Wednesday, April 29, 2009

TALK SHOW Bersama Penulis Sisipan NNMPGR


Foto : Mental & Fizikal sama kuat. Itulah NIK NUR MADIHAH PERMATA GENERASI RABANNI.
Ulasan...Ok sekarang saya mahu mengulas sedikit program yang telah di jalan di Maran iaitu Cemerlang Bersama dengan Nik Nur Madihah iaitu pd 26 hb. Sambutan dari guru guru di Sekolah di Daerah Maran sungguh mengalakan. Ramai anak anak murid cikgu datang untuk mendengar dan melihat persembahan dari gadis pintar dari pantai timur itu, bukan apa? sebab kalau boleh biarlah semua anak murid cik gu dapat 20A macam madihah, tapi madihah lain dari yg lain, memang dia gadis yg kuat bukan semangat tapi fizikalnya juga.Cuba anda bayang dan anda di tempat madihah ye!

pada 24 april terbang dari KB turun kat KLIA pas tu naik fly sampai JB untuk motivasi PMB, malam tu balik ke KLIA tiket ada masalah, tidur kat hotel di sepang manakala 25 hb balik KB ceramah lagi kat sekolah di KB jam 10.00 pas tu terus ke Jeli untuk cermah di dewan orang atas jemputan orang jeli. Jauhnya KB ke Jeli makan masa 2 jam perjalanan dan jam 8.00 malam baru sampai rumah di parang puting , org ramai dah tunggu nak jumpa dgn budak pintar ni, malam tu juga jam 2.00 pagi pecut ke Maran ada dua ceramah di Komplek Belia 500 peyertaan manakala sebelah petang 800 peyertaan.
Foto : Semua orang minat untuk baca buku NNMPGR

Foto : Semua mahu dapat 20A

Macamana ye kalau anda, mahu tersungkur di tengah jalan. ITULAH NIK NUR MADIHAH PERMATA GENARASI RABANNI,




Madihah hanya satu, tapi kecemerlangan semua orang boleh ikut. Untuk dapatkan intipati dari kecemerlangan Nik Nur Madihah Permata Generasi Rabbani, Penerbit buku yg tengah laris di pasaran ini telah meyediakan penulis sisipan orang yang bertanggungjawab penuh membuat serta mengkaji kecemerlangan Nik Nur Madihah untuk bertemu dengan anda semua di mana sahaja iaitu Haji Muhammad Zakaria,


Foto : Penulis dan Perunding Motivasi tanah air HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, Penulis sisipan, TQ Tuan Haji anda penulis TRIO GENEIUS

Perunding Motivasi serta beliau adalah penulis Buku Nur Amalina & Nadiah Amirah.Sekarang buku ini tengah panas dan semua orang mesti memilikinya kerana segala susah senangnya di tulis di dalam NIK NUR MADIHAH PEMATA GENERASI RABANNI telah di tulis oleh ummu sakinah.Order sekarang sementara stok masih ada

Redang

Foto : NOVEL REDANG, Anda baca anda tahu

Karya MALIM GHOZALI PK bertajuk REDANG adalah sebuah novel kemanusiaan yg telah di ulang cetak sebanyak 3 kali, di terbitkan oleh DBP. Apa yg menarik dlm redang? iaitu satu kejengkalan hati manusia dengan kecemburuanya, kasih sayang yang tidak pernah padam walaupun kematian adalah pemisahanya, emosi manusia yg tidak terkawal, serta ketabahan seorang lelaki yang bernama suami. Di sini sebuah persembahan yang baik telah di bawa oleh penulis dengan bahasa yang sangat mudah di fahami.


Foto : IPIN Watak yg sangat hebat di garap oleh penulis sebagai anak muda yg taat kepada ibubapanya, walau nyawa jadi taruhan

Saya sangat tertarik dengan novel ini kerana penonjolan watak yg berlainan agama dan budaya tetapi telah di satukan oleh takdir dengan ikatan perkhawainan iaitu seorang lelaki melayu dengan wanita orang asli sehingga sepanjang kehidupan mereka terpalit dengan sejarah bangsa & budaya yg sesetengah dari kita memandang rendah pada orang yg dianggap tidak setaraf denganya. Peristiwa dalam "redang" sungguh mengharukan. Tapi saya rasa terkejut juga kerana penghabisan cerita ini dengan kematian Ipin iaitu anak orang asli lahir dari kesetiaan cinta yang murni iaitu seorang anak baik dan berhati mulia sanggup berkorban untuk keluarganya.



Foto : SOLUSI bilangan ke 7, teruja hati bila baca khabar dari seberang, bagus...! anda memang hebat kalau menulis bab orang susah dan miskin

MAMPUKAH AKU

Foto: Anak Anak Kaum Peribumi

Berkali kali kepala otak saya memikir yg baik baik untuk mengajak kaum keluarga, sanak saudara,kenalan dan sahabat handai untuk bergabung tenaga membenteras gejala MURTAD di Kg Merbau, nampaknya saya hanya beriktiar sahaja jadi tukang canang kehulu dan kehilir memberi khabar agar ada tersentuh hati hati orang yang bernama manusia prihatin untuk meyertai program HARI KELUARGA BERSAMA KAUM PERIBUMI.Kadang kala tu program saya belum bermula lagi dah ada sosek sosek dari mulut yg tidak senang tugasan ini, apakata mereka

" awak nak buatlah seorang, orang asli tu degil"


ada lagi" tengoklah kalau saya ada masa saya tolonglah"

ada lagi yang cakap " saya banyak kerja"

ada lagi yang cakap "tak berbaloi kerja macam tu"

ada lagi cakap " orang asli ye! biarkan lagi pun dia orang tu dah macam tu"

itulah alasan orang orang kita ini.Tapi saya tidaklah kecewa, jauh sekali untuk putus asa.


Saya rasa ada hikmahnya saya menemui orang orang yang macam ni. Mungkin ini adalah ujian yang ada nikmatnya bagi saya.

Foto : MISI KEMANUSIAAN, Siapakah mereka di mata kita?

Walau apa pun saya harap anda semua dapatlah memikir sejenak, kenapa kita mesti mengajak mereka ini balik semula kepada Islam. Sukar kah tugas begini? iya sukar kerana mesti ada sumber kewangan, masa dan tenaga.

Kalaulah hari cuti umum pada 1-3 hb mei ini kita duduk aje kat rumah bersama anak, isteri dan keluarga itukan satu ketenangan, badan pun tak letih. Kalau anda berkunjung ke kampong orang asli diMerbau Maran mungkin anda akan rasa letih dan nak kerja semula hari Isnin mungkin letih.

Walau apa pun dalam mengajak orang melayu untuk menjalankan kerja sukarela dengan mengajak orang asli yg murtad masuk Islam ini sama sama susah dan sukar,

Saya di sini ingin menjemput lagi sekali anda semua untuk meyertai program anjuran PERSATUAN BELIA SRI AL AIN

HARI KELUARGA BERSAMA KAUM PERIBUMI Tarikh 1 - 3 hb mei 09, peyertaan percuma.Makan masak gotong royong dgn orang asli. Program yg di atur FORUM Bicara Ad Deen dengan Tajuk KEMURNIAAN ISLAM pada 1hb mei 09 (Jumaat) manakala KORSERT AMAL RAIHAN Pada 3hb mei 09 (Ahad) Jam 8.30 malam. Semua di jemput hadir. Kalau anda berminat hubungi saya 013 3596574 untuk meyumbang makanan, kewangan atau untuk meyertai program. Semuga program ini akan di nilai oleh Allah sebagai Ibadah untuk di persembahkan kepada Allah pada hari kemudian...AMIN

Tuesday, April 28, 2009

BEBAN



Dua hari lepas saya telah bertemu dgn kawan yang telah lama tak jumpa.Seingat saya sudah 30 tahun tak jumpanya, kami sebaya dan belajarpun pernah satu kelas. Saya hampir tidak mengenalinya kerana dia sangat berubah pada wajah, tubuhya serta penampilanya.Masa kami sekolah dulu dia seorang anak kampung yang biasa sahaja.Tapi dia mempunyai sikap iaitu suka tidur sepanjang waktu belajar dalam kelas.Bila cikgu tanya, dia akan jawab "ngantuk cikgu" kalau cikgu tanya mengapa "tak cukup zat" inilah jawapnya dan dia merupa pelajar yang paling corot sekali nombornya di dalam kelas. Itu sejarah dia zaman dulu, kami tidaklah rapat sebab dia lelaki tapi dia berjiran sebelah rumah masa dulu.

