Saturday, November 29, 2014

WAKAF IBNU SINA HOSPITAL

WAKAF IBNU SINA HOSPITAL PART 1

Saya sering berulang alik ke Kemboja diatas tujuan  membantu saudara seagama yang hidup tersepit didalam kesusahan.Istilah kesusahan disana bukanya kurang lauk untuk dijudu dengan nasi, bukan kurang manisnya  air kerana tak ada gula atau air susu nampak calang sebb nak jimat susu. Susah mereka disana hanya makan ubi,air masak serta ikan yang diperam ketika air sungai mekong dituba setahun sekali.Anak anak ikan yang banyak  mati terapung di pukat dan dijadikan ikan jeruk buat lauk untuk makanan keluarga.Itulah lauk yang paling sedap.

Kalau musim korban pula maka wakil wakil kampung akan turun ke Malaysia,Singapore,Bruenai untuk meminta korban untuk dibuat dikampung laman mereka.Makan daging setahun sekali.

Disaat negara Kemboja di landa musibah peperangan yang paling kejam dan ngeri telah banyak mengorban alim ulama, kerosakn rumah ibadah umat Islam(masjid),terbunuhnya orang bijak pandai dan mengadai hampir jutaan nyawa manusia kerana nafsu jahat manusia yang bernama Pol-pot.

Walaupun peperangan itu sudah lama berakhir dan dendam  waris mangsa kekejaman kepada  manusia yang paling kejam didunia ini seperti tidak pernah beakhir.
1  Ugama buddha tetap menjadi no 1 di Kemboja
2   Orang Islam hanya ada 4% sahaja
3  Tiada kebajikan untuk umat Islam disana
4  Tiada sekolah untuk anak anak Islam
5  Tiada rumah sakit atau hospital untuk umat Islam di Kemboja
6  Perkhidmatan pos masih belum ada lagi
7  Bahan bacaan tidak ada untuk org Islam
8  Di Kemboja perkhawinan antara agama tidak diambil tindakan.
9  Orang keluar masuk agama Islam adalah perkara biasa
10 Masalah sosial adalah masalah biasa
11 Apa apa yang berkaitan dengan kebajikan umat Islam tidak ada keutamaan.

Perkara yang tersebut diatas ini adalah kerana negara Kemboja telah di kongkong oleh orang kafir dan orang yang diberi tugas untuk menjalankan undang undanag Islam pun terpaksa akur kepada pemerintah.

WAKAF IBNU SINA HOSPITAL
Kenapa saya hendak menubuhkan sebuah hospital untuk umat Islam di Kemboja?menubuhkan hospital bukanlah satu perkara yang kecil dan mungkin hasrat dan cita cita saya ni tidak seimbang dengan impian saya.Selalunya orang yang buat hospital ni dia mestilah seorang jutawan dan memiliki kewangan yang berjuta juta dalam akaunya dan saya adalah sebaliknya bukan seorang jutawan dan jauh sekali didalam akaun saya ada simpanan jutaan ringgit, ada ratusan ajer sudah dikeluarka.

Tetapi saya tetap menaruh harapan yang begitu tinggi terhadap impian yang besar ini,langkah pertama yang telah lakukan ialah saya telah menyewa sebuah bangunan yang disewa dengan nilai RM1500 sebulan dan bangunan ini adalah permulaan untuk melaksanakan impian saya ini.

DIMANA MAHU SAYA CARI DANA
Sukar bagi saya untuk mentafsirkan tentang dana ini
1 Sewaan bangunan ini mesti dilangsaikan untuk setahun iaitu RM1500 x 12 bulan   RM18 000
2 Membaikpulih bangunan yang sedia ada supaya nampak sesuai untuk sebuah hospital atau klinik dengan kos RM 20 000
3  Ubat ubatan dan peralatan  RM 15 000
4  Elaun untuk petugas dan jururawat dengan kadar yang paling minima RM 10 000 sebulan
5  Pengangkutan   RM 2 000 sebulan
 Semua ini adalah langkah permulaan untuk saya menubuhkan sebuah klinik dan hospital di Kemboja.

