Tuesday, July 15, 2014

Beri Orang Makan

Aku masih lagi menulis kisah kelebihan dalam bulan Ramadan ini.Kalau orang macam aku ini nak kata kelebihan beribadat memang tidak berapa nak baguslah.Kelemahan untuk beribadat ini adalah kerana diri masih terlalu banyak kekurangan .Baca Quran pun masih lagi merangkak rangkak,solat pun hanya yg wajib dan kalau yg sunat pun buat sekali sekali.
Kadangkala timbul rasa cemburu pada anak anak yang solatnya banyak,baca quranya khatam berkali kali dan aurat terjaga.Tapi walau apapun aku bersyukur diatas nikmat Islam dan iman yang Allah anugerahkan pada diriku ini.Insyallah aku akan sedaya upaya untuk membaiknya dari masa kesemasa.
Dibulan Ramadan ini banyak laluan pahala yang boleh kita buat kerana Ramadan adalah penghulu segala bulan.Iaitu bulan yg terbaik malah apa jua kebaikan yang kita buat Allah lipat gandakan pahala sehinggakan kalau kita beri orang makan pun pahalanya sama seperti orang berpuasa itu.
Dari mula mula aku mendirikan rumahtangga lagilah sudah jadi tradisi atau hobi aku akan cari orang untuk makan bersama tidak kira waktu berbuka atau sahur, malah memang ada saja orang yang Allah hantar untuk aku beri makan.
Mungkin ini adalah niat yang sudah sebati didalam diri ini.Hari ini dimasjid masjid, surau atau madrasah sudah ada menyediakan makanan utk berbuka,moreh atau sahur dan kemakmuran bumi Malaysia ini membuatkan kita akan rasa tenang untuk beribadah malah kalau adalah musafir yang tidak ada duit dalam poketpun jika singgah dimana mana masjid di Malaysia mereka mungkin akan dapat layanan yang baik seperti makannminumnya,tempat tidurnya malah akan diberi duit poket untuk melepaskan susah sementara
.Foto : Kem Motivasi di Surau al Qudwah Prima Damansara.

Perlu aku nak ingat pada semua anak anak aku bahawa lakukan lah amalan   menjemput/memberi orang berbuka,moreh atau sahur ini makan di bulan yang mulia ini dan nabi amat mengalaknya.
Sabda Nabi “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

Monday, July 14, 2014

SAHUR

SAHUR

Malam tadi adalah malam yang ke 17 Ramadan,sudah terlalu hampir untuk kita menyambut malam lailatulqadar.Apakah pada setiap malam yang aku bangun pada bulan Ramadan ini aku akan bertemu dengan malam yang amat istimewa ini? apakah permintaan aku jika aku bersua dengan  malam yg berkah ini? hanya Allah sajalah yang menentukanya.

Bermula dari malam pertama Ramadan lagi aku bangun seawal jam 4 pg untuk menyediakan sahur buat keluargaku yang masih lagi tinggal bersama  aku iatu Sakinah, Ummu Jannah, Ammar dan Isterinya serta Salman.
Rutin bangun untuk masak sahur ini sudah menjadi kemestiaan bagi aku dan jikalah aku sakit maka malam itu mungkin tak ada sahur.

Kekuatan untuk bangun sahur ini bukan mudah, perlukan kekuatan pada hati bukan pada fizikal, ialah waktu siang dihabiskan masa untuk bekerja mencari rezeki, bila balik pula bersiap untuk makan berbuka, sesudah berbuka banyak lagi kerja rumahtanggan yg perlu diuruskan dan mengaji dan tidor paling awal jam 1 pg.

Manakala jam 4 pg sudah bangun diwaktu ini org yang tidak meletakan dirinya "wajib" bangun  memasak untuk sahur maka tunggu ajerlah jam 5.15 untuk digerakan(dibangunkan) apabila makanan sudah siap dihidang diatas meja dan tunggu suap kemulut sahaja.