Bila sudah habis sekolah kami membawa haluan sendiri.Sekian lama tak jumpa, maka dua hari lepas jumpa di pasaraya.Saya ingat dia ini siapa.

Kesian tengok dia iaitu seorang lelaki sedang mengheret tangan seorang kanak kanak perempuan berusia enam tahun tidak terurus. Manakala dia pula begitu juga tidak terurus juga. Dia yg meyapa saya dulu, dan saya terpaksa memikir beberapa minit untuk menarik balik sejarah bersama sama denganya pada masa sekolah dulu.ooo agus! ya dah ingat dah" masyaAllah, kenapa awak nampak terlalu matang?(kepalanya penuh beruban, mukanya seperti orang berusia 60an)"betul ke kau agus?" saya takut perkataan saya ini akan mengecilkan hatinya" akulah agus, kenapa kau tak percaya ye?" dia memberi satu keyakinan"percaya! aku ingat lagi" akhirnya dia bercerita panjang tentang sejarahnya yang membuatkan saya rasa geram dgn dia. Kenapa?

Dia seorang anak lelaki yang di tinggalkan oleh kedua ibubapanya dengan dusun buah buahan, kebun getah, ladang kelapa sawit dan kolam ikan serta sebuah rumah pusaka kemudian bercinta dan berkhawin dengan seorang wanita yang berkerjaya sebagai guru sekolah menengah, akhirnya bercerai. Sebab apa? saya meyimpulkan ceritanya dia sangat malas berusaha, hidupnya hanya memberi nafkah batin kepada isterinya sahaja dan bila isterinya pergi kerja dia meyambung tidur di rumah yang isterinya sewa, balik isterinya dari kerja memasak pula untuk makan dan dia pun numpang makan juga, bila petang dia guna kereta isterinya keluar jumpa kawan kawan, tengah malam atau dekat nak subuh baru balik rumah.Duit belanja sepuloh ringgit sehari isteri sponsor. Akhirnya dapatlah anak seorang. Isteri rasa sangat muak dengan sikap agus yang dirasakan bagai satu bebanan pula padanya.

Isterinya tahu suaminya ada kemahiran iaitu pandai menukang rumah. Tapi dia tidak mahu sebab mahu tangkap kontrak buat bangunan besar besar sahaja, tapi tidak pernah dapat.

Akhir! isterinya telah menuntut untuk berpisah sebab sudah beberapa tahun berumahtangga belum pernah sekalipun agus membayar sewa rumah dan membawa sekampit beras balik ke rumah. Inilah cerita kawan saya. Bila telah berpisah dengan isterinya maka hidup agus lagi tidak ada haluan. Dia tidak tahu di mana punca rezekinya walaupun usianya sudah 40an kerana pagi tidur iaitu sewaktu rezeki datang.

Thursday, April 23, 2009

TERINGAT

Foto : Tangisan pertama bila melihat dunia

Enam belas tahun dulu saya telah telah di sahkan mengandung anak yg keenam.Tiada masaalah memang begitulah setiap kali mengandung dan melahirkan dari anak pertama hinggalah anak kelima. Tapi yg ini rasanya ok juga, Di sini saya mahu berkongsi satu rasa yang kalau saya ingat saya tidak mahu lagi untuk sakit bersalin.Dalam tempoh mengandung tiada apa apa macam biasa, kerja keluar pagi balik malam. Rutin harian... tapi bila saat untuk proses bersalin anak keenam sakitnya bermula 11 pagi. Biasalah mula sakit biasa aje! tahan sebab saya sudah ada pengalaman semua anak bersalin di rumah dan bidan hanya bidan kampong sahaja. Sakit memanglah sakit, tapi dapatlah tahan kerana kadang kala tu sakit tak lama.

Kebetulan waktu sakit itu belum belum sarapan lagi, maka mengigil tak tahu nak cakaplah waktu sakit tu.


Waktu itu belum beritahu sesiapa pun, pura pura tak ada apa apa. Tapi bila muka dah pucat kerana tahan sakit maka akhirnya beritahulah orang yang terdekat.Maka cepat cepatlah panggil Mak Bidan,Kemudian sakit makin kerap dan mak bidan pun sudah tahu pesakitnya mempunyai watak yang mungkin tidak ada pada perempuan lain iaitu pemalu. Dia hanya mampu kata "kalau kau rasa dah nak bersalin panggil aku kat bawah"saya hanya mengganguk saja.Mak bidan punlah turun ke bawah berborak borak dengan ayah (rumah 2 tingkat) walau pun begitu saya minta my hubby tolong teman, sebab tinggal sorang kat atas.

Tapi sakit yang ini sungguh luar biasa dan belum pernah rasa lagi. Saya tidak boleh duduk, kalau duduk rasa nak pecah perut, kalau baring denyutnya sampai ke otak punyalah sakit. Pandangan sudah berpinar pinar dan kadangkala gelap.

Maka pada masa tu satu saja permintaan saya " ya allah, aku sudah tidak mampu untuk menahan kesakitan ini. Jika ini penghapus dosaku maka kau cabutlah nyawaku dan aku redha.Semoga anak yang ku tinggalkan ini adalah anak yang soleh". Kesakitan ini saya rasa bukan kejap kejap, tapi sakit berpanjanagan.Saya tahu waktu sakit begitu saya belum mahu melahirkan lagi, tapi sakitnya itu telah meyucuk seluruh tulang tulang dan badan rasa kebas. Peluh memercik walaupun kipas ligat berpusiang. Akhirnya saya baring juga minta tolong urut dari kaki hingga ke kepala di harap tangan yg mengurut itu adalah urutan yang terakhir buat saya dan saya minta padanya tolong halalkan semua makan minum dan segala kesalahan. Dia diam sahaja, tahu agaknya kesakitan yang di tanggung oleh saya. Saya pejamkan mata minta dengan pejamnya mata maka nafasku tarik saya lepaskan untuk kali yg terakhir, rupanya allah pinjamkan nyawa untuk saya. Maka saya bangun dan berpapah untuk berdiri dan saya rasa mahu ikat sahaja badan saya pada mana tiang biar tidak terasa sakitnya.Tapi di saat itu saya terpikir juga bahawa ini sakit bersalin, bukan sakit mahu mati atau samakah sakit mahu bersalin dengan sakit nak mati? Akhirnya saya kumpul segala tenaga saya lakukan sesuatu iaitu saya buat luar dari biasa dari bersalin yg dulu dulu . Saya tarik lagi sekali nafas dan saya menghembus dengan kalimah "Allah" dan tiba tiba air mata saya bercucuran. Saya tidak tahu kenapa airmata saya turun begitu lebat dan akhirnya saya rasakan ada sesuatu malu keluar dan saya minta di baringkan. Tapi tidak sempat, akhirnya anaku yang keenam lahir waktu saya berdiri dan yang sambutnya adalah ayahnya pada 3.00 petang. Saya mengalami waktu pemulihan tenaga paling lama dalam sejarah melahirkan tujuh orang anak anak.Pada hari ini kalau saya melihat orang mengandung maka ingatan untuk melahirkan abot adalah satu yang amat saya takut. Kesakitan saya ini membuatkan saya truma selama lima bulan. Tapi allah itu maha adil,kelahiran anak saya yang ketujuh mengambil masa setengah jam sahaja. Buat Abot...antara kita dua jasad satu hati.Bila saya ingat balik senerio begini maka rasa bahawa tidak puas rasanya untuk berbakti kepada kedua ibubapa yang telah pergi... terlalu sikit atau boleh di katakan saya belum membalas lagi jasa mereka dan saya belum berbakti lagi kepada mereka, bila saya teringat apa yang saya lalui itu."Ya allah kau tempatkan kedua ibubapa aku bersama orang orang soleh dan berimam, Kau ampunkan dosa keduanya"

Wahai anak anak kau adalah permata hatiku.

