Tuesday, July 15, 2014

Beri Orang Makan

Aku masih lagi menulis kisah kelebihan dalam bulan Ramadan ini.Kalau orang macam aku ini nak kata kelebihan beribadat memang tidak berapa nak baguslah.Kelemahan untuk beribadat ini adalah kerana diri masih terlalu banyak kekurangan .Baca Quran pun masih lagi merangkak rangkak,solat pun hanya yg wajib dan kalau yg sunat pun buat sekali sekali.
Kadangkala timbul rasa cemburu pada anak anak yang solatnya banyak,baca quranya khatam berkali kali dan aurat terjaga.Tapi walau apapun aku bersyukur diatas nikmat Islam dan iman yang Allah anugerahkan pada diriku ini.Insyallah aku akan sedaya upaya untuk membaiknya dari masa kesemasa.
Dibulan Ramadan ini banyak laluan pahala yang boleh kita buat kerana Ramadan adalah penghulu segala bulan.Iaitu bulan yg terbaik malah apa jua kebaikan yang kita buat Allah lipat gandakan pahala sehinggakan kalau kita beri orang makan pun pahalanya sama seperti orang berpuasa itu.
Dari mula mula aku mendirikan rumahtangga lagilah sudah jadi tradisi atau hobi aku akan cari orang untuk makan bersama tidak kira waktu berbuka atau sahur, malah memang ada saja orang yang Allah hantar untuk aku beri makan.
Mungkin ini adalah niat yang sudah sebati didalam diri ini.Hari ini dimasjid masjid, surau atau madrasah sudah ada menyediakan makanan utk berbuka,moreh atau sahur dan kemakmuran bumi Malaysia ini membuatkan kita akan rasa tenang untuk beribadah malah kalau adalah musafir yang tidak ada duit dalam poketpun jika singgah dimana mana masjid di Malaysia mereka mungkin akan dapat layanan yang baik seperti makannminumnya,tempat tidurnya malah akan diberi duit poket untuk melepaskan susah sementara
.Foto : Kem Motivasi di Surau al Qudwah Prima Damansara.

Perlu aku nak ingat pada semua anak anak aku bahawa lakukan lah amalan   menjemput/memberi orang berbuka,moreh atau sahur ini makan di bulan yang mulia ini dan nabi amat mengalaknya.
Sabda Nabi “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

No comments:

Post a Comment