Tuesday, April 28, 2009

BEBAN



Dua hari lepas saya telah bertemu dgn kawan yang telah lama tak jumpa.Seingat saya sudah 30 tahun tak jumpanya, kami sebaya dan belajarpun pernah satu kelas. Saya hampir tidak mengenalinya kerana dia sangat berubah pada wajah, tubuhya serta penampilanya.Masa kami sekolah dulu dia seorang anak kampung yang biasa sahaja.Tapi dia mempunyai sikap iaitu suka tidur sepanjang waktu belajar dalam kelas.Bila cikgu tanya, dia akan jawab "ngantuk cikgu" kalau cikgu tanya mengapa "tak cukup zat" inilah jawapnya dan dia merupa pelajar yang paling corot sekali nombornya di dalam kelas. Itu sejarah dia zaman dulu, kami tidaklah rapat sebab dia lelaki tapi dia berjiran sebelah rumah masa dulu.

Bila sudah habis sekolah kami membawa haluan sendiri.Sekian lama tak jumpa, maka dua hari lepas jumpa di pasaraya.Saya ingat dia ini siapa.

Kesian tengok dia iaitu seorang lelaki sedang mengheret tangan seorang kanak kanak perempuan berusia enam tahun tidak terurus. Manakala dia pula begitu juga tidak terurus juga. Dia yg meyapa saya dulu, dan saya terpaksa memikir beberapa minit untuk menarik balik sejarah bersama sama denganya pada masa sekolah dulu.ooo agus! ya dah ingat dah" masyaAllah, kenapa awak nampak terlalu matang?(kepalanya penuh beruban, mukanya seperti orang berusia 60an)"betul ke kau agus?" saya takut perkataan saya ini akan mengecilkan hatinya" akulah agus, kenapa kau tak percaya ye?" dia memberi satu keyakinan"percaya! aku ingat lagi" akhirnya dia bercerita panjang tentang sejarahnya yang membuatkan saya rasa geram dgn dia. Kenapa?

Dia seorang anak lelaki yang di tinggalkan oleh kedua ibubapanya dengan dusun buah buahan, kebun getah, ladang kelapa sawit dan kolam ikan serta sebuah rumah pusaka kemudian bercinta dan berkhawin dengan seorang wanita yang berkerjaya sebagai guru sekolah menengah, akhirnya bercerai. Sebab apa? saya meyimpulkan ceritanya dia sangat malas berusaha, hidupnya hanya memberi nafkah batin kepada isterinya sahaja dan bila isterinya pergi kerja dia meyambung tidur di rumah yang isterinya sewa, balik isterinya dari kerja memasak pula untuk makan dan dia pun numpang makan juga, bila petang dia guna kereta isterinya keluar jumpa kawan kawan, tengah malam atau dekat nak subuh baru balik rumah.Duit belanja sepuloh ringgit sehari isteri sponsor. Akhirnya dapatlah anak seorang. Isteri rasa sangat muak dengan sikap agus yang dirasakan bagai satu bebanan pula padanya.

Isterinya tahu suaminya ada kemahiran iaitu pandai menukang rumah. Tapi dia tidak mahu sebab mahu tangkap kontrak buat bangunan besar besar sahaja, tapi tidak pernah dapat.

Akhir! isterinya telah menuntut untuk berpisah sebab sudah beberapa tahun berumahtangga belum pernah sekalipun agus membayar sewa rumah dan membawa sekampit beras balik ke rumah. Inilah cerita kawan saya. Bila telah berpisah dengan isterinya maka hidup agus lagi tidak ada haluan. Dia tidak tahu di mana punca rezekinya walaupun usianya sudah 40an kerana pagi tidur iaitu sewaktu rezeki datang.

No comments:

Post a Comment