Foto : Mak mengupas kelapa untuk buat gulai ikan.
Petang semalam kami balik jap rumah mak kat Titian Bintagor, ziarah mak kerana semenjak raya kami belum balik lagi lihat mak. Setiap kali balik tengok mak macam tu juga sihat dan riang serta tak pernah kata sakit, walaupun dia memang sakit. Kami balik tak bawa buah tangan pun cuma sekadar kuih donat dan tapai.
Bila sampai mak memelok kami dengan sangat erat.Terasa hangatnya pelukan ibu tua yang badanya dah mula tidak begitu kuat tidak seperti dulu, kuat,tegang dan berisi. Tercuit perasan pilu saya bila mak kata"nape lamo bonar kau tak balik" terhambur perkataan ini dari mulutnya sambil melepaskan pelukan.Saya diam dan tak mau cakap apa apa, saya tau apakah saya nak kata saya kerja banyak untuk cari duit, atau saya tidak punya masa yg telah Allah anugerah 24 sehari semalam, atau apakah saya nak kata saya tak ade duit nak isi minyak kereta. Ini adalah alasan anak yang suka berbohong. Saya sebak seketika kenapakah seorang anak yang dibesar dari kecil hinggalah dah berusia matang masih mau mengelakan dengan seorang ibu tua yang usianya kain merangkak kealam lain tiadak berapa lama lagi.
Foto : Mak panggang dulu ikan haruan sebelum masak untuk dapat citarasa yang sedap untuk beri makan pada anaknya
"omak dah siang ikan haruan untuk kita makan malam" kata mak lagi, saya tersenyum bahawa ibu tua ini tidak pernah melupakan tugasnya memasak untuk memberi makan anak anak walaupun anaknya telah dewasa, tapi apakah saya boleh berbuat demikan buat mak iaitu menyuapkan nasi kemulutnya di tika dia tak berdaya nanti dan apakah memberi makan mak itu tanggungjawap saya?
bila habis solat magrib kami dihidangkan dengan makan malam yang sangat sedap iaitu gulai haruan masak cili api, kami makan sampai 4 pinggan, tapi mak makan setengah pinggan saja. lepas makan kami dah tersandar kekenyangan, dan sekali lagi mak jaga kami, "nak tidur selimut ye,dan pasang ubat nyamok", pesanan mak menyelinap kedalam kalbu saya, apakah saya yang telah dewasa ini mak masih lagi mau jaga kami dari kesejukan malam dan gigitan nyamok?,tapi boleh saya menyelimutkan tubuh tua itu dari kesejukan angin malam?Oooh mak, tingginya nilai sayangmu buat anak anak.
Tapi anak anak sering lupa dengan kasih sayang maknya dan dakapan erat maknya serta belaian mesra maknya. Anak anak sering kelamkabut dengan keluarganya,dengan pangkat dan hartanya dan sering lupa dengan maknya yang sering menunggu kepulangan anaknya untuk melepaskan rindunya. Tidak lama lagi mak akan di tinggalkan oleh semua anak anak yang seramai 8 orang itu dan mak berkata, "Tak apo, mak tak boleh tinggalkan rumah ni, tengoklah nanti macamana" kata mak, tapi bolehkah saya berkorban untuk meneman mak nanti? Entahlah....saya sebak bila memikirkan bahawa tidak sebesar zarah pun budi mak yang dah saya balas.
Foto : 21 hb Nov ini anaknya (Norlaili yang selama ini tinggal dengan mak) akan mengikut suaminya ke Australia, mak akan tinggal seorang di rumah. Apakah ada diantara anak anak yg seramai 8 orang itu sanggup meneman mak?
No comments:
Post a Comment