Tuesday, November 24, 2009

IBU TETAP IBU


Foto : mampukah seorang anak memandi ibunya di saat ibunya sudah tidak berdaya?.Ahir zaman ini tempat seorang ibubapa adalah dirumah orang orang tua, anak anak bayar berapa sahaja asalkan ibubapa tidak menggangu kehidupan dan ketenangan hidup mereka.

Dunia akhir zaman ini orang yang bernama ibu tidak lagi hebat seperti dizaman dahulu, peranan ibu sudah jauh tersasar dan tanggunjawab anak pula sudah jauh menyimpang. Ibu hari ini adalah ibu yang sibuk dengan kerja untuk mencapai tahap hidup yang paling selesa untuk dirinya dan untuk keluarganya. Kalau di zaman dulu atau di zaman saya dulu ibu adalah seorang idola,seorang yg di takuti, dihormati,di sayangi,dan didengar segala titah perintahnya.

Tapi anak hari ini setiap apa yang keluar dari mulut ibu akan di pertikaikan dan di hurai serta di bahaskan oleh anak. Tapi tidak di nafi juga masih ramai lagi anak anak meletakan taraf ibunya orang yang di hormati.

Balasan dari Allah yang paling cepat sampai kepada anak ialah balasan anak yang durhaka pada orang tuanya. Apakah anak anak takut dengan peringatan dari Allah ini? tidak anak anak hari sudah tidak gentar lagi dengan khabar ini dan kalau di ceritakan dengan cerita si Tanggang maka mereka kata bahawa itu adalah cerita rekaan.

Ibu hari ini adalah ibu yang menjadi hamba pada anak anaknya, ibu yang takut dengan ugutan anak anaknya, ibu yang sentiasa berhati hati kalau mau bicara dengan anak, anak yang akan ikut titah perintah anaknya. Pernah satu ketika saya dengar anak bersuara kepada ibunya " mak saya balik kerumah ini bukan nak dengar mak membebel atau marahkan saya"

kalau saya dizaman dulu ibu membebel sepanjang hari pun anak diam dan dengar, atau kalau ibu rotan atau cubit pun anak akan tahan. Tapi anak hari ini ibu jangan jangan silap cakap atau silap berbicara dengan anak, anak buat keputusan kerana anak hari ini adalah sudah ibarat seperti peguam,hakim dan mahkamah. anak hari ini anak yg meletakan hukumnya kepada seorang ibu dan peranan ibu hari ini sudah tiba pada tahap 'IBU ADALAH HAMBA PADA ANAKNYA"

Monday, November 23, 2009

IKON REMAJA HEBAT


Foto : ANAK YATIM DARUL TAHFIZ SRI AL AIN ACHEH.

Saya sangat tertarik dengan sebuah sejarah pemuda yang hebat di zaman nabi yang bernama syaidina Ali Karamullah, iaitu menantu nabi serta panglima perang yang gagah perkasa serta pakar motivasi yang ilmuan. Riawayat dan kata katanya menjadi ungkapan motivasi yang sangat menusuk kalbu.

Kenapa tidak ujud pemuda pada zaman ini yang hidup di zaman teknologi tinggi dan kemajuan tanpa sempadan yang boleh memcontohi peribadi hebat syaidina Ali? Bukanlah nak sehebat syaidina Ali, tapi sekurang kurangnya menjadikan syaidina Ali sebagai IKON nya.

Tapi hari ini ikon remaja adalah para artis.

Bila saya baca sejarah orang yang mulia dan sangat zuhud hidupnya ini maka untuk menjadi hebatnya perlukan satu semangat yang kuat,daya memikiran yang stabil dan membuang sejauhnya perkara yang haram dan makruh serta mempunyai keberanian yang luarbiasa.

