Monday, April 26, 2010

SEMINAR SUKARELAWAN

“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermaka, maka sesungguhnya Allah mengetahui.” (Ali Imran 3:92)
SEMINAR SUKARELAWAN

Tarikh:
2hb Mei 2010 (Ahad)

Tempat/Anjuran bersama:
Masjid Negara. Kuala Lumpur

Kerjasama:
TABUNG DARAH NEGARA
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH
PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR
PERSATUAN SUKARELAWAN MALAYSIA

RASIONAL
Apakah Sukarelawan?

“Sukarelawan” maknanya adalah melakukan sesuatu pekerjaan dengan rekahati atau definisi lainnya seseorang yang melibatkan dirinya untuk melakukan apa saja kerja dengan kerelaan hati. Bertindak tanpa paksaan atau merealisasikan kepentingan dan manfaat untuk kumpulan orang atau individu. Didalam Islam telah mendidik umatnya dengan nilai-nilai mulia ini seperti bersedekah, membuat kebaikan, bermanfaat, membuat ihsan yang berlandaskan kepada tindakan secara sukarela.

Matlamat

Setiap manusia sejak azali lagi telah dikurniakan sifa-sifat insane seperti kehendak untuk mengambil berat, membantu meringankan kesukarna insane lain. Membimbing, member tunjuk ajar, membelai, menyayangi, dan disayangi, menghargai dan dihargai, bergotong-royong dan bekerjasama dan lain-lain perasaan kebersamaan yang semulajadi.

Pepatah melayu juga ada menyebutkan, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” turut menterjemahkan perasaan tidak snaggup melihat ahli masyarakat lain menanggung penderitaan, sedangkan sebahagian lagi bergembira dan bersenang-lenang. Hamzah Anas bin Malik r.a berkata:
“Tidak beriman seorang kamu sehingga ia menyintai saudaranya seperti dia menyintai dirinya sendiri”

Tujuan Utama

Membangkitkan perasaan kemanusiaan di dalam mesyarakat terhadap untuk menjaga moralsebaagai insan yang di bekal oleh Allah dengan akal.
Untuk menaikan semangat ingin membantu dan berani berbuat dan berjuangsecara sukarela dengan cra yang di redhai oleh Allah.
Menjadi wadah yang dapat menyalurkan keinginan untuk berbuat sesuatutanpa mengira Negara, bangsa, da agama demi kemanusiaan.
Menghidup sikap semula jadi manusia iaitu sifat yang mulia “membantu”.


PELUANG UNTUK ANDA MENJADI SUKARELAWAN!!!

Anda berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang memerlukan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Bila anda terlibat secara langsung sebagai sukarelawan, maka komuniti yang anda berkhidmat akan mendapat perkhidmatan dan pengetahuan anda.
Kerja sukarela berbeza dengan kerja amal. Kerja amal melibatkan satu pihak member dan satu pihak lagii mendapat manfaat. Sedangkan kerja sukarela merupakan satu gabungan di mana kedua-dia pihak bermanfaat.


Seminar Sukarelawan menawarkan anda untuk mendekati dua kategori tugasan sukarelawan:

* Sepenuh masa
* Separuh masa

Anda dari golongan?

* Lepasan graduan kolej atau university,
* Sedang bekerja
* Pelajar sekolah rendah atau menengah.
* Usahawan
* Pesara
* Surirumahtangga
* Menunggu keputusan peperiksaan
* Semua golongan

PROGRAM

Pameran
9.00 pagi- 5.00 petang
* Pendidikan
* Misi kemanusiaan
* Anti dadah kebangsaan
* Kesihatan

Jualan
Gerai Jualan akan di buka kepada orangramai seperti:
* Buku-buku
* Pakaian
* Makanan tambahan
* Permaian kanak-kanak
* Komputer
* Peralatan pendidikan
* Insuran

TENTATIF

9.00– 10.30 Pagi
Pendaftaran
Majlis Pembukaan
Tayangan Misi Kemanusiaan

10.30– 11.30 Pagi
KULIAH 1
Dari: Angkatan Tentera Malaysia
:”Tugas Sukarelawan”
Rehat dan Minum Pagi

11.30– 01.30 Tengahari
KULIAH 2
Dari: Bulan Sabit Merah
“Pertolongan Cemas”
Rehat, Makan dan Solat