WAJAH BARU PADA KAWAN LAMA

Foto : Di gerai karangkraf

Hari ini hari ke tujuh BOOK FAIR KL, Ramai juga orang, maklumlah hari kerja.Tapi budak budak sekolah pun ramai juga. Baguslah cikgu prihatin tentang ilmu. Bukan senang mahu datang ke PWTC lihat PESTA BUKU. Kalau cikgu datang bawa anak muridnya itu bermakna cikgu tu baguslah kerana ada perasaan mahu jadikan anak muridnya orang sentiasa menambah ilmu.Saya pun dah kali ke dua datang ni, bukan apa... mahu cari novel yg bagus isinya dari penulis ternama tapi murah harganya dan juga mahu borong majjalah. Kadang kadang tu terjumpa harga gila gila tau.

Foto : Di pentas utama persembahan okestra dari German

Taniahlah kepada pihak penganjur BOOK FAIR KL . Mudah mudahan dengan adanya acara yang seperti ini bolehlah menambah orang yang berfikiran terbuka, bijak pandai serta kreatif.

Dalam mundar mandir aku terjumpalah satu gerai buku, saya tengok ramainya anak anak remaja sedang berkerumum, macam semut menghurung gula pula. Maka saya pun tijaulah dalam celahan anak anak remaja, ooo... sedang membelek novel novel remaja tapi ada saya dengar mereka bincang bincang "eh cerita dalam buku ni macam cerita aku pulak" sampok seorang lagi " ah kau tengok ni pandainya penulis ni macam cerita abang aku pulak, aku nak belilah buku ni bestlah" agaknya iyalah trend baru sekarang ni, buku novelet yang ceritanya pendek di tulis didalam bentuk santai dan menarik. Baguslah kalau ramai penulis yg mencurahkan sejarah hidupnya melalui tulisan dan boleh buat pengajaran. Jangan lupa selitkan pengajaran agama. Itu penting.Kau orang mahu tahu di mana terjualnya novelet tu...tu dia di gerai kawan lama saya.

Foto : En Arief An-Nasry dari karnaDya

Dua belas tahun lalu saya jumpa dengan kawan ini, dulu wajahnya handsome dan bertubuh kecil serta kehidupan yg sederhana.

Tapi hari ini saya jumpa dia, masih lagi seperti dulu, tapi urat urat di mukanya lebih matang dan wataknya lebih korporat. Saya rasa kawan lama ini tiada apa yang harus di sembunyi.

hari ini saya nampak dia membawa wajah orang berjaya dalam bidang penerbitan taniah taniah sahabat...perjuangan anda telah berjaya.

Wednesday, April 22, 2009

MADIHAH seleberiti yg berkualiti


Foto : Rumahnya sering di kunjungi oleh orang ramai.

Semenjak keputusan SPM 2008 di umumkan hampir setiap hari ada sahaja berita tentang pelajar ini. Seorang permata genarasi rabanni telah mencetus sejarah. Semua org bercerita tentang "kehebatan" Dirinya seperti seorang seleberiti pula.(Selalunya seleberiti dia kurang berkualiti sebab dia tidak mempunyai apa apa keistimewaan, kadangkala sebab muka cantik , tapi kurang pengetahuaan, boleh juga jadi terkenal, kadangkala bakat seninya hebat, rupa pula kurang boleh juga terkenal dan belum ada lagi yg mempunyai keduanya secara mantap) Tapi Madihah hari ini adalah seleberiti yang berkualiti (kata kata ini saya pinjam dari usatz Pahroi). Syabas ! Madihah anda adalah NIK NUR MADIHAH PERMATA GENARASI RABBANI (Tajuk buku oleh Ummu Sakinah bersama dadynya Hj Muhammad Zakaria) Kebanyakan NGO dan syarikat memburunya serta mahu berkongsi kecerdikanya. Malah kadangkala dia sendiri pun sudah rasa seperti bermimpi pula dapat bertemu dengan gebenor bank negara, menteri menteri, wakil rakyaat dan bebagai lagilah. Itulah sebuah "KEJAYAAN". Sebenarnya mereka ini mahu kejayaan yang di kendong oleh remaja genarasi rabanni ini menjadi ikutan, contoh dan tauladan pada adik adik yang sedang menduduki di bangku sekolah. Contohilah NIK NUR MADIHAH PERMATA GENARASI RABBANI.Kejayaan yang di cetuskan oleh Madihah ini sebenarnya adalah "Kekuatan Hati" bukan pada tubuhnya dan bukan juga pada kemiskinan . Kejayaanya Madihah adalah doa Ibu dan ayahnya serta keiklasanya di dalam menuntut ilmu.

Bila saya mengkaji dan menilai siapakah dia gadis ini?buruan orang di atas kecemerlangan adalah luarbiasa , ramai orang berebut untuk mengambil peluang untuk mengcungkil keistimewaan yg ada pada dirinya .

Bapa madihah adalah orang bijak dan tahu mengawal kecerdikan ke atas kemunculan anak yg berjaya ini. Dia tidak ego atau bangga diri, malah dia sangat menghargai orang lain untuk menumpang kepintaran madihah dengan ceramah ceramah yang di adakan oleh Madihah

Nik Mohd Kamal telah memberi kaedah kepada seluruh rakyaat Malaysia bahawa kejayaan Madihah adalah kejayaan untuk rakyaat Malaysia. Dia tidak mendendami sesiapa pun iaitu sebelum madihah terkenal dia adalah org miskin dan kadang kala tidak mempunyai beras pun untuk makan, tapi pada waktu itu tiada siapa mahu berkenalan denganya atau menghulurkan bantuan kecuali ada orang orang tertentu sahaja yang prihatin.

Bila madihah sudah terkenal semua orang mengenalinya, dan sanggup bertunggu bertangga di rumahnya yang hendak runtuh itu.

Nik Mohd Kamal telah menjadi Madihah satu role madel untuk generasi yang masih di bangku sekolah bahawa kejayaan madihah adalah satu kejayaan yang sesiapapun boleh garap, boleh boleh tempa.Malah Nik Mohd Kamal harap akan muncul lebih ramai lagi anak orang lain yang mungkin lebih hebat dari Madihah.

Ibaratnya tiada kemustahilan jika kita mahu "air pun boleh jadi api". Mana tahu tahun depan muncul lagi permata genarasi rabbani dalam versi yang lain pula.Bagi saya NIK NUR MADIHAH INSAN GENARASI RABANNI ini ada kelainya itu
*Pintar
*Berbudi bahasa
*Baik
*Kuat beribadat
*Sentiasa bertawakal kepada allah
*Qan'nah
*Hormat Ibubapa & orang tua
*Hormati guru
*Peyayang
*Rajin


Itulah kesimpulanya dari NIK NUR MADIHAH PERMATA GENARASI RABBANI yang akan menemui pelajar pelajar untuk mendengar MOTIVASINYA didalam pertemuan di dewan Kompleks Rakanmuda Maran jam 8.00 pg dan Dewan SMK Chenor pada jam 2.30 petang iatu gabungan 32 buah sekolah di Daerah Maran pada 26hb April (Ahad). Hadir sama ialah penulis sisipan pada buku itu Haji Muhammad Zakaria.