Cuba anda intai peribadi anda, apakah ada perkara seperti ini.
1 JUJUR
2 RAJIN
3 JAUHI SIFAT DENGKI
4 IKLAS
5 AMANAH (boleh di percayai) ada orang berkata, kepercayaan itu membawa kehinaan
6 PEMALU
7 BERTOLAK ANSUR
8 PEYAYANG
9 BERSIKAP PEMAAF
10 SUKA MENOLONG
11 TERBUKA
12 PEYABAR
13 JANGAN SUKA MEMAKI HAMUN ORANG
14 JANGAN SUKA MENGATA MENGUMPAT
15 RENDAH HATI/BIJAKSANA
16 ELAKAN DARI CAMPUR URUSAN PERIBADI ORANG
17 ELAKAN DARI MEMFITNAH ORANG
18 ELAKAN DARI MENJATUH MARUAH DENGAN MENJADI SAKSI PALSU
19 JANGAN SUKA CURIGA PADA ORANG
20 JAGA RAHSIA KALAU DI BERI AMANAH
21 JAGA PERSAAN ORANG
22 TIDAK EGO
23 BERSIKAP SEDERHANA
24 JANGAN SUKA MENGEJEK ORANG ATAU MEMCEMUH ORANG
25 HORMAT DAN SAYANGI PADA ORANG TUA ATAU ORANG PATUT DI HORMATI
26 BOLEH BERGAUL DENGAN SEMUA ORANG DAN GOLONGAN
27 MENJAGA DIRI DAN LATIH DIRI SUPAYA HIDUP BOLEH MEMBERI MANAFAAT PADA ORANG LAIN
28 JADI PENDAMAI
29 SERINGLAH BERBUAT KEBAIKAN DAN MENGAJAK ORANG BERBUAT BAIK
30 JANGAN MUNAFIK

ini adalah sebahagian dari tips untuk jadi orang hebat dan di hormati serta menjadi ikutan serta menjadi INSAN YANG BERKUALITI.

KERBAU SEKANDANG

Foto : Masa bercinta semuanya indah belaka.

Kalau zaman dulu anak anak gadis kawin ramai diantara pilihanya ibubapa atau pilihan saudara mara, tapi hari ini anak anak gadis kalau mau kawin pilih sendiri, sedap di hati,sedap dimata dan serasi. Masa bercinta bagai nak meletup rasa cinta pada pasangan masing masing,kalau tak dapat bersama tu ibaratnya mau bunuh diri, mau terjun laut, mau bakar diri dan kalau yg lebih malangnya kalau ibubapa hantar anak anak belajar keluar negara tu ingatkan anak pergi belajar tapi pergi cari laki. Macam dah tak menyempat lagi nak habis belajar dan mak bapak duduk kat kampung tungkus lumus cari duit hantar pada anak tapi anak dah meyimpang dan nasib malang ibubapa ni seperti satu mimpi ngeri.

Apa tidaknya anak adalah harapan ibubapa untuk mewarisi dunia ini dengan ilmunya,dengan amal ibadahnya, tapi kalau anak dah melalut nak menikah maka berkecai dan hancurlah harapan mak bapak. Peristiwa seperti ni ibarat seperti gunung uhud menghempap kepala. Kalau nak tau bagaimana peritnya perasan makbapak kalau dah dapat anak yang di rundung mabuk buah kepayang ini jangan di ceritalah pahitnya. Cuba bayangkan belum habis belajar dah cari laki, tinggalkan kuliah semata mata ikut nafsu serakah dan dengan alasan tempat belajar tak baguslah, nak cari jalan yg terbaik untuk meneruskan hiduplah dan alasan ini macam alasan tidak mengunakan kewarasan. Sepatutnya kalau dah tak minat belajar beritahu sebelum masuk belajar dulu, makbapak tak susah cari duit.