BERAT MATA MEMANDANG

Semasa saya membuat peyelidikan tentang klinik dan hospital di Kemboja maka saya membuat kesimpulan bahawa orang Islam yang miskin tp masih ada tanah atau sedikit harta jika berminat untuk mendapat perkhidmatan di hospital maka pesakit itu mestilah bersedia untuk melelong harta atau tanah mereka untuk medapat duit untuk bayaran kepad pehak hospital.Sebak rasanya bila saya berjumpa dengan beberapa orang pesakit yang sudah tinggal nyawa nyawa ikan saja dibiarkan terlantar diatas simen dengan dihurungi lalat dan semut.Ada tu ibu ibu yang bersalin dibiarkan begitu saja menunggu masa untuk melahirkan dan kedengaran rasa kesakitan mereka minta jururawat atau bidan untuk membantu mereka disaat untuk untuk mereka bersalin.

Apabila tiba di bilik bersalin mereka akan dijadikan bahan untuk pelajar pelajar yang mengambil jurusan  kedoktoran sebagai bahan  ujikaji, kadang kadang seorang ibu yang hendak bersalin terpaksa berdepan dengan 10 pelajar lelaki yang akan melihat proses kelahiran ini.Peritiwa ini sangatlah meyayat perasan.


 Foto : Suasana diperkarangan hospital di Phnon Phen.

Kesedaran untuk menubuhkan hospital ini adalah apabila ramai saudara kita yang beragama Islam  telah mengadukan nasib mereka yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital dan juga orang Islam bila  menghadapi sakit yang kritikal dan mereka perlu juga ke hospital maka terpaksa mempertaruhkan akidah mereka seperti mereka setiap pagi wajib menyanyi lagu lagu yang memuja patong patong budhha, mereka diberikan makanan oleh sami sami buddha yang sumber tidak diketahui, jika mereka susah atau dalam kesusahan maka ketua budhha ini akan membiaya perjalanan mereka datang dan balik kekampungnya dengan bersyarat .

Foto : kedaan pesakit dan tempat katil pesakitan untuk menerima rawatan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk pembinaan hosptal maka bolehlah masukan sumbanagn anda kedalam akuan WAKAF IBNU SINA HOSPITAL, Bank Agro No akaun 2-005561-00001319-0

Thursday, November 13, 2014

APABILA LAHIR ANAK KEDUNIA

 APABILA LAHIR ANAK KEDUNIA

1.      Firman Allah  Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 1 :
 “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"
Allah telah jadikan Nabi Adam sebagai bapa pertama   manusia, selepas itu dijadikan Hawa sebagai ibu umat manusia dan kedua duanya dikhawinkan oleh Allah, maka dari sinilah berkembang biaklah manusia dimukabumi ini.
Kita perhatikan apakah itu keluarga?
1 Keluarga itu adalah saluran cinta dan kasih sayang
2 Didalam keluarga ada kehidupan yang menyempurnakan kehidupan manusia
3 Keluarga adalah perkongsian yg mendatang kelebihan pada pasangan suami isteri
4 Keluarga adalah wadah perlindungan
Saya  sendiri yg telah pun mendirikan rumahtangga menginjak 29 tahun bersama dengan pasangan yg satu masa dulu saya tak kenal,lain perwatakanya,tak kenal hati budinya tapi bila terbinaya rumahtangga maka sedikit demi sedikit dapat membina keserasian.

Saya  teruja bila cucu pertama saya lahir kedunia dan saya terpikir inilah permulaan rantaian kehidupan saya .Mungkin selama ini saya hanya berdepan dengan anak anak yang perlu kita asuh dan bimbing.Tapi bila lahirnya cucu saya sudah mula terpikir bahawa ini lah sebenarnya warisan saya yang corakan pertama adalah dari ayahnya (Thoriq) bila lahir anaknya maka saya perlu tahu bahawa bapanya yang satu ketika dulu saya berinya pelajaran, ajarnya ilmu agama,curahkan kasih sayang padanya maka rantaian itu berkembang dan terbina dengan kerahmatan Allah serta kasih sayangNya.
Alhamdulillah kini cucu saya ini membesar sebagai anak gadis yang pintar,bijak dan keletahnya menunjukan bahawa dirinya banyak mewarisi sifat bapanya yg banyak berfikir,baik,amanah dan juga sifat ibunya (Noor Fatahiyyah) yg cergas, rajin dan berakhlak.Semoga cucu ku ini akan jadi seorang gadis yang solehah yang dapat mendoakan ibubapanya serta diriku juga.

Sabda Rasulullah:“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”


"Orang-orang yg mengasihi akan dikasihi oleh Ar Rahman, berkasih sayanglah kepada siapapun yg ada dibumi, niscaya Yang ada di langit akan mengasihi kalian".