01.30– 02.30 Tengahari
KULIAH 3
Dari: AMAN Malaysia
“Keperluan dan Sifat Sukarelawan”

02.30– 03.30 Petang
BENGKEL
Ulasan MISI KEMANUSIAAN
Oleh: Haji Muhammad Zakaria

03.30 Petang– 04.30 Petang
Penutup : Anugerah Sijil Sukarelawan
Solat Asar

=================================

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI
No. contact
Rusnah Abu Samah: 013-3596574
Haji Muhammad: 016-4028344

Blog
www.iktibaronline.blogspot.com
www.hajimuhammadzakaria.blogspot.com

Friday, April 23, 2010

Rampasan Kuasa

Sekarang pilihanraya di Hulu Selangor tengah marak, bagai api yg sedang menyambar yambar. Siapa mencabar siapa itu tak penting, yg pentingnya maruah jangan tergadai dan soal menang atau kalah itu adat bertanding. Yang pentingnya jangan ada yang berkokok tak habis habis walaupun hari dah panas. Sabar ye orang Hulu Selangor.

Gitu juga yang berlaku di Bangkok Thailand, si baju merah sanggup menumpahkan darah demi pemimpinya yang sangat di sayanginya. Benarkah wahai si baju merah? ini semua teka teki dan konspirasi politik untuk merebut kuasa.

Bila sebut pasal kuasa ni saya ada perkara nak kongsi, Dalam mengejar cita cita kadang kadang itu orang bermotivasi tinggi dapatlah mengapai impianya, berjaya di puncak dengan nama yang tersohor, harta yg banyak, rumahtangga yang baik dan anak anak yang berjaya.

Didalam kita syok mengodak kejayaan itu, ingat ! ada mata mata yang jahat sedang memerhati dan meneliti untuk menyambar apa yang telah di bina itu. Kadangkala itu orang yang berjaya ini belum lagi menarik nafas terakhirnya di dunia ini, surat wasiat dari orang yg mahu hartanya di kuasai itu telah di draf, di war warkan. Bahaya ni, ini langkah orang bodoh kerana dia asyik mengintai harta orang, tapi mana hartanya yang di bikinya.

Yang sebaiknya orang mengintai orang itu bikin harta sendiri dan jangan pengaruhi orang lain untuk menguatkan "team perampas harta dan kuasa", atau jangan bubuh racun dalam periuk nasi orang lain yg kita rasa sebagai pesaing itu, kerana harta tu tak tentu lagi milik kita atau milik orang lain.

Orang begini selalunya dia suka cantas orang menjadi pesaingnya dan dia sanggup lakukan apa sahaja demi "ketamakan"nya dan orang ini akan lakukan satu rampasan kuasa secara paksaan walaupun dia terpaksa menyuntik ubat mati pada pemilik harta itu.

Hati hati bersahabat dengan orang yang sejahat ini. Ini adat dunia, oleh itu buat anak anaku tanamkan sifat "kemanusiaan" dlm jiwa dan sanubari supaya tidak memandang harta orang menjadi hak sendiri. Sifat kemanusiaan itu penting kerana orang berjiwa kemanusiaan ini tiada tamak dlm kalbunya, kecuali memberi dan menghormati orang lain. Salam dari bonda buat semua anak anakku di Kemboja, Acheh Darulsalam, Jakarta, Vietnam, Malaysia dan dimana sahaja. Berbuat baiklah sesama manusia.

Thursday, April 22, 2010

Tukang Kipas

Kalau pengantin duduk bersanding atas pelamin, mesti ada tukang kipas, kalau raja zaman dulu dulu duduk atas singgahsana maka mesti ada gundik yg mengipas. Dan kalau mak datin pula pergi mana mana dia mesti bawa bekal kipas china.