kalau laki tu kayaraya tak ape juga boleh tanggung sampai tua tapi kalau laki tu belum ada apa apa lagi macamnan ye, nyesal tak sudah dan masa itu nak jengok makbapak di kampung setahun sekali pun belum tentu lagi dan ada lagi kata si anak gadis ni kalau nak suruh belajar kawinkan dia dulu dgn pasangan yang dicintainya tu. Tak malu ke wahai anak anak, makbapak hantar jauh jauh berpisah demi anak untuk mengutip ilmu tapi mata si anak dah melilau dan hidup dah mula tak menentu arus. Anak yg macam ni dia kurang memikir dirinya yang di pikir senang, angan angan,berkawan tak menentu masa, tak memilih matlamat. Inilah yang dikata oleh orang tua dulu dulu

"kerbau sekandang boleh di jaga dengan baik tapi anak betina seorang belum tentu dapat dijaga"

Monday, November 16, 2009

JEJAKA TAMPAN

Foto : Jejaka yang sering memikat orang dengan senyumnya.

Bila saya menulis dlm FB mesti ada sesuatu yg baru setiap hari. Saya suka bila ada seseorang jejaka tampan yg mengomen tentang apa yang saya tulis iaitu anak saya yang sedang meningkat remaja.

Dulu kalau saya marah dia buat tak tau saja,sekarang kalau saya tegor mesti ada respon baik yang dia beritahu dan cadangkan.Saya rasa dia sudah mula belajar untuk survival hidup jadi insan yang memberi tindak balas yang bagus.Saya doakan dia semoga jadi remaja yang hebat dan remaja yang maju meneraju dunianya.Semoga hidupnya lebih baik dan sanggup meredah segala kesusahan itulah anaknda kesayangan saya NUKMAN MUQARRIM, Saya sayang kamu

Wednesday, November 11, 2009

Borang Korban


KORBAN/AKIKAH/SEDEKAH



BANTULAH UMAT ISLAM YANG DI DALAM KESUSAHAN,KEMUNDURAN & KEBULURAN

Monday, November 9, 2009

SESUAIKAN DIRI ANDA


Foto : Catitan kenangan indah pada "hari keluarga telaga biru"

Saya sering menganjurkan berbagai program untuk remaja,kanak kanak dan orang dewasa pun ada juga. Kalau menganjurkankan program utk orang dewasa atau istilahnya orang yg matang ini cukup mencabar kekuatan emosi,minda dan tenaga. Kalau dgn anak anak senang, kita cakap dia boleh ikut. Tapi kalau dgn orang dewasa ni kalau kita cakap dia pertikaikan dan berbunyi pulak di belakang kita. Kadang kadang orang dewasa ni kalau dia kata tak pandai itu dan tak pandai ini, kita kena biarkan saja dan tunggu sampai dia nak berubah sikap, iaitu kalau dia betul betul mau usaha kearah itu baru kita boleh bantu dia. Kalau tidak biarkan sebab orang dewasa ni banyak yang dia tak berpuas hati.

Saya teringatlah kalau saya nak buat hari keluarga samada untuk Persatuaan saya iaitu PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA) atau untuk adik beradik saya, maka saya ingat pada diri saya atau pada sesiapa jua yang berhasrat nak buat hari keluarga ini ada beberapa tip penting yg patut anda beri keutamaan


Foto : Acara untuk remaja lelaki, dan remaja wanita 'music chair'