SIAPAKAH Remaja Rabbani yang nama hangat di perkatakan sebagai remaja pintar dan berhemah tinggi ini. Datang beramai ramai!!!

Syabas buat Ummu Hani dengan terbitnya Dairy Nik Nur Madihah dan Ummu Sakinah kerana lahirnya NIK NUR MADIHAH PERMATA GENERASI RABANNI dengan tulisan anda yang sedikit sebanyak memberi peluang kepada orangramai untuk mengenali serta mengetahuai siapakah anak gadis ini, Insyallah apa yang anda tuliskan itu merupakan bahan MOTIVASI untuk adik adik yang masih lagi dalam pemcarian apakah dirinya permata yg memancar atau kaca yg berkecai.

Monday, April 20, 2009

MERUBAH SIKAP ANAK

Pada hari ini semua ibu bapa akan berkata bahawa "anak saya bermasalah." Apakah yang dikatakan masalah anak itu? Banyakkah masalah anak-anak anda? Banyak! Kadang-kadang tidak terpikul di bahu ibu bapa.

Pada hari ini semua ibu bapa bekerja. Kadang-kadang ibu bapa bekerja sampai jarang jumpa anak-anak. Maka anak-anak jadi bermasalah untuk bersua muka atau meluahkan hasrat hati mahu pun untuk memberi pendapatnya.

Maka anak-anak banyak mencurah perasaanya pada kawan-kawan dan orang gaji. Di sini kepada ibu bapa yang menghadapi permasalahan dengan sikap anak maka cuba selak sebuah buku terbitan Telaga Biru iaitu yang bertajuk "Menangani Anak Bermasalah."

Buku ini sangat menarik kerana ditulis oleh dua orang perunding motivasi yang bergabung idea dan tenaga mencetuskan huraian tentang bagaimana untuk menghadapi masalah anak:

  • Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, pakar motivasi negara yang tidak perlu diperkenalkan lagi, dan
  • Haji Muhammad Zakaria, perunding motivasi, pendidik, editor dan sukarelawan kemanusiaan.
Dalam buku ini didedahkan 30 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak, antara lain ialah:

  • Kurang menghidupkan sunah dalam rumah tangga.
  • Kurang mengasuh anak-anak membuat kerja rumah.
  • Terlalu memanjakan anak-anak.
  • Terlalu memberi kebebasan.
  • Menggunakan teknik "remote control" dalam mendidik anak-anak.
  • Tidak mengenali siapa kawan anaka-anak.
  • Kebebasan bermain Internet.
  • Tidak menguatkuasakan solat lima waktu.
  • Tidak menunjukkan contoh yang baik.
  • Memberi wang berlebihan.
  • Membenarkan anak-anak tidur di rumah kawan.
  • Suami isteri berkelahi di hadapam anak-anak.
Ibu bapa ataupun pendidik harus mempunyai naskah buku ini untuk panduan dalam mendidik anak-anak atau anak murid. Jika dibaca oleh anak-anak pun boleh memberi laluan padanya jalan mana yang dia mahu berubah. Buku yang penuh warna-warni ini berharga RM19.90.

Saturday, April 18, 2009

INSAN RABBANI

Foto: Kulit buku NIK NUR MADIHAH - PERMATA GENERASI RABBANI nukilan UMMU SAKINAH HAJI MUHAMMAD terbitan YAMANI ANGLE SDN. BHD. yang bakal berada di pasaran bila-bila masa sekarang.

Hari ini saya menulis lagi tentang anak nelayan yang pintar ini. Seronok kerana dia seorang insan yang tidak empuk jika direndam atau tak lekang dik panas. Dunia memburunya dengan berbagai kemewahan dan kesenangan, tinggal pilih aje.

Tahniah! Tahniah! Madihah. Saya ada terlibat tidak secara langsung dalam pembikinan buku pelajar cemerlang dari tahun 2006 kemudian 2007 dan hari ini penglibatan tidak secara langsung di dalam buku pelajar miskin cemerlang tahun 2008.

Alhamdulillah kesemua anak-anak ini mempunyai watak yang berlainan. Kemunculan Nor Amalina Cik Bakri adalah pencetus kepada penulis untuk mencatat bagaimana cara dia menguasai pelajaran akademiknya.

Kemudian Nadiah Amirah pula seorang yang kreatif dan bersemangat kental dan sangat mengambil berat tentang ibadahnya kepada Allah. Saya ke rumahnya di Muar dalam rangka menyiapkan buku DIARI NADIAH AMIRAH .

Foto: NADIAH AMIRAH JAMIL - Pelajar cemerlang 2006 18A berkata, "Inilah erti kemenangan yang lebih berharga iaitu untuk dikongsi bersama-sama orang di keliling kita. Kemenangan yang dikongsi lebih manis rasanya."

Manakala pada tahun 2008 ini muncul pula satu lagi yang sedikit luar biasa iaitu manusia yang melabelkan dirinya miskin, kurang makan, banyak bermunajat serta berhati ikhlas. Kelainan begini seharusnya ibu bapa mencari di mana kelebihan anak-anak kita.

Di dalam penulisan karya Ummu Sakinah Haji Muhammad ini yang bertajuk NIK NUR MADIHAH-PERMATA GENERASI RABBANI ini adalah satu karya yang sangat hebat. Penulisan kreatif, buah fikiran dan pengalaman Nik Nur Madihah & keluarganya digabung sekali dalam buku ini.

Kupasan buku ini adalah satu motivasi yang digali terus dari pondok usang kediaman pelajar pintar di Kg. Parang Puting. Rahsia kecemerlangan bukanlah terlalu menarik, tapi penuh dengan sombolik gaNdingan ibadahnya, zuhudnya, ketakwaannya serta usahanya telah membuah satu intipati yang mengemparkan dunia pendidikan.

Tahniah kepada guru yang membimbing anak-anak ini.

Dan kepada seluruh rakyaat Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.
Nantikan buah minda dari Nik Nur Madihah dan titisan tinta dari penulis muda Ummu Sakinah dan lakaran idea serta kata titipan dari perunding motivasi Haji Muhammad Zakaria.

Friday, April 17, 2009

PROSES

Foto : Haji Muhammad Zakaria dan CP Deol Allisah Kedua sahabat ini adalah editor dan penulis yang baik gabungan antara dua negara Malaysia& Indonesia

Sekarang pesta buku sedang berjalan di PWTC, ramai sekali pengunjungnya. Dan inilah acara tahuan yang di tunggu oleh penerbit buku tanah air untuk menjual hasil karya dari penulis penulisnya.Lambakan buku ini kadang kala membuatkan ramai orang rambang mata untuk memilih dan membelinya. Akhirnya pesta buku jadilah pesta shopping window sahaja, kerana peratus orang membelinya hanya 30% sahaja yang lain tu hanya jalan jalan dari gerai ke gerai atau mengutip broser dari gerai ke gerai buku atau pun cumanya ingin membelek sambil membaca mana mana buku atau majjalah yang mereka berkenan sahaja.

Foto : Di pentas utama, penonton sentiasa memenuhi tempat duduk.

Budaya membeli dan membaca buku belum begitu ghairah lagi di Malaysia ini dan tidak seperti di Jakarta. Saya telah pergi "book fair" yang di adakan di stadium sedayan di tengah tengah kotaraya jakarta, saya datang pada hari kelima. Saya melihat lambakan buku lima kali ganda dari pesta buku KL .Serta buku buku yang di hasilkan adalah buku yang top top dari penulis yang berani kerana memperjuang sesuatu misi, visi di dalam idea mereka.