Semoga Kekal hingga ke jannah

BERMALAS MALAS

BERMALAS MALAS

Pada zaman dulu jika seorang pria itu ingin mendirikan rumahtangga maka diminta ibunya tolong perhatikan anak dara kampung mana yang bagus untuk dijadikan suri dalam hidupnya.Terlalu jaranglah pria memilih sendiri calun isterinya kerana anak gadis zaman dulu pergerakanya sangat terkawal.Susah nak tengok mereka berjalan jalan atau keluar rumah tanpa tujuan.

Bila pria meminta ibunya melihat lihat anak dara maka si ibu akan lihatlah anak siapa yang bakal jadi calon menatunya dan ada beberapa perkara utama yg layak untuk jadi calon menantu
1  Pandai mengaji, ni wajib
2 Pandai masak,ni wajib
3 Pandai kemas rumah,ni wajib
4 Ada rupa paras, ni tidak wajib
5 Keturunan orang baik baik,ni wajib
6 Pandai ambil hati mentua,ni wajib
7 Rajin (kerja tidak bersuruh)
8 Pandai berdandan ,tidak wajib
9 Berbudi bahasa,ni wajib

Inilah antara pakejnya yg selalunya dicari oleh ibu si pria.Maka oleh kerana ada beberapa perkara yg wajib ada pada si gadis maka ibu si gadis akan mempersiapkan anak gadisnya dengan beberapa perkara yang wajib itu. Ini kisah zaman dulu...

Tapi hari ini calun isteri dan calun suami ibubapa tak boleh masuk campur, kadangkala bila sudah bernikah mentua makan hati, pasangan anaknya tu serba tak kena, nak tegur nanti anaknya pula berasa hati, maka hendak atau tak hendak keluarga terpaksa terima.

Kadangkala itu bila dah kawin suami pula makan hati kerana dapat isteri yg boleh di ketegorikan "pemalas". Masa bercinta tak nampak kemalasanya kerana dia pamirkan yang bagus bagus ajer,tp bila dah kawen barulah tembelangnya keluar, contohnya bangun tidur pagi lambat, dah bangun tempat tidur tak tahu nak kemas, pakaian longgok ajer tepi bilik berhari hari tak berbasuh, hapak bau bilik kerana pakaian kotor terperak.Dah lah tu nak makan pula malas nak masak,selalu ajer beli maggie buat stock kat rumah dan bila laki nak makan maka diajaknya makan maggie"kita makan meggie ajerlah yer".Kadangkala suami tu terliur juga nak makan kari, gulai,sup,sambal tapi isteri malas dengan alasan "saya ni penat tau, balik kerja dah lewat petang dan bila balik awak suruh saya masak pulak"

Perempuan malas ni bukan malas masak ajer, malas sapu sampah,malas kemas rumah,malas basuh pinggan, hinggakan dia nak mandi pun malas juga, lepas makan  pinggan pun dia malas  basuh , malah dibawah tudung saji kalau ada makan yang dihidang tidak bermakan dan dah basi dia pun malas hendak membuangnya, dibiarnya berhari hari,begitu jugalah lepas masak barang dapor bersepah sepah, dan sampah dah keluar ulat pun  malas jugak nak buang.Inilah orang malas

Orang malas ni kalau dia pergi rumah orang kenduri ke, atau rumah saudara mara ke dia tetap bersikap yang sama dan dia akan bermalas malas.

Bila si suami dapat isteri yang macam ni apakah suami akan rasa rugi bagi duit hantaran yang tinggi? entahlah...
Kenapa ramai anak gadis malas zaman ini? sebabnya ialah kerana sikap semulajadinya begitu, kedua dia sibuk melayan alat gajetnya,ketiga dia tidak berminat untuk memahirkan dirinya untuk jadi "wanita serba boleh" baginya kalau dia malas pun dia makan jugak.

Sifat malas ni adalah sifat yang terburuk bagi seorang wanita kerana wanita yang malas ini akan mengundang perbalahan dan saya pernah lihat seorang suami menyuruh isterinya memasak untuk makan malam, isteri pergilah  kedapor membuat makanan didlm keadaan yang merengus dan bunyi pinggan mangkuk dan periuk belangga berlaga dan jatuh, dia buat dalam keadaan yang tidak iklas dan dia tak mahu  melakukanya.Bila makanan sudah siap  dimasak sisuami pulak merengus "apa yang awak masak ni, tawar macam air sungai,awak malas ke nak hidang makanan untuk saya"?

Orang tua kata

 Alah bisa, tegal) biasa.
Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.