Thursday, February 17, 2011

AYAT AYAT SUCI


Kelu,pilu dan tersedu bila aku mendengar bacaan ayat ayat suci yang di hafal oleh anak anak jagaanku yang telah aku anggap seperti anaku sendiri walaupun tujuan mereka datang ini adalah untuk belajar.

Aku tubuhkan sebuah tempat pendidikan untuk mereka yang mana kami telah di beri kepercayaan oleh mufti Kemboja untuk kami mendidikan rakyaatnya yang mundur dan miskin di bumi kita yang bertuah dan makmur ini.

Berdetup jantung ku bila ada 2 orang pelajar yang belajar di Darul Tahfiz ni aku tanya " datang sini duit ambil kat mana?" dia diam dan senyum pahit sambil mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain, maka jawablah oleh kawanya " duit ayahnya" dia geleng kepala " ayah pinjam duit dan jual lembu" aku diam, dan dia pun diam juga lepas pada tu.

Semenjak mereka datang belajar di Darul Tahfiz ini aku rasa dapat semangat baru dalam hidup aku, rasanya aku adalah manusia yg paling beruntung sebabnya untuk hantar anak belajar aku tak perlu pinjam duit orang dan tak perlu jual harta, terpulanglah pada anak anak mahu atau tidak mahu belajar.

Kini aku akan berusaha lebih gigih dan kuat lagi untuk "berjihad dijalan Allah " kerana ini adalah antara kerja kerja yang harus di pandang berat dan bukanya kerja main main sebab mereka yang datang ini adalah dengan harapan setinggi langit, mahu melihat harta yang tergadai itu dan pinjaman dari jiran jiran nya dengan menadah muka dan tangan ibaratnya seperti peminta sedekah itu harus berbaloi.

Anak anak Kemboja ini aku lihat sangat gigih belajar dan berusaha, tanpa jemu mereka belajar dan semua memperlihat semangat gigih dan mahu membalas jasa ibu ayah mereka yang susah itu. Kadang kala terbit rasa kasian pada mereka ini, mereka yg datang ini jubah yg mereka bawa ini adalah dari sumbangan orang dan ada yang tidak pandai nak mengosok gigi dan membuang kuku mengunakan pengepit kuku.Senario ini telah mengajar aku jadi org insaf dan malu dgn Allah jika aku tidak tahu bersyukur dengan nikmat yg melimpah ruah ini.

DUITAN

Perjalanan ke Thailand dgn niat yg baik iaitu mahu membarui tempoh lawatan anak anak Kemboja ke Malaysia dgn satu matlamat mereka mahu meneruskan belajar di bumi Malaysia yg terkenal dgn puluhan pusat pengajian tinggi, orangnya terpelajar, orangnya mengikut perkembangan terkini dan orangnya hebat hebat, itulah kata orang di Kemboja tentang orang Malaysia dan satu lagi orang Kemboja kata orang Malaysia ni baik baik dan kaya kaya...berdiri bulu roma aku bila sebut kaya.

Tp tak ape kalau orang dah kata kaya itu kita ameen ajelah mudahan mudahan betul betul kaya...siapa tahu dan jangan kaya lupa daratan sudah atau kaya di atas kesusahan orang.

Perjalanan dari Prima Damnasara ke KL Sentrel naik kereta 4 org satu kereta masih muat. Beli tiket keretapi senandung malam ke Pantai Timur kelas ekonomi duduk, dari jam 8.30 mlm sampai jam 10 pg di Pasir Mas...tunggu di Masjid Pasir Mas bila jam 5.00 ptg kami dari KL naiki kereta baru sampai dan terus naik teksi ke Rantau panjang tambangnya RM20 satu teksi.

Sampai Rantau panjang jam 6.30 ptg dan naiklah motor untuk ke Golok satu motor RM 3 x 7 orang, sampai di imegesen Thailand anak anak Kemboja ni ada cukai RM 30 duit seorang tu kena isi dlm passport dan tiada resit...apa bezanya pelancung Malaysia hanya kena RM 2 sedangkan orang Kemboja yg RM 2 pun kena jugak RM 30 pun kena jugak...ni nama orang makan orang.