Saya juga ada kipas yang di beli di Acheh, cantik siap bersulam lagi. Itu cerita kipas dan kegunaanya.
tapi hari ini kipas dah tidak berapa nak perlukan lagi kerana orang dah pakai aircond (penghawa dingin).
Ni ha saya nak tulis pasal tukang kipas, kalau kita jadi boss di pejabat punya ramai kakitangan atau pekerja atau karyawan maka ada diantara kita ni nak naik jawatan atau nak gaji naik atau nak minta boss beri saham kat kita,kalau anak anak tu nak harta dari mak bapaknya di turunkan padanya maka sudah semestilah kita ni mesti pandai jadi "tukang kipas". Macamana nak jadi tukang kipas? ialah boss tak ada masa nak kaji selidik bakat pekerjanya maka orang paling bijak di kalangan pekerja itu adalah orang kuat mengipas.
Contohnya kalau boss ada kat pejabat tukang kipas ini mula memuji memuja boss dan burukkan orang lain. Kata dirinya aje yang bekerja, orang lain tak buat kerja, dirinya yg bawa kemajuan dalam industri itu, orang lain ni asyik nak meruntuhkan aje, dirinya aje yang hebat, orang lain malas, tak buat kerja dan bermacam macam lagi. Maka boss pun akan termakanlah dengan hasutan tukang kipas ni. Boss tiada pilihan, kalau tak mahu dengar entah entah betul kata tukang kipas ni, kalau dengar nanti mesti ada orang lain yg teraniya.
Maka dlm soal ini boss kena ada pendirian sendiri dan jangan bergantung pada tukang kipas. Orang yang jadi tukang kipas ini selalunya bersikap kurang ajar, biadap dan pendendam serta
rakus dengan "hak"nya. Orang yang jadi tukang kipas ni selalunya tak pandai buat kerja dan kerjanya orang lain yang selesaikan. Yang dia pandai "mengipas"

Wednesday, April 21, 2010

Menelan benda haram

Nukman balik sekejap ke Malaysia kerana mahu perbaharu visa belajarnya.Banyak jugalah duit habis kerana ulang alik dari Jakarta ke Malaysia.Ni bulan mei Nukman nak balik lagi untuk pratikal pulak. Balik bulan mei memang nak suruh dia kerja biar dia tahu susah senang cari duit dan sara hidupnya sendiri.
Setiap kali Nukman balik mesti ada cerita, nantilah saya nak tulis novel berkenaan dengan budak budak siswa macam Nukman ni. Semalam dia balik semula ke Jakarta naik pesawat MAS. Tambangnya RM 316 beli tiket balik ke Jakarta sahaja.
Kalau bulan mei nak balik nanti pikir lain pulak.
Ni cerita Nukman di tahan oleh pihak imigeresen Indonesia, napa kena tahan?
katanya sebab Nukman tak beli tiket nak pulang ke Malaysia,maksudnya pulang pergi. Isssy malulah orang pakai seragam mahu cari duit dengan budak mahasiswa yang belum kerja lagi.
Pak Imigeresen jangan cari makan cara begitu, kalau terdesak tidak ada beras di rumah jangan beri anak bini makan dengan duit macam tu nanti tiada berkat hidup dan satu masa nanti anak anak bapak akan orang buat begitu.
Kalaulah orang yang pakai seragam bikin sikap macam tu, maknanya makan rasuah macamana mahu hapus rasuah.
Itu rasuah kecil dikalangan orang kecil, oooh kalau besar dikalangan pegawai pemerintah dengan rakyaat yang susah merampat macamana?
kesian juga bila dengar ada orang gajinya tak sampai 2 juta rupiah tapi bina kehidupan seakan akan bapak presiden. Sebenarnya dalam soal ini pemimpin jangan hidup mewah, jaga orang berkerja, lihat pimpinan UMAR ABDUL AZIZ, iaitu rakyaat di dahulukan. Maka akan terlaksana negara sifar rasuah.
Ni ada satu cerita lagi di imegresen Kemboja, masa raya korban tahun lepas kami di temani oleh seorang pelajar Vietnam yg belajar di sekolah agama di Sri Petaling Malaysia untuk buat korban di Vietnam & Kemboja. Masa kami nak pergi nak balik ke Malaysia, di Imegresen Kemboja pelajar ini kena tahan, kesian dia dah tiga tahun tak jumpa makbapaknya di Vietnam kerana kemiskinan tak ada duit nak balik, sekali sekala balik orang sponsor kena pulak tahan oleh imegresen. Masa itu dia hanya ada RM 2 sahaja dalam poketnya. Punyalah teruknya rasuah hinggakan RM 2 pun tak apelah asalkan dapat duit itu sebagai menebus salah yang tiada salah.
Kalau tak bagi RM 2 pihak imegeresn itu akan kaji selidik untuk menyalah pelajar itu. Inilah teruknya tuan imegeresen yang pakai baju seragam yang kemas,bersih tapi sangat hina dengan perangai yang suka makan duit haram. Maap ye bukan semua, hanya segelintir aje, tapi kalau dah seekor bawa lumpur maka habislah terpalit semuanya. Yang sebaiknya yang bawa lumpur itu di hapuskan aje. Maap ye, jangan tahan saya pula.