Manakala saya ke book fair di Acheh lain pula ceritanya iaitu yang di adakan di sebuah stadium juga, ini saya lihat satu kelainan yang mungkin di negeri Arab pun tidak buat demikian iaitu ketika saya sampai tu waktu petang, saya lihat terlalu ramai mahasiswa dari universiti tempatan atau mungkin juga dari universiti d tempat lain berkunjung, manakala orang awam tidaklah begitu ramai . Tiba tiba saya lihat pengunjung mulai lenggang dan boleh dikatakan semua gerai sudah tidak ada pelanggan dan penjual pun tidak ada di situ, cuma yang tinggal sebilangan kecil kaum wanita sahaja. Maka saya pun bertanya pada salah seorang yang ada di situ, "kenapa sih tidak ada org nunggu ni" Wah..bu kan sekarang solat magrib, apa bapak nggak solat" ya allah malunya saya kerana tidak sedar dengan kedatangan waktu magrib " Solat neng, tapi kami dari malaysia, jadi kami jama' aje nanti"Itulah ceritanya kalau pergi ke negeri serambi mekah, waktu solat tetap di jaga walau berapa besar acara tetap akan di tinggalkan sahaja. Dan solat itu adalah nambor wahid. Bagaimana pesta buku di Malaysia mampukan berbuat demikan? tepok dada tanyalah pemimpin.

Foto : Acara Pesembahan dari masa ke semasa

Ok berbalik pada pesta buku di Jakarta selain di pentas utama acara pembedahan setiap masa di jalankan tanpa henti dengan para jemputanya untuk komentar buku terbitanya adalah di kalangan artis, pakar motivasi dan pendakwah.

Bukan setakat di pentas utama, malah di gerai gerai pun mereka adakan dengan berbagai acara untuk menarik pelanggan dengan persembahan nasyidnya, bertemu penulis penulis. Keghairahan begini saya lihat masih belum begitu ada pada pesta buku di Malaysia, kadangkala pentas utama lenggang sahaja dan aktivitinya di lebihkan kepada peraturan yang rapi , beretika serta kena mengikut syarat syaratnya. Maka penonton pun tidak berminat untuk datang melihatnya sebab persembahanya hambar dan tawar.

Disini saya ingin menyorot susah payah untuk menerbitkan sebuah buku? Idea penulis melambak. Skrip tak bermutu jadi tetamu yg tidak diundang di atas meja penerbit? sakit kepala penerbit untuk memilihnya, tak pilih... tajuknya best, bila pilih pula isinya hampas, kadangkala itu penerbit terpaksa menyuruh editor untuk membuat kaji selidik, iyalah editor bukan barisan panel yang mahir dalam bahan tulisan penulis atau idea yang di tulis oleh penulis di dalam tulisan tersebut. Kadang kala tu editor pun tak faham apa yang penulis tulis.Tapi untuk nak ambil hati boss kira kira bolehlah, maka tulislah OK boleh terbit.

Bila keluar buku tak laku laku sebab orang tak minat, ini isi buku tak sedap,

Ada satu hal isi buku sedap tapi tak laku juga.Kalau diikutkan buku tu memanglah boleh laku dan boleh di ketegorikan best seller.Tapi sebab pegawai pemasaran ini kaki ampu maka ada buku yang di pilih pilih saja untuk di pasarkan dan laporan pada boss, buku ni tak laku. Sebenarnya begini ( ini saya ambil pegajaran khabar yang saya dengar dari seberang) penulis yang menulis buku tu kena turun padang, promosi dirinya, promosi bukunya dari front cover hinggalah back cover. Itu masa tunggulah buku akan meletup letup dan penerbit pun akan senyum lebar sahaja. Kalau anda mampu, anda adalah layak untuk melakukanya

Thursday, April 16, 2009

NIK NUR MADIHAH DARI PENULIS REMAJA

FOTO : 20A Hadiah dari Nik Nur Madihah untuk rakyaat Malaysia

Bertemu kembali untuk saya membicara tentang Gadis Pintar 2008 NIK NUR MADIHAH. Kenapa saya mesti menulis tentangnya? ada perkara menarik yang ingin saya paparkan iatu tentang kepintaranya yang di bukukan oleh penulis remaja iaitu Ummu Sakinah muhammad yg sekarang sedang menuntut di UIN Hidayatullah Jakarta. Ada cerita menarik tentang Nik Nur Madihah di kongsi dengan penulis ini yang mana belum pernah di dedahkan lagi oleh mana mana media atau penerbitan lain.Sejarahnya cemerlang di dalam belajar, sejarah keluarganya yang membuatkan dia begitu tabah menghadapi, sejarahnya ketika berdepan dengan masaalah pembelajaran, serta bagaimana dia menghadapi menghadapi zaman teknologi yg canggih ini,
Foto : Kepenatan Nik Mohd Kamal terbalas

Ummu Sakinah juga telah mencungkil bagaiamana dia ingin menjadi insan Rabbani.Inilah satu persembahan dari Nik Nur Madihah untuk tatapan ibubapa, guru guru dan para pelajar yang ingin mencontoh keiklasnya dalam menuntut ilmu dan juga di dalam menjalani kehidupan yang serba sederhana.
Foto : Perunding Motivasi akan menulis didalam buku NIK NUR MADIHAH INSAN RABBANI di dalam sisipan.Pastikan semua ibubapa memiliki buku ini.Pelajar Cemerlang dan Solehah Nik Nur Madihah




Paparan menarik dari penulis yang akan membuatkan pembaca akan rasa teruja bahawa keistimewaan yg dia dapat tidak mengugat imannya dan kepintaran yang dia ada merupakan satu anugerah dari allah iaitu sesuatu yang luarbiasa di miliki olehnya. Penulis telah berkongsi idea dengan NIK NUR MADIHAH NIK MOHD KAMAL untuk menulis sebuah perjalanan seorang pelajar pintar ini sebagai hadiah untuk rakyaat Malaysia iaitu dalam jodol Puteri Pintar 20 A 2008 NIK NUR MADIHAH Insan Rabbani.Pihak penerbit akan membuat pembedahan buku ini dari masa kesemasa untuk MOTIVASI kepada para pelajar. '

Di dalam buku ini ada kata kata sisipan dari perunding Motivasi Haji Muhammad Zakaria penulis buku Nur Amalina Bakri dan Nur Amirah Nadiah.

Buku ini di terbitkan dalam pakej yg menarik iaitu full calour serta di serta dengan motivasi sisipan yang memantapkan lagi kandungan buku ini. Buku ini adalah sumber inspirasi kepada para pelajar pelajar.

ADAB



Foto : Kalau artis ini tidak apa, sebab dia bukan beragama Islam.Apa apa yg di pakai cantik belaka.Lagi pun dia memang cantik, tapi anda macam cekodok hangus aje.

Tadi pagi nonton TV, ada temuramah bersama dgn artis tempatan. Saya terkedu tengok artis yg di temuramah tu, org Islam, wanita pula dan pakaianya sangatlah mengiurkan pengacara TV tersebut, kalau penonton lagilah terliur nengok pakaianya. Skirt pendek atas pada lutut di pakai pada pagi jumaat. Bagaimana ya sih, kalaulah begini putaran dunia sudah tentu kepanasanya serta penanggunganya dengan hamba allah yang tidak mahu mengikut peraturan yg telah di tetapkan oleh Islam. Mungkinlah agaknya sakit pada mental.

