Thursday, February 17, 2011

AYAT AYAT SUCI


Kelu,pilu dan tersedu bila aku mendengar bacaan ayat ayat suci yang di hafal oleh anak anak jagaanku yang telah aku anggap seperti anaku sendiri walaupun tujuan mereka datang ini adalah untuk belajar.

Aku tubuhkan sebuah tempat pendidikan untuk mereka yang mana kami telah di beri kepercayaan oleh mufti Kemboja untuk kami mendidikan rakyaatnya yang mundur dan miskin di bumi kita yang bertuah dan makmur ini.

Berdetup jantung ku bila ada 2 orang pelajar yang belajar di Darul Tahfiz ni aku tanya " datang sini duit ambil kat mana?" dia diam dan senyum pahit sambil mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain, maka jawablah oleh kawanya " duit ayahnya" dia geleng kepala " ayah pinjam duit dan jual lembu" aku diam, dan dia pun diam juga lepas pada tu.

Semenjak mereka datang belajar di Darul Tahfiz ini aku rasa dapat semangat baru dalam hidup aku, rasanya aku adalah manusia yg paling beruntung sebabnya untuk hantar anak belajar aku tak perlu pinjam duit orang dan tak perlu jual harta, terpulanglah pada anak anak mahu atau tidak mahu belajar.

Kini aku akan berusaha lebih gigih dan kuat lagi untuk "berjihad dijalan Allah " kerana ini adalah antara kerja kerja yang harus di pandang berat dan bukanya kerja main main sebab mereka yang datang ini adalah dengan harapan setinggi langit, mahu melihat harta yang tergadai itu dan pinjaman dari jiran jiran nya dengan menadah muka dan tangan ibaratnya seperti peminta sedekah itu harus berbaloi.

Anak anak Kemboja ini aku lihat sangat gigih belajar dan berusaha, tanpa jemu mereka belajar dan semua memperlihat semangat gigih dan mahu membalas jasa ibu ayah mereka yang susah itu. Kadang kala terbit rasa kasian pada mereka ini, mereka yg datang ini jubah yg mereka bawa ini adalah dari sumbangan orang dan ada yang tidak pandai nak mengosok gigi dan membuang kuku mengunakan pengepit kuku.Senario ini telah mengajar aku jadi org insaf dan malu dgn Allah jika aku tidak tahu bersyukur dengan nikmat yg melimpah ruah ini.

No comments:

Post a Comment