Thursday, April 16, 2009

NIK NUR MADIHAH DARI PENULIS REMAJA

FOTO : 20A Hadiah dari Nik Nur Madihah untuk rakyaat Malaysia

Bertemu kembali untuk saya membicara tentang Gadis Pintar 2008 NIK NUR MADIHAH. Kenapa saya mesti menulis tentangnya? ada perkara menarik yang ingin saya paparkan iatu tentang kepintaranya yang di bukukan oleh penulis remaja iaitu Ummu Sakinah muhammad yg sekarang sedang menuntut di UIN Hidayatullah Jakarta. Ada cerita menarik tentang Nik Nur Madihah di kongsi dengan penulis ini yang mana belum pernah di dedahkan lagi oleh mana mana media atau penerbitan lain.Sejarahnya cemerlang di dalam belajar, sejarah keluarganya yang membuatkan dia begitu tabah menghadapi, sejarahnya ketika berdepan dengan masaalah pembelajaran, serta bagaimana dia menghadapi menghadapi zaman teknologi yg canggih ini,
Foto : Kepenatan Nik Mohd Kamal terbalas

Ummu Sakinah juga telah mencungkil bagaiamana dia ingin menjadi insan Rabbani.Inilah satu persembahan dari Nik Nur Madihah untuk tatapan ibubapa, guru guru dan para pelajar yang ingin mencontoh keiklasnya dalam menuntut ilmu dan juga di dalam menjalani kehidupan yang serba sederhana.
Foto : Perunding Motivasi akan menulis didalam buku NIK NUR MADIHAH INSAN RABBANI di dalam sisipan.Pastikan semua ibubapa memiliki buku ini.Pelajar Cemerlang dan Solehah Nik Nur Madihah




Paparan menarik dari penulis yang akan membuatkan pembaca akan rasa teruja bahawa keistimewaan yg dia dapat tidak mengugat imannya dan kepintaran yang dia ada merupakan satu anugerah dari allah iaitu sesuatu yang luarbiasa di miliki olehnya. Penulis telah berkongsi idea dengan NIK NUR MADIHAH NIK MOHD KAMAL untuk menulis sebuah perjalanan seorang pelajar pintar ini sebagai hadiah untuk rakyaat Malaysia iaitu dalam jodol Puteri Pintar 20 A 2008 NIK NUR MADIHAH Insan Rabbani.Pihak penerbit akan membuat pembedahan buku ini dari masa kesemasa untuk MOTIVASI kepada para pelajar. '

Di dalam buku ini ada kata kata sisipan dari perunding Motivasi Haji Muhammad Zakaria penulis buku Nur Amalina Bakri dan Nur Amirah Nadiah.

Buku ini di terbitkan dalam pakej yg menarik iaitu full calour serta di serta dengan motivasi sisipan yang memantapkan lagi kandungan buku ini. Buku ini adalah sumber inspirasi kepada para pelajar pelajar.

1 comment:

  1. Buku ni terbitan ape puan? boleh order secara online tak? Saya ingat nak suruh kedai2 kat Melaka ni order..Jadi, boleh puan berikan name penuh buku,nak order dengan syarikat buku ape? no.telefon syarikat buku ni?

    Ramai kawan2 inginkan buku ni..kalau boleh pasarkan kat Kedai buku Saleh Melaka..saya nak beli banyak hadiahkan kepada kawan2..

    Terima kasih

    ReplyDelete