1 Cadangkan satu nama yg glamour (tema)
2 Cari tempat yg memcabar, janganlah kat hotel ke atau kat celet , ni tak mencabar
3 Ketua atau big boss kena hadir satu keluarga, kalau tak dapat hadir kena hadir juga atau tangguh program tersebut hingga boss dpt hadir
4.Aturkan acara yg meransang minda dan kreativiti peserta/pekerja/ahli keluarga
5.Aturacara penting iaitu makan dan masak bersama sama.Kalau makan pakai catering masa kenduri pun makan pakai catering juga. Di waktu inilah kita nak satukan hati hati dengan ikatan bekerja sama.
6.Kalau berhasrat untuk adakan pertandingan, carilah syarikat perunding yg dah biasa dgn acara pertandingan supaya tidak timbul masaalah pilih kasih.
7. Untuk pembahagian hadiah pula lantiklah orang yg bukan dari kalangan pekerja atau ahli keluarganya untuk menguruskan hadiah tersebut dan begitu juga dengan acara cari harta karun dan cabutan bertuah.
8 Boss mesti adakan acara penghargaan untuk pekerja, "tanpa pekerja yang bagus,baik dan wibawa,syarikat tak boleh maju dan berjaya" manusia tak boleh berdiri tanpa sokongan.
9.Acara yang paling penting dalam hari keluarga ialah "majlis suaikenal" dan inilah masa boss nak kenal siapa ahli keluarga pekerjanya.
10.Buat pakaian tema untuk hari keluarga.
11. Libatkan aktiviti dengan semua ahli keluaga peserta
12. Beri peluang pada peserta untuk meluahkan isihatinya dan terpulanglah pada boss mahu mendengar atau tidak cadang peserta/pekerjanya .
13. Pada hari keluarga ini antara boss dan pekerja jangan ada curang pemisah samada makan atau tempat tinggal. Samakan semuanya.
14.Hari keluarga adalah hari ikatan silaturrahim, ukhuwah dan berkasih sayang.
15. Pihak syarikat yg dah besar atau gergasi jangan kenakan bayaran yg mahal, kalau sekadar itu tak mengapa kerana selama bertahun tahun pihak syarikat mengaut keuntungan dari pekerja yang berkerja untuk memajukan syarikat dan sedikit dari keuntungan itu dilaburkan untuk memberi kegembiraan pada pekerja,
16. Cari juruacara yang petah bercakap untuk melancarkan perjalanan program hari keluarga dan orang faham dgn hasrat bossnya.(bukan kaki ampu ye)

Oklah ni adalah tips yg saya pikirkan, anda tak perlu pertikaikanya.

Pada 7-8 Nov saya ikut satu program hari keluarga yg dianjurkan oleh sebuah syarikat penerbitan yang terkenal di tanahair iaitu TELAGA BIRU SDN BHD di Duta Village Beach Resort di Kuantan. Hampir 90% kakitangan datang, cuma kakitangan yang baru tak datang sebab belum layak lagi. Acara yang disediakan sangatlah meriah dan memuaskan iaitu dgn tempat tinggalnya yang dingin dan nikmat, makanan yang melimpahruah sampai tak habis habis ( ini kena jaga, sebab membazir tu tak baik dan masih terlalu ramai orang yang kelaparan sebab tak ada makanan), acaranya pun boleh tahan juga dan hadiahnya banyak sampai berlebih lebih. Saya rasa untuk tahun depan Telaga Biru akan lebih membanyakan acara yang melibatkan ikatan majikan dan pekerja demi untuk mengekalkan tema "Pekerja di dahulukan, Pencapaian di utamakan" sorry ye Dato' Najib pinjam tema.

Wednesday, November 4, 2009

Ingat ye.

Foto : Kalau kita beri sedekah pada orang susah atau orang yang meminta minta,jangan kita tanya kemana duit tu pergi. Iklaskan hati.

Dari sumber yang boleh di percayai, gempabumi yg berlaku di Padang baru baru ini adalah kerana beberapa perkara yg mungkar telah dilakukan oleh hamba Allah yang beragama Islam.

Tempat yang paling parah dilanda musibah adalah di Tandiket, iaitu satu desa yang bersebelahan dengan gunung tigo. Desa ini mempunyai kepadatan penduduk yang ramai dan di tengah kampung ini terdapat sebuah masjid. Sudah menjadi tugas orang orang tablig iaitu mengembara dari satu negara kesatu negara, dari satu negeri kesatu negeri, dari sebuah bandar kesebuah bandar dan dari sebuah masjid kesebuah masjid untuk mengajak orang berbuat baik dan beribadat.