Monday, April 19, 2010

BILA SANG KEKASIH SAKIT

Susah sama susah, senang sama senang
dan kalau sakit bagaimana?
saya sungguh terharu dengan bonda mentua dan arwah ibu saya melayan orang yang bergelar "suami" sungguh terharu saya.
Bonda mentua saya menjaga suaminya yg terlantar di perbaringan selama hampir 10 tahun akibat "strok" semua bonda lakukan sendiri dan anak anak hanya sekali sekala sahaja menolongnya, itupun setakat memandikan sahaja.
Bondaku mencuci najisnya,kahaknya, mengelapkan badanya setiap pagi dan petang dan baring di sebelahnya pada setiap malam untuk mendengar apakah permintaanya untuk minum, makan atau dia dalam kesesakan nafas.
Pernah bonda memberitahu bahawa suaminya di serang strok yg kuat dengan kekejangan seluruh badan dan bonda terpaksa mencari jiranya pada 3 pagi untuk memulihkan suaminya.Ooooh hebatnya bondaku itu.


Dan arwah ibuku menjaga ayahku yang sakitnya strok juga, tapi tak lama iaitu 3 tahun sahaja. Tapi ibuku adalah insan yang sangat tegal, dia melayan suaminya itu seperti suaminya tidak sakit. Dia memandikan, membasuh najis, dan ajar suami berkata kata walaupun sangat susah untuk suaminya mengikut.
Akhirnya suaminya menghembuskan nafas di depan matanya dalam keadaan tersenyum.
Betapa mulia kalaulah sang kekasih yang sanggup berkorban sampai ketahap itu.

Hari ini saya berdepan dengan orang yang kasihi demam sikit aje, tapi hati saya mula celaru. oooh apakah mampukan saya membesarkan anak anaknya tanpanya.
Atau mampukah aku berdepan dengan kemelut hidup tanpa penasihat yang sering menunjuk ajar dan menegur aku pada setiap ketika. Dan mampukah aku memikul tanggungjawab jika sang kekasihku sakit seperti suami bondaku dan suami ibuku?
semoga Allah anugerahkan aku hati tabah dan semangat yang kuat untuk jadi wanita yang baik di dunia dan mulia di akhirat.

Saturday, April 17, 2010

KAYANYA

Semalam jalan sendirian di sekitar pasar Acheh, lihat bekas Tsunami yang terjadi 5 tahun lalu. Masa saya mula menjejak kaki di Bumi Acheh iaitu 2 minggu selepas tsunami, saya lihat pemandangan yg sangat memilukan hati, meyedihkan dan menyentuh kalbu, anak anak kecil bersepah sepah di pinggir jalan, di gigi pantai mencari ayah ibunya yang telah di telan tsunami.

Isteri meratap pilu bagai nak gila sebab suami menjadi mangsa tsunami dan harta pun turut lenyap bersama.

Suami pula sasau mencari di mana cinta sayangnya yang telah lenyap dengan sambaran musibah dari Allah dan ayahibu penasaran anak anak menjadi buahatinya hilang bagai di sambar helang.

Itu cerita tsunami dan kami sukarelawan datang membawa berbagai bantuan untuk mereka yang tersisa di bumi serambi mekah itu.

Kini tsunami berlalu dan tsunami juga membawa rahmat buat bangsa Acheh.

Semalam saya macam di pukau oleh mata saya sendiri. Jalan yang saya susuri dulu berbau mayat, bergelimpangan jasab jasad yg tak bernyawa hampir 8 bulan wajah di pasar Acheh masih terbau busuknya lagi.

Tapi hari ini di sepanjang jalan itu sudah berubah dengan begitu mendadak sekali. Kedai kain baju yang sangat banyak. Itu tak ape lagi, ini hah TOKO EMAS, saya kira hampir ratusan toko emas yang emasnya mengilau di dalam kaca.


