Bagus juga masjid ni.Imamnya baca laju tapi tetap 20 rakaat. Kalau ada yg sakit lutut eloklah ziarah masjid ini.

Walau di mana pun saya pergi sembahyang, saya masih belum lihat satu kelompok remaja yang ramai seperti di sambutan tahun baru yang sangat ramai bagai buih dilautan. Sekarang ni musim budak budak perempuan yg bunting melahirkan anaknya sebab dah genap sembilan bulan, cuba kira betul betul hujung tahun bulan december dulu banyak sangat pesta besar besar dan pesta hiburan. Sekarang ni terimalah akibatnya, buang bayi macam buang sampah, campak aje dari flat terus masuk tong sampah.

Ingat ye Tsunami, Gempabumi, Banjir, Kemarau dan entah apa apa lagi musibah. Kalau di kampung saya di tika kemarau yg berpanjangan kadangkala sampai sebulan tak hujan hujan maka ketua kampung kampung akan cari silapnya dan bila di cari silapnya kenapa kemarau maka didalam kampung mesti ada orang perempuan yg bunting tak ada bapak. Haaa itu baru seorang. Ingat ye makbapak yang sibuk tu, selalu dekati anak anda

Sunday, August 15, 2010

Baca Nama Arwah 3 keturunan


Malam yang kelima saya solat terawih di masjid Lubuk China Melaka. Baguslah solat di sini. Ramai jemaahnya yang yg berumur umur belaka semuanya. Yang muda muda agaknya sibuk dgn urusan internet, lepak, merempit atau bercanda dan paling tidak pun nonton TV. Malas agaknya nak gi solat.

Di sini saya nak luahlah rasa kekesalan di hati saya kenapa anak muda yang lututnya masih ketat lagi, badan kuat tapi sangat berkira kira untuk mengerja solat terawih yg datang hanya setahun sekali. Kalau mahu di iktiraf sebagai umat Islam yg taat pada perintah Allah jangan berkira kerana segalanya cukup, lengkap dan sempurna. Apakah dgn mengambil masa sejam hingga sejam setengah itu akan menjejaskan semua kerjaya anda atau menghabis masa anda. Wahai remaja yang berada di luar sana. Ingatlah untuk berlatih jadi orang hebat ini anda harus hebat dan tahu membangun jiwa anda dengan bercampur mesra dengan jemaah di Masjid dan selalulah melangkah ke rumah Allah yg banyak keberkatanya.

Di Masjid Lubuk China solat terawihnya 20 rakaat, baguslah badan rasa sihat sahaja bila habis solat dan di jamu pula dengan moreh yg sedap sedap. Dan yg paling saya suka dengar ialah rakaman meyebut nama arwah 3 keterunan untuk di tahlilkan. Hampir 30 minit rakaman itu, tiada nama yg tertinggal. Semoga berbahagialah roh di sana kerana di malam bulan ramadan ini kebanyakan anak cucu dan saudara mara menyebut yebut dan menghadiah mereka dengan pahala yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Saya harap anak remaja kita mampu melangkah kaki ke masjid untuk melatih diri jadi orang beriman, bertakwa dan berilmu.

Friday, August 13, 2010

LUPAKAN POLITIK


Sepanjang ramadan tahun ini saya bercadang nak membilang masjid dengan solat terawih, mampu atau tak mampu itu belum tentu lagi. Malam pertama saya solat terawih di Perak, malam kedua saya solat di rumah sahaja sebab ada beberapa perkara yang tidak dapat di elakan dan malam ketiga saya di SAM10 Hulu Langat iaitu di Sekolah si bungsu. Sekolah buat solat sunat hajat perdana untuk pelajar pelajar.

Alhamdulillah ibubapa yg hadir terlalu sedikit, tapi memuaskan hati pengetua. Inilah sikap ibubapa sekarang yg sangat sibuk dengan kerjaya dan memburu kewangan.Siang malam mencari duit, mengumpul harta dan mencari kedudukan.

Malam tadi saya di Masjid Sg Buloh, OK jugalah sebelum solat terawih ada tazkirah.

Disini saya ingin mencadangkan kepada semua golongan yang ingin membaik pulihkan keadaan yg sangat keritikal di saat ini iaitu kes "buang bayi"

Saya lihat yang datang solat ini adalah kebanyakanya ialah orang yang berumur 30 an keatas. Mana anak anak remaja dan kemana mereka diwaktu begini dan di mana mereka solat terawih.

Saya terpikat dengan idea yg di lahirkan oleh seorang pengerusi di surau an-Nur, Anggerik Apt,Taman Putra Perdana,Puchong yang mengambil 2 orang imam muda yg berusia 20 an untuk jadi imam terawih.

Di Masjid atau surau sepatutnya sekarang ini kena tinggalkan cete politik buat sementera waktu di ketika ramadan ini untuk mengambil masa untuk membelai dan medidik anak anak remaja dari terus terjerumus kelembah yg sangat hina iaitu sejarah zaman jahilliah dah berulang kembali.

