Friday, August 27, 2010

MAKAN SEMAHUNYA




Masjid Al-Ghufran bukan masjid biasa. Ada kamar musafir dengan kemudahan bertaraf hotel dan lebih menarik, sebuah kafe yang digerakkan oleh jawatankuasa masjid turut tersergam indah.



Makan,makan dan terus makan, mlm tadi kami berterawih di Masjid Al-Ghufran, Masjid yg tersergam indah ini adalah tidak asing lagi bagi penduduk Mukim Pinggir TTDI / Sg Penchala / Damansara Perdana dan masyarakat Islam kawasan sekitarnya.

Perjalanan yg mengambil masa sepuloh minit dari rumah kami dan saya juga sering ke masjid ini pada waktu siang, tapi pada waktu malam masjid ini sangat indah dan sangat meriah.

Masjid ini adalah masjid orang kaya kaya... benarlah selepas terawih kami moreh di cafe dengan santapan aiskrimnya yg lazat, apam balik panas terus dari kuali ke mulut dan putu mayang yang sedap.

Saya rasa sangat nikmat di bumi sendiri bukan setakat hujan emas atau hujan perak, tapi di bumi sendiri hujan belian lagi. Bila kita makan keterlaluan begini kita lupa pada orang susah rupanya, kita tak ingat bahawa ada orang yang tak makan dan kita lupa bahawa ada orang bersambung nyawa untuk mempertahanlan tanahairnya dari dijajah dan ada orang yang mati kebuluran

Saya rasalah kalau 30 malam saya terawih di sini mahu saya kena peyakit darah tinggi, kencing manis dan lemah jantung. Malam ni saya nak cari masjid yg kurang makan sikit. Jom kita ziarah dari masjid ke masjid

No comments:

Post a Comment