Naik lagi motor ke penginapan yang bernama hotel Tara semalaman RM 50 sebilik, kami sewa 2 bilik aje dan didalam bilik tu banyaklah di letak makanan rengan dan didalam petiaisnya penuh dgn arak...Thailand...ooh Thailand, tanpa disedari agaknya anak anak Kemboja ku terlampau lapar habis semua makanan rengan didalam bilik hotel tu dia telan tanpa melihat halal haram...apa nak buatkan berlaku...

Malam tu aku beritau mereka jangan turun biar aku aje yg cari makanan kerana orang Thailand sibuk kalau ada orang Kemboja datang.... tak tau apa sebabnya, demi keselamatan aku suruh aje dia duduk dlm bilik.

Esoknya kami mahu berangkat ke Kelantan, macam macam cerita negatif yg aku dengar dari mulut duta tak resmi di Thailand ni iaitu yg membawa penumpang dgn motor, katanya orang Kemboja kalau dah masuk Golok dah tak boleh keluar kena duduk sekurang kurangnya seminggu, orang Kemboja tak selamat di Kemboja dan macam macam lagilah.

Tp aku tabahkan hati redah jugak dan lepas sarapan kami berangkat balik cari motor sewa untuk ke imegresen.Sampai aje ke imegresen passpot aku ni memanglah bermasalah dan anak anak Kemboja ini di tahan oleh imegresen Malaysia....soalsiasat, panjang lebar dan jumpa pegawai yg tertinggi sekali.Sebenarnya org yg bawa motor tu dah beritahu seorang anak Kemboja ni nak keluar dari Thailand kena bayar lagi RM 30 dan lepas tu bayar lagi di imegesen lagi RM 100 seorang, mana aku ada duit banyak banyak gitu.

Akhirnya aku cete dari A-Z dan pegawai tu berkias kias aku buat tak tau aje dan aku beritahu kalau en tak lepaskan kami, tak ape kami akan tinggal di Golok dgn alasan paport kami tidak boleh keluar dari Thailand dan di kena caj yang kami pun tidak tahu caj tu untuk apa dan resitnya mana? terdiam tuan imegesen tu, akhirnya dia kata" ginilah kak saya panggil kak ni tujuanya nak bersilaturahim, mana tahu jumpa dimana mana kak kenal saya dan saya kenal kak" saya angguk dan saya tanya dia "kami ni boleh keluar ke?" dia angguk lesu kerana sepatutnya dia RM400 tp sesen pun tak dpt.

Aku pun dah letih jadi begini...banyak sangat org mengambil kesempatan keatas org susah dan org kurang pandai.Aku ni bukanlah nak memburukan sape sape tapi tak usah laku perkara yg memburuk imej kerajaan, bekerja dengan telus, kalau tak cukup gaji berhenti kerje dan bisnes...

Monday, February 7, 2011

TERKAYA DI DUNIA


"Alangkah bestnya kalau jadi orang kaya ye" kata org miskin, tp jadi orang kaya ni tekananya berat...takut takut kekayaan tu himpunan dari penat lelah orang lain seperti dari rakyaat jelata yg miskin, contohnya di Kemboja.

Rajanya sangat kaya hinggakan lantainya di buat dari emas dan kekayaanya tidak terhitung hingga keturunanya tak faham makna miskin, tak makan dan hidup melarat, begitu jugalah di lain lain negara yg masih beraja...ibaratnya kekayaan itu milik mereka dan kalau dah kaya tu maka yg menanggung azab sengsara ialah rakyaat.

Ini berlaku pada Hosni Mubarak yg mengumpul kekyaan selama 30 thn memerintah, sedangkan rakyaatnya hidup merempat susah dan hinggakan rakyaat sanggup membuat cubaan membunuh sebanyak 6 kali dan bila kemarahan rakyaat dah meluap luap maka jadilah berantakan.
Kadangkala yg suka pada kemewahan dan kebendaan ini perempuan, yg lelakinya hanya gikut aje dan yg mencadangkan tu si perempuanya yg lelaki tu tenyeh aje pengeluaran duit dan tak lari juga yg berlaku kat negara kita ni. Telah di ujudkan ‘Pejabat Wanita Pertama Malaysia’ yang dikenali sebagai Bahagian Wanita Pertama Malaysia (F.L.OM) bertujuan menjaga urusan serta lawatan-lawatann first lady Kalau dah ada ofis biayanya tentu sama taraf dengan Jabatan kerajaan, mesti gundik gundik dan org suruhan yg bergaji...ni dah tentulah menguna duit rakyaat.Sedang yg nak uruskan bukan untuk kebajikan rakyaat, tp untuk urusan yg tiada kaitan Ini ada sedikit retetan sejarah tentan wanita berpengaruh ni Dalam catatan sejarah Ratu Victoria menduduki urutan pertama wanita paling berpengaruh dalam sejarah. Dia digambarkan sebagai wanita bertangan besi, dia yang memiliki pengaruh luar biasa, pada abad ke 19.