Di setiap toko itu ada pelangganya.oooo kayanya rakyat Acheh, saya jadi terkedu dan tak tercakap dan apabila saya lihat lagi wanita Acheh ini di lehernya, di pergelangan tanganya, di jari jemarinya berkilauan dengan emas.Kalah orang kelantan.

Saya rasa malu pula bila di pergelangan tangan saya hanya hanya ada gelang manik yang berharga RM 5 . Sebab apa saya malu? kerana saya membawa bantuan untuk anak anak yatim Acheh yang sering memberitahu saya bahawa mereka masih perlukan bantuan untuk makan,untuk belajar dan untuk hidup. Kenapa ye orang kaya raya ini tidak membantu bangsanya sendiri yang susah gitu?

Selalunya orang menghantar bantuan ini adalah jutawan yang di pergelanagan dan di lehernya seperti kedai emas. Tapi saya adalah wanita yg tiada barang emas, agaknya orang Acheh akan jadi pelik dgn saya ye.Orang miskin bantu orang miskin.

Apakah kesan tsunami tidak berbekas di hati mereka. Kenapa emas yang banyak itu tidak di zakat? rugi ye nanti Allah akan tarik lagi. Bantulah bangsamu wahai saudaraku.

MAIN PONDOK PONDOK

Sewaktu ini saya berada di Hotel Wisata, Acheh. Kepanasan di waktu ini sungguh memeritkan. Tak sanggup rasanya untuk keluar kemana mana. Saya lihat ramai sekali para bapa bapa duduk santai santai aje di gerai makan, di bawah pokok sambil bermain dam, manakala para ibu mungkin di rumah bersama anak anak.

Katanya ramai orang sekarang tidak ada pekerjaan, kesian apa nak buat begitulah nasib dan di TV Indonesia pula tak habis habis dengan berita rusuhan sana, rusuhan sini. Tak taulah nak cakap ape dan yang paling menyedihkan siaran TV Indonesia ini sangat telus, suara pendengar di siarkan terus menerus ke udara tiada kawalan, caci maki, hamun dan sumpah seranah buat sang pemimpin yang makan wang rakyaat telah jadi bualan di mana mana.

Manakala ada para mahasiswa telah mengamuk dengan pimpinan tempat mereka menuntut ilmu kerana rasa tidak kepuasan hati mereka dan tuntutan mereka tidak di penuhi dengan berbagai kehendaknya. Begitulah.

oooh ye, saya nak cerita masa saya berusia masih kecil iaitu sekitar 5 - 8 tahun, iyelah saya anak kampung, comot aje, tapi di waktu itu saya punya 5 orang kawan iaitu 3 perempuan dan 2 lelaki, yg lelaki ini usianya 2 tahun lebih muda dari kita orang semua. Kami semua ini suka main pondok pondok iaitu kami bina sebuah pondok dari kayu kayu hutan iaitu ada dapur, ada ruang tamu dan ada bilik tidur.

Saya suka jadi kakak, kawan saya jadi ibu dan seorang lagi kawan saya yang usia lebih tua 2 tahun dari kami jadi bapa, al maklumlah selalunya sang bapa ini mestilah usianya mestilah berusia lebih dari si ibu. Manakala 2 orang kawan lelaki saya jadi adik adik. Kami semua ini ada tugas masing masing iaitu saya ni tugasnya memasak dan membasuh pinggan, manakala adik lelaki saya ni pula kerja mencari kayu api dan mengangkut air dari perigi dan kawan saya yang menjadi ibu ini kerja mengandung iaitu terpakslah mengisi kain buruk dlm bajunya untuk menampaknya seperti orang mengandung dan kerjanya menjahit baju baby, manakala kawan saya yang perempuan jadi bapa ini kerjanya mencari kayu kayu membaiki pondok kami.

Inilah permainan kami masa kecil, yg seronoknya sebelum kami pergi kepondok untuk memulakan permainan kami maka kami akan berbincang dulu apa yang harus kami laku pada hari itu dan tugas kami ini tidak pernah habis. Oleh kerana saya ni tugasnya adalah kakak maka saya sangat bertanggugjawab pada kedua adik adik saya dan kami sanggup lakukan apa saya sahaja asalkan tugasan yang di rancang pada hari itu berjaya.

Kami satu keluarga membina rumahtangga "pondok pondok" ini hinggalah sang ibu saya melahirkan seeekor anak. Kami sama sama buat patung kanak kanak itu dari perca kain dan sang ibu tadi berpantang betul betul macam orang bersalin.