Oleh kerana sikap orang di sesebuah tempat atau desa itu tidak mahu orang luar masuk ketempat mereka untuk meyebarkan Islam seperti yg dilakukan oleh orang tablig, maka pada satu hari itu ada sekumpulan orang tablig dari Medan Indonesia telah datang kesalah sebuah desa di Pariyaman, mereka marah sehinggakan menguna anjing, dan berbagai senjata untuk menghalau kumpulan orang tablig ini dari menginap di masjid mereka. Bagi mereka orang luar tidak perlu masuk campur urusan agama mereka dan tidak perlu di ajar atau diajak. Peristiwa ini berlaku 2 minggu sebelum gempabumi .

Bila gempabumi melanda Padang baru baru ini desa dan seluruh penduduknya telah di telan bumi dengan masjidnya sekali, hanya nampak menaranya saja samarata dengan tanah. Dan hanya beberapa orang saja yang selamat.

Buat kita umat islam yang didalam kemelut kemodenan atau kesibukan duniawi, jika ada orang mengajak kita untuk berbuat baik dan beramal ibadat kita pertimbangkan lah dengan pemikiran yang waras dan benar dan jangan kita halau mereka atau caci maki mereka. Kerana sesungguhnya keiklasan hati seseorang itu dalam berdoa, maka doanya di makbulkan oleh Allah, Ingat tu.

Buat anak anak ku, jika anda ada seringgit, beri 10 sen kpd anak anak kecil atau orang minta sedekah atau orang susah, jangan tanya kemana duit tu akan pergi, jika kita rajin memberi orang akan rajin berdoa yang baik baik buat kita dan doa dari orang yg iklas itu merupakan tembok dari harta atau diri kita dilaknati oleh orang orang yang berniat jahat,

Tuesday, November 3, 2009

Sikap Buruk.

Foto :Kalau nak bagi orang apa apa pilih yg terbaik dan yg paling kita sayang, itulah namanya iklas memberi.

Berhari hari saya memunggut,mengemas, dan meyimpan serta mengangkut pakaian di gudang saya di Jln Reko, Kajang. Di sini dari tingkat atas sampai tingkat bawah penuh dengan barang barang yg di sumbangkan oleh orang ramai untuk mangsa bencana alam. Saya jadi pelik dengan rakyaat Malaysia ini, kalau sebut mahu cari sumbangan untuk bantu orang susah atau orang yg kena musibah , benda yg pertama sampai kat saya ialah pakaian. Alamkah sedihnya bila berdepan situasi ini. Yg saya mahu wang tunai,ubat ubatan, makanan segera ,tuala wanita, pampers budak budak. Kalau pakaian dah bergunung banyaknya . Tapi tidak, yg masih saya terima ialah kasut sekolah anaknya yg masa tadika dulu, baju dalamnya yg dah putus talinya , seluar dalam lakinya yg dah rabak kat punggungnya dan baju t-shirt yg dah tak berwarna, kalau telekung yang dah berjeragat kat dagunya.

Pernah saya membuka sebuah bungkusan kotak pakaian yg di sumbang oleh seorang yang membawa kereta besar, lakinya hantar kotak tu kat saya, bininya dan anaknya duduk dlm kereta tengok lakinya pikul kotak pakaian. Maka saya pun terimalah kotak tu dgn hati yg senang,ingatkan kalau orang yang menghantar kotak pakaian dengan kereta besar ni mestilah bajunya yg masih elok lagi. Maka saya pun bukalah kotak sebab nak saring dulu, alangkah terkejutnya saya bila buka saja saya lihat dalam selimut yg di sumbang itu ada lima ketul tahi kucing yg dah kering dan keras.

Foto : Orang susauh dia tak benda yang dia tak boleh guna. Berilah dia barang yang baik dan boleh di guna.