Sekarang kita kaji pula sejarah yg hebat ni

Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah pada usianya 37 tahun. Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang.

Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata:

"Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda".

Tiba-tiba orang ramai serentak berkata:

"Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan".

Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab:

"Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya."

Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

Sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul Mukminin, Umar langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah, isteri tercinta.

Umar berkata kepadanya, "Isteriku sayang, aku harap engkau memilih satu di antar dua."
Fatimah bertanya kepada suaminya, "Memilih apa, kakanda?"
Umar bin Abdul Azz menerangkan, "Memilih antara perhiasan emas berlian yang kau pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu."
Kata Fatimah, "Demi Allah, Aku tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku."

Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan menyerahkannya ke Baitulmal, kas Negara kaum muslimin. Sementara Umar bin Abdul Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa, yaitu roti dan garam sedikit.
haaa bagaimana dengan wanita yg minat untuk jadi first lady, sanggupkah untuk jadi Fatimah isteri Umar Abdul Aziz, kalau sanggup maka taraf anda akan lebih hebat lagilah di sisi suami dan juga di hati rakyaat. Kali ini banyak sangat bebelan saya, bukanya apa saya terkedu bila lihat anak anak org miskin ni bila di beri makan nasi lebih dari 2 lauk dia tak mau makan ..kesianya org miskin, kalau yg kaya tu makanan satu meja sampai buang buang hendak pulak kalau ada jamuan yg hebat hebat, itu ha jamuan khusus utk pemimpin...kadangkala teliur tengok santapan mewah...nasib bertuah jadi org kaya dan ternama

Wednesday, February 2, 2011

MESIR & HOSNI MUBARAK

Salman al Farisi adalah seorang remaja lelaki yg berkeinginan utk melanjutkan pelajaran di negara
yang terkenal dengan jolukan negara seribu menara (karena hampir diseluruh penjuru kota dapat ditemui menara) dengan luas sebesar 1002 000 km terletak diantara dua benua Asia dan Afrika tetapi hampir 90% adalah daratannya berada di Afrika

Jumlah penduduknya sekitar 75 juta . Negara ini disebelah utara bersempadan dengan Laut Tengah sebelah selatan bersempadan dengan Sudan,

Sebelah barat dengan Libya sebelah Timur dengan Laut Merah dan Israel.

oooh indahnya Mesir.

Keinginaqn Salman pergi belajar tak pernah aku halang, cuma aku berdoa sahaja agar dia dapat tabah, sabar dan bersemangat hidup di negara yang tamadunya sedikit terbelakang dari negara maju.

Dia sanggup dan dia kata mampu hadapi segala rintangan.Alhamdulilllah dia mampu belajar dan menempuhi hidup, tak sangka pulak bila sampai kesana dia dah pandai nulis...Salman salman.

Bila dia mengisi berbagai cerita dalam blognya aku mula telah menganalisakan bahawa tulisanya akan ku buku didalam sebuah novel iaitu "Pemuda di Bumi Kaherah" dah siappun novel tu, tp faham faham ajelah aku mengarang perlu editor yg sabar dan kreatif sebab aku nulis ini "idea terjun dari otaku terus ke komputer" taip aje...tp bila aku baca...best juga cetenya, ini bukan masuk bakul, nantilah bacalah kalau aku dah terbitkan nanti.

Baru baru pemimpin yg menguasai bumi firaun ni namanya Hosni Mubarak ingin mempertahankan cengkaman kuku besinya yang mana sudah selama 30 tahun dia memerintah.

