Sunday, September 21, 2008

Dakwah dan kesannya

Hai apakhabar semua dan salam Ramadhan, semuga perjalanan usia didalam ramadhan ini adalah satu perjalanan yang sangat meyeronokan dengan ibadah dan juga amal kebajikan, sepintas lalu saya ingin memaparkan satu pegalaman saya sebagai seorang ibu yang mempunyai tujuh orang anak yang sedang remaja, memanglah meyeronokan dan memberi satu cabaran yang menguji kesabaran dan kekuatan minda kita untuk mengatasinya.

Disini saya tidak bercerita untuk kesemuanya yang tujuh orang itu, tapi saya menceritakan anak saya yang ke lima seorang anak remaja lelaki yang sedang mencari identitinya sebagai seorang remaja yang serba boleh dan serba canggih dan serba moden kerana dia dialahirkan pada zaman ini dan bukan di zaman seperti saya dahulu yang serba kekurangan dan serba kekurangan.

Oleh kerana kepintaranya yang luarbiasa maka dia sering dipindahkan dari satu sekolah kesatu sekolah (dalam rekodnya sudah 8 buah sekolah dia perpindah) dan sekarang ini ialah sekolah yang jadi pilihanya ialah TAHFIZ dan saya akur dengan kehendaknya walaupun dia seorang pandai didalam akedemik (selalu A dalam metematik dan sains). Selepas PMR di kuantan dia di masukan ke Sekolah Tahfiz di Kuala Selangor selama sembilan sahaja bertahan dan dapatlah dia menghafal sebanyak 4 juzuk dan dia ini selalu bikin hal yang memeningkan kepala saya ibunya sera abuyanya serta gurunya juga.

Remaja ini selalu langgar peraturan sekolah dan kali ini dia pergi tengok pertandingan bola sepak euro 2008 denga keluar dari asrama pada waktu malam tanpa pengetahuaan wordenya, maka dia telah di nasihat untuk bercuti panjang dan akhirnya saya pindahkan ke sekolah Tahfiz di Hulu Langat dan dia terpaksa ulang semula bacaanya.

Yang menariknya anak ini ialah dia seorang mempunyai jiwa yang sangat kental dengan perjuangan Islam (Jihad) dan dia banyak tahu tentang perjuangan serta kegiatan Islam di seluruh dunia dan saya pun tidak tahu dimana berita yang dia dapat. Dan aktivitinya ialah mengikut kumpulan dakwah tabligh di Masjid Sri Petaling dan saya dengan abuyanya sering menghantarnya ke sana. Dan saya pun jadi tertarik dengan suasana di Sri Petaling yang caranya seperti didalam sebuah bandar Islam iaitu yang lelakinya berjubah atau kuta serta berkopiah dan memakai serban serta bercelak mata dan sebelum sampai ke dalam kawasan masjid di tepi jalanya banyak terdapat gerai gerai yang menjual pakaian Islam, minyak atar dan gerai roti naan dengan kari kambing serta teh tarik panas (sedap dan selalu makan) serta sup yang sentiasa mendidih dan kelihatan juga ramai kanak kanak kecil pun memakai jubah. Sejuk mata memandangnya dan kalau beginilah penghuni dunia saya rasa akan amanlah dunia ini dan disini saya ingin membuat kesimpulan bahawa dakwah tabligh ini adalah satu aktiviti yg mengajak orang ke dalam Islam dan mereka ini mempunyai cara yg tersendiri iaitu mereka ini akan keluar berdakwah selama 3 hari, 40 hari atau 4 bulan dan ini merupakan satu perkara yg sukar kerana mereka akan bermalam di masjid dengan makan mereka akan memasak sendiri dan mereka ini dengan gigihnya akan berdakwah dengan cara berjumpa dengan orangramai samada dari rumah kerumah atau dimana sahaja serta memberi penerangan tentang Islam serta mengajak orangramai untuk mengerjakan perkara yang baik dan memiliki akhlak yang
baik.

