Friday, April 10, 2009

Kawan bukan lawan

Foto : Di Waktu susah, kawan adalah kawan. Makan sepinggan, tidur sebantal. Bila senang mana kawan yang pernah mengangkat kita dulu.

Dua puluh enam tahun dulu, kami telah mengenalinya sebagai sahabat yang susah sama susah, Bagaimana dia mula belajar untuk mengenal universiti kehidupan ini dengan berbagai cara iaitu mengunakan kawan sebagai tempat dia berdiri, mengunakan kawan tempat dia mencedok ilmu, mengunakan kawan tempat dia berpijak, mengunakan kawan tempat dia mencipta sejarah.

Sejarah bagaimana yang telah dia cipta?

iya! sejarah kejayaanya yang meneroka dari satu bidang ke satu bidang. Kejayaan dari seorang yang membuat sebuah pusat asuhan kanak kemudian melangkah ke tadika, sekolah rendah dan sekarang ini telah menjerumuskan diri kedalam bidang perbank, koperasi dan akhir sekali merebut jawatan tertinggi di dalam sebuah NGO yang gah?

Siapakah sahabat ini?

seorang yang berjiwa hebat ibaratnya mata terpejam tapi memerhati, telinga memekak tapi meneliti & mendengar, hati menyimpan, dan otak memikir.

Maka dia meletakan dirinya antara barisan orang yang berjaya pada hari ini. Saya ingin mengambil contoh dari kejayaanya bahawa kita boleh lakukan apa yang kita mahu, tapi kita tidak boleh membeli persahabatan dengan dengan nama yang kita bikin dengan wang kita ada dan dengan kuasa yang miliki. Ingat bertapaknya kita di bumi yang nyata dan di dunia yang kita cipta adalah dari pijakan kita yang pertama.Selamat Maju Jaya Wahai sahabat.....


Foto : Senyuman menunjukan kita gembira dan rasa puashati, tapi senyuman itu tidak membawa erti kalau sahabat yang pernah membantu kita satu masa dulu tidak kita hargai dan nilai jasanya bila kita sudah berjaya "Sayang sabahat sama ada"

No comments:

Post a Comment