Betapa sedihnya kami dan bila buka kotak berikutnya saya tengok beberapa helai baju sekolah agama anaknya dah berwarna kuning dan stokin lakinya yg dah koyak. Inilah nasib orang yang bekerja macam saya ni, berpinar biji mata. Lepas ni saya nak kenakan caj sesiapa yang menghantar pakaian iaitu 3 kilo pakaian yg pertama di isi dlm kotak di kenakan caj RM 10.Bukanya apa, ini adalah untuk di beri pada petugas untuk saringkan pakaian tu, utk upah dobi dan untuk beli plastik sampah. Saya kira orang Malaysia ini mewah dgn pakaian dan sayang nak buang baju buruk serta yg dah tak boleh pakai. Maka dia berniat buruk iaitu kalau ada org nak kan pakaian maka di berilah baju buruk yang layak di buat pengesat kaki depan tandas aje,

wahai orang Malaysia yang baik baik, pemurah bagilah benda benda yang boleh orang pakai, boleh makan dan boleh guna. Jangan bebankan orang yang dilanda musibah dengan menyusahkan mereka.

Monday, November 2, 2009

BENCANA ALAM


Berhari hari saya mengarang buku yang bertajuk BILA BUMI BERGONCANG. Kadang kadang tu sambil menulis airmata saya meleleh, tak tau lah sebab sedih,pilu atau saya takut.Ada kala tu bulu roma saya naik bila tulis bab bab kampung yang di telan bumi. Saya rasa bahawa saya ni orang yang terlalu peyedih dan kadang kala tu saya terpaksa berhenti mengarang sebab nak tenang hati saya. Walau apapun saya mau teruskan juga usaha ini biar orang tahu kenapalah airmata saya meleleh bila tulis cerita tentang bencana alam yang luarbiasa dahsyat ini.

Dulu masa 26 Dec 2004 saya bekejar ke Acheh nak lihat musibah yang berlaku iatu tsunami , akhirnya saya gagal mengawal emosi saya dan tak keruan saya bila lihat anak anak yg kehilangan orangtuanya bertaburan di bumi Acheh dan saya hulurkan bantuan peribadi sebanyak RM 20000 (Ringgit Malaysia :Dua Puluh Ribu ) iaitu hasil dari Kem Tahfiz yang telah berjaya di Sg Buloh waktu itu dan terdiri sebuah rumah anak yatim yang masih utuh dan banyak memberi jasa pada anak anak bangsa Acheh. Saya tahu rumah yang kami tubuh itu tidaklah sehebat mana, tapi saya bersyukur kerana saya ada pembantu yang iklas dan sabar. Walaupun sesusah manapun saya akan korban apa juga yang saya ada demi untuk anak anak itu. Saya tahu satu hari nanti mereka ini akan memimpin sebuah negara Islam dan jadi yang baik baik. Urusan hidup saya tak penting lagi.

Tapi untuk bumi Minang ini saya mahu bina sebuah Madarasah atau sekolah agama untuk mendidik anak anak yang tercicir dari ilmu agama. Kalau dizinkan Allah saya mahu buat sebuah madarasah yang ada asrama dan boleh menempatkan seratus orang anak anak miskin dan yatim paitu. Biar mereka belajar al Quran dan agama dan saya mahu habis sisi hidup saya ini untuk cari dana untuk laksanakan hasrat ini.

Kenapa bumi minang ini Allah goncang sehingga jadi begini?

Saya tak tahu juga kenapa, tapi saya pernah pergi sebelum gempabumi dulu, iyalah perkara yang sudah terjadi ini adalah ujian dari Allah dan hasil dari perbuatan hambanya juga. Saya lihat anak anak muda yang berada di Kota Padang ini luarbiasa bebasnya, pakaianya, adabnya yang indah tu dah hilang di telan arus kemodenan. Kelakuan mereka yang banyak melakukan dosa tu banyak mengundang bala. Oleh itu ingatlah wahai anak anak jangan terlalu ghairah dengan hidup yang tanpa sempadan ini, ingatlah bencana Allah akan datang pada bila bila masa untuk menguji sempadan iman dan amal kita.