Buat apa pakai gitu, sekurang kurangnya ingatlah hari ini hari yg mulia, penghulu segala hari dan hari orang yang bersedekah jariah untuk dapat pahala lebih. (ini kata org dulu dulu) kalau tidak minat pakai baju kurung, pakai aje seluar panjang. Ni saya nampak keliru dgn penampilan yang luar biasa gitu antara artis yg beragama Islam dgn artis yg bukan Islam.Ingat! bahawa kecantikan itu bukan penonjolan yg luar biasa gitu, ramai org akan kutuk dan benci sebab anda orang Islam, kalau bukan orang Islam org tak kisah. Betapa jeleknya pakaian yg anda pakai, Saya rasa malu lihat tubuhnya yang hitam manis tu,
Foto : Cantik! kalau anda tahu meletakan penampilan anda.Dan tahu apa yang anda mahu pakai. Manis saja semua org terpikat.
kalaulah wajah cantik, kulit putih kuning bolehlah tahan sikit. Ini macam tak kena sahaja pakaian. Sepatut anda telah di label sebagai artis yg berjaya dan sangat matang serta berpenglaman kena memikir sejenak bahawa anda adalah idola masyarakat.

Tunjukan yang baik baik aje. Bukan mahu melindungi keburukan. Tapi penampilan anda adalah eset populariti anda di persada seni. Saya lihat dalam restoran tempat saya sarapan bila nonton anda pakai macam tu semua pelanggan yg tengok anda mencebek dan ada yang kata " artis tak senonoh" itu baru satu restoran, kalau satu Malaysia yang sebut perkara yg sama kan itu sumpahan namanya aa.. maka mana keberkatan anda mencari rezeki. Maaf ya saya cuma mahu menegur aje sebab kita sesama pompuan! malu... dan gabra bila org kutuk kaum sejenis.Takutlah nanti anak cucu anda akan ikut neneknya zaman muda muda. Ingat tu wahai sang artis. Kerana kacang tak pernah lupakan kulit. Saya ada baca majallah anda mahu jadikan anak anda anak solehah, macamana tu kalau ibunya pakai macam tu..

Foto : Lihat anak sekecil ini tahu menjaga penampilanya.Cantik, manis.Semua org mendoakan jadilah ia anak yg solehah.
credit :Pondok pasir tumbuh kelantan

Wednesday, April 15, 2009

HARI KELUARGA BERSAMA

Foto : Anda mampu untuk mengislamkanya. Mereka ibarat kain putih. Coraknya di tangan anda


Saya ingin mengajak anda semua untuk sertai dalam program agenda amal dalam aktiviti ziarah & dakwah. Saya rasa anda semuanya hanya mampu membaca sahaja blog saya ini, tapi anda belum dapat meyelami perasaan dan jiwa orang lain.

Kerana orang yang seperti saya ini sering menagih perhatian dari anda semua untuk megajak anda semua menikmati hidup atau ziarah ke alam baru yang selama ini anda semua mendengar cerita itu sebagai berita yang meyapa cuping telinga sahaja tidak menyinggahi hati dan persaan anda semua.

MURTAD
isu ini sentiasa hangat dan panas.

Foto: PROGRAM ZIARAH & DAKWAH

Lina Joy seorang yang telah murtad bila di ketengahkan oleh media massa beritanya semua orang mahu ambil kesempatan mahu menjadi orang pertama meyelamatkan lina joy. Tapi tahukan anda seorang manusia yang murtad seperti lina joy itu masih beribu ribu lagi orang yang macam lina joy di Malaysia ini. Kenapa tidak di usahakan untuk meyelamatkanya?

Seperti di Kg Merbau tempat PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA) bergelanggang untuk membawa kaum peribumi yang murtad ini kepada agama islam .Telah hampir 3 tahun kami bersama mereka. Malah mereka telah menganggap kami ini sebahagian dari keluarga mereka tapi untuk kembali semula kepada Islam adalah seperti menarik rambut dalam tepung.Kami terpaksa berdepan dengan berbagai dugaan, cabaran, rintangan dan hasutan dari orang Islam juga dan masyarakat sekitar. Anda tahu apa kata mereka " kami disini dah puas ajak mereka, tapi mereka degil, biarkan lantaknya mereka murtad" apa pendapat anda?

Kenapakah tidak ada satu badan yang mahu meyokong atau memberi kerjasama dan juga bantuan? kenapa jadi begini?.

Kadangkala bila saya selalu cerita atau beritahu pada orang, ada yang memalingkan mukanya, mecebik bibirnya dan merengus.

Bagi saya rintangan ini satu cabaran dan kemanisan di dalam memperjuangkan agama. Kenapa kita tidak kesihan tengok orang yang satu masa dulu telah mengucap dua kalimah syahadah, solat jumaat di masjid serta makan pun sudah baca doa tapi hari ini mereka telah murtad kerana mengikut desakan kristian.

Kita umat Islam adalah umat yang kuat, gigih serta tabah . Seperti Rasulullah bagaimana baginda sangat hebat berjuang,berjihad, berkorban demi agama.

Kenapa Islam yang telah jadi darah daging dan keturunan tidak beri sikit waktu untuk menarik balik mereka yang jauh tersasar dan sesat ini? hari ini kalau di Kg Merbau kristian lebih kuat dari kita umat Islam.

Saya rasa anda semua pasti rasa terpukul bila anda melihat mereka ini dan mengetahuai siapa mereka sebenarnya. Saya ingin membawa anda kedunia yang benar benar nyata ini. Lihat ratusan lina joy sedang menanti anda untuk di kembalikan kepada Islam.

Anda boleh jadi orang pertama untuk mengislam mereka.

Sekarang anda adalah pejuang yang sebenarnya.

Saya akan bawa anda untuk join kami dalamn HARI KELUARAGA BERSAMA KAUM PERIBUMI

di Kg Merbau pada 1- 3 Mei. Hubungi atau SMS saya untuk sertai 013 -3596574

Lambaian Harta

Foto : (hanya hiasan, anak kecil hatinya bersih, putih dan suci)
Bersabarlah dengan apa yang ada sesungguhnya ketamakan itu boleh membuat manusia rakus dan sering bermusuhan


Sabda Nabi "Andaikata anak Adam itu mempunyai selembah penuh harta,pastilah dia mencari dua lembah, dan seandainya dia mempunyai harta dua lembah,pastilah dia mencari tiga lembah.Dan tidak akan penuh rongga anak Adam itu melainkan setelah ia ia menjadi tanah, atau meninggal dunia" Hari ini saya sudah dapat apa yang mahukan iaitu keluarga yang bahagia dan rumahtangga yang aman damai, tapi didalam hati ini masih berkata kata lagi apakah itu semua boleh membawa bahagia! ya allah kejamnya syaitan ini mengusik lubuk hatiku dengan bisikan jahat begitu. Apakah aku mahu memberontak meminta minta untuk adakan sebuah istana di puncak bukit, kereta besar menjalar, emas bergayut di badan, harta banyak menimbun, atau perabut rumah import yang mewah. Mengapakah hasutan begini di bisikan ke hatiku, tidak hasutan yang lain. ooo sebab aku perempuan.

Maka aku pun tercakaplah pada orang sepatutnya mendengar " bila kita mahu duduk rumah besar di puncak bukit? syaitan pun bertepuk tangan kerana aku mampu meluahkan bisikanya mungkin syaitan telah menang seketika.