Isssh bila saya teringat peristiwa itu saya senyum sendirian kerana di waktu itu kami membina permaian mengikut apa yang kami lihat dan kami sanggup lakukan apa saja asalkan tugas yang kami pikul itu terlaksana dan kami puas.

Tapi hari ini saya sangat rasa sedih dengan permaian yang di reka di internet mempengaruh minda dari orang yang berusia kecil, remaja dan yang berumur dengan permianan"yang tidak mendatang keberhasilan" kecuali merugikan iaitu MASA, WANG DAN TENAGA.

Kenapa "games" yang di reka itu tidak membina peribadi anda seperti saya main "pondok pondok" itu. Kalau anda bermain "games" dlm internet anda rasa puas kalau anda di puji dengan kreativenya anda membina sesuatu, untuk membina itu anda perlukan wang yang banyak. Orang yang mebina permainan itu orang bijak bergeliga boleh mengaut keuntungan melalu "games" dan pemainya adalah kita semualah yang khayal di alam maya.

Dalam buku saya yang akan datang bertajuk "Wadah Cinta Solehah" ada saya tuliskan sebuah cerita "mat Jenin" anda baca dan anda teliti. Sebenarnya orang main"games" ini ibarat mat jenin. Mati dengan angan angan dan kita yang tidak berduit ini akan berhabisan duit untuk membina angan angan itu dan yang kaya raya itu pembina" games" itu. Apa kata anda semua?

Tuesday, April 13, 2010

HANTAR BANTUAN

Saya akan ke Acheh pada 16-18 April ini. Kepada sesiapa yg berhajat untuk menyumbang bantuan untuk anak anak di Yayasan Darul Tahfiz Anak Yatim Acheh saya sangat mengalu alukan kerana bantuan untuk sewaan rumah masih tertunggak sebanyak RM 12,000 (Ringgit Malaysia: Dua Belas Ribu) Harapan saya jika anda memiliki lebihan duit bantulah mereka, insyallah jasa baik anda akan di balas oleh Allah dengan limpahan rahmat dan keberkatan.

Kini kami terpaksa mencagar sedikit harta untuk meneruskan meraka tinggal di rumah itu sehinggalah saya dapat menebusnya. Saya pun tidak tahu bilakah rezeki anak yatim itu akan dapat. Semoga Allah akan membuka pintu hati anda semua untuk membantu mereka.

Monday, April 12, 2010

SIAPA DIA DAN SIAPA AKU

Foto : Ini Surau di Indonesia, cantik,kemas dan bersih.

lapan belas tahun dulu saya memiliki sepuloh buah Tadika dan 2 buah sekolah Agama. Antara sekolah agama yang paling ramai pelajar terletak di Taman Sri Gombak. Ramai guru lepasan sekolah agama berkerja dengan saya. Di waktu itu usia saya dua pulohan, masih kuat bekerja dan cergas. Pada satu hari saya terima sekeping surat dari seseorang yang datang seberang (Indonesia). Panjang isi suratnya 3 kajang kertas di tulisnya riwayat hidupnya secara detail iaitu sekarang dia jadi buruh binaan .

Saya simpan surat itu selama 2 bulan, kerana saya belum berhajat untuk mengambilnya bekerja kerana guru semua sudah cukup.

Satu hari saya di datangi seorang pemuda dia memperkenalkan namanya dan baru saya teringat bahawa pemuda itu adalah orang yang mengirimkan surat permohonan jawatan itu pada saya.

Saya tidak bertanya tentang dirinya lagi, tapi saya bertanya tentang negaranya. Dia seorang bergetahuan baik tentang negaranya. Saya beritahu dia bahawa jawatan guru yg dia minta tak ada, tapi saya akan adakan kelas mengaji untuknya mengajar dan saya tidak janji boleh beri gaji yang baik untuknya. Dia setuju, sebelum dia memulakan tugasanya saya telah membawanya meronda ke beberapa buah cawangan Tadika saya termasuk di Kuantan.