Tapi walau apapun aku tetap bersyukur kerana ada juga sibungsu menemani aku waktu memasak sahur, sekurang kurang tidaklah sunyi sgt.

Ada jugak org tidak ambil berat untuk bangun sahur walaupun  didalam sahur ini ada keberkahanya sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Daqiqil ‘Ied rahimahullah, mencakup kebaikan seperti menegakan sunnah Nabi yang mana bila kita buat  mendatangkan pahala disamping badan berasa sehat kalau kita bersahur seperti kuatnya badan  dibandingkan dengan yang tidak makan sahur.
Manakala Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan dengan lebih detail lagi tentang berbagai kebaikan dalam makanan sahur sebagai berikut.
  • Mengikut  sunnah Nabi
  • Mebezakan antara puasa orang mukmin dengan puasanya Ahli Kitab ialah makan sahur” (HR. Muslim)
  • Menguatkan badan orang yang berpuasa dalam melaksanakan ibadah
  • Menolak buruknya akhlaq yang dapat timbul akibat rasa lapar
  • Dapat menjadi sebab untuk bersedekah  kepada yang memerlukankan makanan sahur, atau dapat juga menjadi kesempatan untuk makan berjamaah 
  • zikir dan doa pada waktu terkabulkannya doa, waktu sahur juga dapat dimanfaatkan untuk menambah solat malam
  • Waktu sahur dapat digunakan untuk berniat puasa, terutama bagi mereka yang sering lalai dan tidak berniat sebelum tidurnya
Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Adapun barakah makanan sahur secara dhahir (nampak), yaitu dengan kuatnya badan ketika berpuasa, menjadikannya rajin beribadah, menjadikannya termotivasi ingin menambah lagi amalan puasanya, karena nampak ringan puasa baginya setelah makan sahur, dan inilah makna yang benar dari makan sahur. Kemudian juga dengan bangun sahur dapat menjadikannya berdoa dan berdzikir di waktu yang mulia,. 
Demikian pula,  “Makanan sahur adalah makanan yang barakah maka janganlah kalian meninggalkannya, walaupun seorang dari kalian hanya sahur dengan meneguk air, karena sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang yang makan sahur”. ( Imam Ahmad)

RISEPI SEPANJANG ZAMAN

RISEPI SEPANJANG ZAMAN

Alhamdulillah keinginan untuk menulis sebuah buku risepi hampir tercapai.Kalau nak dikirakan dugaan memang besarlah dugaanya dan buku risepi bukanlah semudah tulis novel atau tulis karangan.Melahirkan sebuah buku risepi adalah dari hobi menjadi kemahiran dan terus dijadikan kerjaya yang mungkin akan membuah rezeki.Saya menulis risepi ini bukanlah saya ni kaki makan atau saya nak jadi glemaer sebagai chef, tapi saya menbuat buku risepi ini adalah untuk memahirkan bidang masakan ini.

Memang berpeluhkan nak menyiapkan 150 buah risepi. Dari mula saya mengumpul risepi hinggalah saya memasak hampir 90% masakan yang terkandung dalam buku Risepi sepanjang zaman ini.Tapi oleh kerana minat yg begitu mendalam sesusah manapun insyallah dapat ditebusi.

Saya tahu bidang membuat buku ini  bukan bidang saya, tapi bila ada idea untuk membuat buku risepi ini maka antara orang yang utama patut saya tonjolkan adalah DHMZ, dia begitu bersusah payah hinggakan dari dia tidak tahu memasak masakan yang susah dan bila dia banyak membantu saya buat buku risepi ini dia boleh memasak, boleh kenal rempah ratus dan boleh pula memberi arahan untuk menyediakan masakan yang baik dan bermutu.Insyallah doakan buku ini akan membuka minat anak anak remaja untuk belajar memasak dan menjadikan bidang masakan ini sebagai kerjaya mereka.