Dan berbalik kepada cerita anak saya ini dia ini sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajat dihatinya dapat dan dia seorang pemuda yang mempunyai hati yang kuat, tapi yang dia tidak dapat lawan ialah kadang kala itu bila bertemu dengan sahabatnya yang bukan sehaluan denganya tapi dia boleh juga join malah dia akan mencari jalan untuk berdakwah kpd sabahatnya.

Pemuda ini disamping minat kepada jihad dia sangat berminat kepada POLITIK dan didalam begnya sentiasa tersimpan buku politik dan buku jihad dan yang paling kelakarnya pada satu hari saya dan abuyanya pergi menziarahnya ke madrasahnya dan apabila sampai sahaja dia akan berlari lari mendapatkan kami dengan kaki ayamnya (kerana selipar sering hilang) tapi pada hari itu dia tidak ada, setengah jam kami tunggu tidak juga dia sampai dan kami minta tolong kawan kawanya mencari dia dan semua kawanya cari dan setelah sejam mencarinya dan tidak jumpa akhirnya dia muncul sambil tersemyum, saya tanya dia kemana, dia kata duduk dalam tandas, saya tanya kenapa lama sangat, dia kata baca suratkhabar KOSMO dan kebetulan hari itu hari jumaat dan dia boleh keluar untuk solat jumaat dimasjid luar dan pada kesempatan keluar itulah dia membeli suratkhabar dan sorok dalam jubahnya.

Dan peraturan madrasahnya di larang pelajar membaca suratkhabar dan majjalah kerana displin untuk menghafal quran adalah sangat ketat supaya pelajarnya cepat dapat dan menghayatinya .

Pemuda ini boleh pula mengulas cerita politik NEGARA yang bergolak sekarang ini. Dan saya harap pemuda ini akan dapat mempertahankan imannya serta ketakwaanya serta sanggup berjihad kejalan ALLAH demi agama, bangsa dan tanahairnya.

Wednesday, September 3, 2008

Kejayaan Hidup

Faktor Kejayaan untuk anak anak remaja
  • Menganut dengan akidah Islam yang tulin jauh dari sebarang syirik atau fasik
  • Beribadat dengan konsep yang betul berdasarkan kepada elemen ilmu,kerana sesuatu ibadat itu tidak diterima tanpa ilmu
  • Memiliki ketajaman dalam berfikir
  • Memiliki tubuh badan yang semaksima sihat untuk di wakafkan kepada Islam
  • Bijak menjaga/menguruskan waktu
  • Menafaatkan segala yang dimiliki untuk kepentingan awam seperti ilmu,kepakaran dan sebagainya
  • Berusaha untuk berdaya saing dalam segenap bidang dan lapangan
  • Mampu untuk berusaha untuk mencapai matlamat
  • Mengambil tindakan sistemetik dalam segenap urusan harian sebagai seorang muslimin/muslimat
  • Ini adalah di antara beberapa faktor untuk menjana sebuah kejayaan dan kemuncaknya ialah kemenangan di dunia dan akhirat
  • Jika ada diantara kita gagal memiliki faktor tersebut maka untuk mencapai kejayaan itu akan lambat dan mungkin sukar. Ya! bagaimana untuk memenuhi segala faktor ini?
  • Ingat dan cuba fikir sejenak!
  • Siapa yang jadikan kita sebagai insan ?
  • Kenapa kita dijadikan khalifah dimuka bumi ini
  • Apakah peranan kita?
  • Dan kemana kita sesudah ini?
Jawapanya semuanya tersembunyi didalam hati kecil anda. Kerana hati kecil anda tidak pandai berbohong seperti akal dan nafsu anda.

Oleh itu anda mesti berusaha untuk membaiki kesilapan yang telah berlaku,minta keampunanam dariNya,panjatkan doa serta teruskan menuju matlamat anda.

Ingat!
Untuk selamat didunia dan akhirat
JANGAN DURHAKA KEPADA KEDUA IBUBAPA