Foto : Rumahtangga yang aman dan damai sering di limpahi ramah dan berkat oleh Allah s.w.t

Dia diam sahaja tiada jawapan, tapi ada pandangan sinis mungkin dalam hatinya berkata " tidak cukup lagikah apa yang telah di beri dan kenapa tidak minta istana di kayangan sahaja"Saya pun faham kenapa pandangan sinis itu tajam. Maka saya sepatutnya mempunyai qana'ah, iaitu redha dengan apa yang ada, sebenarnya kepuasan yang di buru oleh saya ada d idalam diri saya, tapi saya tidak merasainya. Rumahtangga yang di bina atas asas agama sebenarnya adalah kasih sayang yang sejati. Kerana iblis adalah musuh kita, ia tidak akan leka walau seminit pun untuk meyesatkan manusia sebagaiman ia telah meyesatkan Nabi Adam dan Hawa, maka kita harus berwaspada, kerana iblis dapat melihat manusia,tetapi manusia tidak dapt melihat iblis. Iblis adalah musuh manusia yang utama. Iblis yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke jalan kesesatan. Pada kesimpulanya bahawa bisikan bisikan jahat dari syaitan ini adalah jalan pemusnah kepada sebuah kedamaian. Pada hakikatnya peranan syaitan ini sangat besar dan kekuatan imam kita mesti tebal dan kuat. Insyallah!

Tuesday, April 14, 2009

Hargai Diri Sendiri

Foto : Kalau berpakaian kemas, rapi dan bersih maka kita akan rasa berkeyakinan
Siapakah diri anda yang sebenarnya? insan yg perlukan kasih sayang itu yang terutama, insan yang perlukan perhatian itu sudah semesti, insan yang perlu makanan minum, hidup bekeluarga istilahnya "sempurna" .Kadang kala kita tidak boleh bersifat berlebihan sehingga menjadi tamak dan haloba itu tidak boleh. Kalau boleh biarlah kita hidup bersedehana serta sempurna dan teratur.

Iaitu sebagai manusia yang dalam erti kata sebenarnya. Sebagai manusia biasa tidak mungkin sampai pada taraf kesempurnaan, kerana kesempurnaan itu milik allah sahaja. Oleh sebab tamak maka ramai manusia pada hari ini sudah tidak dapat mengenal lagi siapa dirinya, contohnya kenapa dia ada di muka bumi dan buat apa dia di jadikan. Kalaulah begitu kehidupan yang manusia tempuhi maka sudah hilanglah nilai tokok tambah atau nilai menghargai diri sendiri. Malah di hari ini ramai kita lihat manusia yang gila, separuh gila dan sudah hilang perasaan untuk menghargai dirinya.
Foto : Bersihkan laman rumah pada setiap pagi
Saya ingin memapar kisah sewaktu saya berusia 10 tahun, saya tinggal dengan seorang pak saudara. Dia ini seorang peniaga kedai runcit yang boleh di kira berjaya jugalah pada waktu itu. Saya selalu sahaja tinggal dirumahnya terutamanya waktu cuti sekolah. Apa yang menariknya dan membuatkan saya tidak pernah lupa pada jasanya mendidik dan mengajar saya erti sebuah "harga diri sendiri"mungkin jugalah perkara yang sama itu di ajar pada anak anaknya

Setiap pagi kami kena bangun pagi jam 5.30 dan paling lewat jam 6.00 pagi, setelah bangun kami mesti masak air (jerang air) kemudian mandi, solat subuh dan setelah air masak buat air dan sarapan pagi. Selepas itu kami kena sapu sampah di dalam rumah, kutip kain yang kotor dan rendam. Kemudian buka pintu dan tingkap rumah biar udara bersih masuk dan embun pagi meyapa muka , selepas itu kami di suruh basuh pinggan dan sapu sampah di laman rumah pula. Bila jam sudah 10.00 pagi kami kena basuh kain yg di rendam tadi serta menyidai kain dengan teratur di ampaian. Lepas tu kami kena masak untuk makan tengahari.

Bab makan ini memanglah cukup mencabar bagi saya sebagai kanak kanak yang berusia 10 tahun. Kalau dia mahu masak gulai lemak, kami di suruhnya kupas bawang, tumbuk cili api, ambil serai belakang rumah,kukur kelapa dan saya pernah beberapa kali kena marah dan di suruh buat berulang kali sampai menjadi. Untuk makan tengahari hidanganya renkas sahaja tapi lengkap iaitu mesti ada sambal, goreng sayur, gulai ikan dan ulam.Kalau kita malas hidangan begini meyusahkan. Lepas makan mesti basuh pinggan, tidak boleh longgok longgok sahaja.

Pengalaman begini banyak mengajar saya menghargai diri sendiri iaitu kesihatan badan kerana bangun se awal pagi kemudian sarapan tepat pada waktunya, tidaklah sarapan jam 10 atau 11 pg sarapan penting kerana kalau kita tidak sarapan, nak buat kerja pun kita malas.

Manakala membasuh pakaian pada setiap hari, kami di suruh basuh pakaian yang sudah di pakai tidak boleh di longgok sahaja atau di rendam berhari hari dalam besen, akhirnya pakaian jadi rosak dan busuk bila basuh baunya hapak... malu kalau dekat dengan orang pakaian bau hapak.


Foto : Kalau di latih diri tidur pagi akhirnya otak dan badan otomatik akan jadi malas, lesu dan tidak bermaya

Manakala tempat tinggal seperti didalam rumah dan di luar rumah sampah sentiasa di sapu.

Maka pendidikan begini adalah satu kebaikan untuk anak anak, latihanya mestilah seawal tujuh tahun lagi bukan pada usia 25 tahun.Tapi hari ini tidak ada lagi para ibu atau bapa melatih anak di latih dengan latihan begini . Akhirnya hari ini kalau musim cuti, anak anak akan tidur dari pagi sampai tengahari , bila bangun sahaja order sahaja makanan, pakaian bibik atau emak yg tolong basuhkan. Rumah tidak tahu nak bersihkan, bersepah sepah... bila ini beterusan maka anak lelaki dan anak perempuan kita akan rugilah

Kalau tidak pandai untuk menguruskan kehidupan yang asas begini, maka akan merugikan diri sendiri tiada unsur bersih, selesa dan tenang di dalam kehidupan. Yg ada bercelaru, malas dan pengotor. Kalau mahu latih jadi orang yang menghargai dirinya sendiri, latihlah dengan sifat rajin, suka pada kebersihan dan berketrampilan.

Kalau anda malas maka peyakit akan menular dalam diri, sakit badan, lemah lemah serta sakit berjangkit. Tidak guna kita hebat di luar dengan gaya yang di buat buat, spray minyak wangi banyak banyak tapi pada hakikatnya latarbelakang kehidupan kita membosankan


Foto : Sekadar hiasan, malasnya nak mandi, sampai petang pun tidak mandi mandi

Oleh itu kalau anda orang kaya atau orang senang sekalipun anda mesti tahu melakukan apa yang terbaik untuk diri anda, Insyallah anda akan rasa anda menghargai diri sendiri , Anda mampu melakukanya

Monday, April 13, 2009

Termaju & Termundur


Foto : Cantiknya bila jadi artis , terpaksalah di adakan anugerah untuk menghargainya walaupun kadangkala itu bakat pun tidak ada, oleh sebab ramai orang suka dan minat maka perlaburan besar pun tidak apa tapi untungnya berlipat ganda.
Saya mundur mandir sendirian bila melihat suatu anugerah yang di adakan di tempat yang paling puncak di Malaysia, betapa glemernya artis bila lense kamera fokus padanya, betapa mewahnya pakaian , betapa cantiknya solekan macam bidadari turun dari langit dan betapa mesranya pasangan yang halal dan yang haram . Saya menelan air liur bila lihat Nabil menang banyak anugerah. Pelawak menang! hebat hebat dunia hiburan hari ini .