Semasa berada di Tadika di kuantan saya suruh dia tinggal di Tadika itu selama 2 hari, dia akur dan dia rajin membersihkan tadika itu. Sebelum balik keKL saya panggil dia jumpa untuk beritahu syarat bekerja dengan saya
1 Saya lihat kedua dua jari kelinking kukunya panjang lebih kurang 1 inci, saya tanya kenapa simpan kuku begitu, dia jawap senang nak korek telinga. Saya kata kat dia " kuku mesti bersih, pendek dan kalau dia tidak mahu potong saya akan gunakan kapak untuk mengerat kukunya. Dia diam
2 Rambutnya panjang hingga ke bahu, saya tanya kenapa begitu, dia kata nabi berambut panjang, saya beritahu untuk jadi guru mesti kelihatan tampan dan menarik. Kalau di Indonesia tiada masalah
3 Dia pakai seluar jeans, saya kata padanya untuk jadi seorang berwibawa, pakaian mestilah kelihatan kemas dan seluar jeans tidak di benarkan, dia diam sahaja
4 Dia pakai T-Shirt sahaja, saya beritahu dia "jangan jadi ketam mengajar anaknya berjalan" maksudnya untuk jadi guru kelas mengaji tidak semestinya gurunya pandai mengaji sahaja, malah mesti berpakaian yang melambang anda seorang yang beragama. Dia tersenyum.

5 Syarat berikutnya, saya tidak mahu guru yang bekerja dgn saya seorang perokok, dia tunduk sahaja.

Saya sering menasihatnya dan beri panduan padanya. Dia cepat belajar dari apa yang kita beritahu.

Pada hari yang dijanjikan untuk dia datang mengajar, saya terkejut. Dia bertukar 100 peratus.Kukunya pendek, rambutnya kemas dan dia mengenakan jubah dan serban.Dan saya tidak tengok lagi dia merokok.Kini saya pula terdiam.

Dia bekerja dengan saya selama 6 tahun dan hari ini dia telah berjaya membuat sekolah agama dengan bilanagn pelajar hampir 200 orang, berjaya membuka kelas mengaji. Telah menyambung pelajaran di peringkat ijazah di UPM dan sering saya berceramah di masjid dan surau. Malah dia telah berumahtangg dengan salah seorang dari ustazah saya.
Hari ini dia amat mengenangi kami sebagai "ejen mengubah"

Hari ini saya kalah dengannya kerana dia selalu tampil dgn baju kotnya, jubahnya dan serbanya.

Thursday, April 8, 2010

Sangat Ganas

Wahai ibubapa yang berada di rumah, jika anak anda berada di warung internet (warnet) atau siber cafe, jaga jaga ye. Saya sering ke sibercafe jikalau line internet di rumah ada masalah.

Anak anak yang lihat di rumah adalah anak kita yang baik,tidak pernah berkata lucah dan yang tidak berwatak ganas. Tapi bila mereka sudah berada di depan internet bermain dengan "games" yang mereka suka maka akan kedengaranlah perkata perkataa ini
Babi
Bodoh
Bangang
Bahlul
Sial
Pu.. mak kau
mampus

Ya Allah berdiri bulu roma.
Di manakah anak anak ini dapat perkataan yang kurang baik ini? apakah di bawa dari rumah? dari sekolah? dari persekitaranya?
Sebagai ibubapa seharusnya kita mesti sekat kebebasan anak anak ini, jika ini berlanjutan maka masyarakat kita akan terus punah ranah.
Dan sekarang ini di siber cafe tak segan segan lagi mereka melayari "games" yg melakukan hubungan sex. Ini adalah permainan yg sangat di ketagih oleh anak anak yg berada di sekolah rendah. Dan siber cafe jugalah duit mak bapak mengalir ibarat air terjun kerana melayan nafsu nakal anak anak.

Saturday, April 3, 2010

TALAM

Kalau cete pasal talam ni, banyak peribahasa atau peribahasa yg berkaitan dengan talam ni, talam ni adalah sejenis tempat yang orang gunaka untuk menghidang makanan kepada seisi rumah atau kepada tetamu. Tetapi talam di guna juga sebagai tempat atau bekas untuk makan bersosial, iaitu makan dlm satu bekas dengan cara beramai ramai seperti "nasi ambang".

Sedap makan beramai ramai ni. Masa belajar di satu jemaah dulu kami di wajibkan makan dalam talam dan bila saya buat kem untuk pelajar sekolah atau belia saya pula akan beri mereka makan didalam talam juga dan kami kat umah kadang kala tu makan dalam talam juga.