Saya rasa di bulan yg mulia dan berkat ini marilah kita membawa anak anak remaja mengunjugi rumah Allah dan para AJK masjid kena fikirkan satu formula untuk membahagikan tazkirah ini dengan menampilkan para belia dan orang muda muda ini kedepan dengan membebaskan idea dan pemikiran mereka.

Kerana hanya remaja dan belia sahaja yg boleh membimbing remaja dan belia ini ke jalan yang paling baik ialah para ibubapa kena rapat dengan mereka supaya mereka akan rasa di hargai, disayangi dan kasih.

Selamatkan genarasi kita dari keterlanjuran.

Thursday, August 12, 2010

HANYA SEDIKIT


Kalau nak cerita makan pada bulan puasa ni tak usah cakaplah, pergi aje ke bazar ramadan, pilihlah ikut mata dan ikut selera. Ibaratnya bulan ramadan ini bulan makan makan sepuas puasnya.Berlapar pada siang hari dan makan pd malam hari.

Banyaknya makanan yg di jual sampai tak tahu nak pilih yg mana dan selera ni suka yg mana.Kadangkala saya juga termasuk orang lapar mata dan bila dah berbuka makanan yg di beli tu tak larat nak masuk kemulut. Sekarang ni saya tak bercadang utk ke bazar ramadan lagi kecuaililah kalau kalau tak sempat nak masak.

Saya pernah berpuasa dgn anak anak saya di Acheh beberapa kali, bagus juga kalau kita berpuasa di tempat orang ni dan kita tahu adat istiadat orang. Di Acheh hampir semua masjid akan tadarus lepas terawih sehingga jam satu atau dua pagi tanpa henti dan mereka menguna pembesar suara. Jadi suara orang mengaji itu kadang kadang bersahut sahutan sebab masjid di Acheh dekat dekat dan lampu di masjid akan terpasang sehinggalah orang tadarus habis. Meriahlah di Acheh bila tiba waktu malam dan di Acheh ini tiada moreh katanya kalau mau makan balik kerumah aje, mereka tak buat pesta berbuka dan moreh di masjid dan cuma ada masjid tertentu saja yg buat.

Anak anak saya di Acheh sepanjang bulan ramadan tiada kuih, tiada air sirap dan tiada makanan yg enak enak, sama aje bulan puasa dgn bulan tak puasa iaitu makan dgn ikan tongkol goreng dgn sayur air, itu dah cukup berselera mereka makan. Kalau tetamu datang maka mereka dapatlah makan kuih sebab tetamu dtg bawa rezeki.

Tahun ini saya bercadang nak berpuasa di negeri cik siti wan kembanglah. Nak tengok macamana keadaan di sana.Kata orang makanan di sana lagi banyak dan berjenis jenis.
Tapi seeloknya di bulan yang mulia ini janganlah kita makan terlebih dan ingatlah apa orang susah makan. Memanglah yg kita makan itu rezeki kita, tapi dalam kalbu kita dapatkah kita merasai betapa susahnya orang miskin seperti di kemboja, myammar atau di Pakistan yg baru lepas di timpa musibah banjir itu. Ingat ye makan jangan ikut selera kerana selera nafsu yg tidak pernah kenal erti kenyang.

Tuesday, August 10, 2010

ANAK ITU ANAKU JUA

Yayasan Anak Yatim Darul Tahfiz Acheh nun jauh di seberang selat Melaka. Terkenang saya pada anak anak saya yg jauh di mata dan dekat di hati.Mereka tanpa ayah, tanpa Ibu, tanpa saudara dan tanpa harta, mereka hanya ada Rasul dan Maha Penciptanya saja.

Saya pilu bila mengenang anak anak saya di sana, makanan mereka hanya harap belas kasian dari penderma yg ingin menyumbang. Berapalah sangat yg mereka dapat. Kadang makan ada lauk, kadang makan pun kena bercatu.

Saya kadangkala tidak dapat juga menghulurkan duit sebab pendapat saya tidak dapat menyumbang untuk keselesaan mereka.

Hariraya ni saya dah bercadang nak beli sepasang seorang bajuraya, nak beri duit untuk buat kuih dan nak beri mereka duit raya. Kesampaian atau sebaliknya.

Sememangnya anak anak saya itu tiada saudara mara, tiadalagi kampung halaman dan tiada lagi riuh rendah berhariraya dgn sanak saudara. Seperti tahun tahun dulu juga saya akan datang menjenguk mereka ini sebelum syawal. Sebagaimana saya bertanggungjawab pada tujuh orang zuriat saya itu Solehah, Thoriq, Sakinah, Nukman, Salman, Amar dan Jannah begitu jugalah saya bertanggungjawab pada mereka.