Dahsyatlah Hosni Mubarak mau setaraf dengan Firaun pulak.Kehidupanya bermandikan kekayaan isterinya telah di ibaratkan seperti imelda Mesir .Inilah kuasa, Wang dan kedudukan

Pergolakan di bumi tempat ilmuan Islam seperti didalam ketakutan,

bayangan orang yang terkorban demi perjuagan,

bayangan bila negara di timpa musibah peperangan ini "peluru, airmata, darah dan nyawa" sudah jadi maianan.

Kini Salman dan rakan rakannya akan di arahkan balik,kerana kegawatan peperangan ini.

Ini catatan Nota Cinta Salman yg saya copy
PENGHIJRAHAN 4 PERKARA BAGI PEMUDA

Al Imam Hassan Al Banna pernah menyebut bahawa 4 ciri ini harus ada pada seorang pemuda:

PERTAMA: TAKWA

Sifat takut kepada Allah سبهانه وتعلى dengan melaksanakan segala suruhan dan meningglakan segala amalan yang dilarang oleh-Nya berlandaskan al Quran dan as Sunnah.
Ulama memberikan pelbagai makna taqwa dalam kitab mereka namun makna mereka hampir sama iaitu menjurus ketaatan kepada Allah سبهانه وتعلى.
Takwa penting bagi seorang pemuda untuk mencapai kebangkitan dalam segala hal. Pemuda memiliki semangat yang 'luar biasa'. Semangat inilah perlu dipandu oleh sifat takwa kepada Allahسبهانه وتعلى.

Pemuda berani. Jika di Malaysia mereka berani melakukan aksi 'stunt' dalam pesta mat dan minah rempit. Mereka berani menyahut cabaran berdemonstrasi. Mereka berani menegakkan yang hak. Pemuda bisa melakukan segalanya. Takwalah yang akan menjadi pedinding kepada pemuda supaya keberanian mereka tidak disalurkan kearah yang diluar syariat.

KEDUA: IKHLAS
Melakukan segala amalan hanya kerana Allah سبهانه وتعلى [Hadis no. 1 40 Hadis Imam Nawawi]. Nilai ikhlas amal seseorang tidak boleh dinilai oleh sesiapa melainkan Allah سبهانه وتعلى.
Berdasarkan hadis no. 1 40 Hadis Imam Nawani yang menceritakan seorang lelaki yang berhijrah ke Madinah kerana seorang wanita yang bernama Ummu Qaish. Sahabat tersebut sudah memiliki SEMANGAT (untuk berhijrah) dan TAKWA (bernikah) ketika melakukan hijrah. Namun kerana niat beliau untuk bernikah, maka beliau mendapat apa yang ditijunya. Semuanya ikhlas dan ikhlas bergantung sejauh mana niat kita.

KETIGA: SEMANGAT
Seperti yang saya katakan sebelum ini, semangat antara elimen penting dalam diri seorang pemuda.
Saya akui, bukan semua orang memiliki sifat yang sama atau bahasa mudah bukan semua memiliki semangat yang sama. Namun perkara ini perlu dipupuk dalam diri seorang pemuda. Melakukan sesuatu pekerjaan sehabis baik.
Dalam skop kelas di sekolah contohnya. Bukan semua ada bakat menjadi Kutua Kelas, Bendahari atau lain-lain jawatan. Jika semua menjadi Ketua Kelas, siapa mahu melaksanakan tugas yang diarahkan?

Atas sebab itu bukan semua pelajar berbakat menjadi Ketua Kelas. Namun, Ketua Kelas harus memimpin sehabis baik dan pelajar-pelajar yang lain harus taat sehabis baik. Ketua Kelas semangat dengan kempimpinanya dan pelajar-pelajar harus semangat untuk melaksanakan arahan yang diberi.

Juga dalam skop pemerintahan negara. Bukan semua layak untuk menjadi Perdana Menteri (PM). Ramai diantara rakyat yang mengecam tindakan PM apabila beliau mengutarakan cadangan dan tidak kurang juga yang bersetuju kerana fahaman politik ataupun ilmu masing-masing. Namun, adakah antara mereka yang mengkritik itu layak untuk menjadi PM? Apa yang akan terjadi jika semua mahu menjadi PM?

Maka perlunya seorang PM yang bersemangat melaksanakan tugas dengan sehabis baik dan rakyat juga perlu patuh sehabis baik selagi Perdana Menteri itu TIDAK MELANGGAR AL QURAN DAN AS SUNNAH.

Yang penting semangat!