Tapi makan dalam talam ini adalah antara sunah nabi dan tradisi orang orang di timur tengah tak kira mereka ini orang miskin atau kaya.

Tapi yang saya nak cete ni "talam dua muka"bagaimana ye talam dua muka ni? apakah depan belakangnya boleh di gunakan? boleh.

Muka belakangnya di telungkupkan bolehlah guna untuk tebar roti canai dan membuah doh kuih.

Muka depanya boleh di gunakan untuk untuk di isi makanan . Tapi kalau manusia iaitu insan yg di anugerahkan akal oleh Allah mengunakan kaedah talam dua muka ni, maka selayaknya orang itu di campak kelaut biar makan di jerung

oooh ye saya nak cetekan pasal kawan saya ni, dia bila depan saya dia angkat saya ni bagai nak terlambung saya kelangit... katanya "eeeeh Rusnah, you ni hebatlah, baguslah, rajinlah" tapi belakang saya di tendangya saya hingga sampai terperosok kedinding.

Orang yg talam dua muka ni kelebihanya ialah selain bermuka muka,dia juga pandai mengipas orang yang dirasanya orang itu boleh bawa keuntungan dalam hidupnya dan talam dua muka ni bahayanya dia akan jatuhkan orang lain dengan mengunakan orang lain, ibaratnya dia "mengambing hitamkan" orang.

Orang talam dua muka ini manusia yang dayus di dunia dan hina di akhirat. dia bukan insan " berani kerana benar, takut kerana salah" tapi dia orang pengecut.

Jauhi dari insan yang " talam dua muka"

Thursday, April 1, 2010

al Fatihah



MIOR AHMAD FUAD BADRI (Din Beramboi) telah menyahut panggilan Illahi pada jam 12.30 pgi di hospital Selayang kerana serangan deman denggi berdarah pada usia 43 tahun. Din Beramboi pelawak dan penyampai radio era adalah seorang yang sangat baik dan berhati mulia.

Orang yang berwatakan riang ini sentiasa gembira ini adalah merupakan peyampai radio yang di senangi oleh para pendengar. Dunia hiburan kehilangan orang yang banyak memberi jasa kepada tanah air, semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di dalam golongan orang orang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah...

buat Mior Ahmad Fuad Badri.

TERBABAS

Nak cerita pasal "korupsi" pinjam bahasa Indonesia ye mass Joko, ini adalah cerita lama. Tak ada bezanya kekayaan untuk orang yg bekerja makan gaji yg di kaut tanpa restu oleh rakyaat yg di perbodohkan.

Hari ini kalau orang yg memegang jawatan ketua pengarah, pengarah atau atau ketua setiausaha di Jabatan kerajaan mestilah orang BIJAK PANDAI, ORANG OTAKNYA BERGELIGA . Sebab apa gitu ? kerana apa jua urusan mestilah melaluinya.

Contohnya kalau di Jabatan buat kerja yg berkaitan dengan hal ehwal pembangunan maka untuk membina sebuah jambatan di sebuah desa, kelulusanya mestilah di bawa meeting dulu setelah tender di tangkap oleh kontrator, lepas tu pengarah luluskan dgn bersyarat.

Syarat mestilah ada yang berbaloi dan kadangkala tu kita rasa pelik ye kenapalah orang yg kerja di jabatan kerajaan atau di kantor pemerintah ini kayanya luar biasa, rumahbesar, kereta besar dan hidupnya mewah semacam aje, gaji tak seberapa tapi hidup mewah. oooh rupanya mereka ini bijak mengurus dan bijak menjana kewangan dari kepandaian mereka.

Kalau yang kerja berkaitan jabatan makanan pulak, ini lagi parah, nak keluar segantang beras atau sekilo gula persenya kena di tol kat orang nombor satu dlm Jabatan atau dlm kantor pemerintah.

Kalau dulu digunakan istilah bayar ufti, sekarang ini di panggil bayar kos pengurusan dan bayar perkhidmatan. Contohnya lah kalau kerja kerani di jabatan taliair tapi boleh kaya bina istana, sebab apa? sebab pandai menguruskan hak orang orang dan menjadi hak sendiri.

Jangan risau kalau kerani cabok lebih mewah dari pegawai atasan. Dan jangan terkejut kalau orang dah berhenti kerja boleh bina empayar tujuh keturunan tak habis makan.