Saya terpegun tengok Anita Serawak ligat macam gasing bila memutar badanya. Manakala Stecy penyanyi baru dari sabah tidak kurang hebatnya dan begitu juga persembahan SN yang tidak pernah berkurang walaupun telah mendirikan rumatangga dengan Dato' K orang kaya yang kaya.
Foto : Mahu belajar, tapi tidak ada orang mahu mengajar

Hai seronoknya jadi artis setiap dua atau bulan sekali ada sahaja anugerah, macam macam dapat sebab itulah orang gila gila mahu jadi artis sampai lupa pada tanggungjawab sebagai hamba Allah. Selepas saya tengok siaran anugerah saya buka pula komputer dan mahu meyiapkan satu kertas kerja yang bertajuk 'MOHON BANTUAN UNTUK KELAS BIMBINGAN KANAK KANAK KAUM PERIBUMI" Bila buka sahaja tajuknya, saya hilang idea untuk mencari jalan dimana mahu cari duit untuk menaja elaun guru yang tidak sampai RM 500 sebulan. Dan pikir pikir lagi kalaulah aku ini orang kaya seperti artis yang saya lihat sebentar tadi, apakah saya mahu menjerumuskan diri saya untuk membantu kelas orang asli yang berada di hujung kampung tu. Kelas yang telah bina setahun yang lepas terpaksa di tangguhkan selama lima bulan kerana tidak ada sumber kewangan untuk biaya elaun guru.
Foto : Orang bagi makan kita makan, tapi bilalah orang mahu ajar kita untuk jadi orang pandai, kami pun boleh jadi macam artis juga kalau di mekaup

Tulis surat dah berkajang kajang saya tulis buat permohonan iaitu kepada yang berhormat baru dan yang berhormat lama, pada pak menteri pun ada. Kalau kepada wakil rakyaat tak usah cakaplah. Berbakul bakul surat saya di letaknya dalam bakul sampah. Apa katanya tiada peruntukan, dah habis. Manakala program yang tiga tahun lepas janji mahu beri bantuan RM 2500 untuk program Mesra bersama Kaum Peribumi dengan bilangan seramai 60 orang sukarelawan di bawa ke Kg Merbau, sampai kehari ini belum dapat lagi. Bila tanya PA nya wah... marahnya kaw kaw punya marah, ha! itulah nasibnya. Kalaulah anugerah seperti malam tadi di bawa ke bandar Maran saya agak setengah juta duit mengalir rasa sedikit lagi, Begitulah nasib anak orang asli, terlalu sukar mahu belajar peruntukan tidak boleh di keluarkan sebab tiada nilai glemer di situ. Orang pun tidak pandang sebab anak orang asli.

Saturday, April 11, 2009

MATANG


Foto :TQ Anak Gadisku

Setelah dua puluh satu tahun berlalu, saya kira kalau seorang anak itu boleh matang dan bijak di dalam menjalani sebuah kehidupan. Tahu meyesesuaikan diri, pandai mengurus masa, tahu membaiki kekurangan diri, bijak berkomunikasi dengan orang, boleh berdakwah, boleh membawa diri serta mahu belajar untuk bekalan hidup. Kematangan itu datang dari warisan ayah ibu, alam sekitar, asuhan dan latihan. Bagaimana saya seusia begitu sudah bergelar ibu.


Pada kesempatan diri saya waktu itu untuk belajar tidak berpeluang oleh sebab faktor keluarga saya yang mempunyai bilangan adik beradik yg masih kecil dan masalah kewangan. Tapi hari ini untuk anak anak saya mahu mereka galas tanggungjawab pada hati nurani mereka. Biar mereka belajar selagi mereka mampu. Saya harap pilihan hidup yg mereka pilih tidak salah .

Seorang anak saya memberi cebisan kata kata menguat hati buat saya sebagai ibunya, apakah ada benarnya jika seorang anak itu dapat meyimpan rahsia sayang dan kasih buat orang tuanya.

Atau apakah ada benarnya ungkapan rasa sayangnya hanya di depan mata sahaja.

Dan apakah benar rasa kasih dan sayangnya di tika ayah ibunya berupaya.

Bagaimana kalau di suatu hari nanti orang tuanya sakit, nyanyuk atau sakit yang tidak boleh bangun. Sanggupkah saya sebagai orang tua mereka menerima balasan dari anak yang memandang sinis atau meyusuhkan hidup mereka. Semua ini telah saya fikirkan dan selami hati mereka.
Foto : Selagi nyawa di kandung badan selagi itu aku ingin menasihatimu

Bagi saya, harta bukanlah warisan yang terbaik buat mereka, tapi hati nurani serta tanggunjawab , belas ikhsan mereka adalah peranan untuk mereka membebani tanggungjawab sebagai anak yang soleh.

Kalau saya tinggalkan harta, saham atau wang ringgit itu belum tentu untuk menyimpul rasa sayang mereka sekali pun mereka orang berilmu tinggi. Kalau kejengkelan hati yang membuatkan mereka marah dan benci serta rasa menyusahkan , maka ilmu pun tidak dapat menjadikan mereka anak yang baik. Maka keiklasan hati, kemuliaan pekerti dan tanggungjawab itu adalah segala galanya untuk mendukungi kecintaan anak anak pada orang tuanya iaitu 'IBU & AYAH" Terima kasih buat Sakinah kerana menghadiahkan aku "Simpulan Kasih dan Sayangmu" insyallah ini ketelusanmu buatku dari dunia hingga akhirat.

Foto : Tiga orang antara tujuh orang para remaja.

Terlalu besar cabaran dan dugaanya untuk menjadikan mereka insan telus, baik, mulia, berilmu, soleh dan solehah serta meyayangi ibu & ayahnya.

1. Ummu Solehah 23 thn
2. Muhammad Thoriq 22 thn (dlm foto)
3. Ummu Sakinah 21 thn (dlm foto)
4. Nukman Muqarrim 19 thn
5. Salman al Farisi 18 thn
6. Muhammad Ammar Yassar 15 thn
7. Ummu Jannah 14 thn (dlm foto)

Shopping ala kampong

Foto : Berjualan di bawah jambatan

Foto : Ikan masin yg jarang di jumpai di pasaraya, datang dari kelantan


Di mana ada pasar minggu atau pekan sehari di bandar yang ternama seperti Kuala Lumpur ini

kalau di negeri negeri masih ujud lagilah pasar minggu iaitu samada pasar minggu pagi atau minggu petang, kalau di negeri saya di Pahang namanya pekan sehari. Iaitu selalunya pada sebelah pagi, seperti di Temerloh hari ahad, Maran hari ahad juga, di Chenor hari khamis.

Baru baru ini saya ke Pantai Dalam di Kuala Lumpur, rupa rupanya ada juga pekan sehari di dalam bandar kuala Lumpur ini.Kenapa saya panggil pekan sehari? sebab orang berjualan itu kebanyakanya hanya menghamaparkan tikar arau plastik di atas tanah kemudaian barang yang hendak di jual itu di longgokan sahaja.
Foto : Sayur mayur di longgokan sahaja di atas tikar atau pengalas di atas tanah.
Cara ke kampunganlah, manakala barang yang di jualnya adalah barang hasil dari kampong. Kalau di Pasar minggu atau pasar malam orang berjualan ini meletakan barangnya diatas meja.Saya ronda ronda pekan sehari Pantai Dalam, wah... semua sayur mayur, ikan darat,ikan laut dan daging lembu di jual masih segar lagi. Malah saya lihat ada beberapa gerai yang menjual ikan masin yang memang sedap iaitu berbagai jenis. Yang paling saya suka ialah tapai pulut banyak sekali di jual, ada satu peniaga itu saya kira ada lima besean tapai pulut. Cuba anda fikirkan! maknaya betapa ramainya penduduk di Pantai Dalam ini yang shopping ala kampong.

Foto : Udang halus banyak sekali di jual, ini pun datang dari kelantan Kalau di restoran tapai pulut di jual 3 bungkus seringgit, tapi di Pantai Dalam 7 bungkus seringgit. Begitulah kalau kita bijak bershopping. Tapi kalau yang kurang arif dengan selera makan ala kampong ini mungkin akan rasa tidak ada standard lah beli barang di pekan sehari.






Foto : Jual daging yang segar,lembu yang baru di sembelih