Sunday, November 1, 2009

ALAM TERSENYUM BILA ANAK MENGUCUP DAHI IBU

Foto : Mak mengupas kelapa untuk buat gulai ikan.

Petang semalam kami balik jap rumah mak kat Titian Bintagor, ziarah mak kerana semenjak raya kami belum balik lagi lihat mak. Setiap kali balik tengok mak macam tu juga sihat dan riang serta tak pernah kata sakit, walaupun dia memang sakit. Kami balik tak bawa buah tangan pun cuma sekadar kuih donat dan tapai.

Bila sampai mak memelok kami dengan sangat erat.Terasa hangatnya pelukan ibu tua yang badanya dah mula tidak begitu kuat tidak seperti dulu, kuat,tegang dan berisi. Tercuit perasan pilu saya bila mak kata"nape lamo bonar kau tak balik" terhambur perkataan ini dari mulutnya sambil melepaskan pelukan.Saya diam dan tak mau cakap apa apa, saya tau apakah saya nak kata saya kerja banyak untuk cari duit, atau saya tidak punya masa yg telah Allah anugerah 24 sehari semalam, atau apakah saya nak kata saya tak ade duit nak isi minyak kereta. Ini adalah alasan anak yang suka berbohong. Saya sebak seketika kenapakah seorang anak yang dibesar dari kecil hinggalah dah berusia matang masih mau mengelakan dengan seorang ibu tua yang usianya kain merangkak kealam lain tiadak berapa lama lagi.

Foto : Mak panggang dulu ikan haruan sebelum masak untuk dapat citarasa yang sedap untuk beri makan pada anaknya

"omak dah siang ikan haruan untuk kita makan malam" kata mak lagi, saya tersenyum bahawa ibu tua ini tidak pernah melupakan tugasnya memasak untuk memberi makan anak anak walaupun anaknya telah dewasa, tapi apakah saya boleh berbuat demikan buat mak iaitu menyuapkan nasi kemulutnya di tika dia tak berdaya nanti dan apakah memberi makan mak itu tanggungjawap saya?

bila habis solat magrib kami dihidangkan dengan makan malam yang sangat sedap iaitu gulai haruan masak cili api, kami makan sampai 4 pinggan, tapi mak makan setengah pinggan saja. lepas makan kami dah tersandar kekenyangan, dan sekali lagi mak jaga kami, "nak tidur selimut ye,dan pasang ubat nyamok", pesanan mak menyelinap kedalam kalbu saya, apakah saya yang telah dewasa ini mak masih lagi mau jaga kami dari kesejukan malam dan gigitan nyamok?,tapi boleh saya menyelimutkan tubuh tua itu dari kesejukan angin malam?Oooh mak, tingginya nilai sayangmu buat anak anak.

Tapi anak anak sering lupa dengan kasih sayang maknya dan dakapan erat maknya serta belaian mesra maknya. Anak anak sering kelamkabut dengan keluarganya,dengan pangkat dan hartanya dan sering lupa dengan maknya yang sering menunggu kepulangan anaknya untuk melepaskan rindunya. Tidak lama lagi mak akan di tinggalkan oleh semua anak anak yang seramai 8 orang itu dan mak berkata, "Tak apo, mak tak boleh tinggalkan rumah ni, tengoklah nanti macamana" kata mak, tapi bolehkah saya berkorban untuk meneman mak nanti? Entahlah....saya sebak bila memikirkan bahawa tidak sebesar zarah pun budi mak yang dah saya balas.


Foto : 21 hb Nov ini anaknya (Norlaili yang selama ini tinggal dengan mak) akan mengikut suaminya ke Australia, mak akan tinggal seorang di rumah. Apakah ada diantara anak anak yg seramai 8 orang itu sanggup meneman mak?