Tahun lepas saya hanya mampu beri duit untuk buat kuih dan belanja raya sahaja, baju tak dapat saya beri dan bila tanya mereka bahawa mereka pakai baju lama. Saya pujuk juga hati, tapi saya tak mampu nak tahan sebab bila pada 29 Ramadan bila saya call mereka kata belum ada baju lagi,

Saya pun tidak mampu juga utk berhariraya dgn bajuraya , dan saya raikan anak anak saya dgn sepasang baju kurung yang bergarga RM 25 sahaja.

Tapi tahun ini saya harap saya tidak gagal lagi untuk membeli baju raya untuk mereka itu dalam kosnya sebanyak RM80 seorang dan seramai 20 orang, jadi jumlah RM 1600 dan jumlah ini besar, maka dari sekarang ini saya harap rezeki mereka ada.

Thursday, August 5, 2010

Hariraya Makin dekat

Bila Ramadan menjelma maka akan terikatlah para syaaitan dan manusia bebaslah dari segala kacauan dan bisikan jahat. Tapi manusia ini tetap manusia ada yang tidak kena dengan mereka.

Semalam saya ikut kuliah agama di DBP waktu rehat, kata ustaz itu manusia akhir zaman ini adalah manusia yang seperti hidupnya tak ubah seperti zaman jahilliah dulu, contohnya pakaian tak menutup aurat, anak di buang buang, ibubapa di sepak terjan di tendang tengking,arak macam minum air mineral sahaja,berjudi sudah tiada kawalan, rumah urut, kelucahan dalam internet dan bermacam lagilah gejala buruk yang melampau dari zaman jahilliah di bawa kembali. Sekarang dimana orang yang mahu membetulkan segala kerosakan dan kepincangan yang ini? maka tiada siapa nampak gayanya mahu penduli.

Tak berapa lama ramadan tiba lagi, dan saya sebagai penulis yg menulis buku Ramadan itu telah membuat sebuah perjalanan harian anda semasa bulan puasa ini supaya bulan baik ini tidak anda membazir sahaja. Iaitu dalam bab 24 saya ada detailkan perjalanan seseorang umat Islam yg mahu menghayati ramadan ini dgn sebenarnya.

Hari ini saya jalan di Jln TAR saya dah mula melihat bazar raya telah membiak dengan berbagai jenis barangan seperti pakaian, kuih muih, pingganmangkuk, bunga bungaan dan berbagai lagilah seperti dah nak raya, meriahnya dan orang pun dah buat persiapan nak raya, tapi bagaimana dengan Ramadan? Ramadan itu mungkin sebagai bulan yg menahan lapar dan dahaga sahaja.

Saya harap di Ramadan kali ini dapatlah mengubah kejahilan sesama manusia ini dengan satu kesedaran iaitu membina anak anak dengan akhlak yg baik, mulia dan terpuji serta cubalah elakan dari sebarang kemungkaran.

Tuesday, August 3, 2010

Bengkel Pengurusan Penerbitan


Hari ini saya ikut bengkel Pengurusan Penerbitan anjuran DBP. Baguslah, tapi ramai yg tak ingin nak datang untuk tambah nilai tambah dalam kehidupan mereka. Saya tidak bercadang nak jadi penerbit seperti Telaga Biru, PTS. Karangkraf atau Yamani Angel.Saya hanya mahu merangkak untuk jadi penulis di cerok dapur aje.

Hari ini ada perkara baru yg saya belajar iaitu penulis adalah orang yang paling berharga dalam industri penerbitan dan penulis boleh membuat peraturanya sendiri serta penulis boleh menyaman penerbit jika buku yang di tulis dengan susah payah tiba tiba penerbit tak mau tulis namanya dan penulis ada hak untuk saman.

Baguslah kalau gitu dan dalam sesi kedua pula saya dapat juga ilmu baru iaitu sering orang kata "hhaa tengok tu, aku baru cakap cakap nak buat buku...., tapi dia dah buat" ini idea tak laku,sebab kalau kita cakap banyak pun kalau tak buat tak jadi juga.

Hari ini ada buku yang evegreen iaitu buku mandi junub dan buku solat yg warna hijau serta buku yasin. Buku ini sangat laku di pasaran,Buku ini tiada penulis yang sah dan saya kiralah buku ini dah di cetak ratusan kali dah.

Kepada penerbit kalau mahu cepat kaya cari editor yang boleh memilih tajuk manuskrip yg sesuai dgn ketetapan masanya dan jangan pakai rembat aje manuskrip yg orang hulur. Editor yang bagus selalunya yg serba boleh iaitu boleh membaca keadaan semasa dan editor serta layout artis kena rajin keluar pergi kedai buku jangan duduk terperap aje kat pejabat, lihat dalam kedai buku seperti grandmedia atau pasar buku Senin di Jakarta atau pergi Bombay atau korea yg ada bandar buku.

Penerbit kena ingat juga ye, orang tukang jual buku lagi penting. Kalau tak pandai jual maka penerbit terpaksalah cari gudang untuk simpan stok buku, botaklah kepala penerbit ye. Semua penting tak kiralah penerbit ke, penulis ke atau editor ke atau tukang jual buku. Marilah kita meriah industri buku ini.