Thursday, April 23, 2009

TERINGAT

Foto : Tangisan pertama bila melihat dunia

Enam belas tahun dulu saya telah telah di sahkan mengandung anak yg keenam.Tiada masaalah memang begitulah setiap kali mengandung dan melahirkan dari anak pertama hinggalah anak kelima. Tapi yg ini rasanya ok juga, Di sini saya mahu berkongsi satu rasa yang kalau saya ingat saya tidak mahu lagi untuk sakit bersalin.Dalam tempoh mengandung tiada apa apa macam biasa, kerja keluar pagi balik malam. Rutin harian... tapi bila saat untuk proses bersalin anak keenam sakitnya bermula 11 pagi. Biasalah mula sakit biasa aje! tahan sebab saya sudah ada pengalaman semua anak bersalin di rumah dan bidan hanya bidan kampong sahaja. Sakit memanglah sakit, tapi dapatlah tahan kerana kadang kala tu sakit tak lama.

Kebetulan waktu sakit itu belum belum sarapan lagi, maka mengigil tak tahu nak cakaplah waktu sakit tu.


Waktu itu belum beritahu sesiapa pun, pura pura tak ada apa apa. Tapi bila muka dah pucat kerana tahan sakit maka akhirnya beritahulah orang yang terdekat.Maka cepat cepatlah panggil Mak Bidan,Kemudian sakit makin kerap dan mak bidan pun sudah tahu pesakitnya mempunyai watak yang mungkin tidak ada pada perempuan lain iaitu pemalu. Dia hanya mampu kata "kalau kau rasa dah nak bersalin panggil aku kat bawah"saya hanya mengganguk saja.Mak bidan punlah turun ke bawah berborak borak dengan ayah (rumah 2 tingkat) walau pun begitu saya minta my hubby tolong teman, sebab tinggal sorang kat atas.

Tapi sakit yang ini sungguh luar biasa dan belum pernah rasa lagi. Saya tidak boleh duduk, kalau duduk rasa nak pecah perut, kalau baring denyutnya sampai ke otak punyalah sakit. Pandangan sudah berpinar pinar dan kadangkala gelap.

Maka pada masa tu satu saja permintaan saya " ya allah, aku sudah tidak mampu untuk menahan kesakitan ini. Jika ini penghapus dosaku maka kau cabutlah nyawaku dan aku redha.Semoga anak yang ku tinggalkan ini adalah anak yang soleh". Kesakitan ini saya rasa bukan kejap kejap, tapi sakit berpanjanagan.Saya tahu waktu sakit begitu saya belum mahu melahirkan lagi, tapi sakitnya itu telah meyucuk seluruh tulang tulang dan badan rasa kebas. Peluh memercik walaupun kipas ligat berpusiang. Akhirnya saya baring juga minta tolong urut dari kaki hingga ke kepala di harap tangan yg mengurut itu adalah urutan yang terakhir buat saya dan saya minta padanya tolong halalkan semua makan minum dan segala kesalahan. Dia diam sahaja, tahu agaknya kesakitan yang di tanggung oleh saya. Saya pejamkan mata minta dengan pejamnya mata maka nafasku tarik saya lepaskan untuk kali yg terakhir, rupanya allah pinjamkan nyawa untuk saya. Maka saya bangun dan berpapah untuk berdiri dan saya rasa mahu ikat sahaja badan saya pada mana tiang biar tidak terasa sakitnya.Tapi di saat itu saya terpikir juga bahawa ini sakit bersalin, bukan sakit mahu mati atau samakah sakit mahu bersalin dengan sakit nak mati? Akhirnya saya kumpul segala tenaga saya lakukan sesuatu iaitu saya buat luar dari biasa dari bersalin yg dulu dulu . Saya tarik lagi sekali nafas dan saya menghembus dengan kalimah "Allah" dan tiba tiba air mata saya bercucuran. Saya tidak tahu kenapa airmata saya turun begitu lebat dan akhirnya saya rasakan ada sesuatu malu keluar dan saya minta di baringkan. Tapi tidak sempat, akhirnya anaku yang keenam lahir waktu saya berdiri dan yang sambutnya adalah ayahnya pada 3.00 petang. Saya mengalami waktu pemulihan tenaga paling lama dalam sejarah melahirkan tujuh orang anak anak.Pada hari ini kalau saya melihat orang mengandung maka ingatan untuk melahirkan abot adalah satu yang amat saya takut. Kesakitan saya ini membuatkan saya truma selama lima bulan. Tapi allah itu maha adil,kelahiran anak saya yang ketujuh mengambil masa setengah jam sahaja. Buat Abot...antara kita dua jasad satu hati.Bila saya ingat balik senerio begini maka rasa bahawa tidak puas rasanya untuk berbakti kepada kedua ibubapa yang telah pergi... terlalu sikit atau boleh di katakan saya belum membalas lagi jasa mereka dan saya belum berbakti lagi kepada mereka, bila saya teringat apa yang saya lalui itu."Ya allah kau tempatkan kedua ibubapa aku bersama orang orang soleh dan berimam, Kau ampunkan dosa keduanya"

Wahai anak anak kau adalah permata hatiku.

No comments:

Post a Comment