Thursday, February 23, 2012

TELAH KEMBALI LATIF IBRAHIM




Penyanyi : Latiff Ibrahim
Pilihlah Aku

Pilihlah aku (pilihlah aku)
Jadi temanmu (jadi temanmu)
Akan ku hibur hatimu

Andainya aku (andainya aku)
Jadi kasihmu (jadi kasihmu)
Akan setia selalu

Usah kau ragukan
Kasih dan sayangku
Akan ke beri cinta yang suci
Padamu

Pilihlah aku (pilihlah aku)
Jadi temanmu (jadi temanmu)
Akan bahgia hidupmu
Pilihlah aku (pilihlah aku)
Jadi temanmu (jadi temanmu)
Akan ku hibur hatimu

Andainya aku (andainya aku)
Jadi kasihmu (jadi kasihmu)
Akan setia selalu

Usah kau ragukan
Kasih dan sayangku
Akan ke beri cinta yang suci
Padamu

Pilihlah aku (pilihlah aku)
Jadi temanmu (jadi temanmu)
Akan bahgia hidupmu
Oooo akan bahgia hidupmu
Oooo akan bahgia hidupmu

Oooo hidupmu oh pilihlah aku
Hidupmu oh bahagia hidupmu
Oh pilihlah aku jadi temanmu
Oh kasih pilihlah aku
Oh kasih jadi temanmu
Jadi temanmu oh jadi temanmu
Jadi temanmu oh jadi temanmu

Latif Ibrahim adalah penyanyi pujaan ramai pada tahun 70 an,80 an dan 90 an...lagu lagu yg dia dendangkan akan jadi lagu lagu kecil dinyanyikan oleh gadis gadis di ceruk dapor atau dibilik mandi,begitu juga lagunya akan jadi siulan anak anak muda.Saya adalah antara peminatnya dan saya blh hafal lagunya ini.

Pemergian Latif Ibrahim pada usia 61 tahun pada pukul 6.05 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari IJN pada Sabtu lalu.

Penyanyi yang juga pelakon filem itu dikenali dengan lagu Nora dan filem seperti Sumber Ilhamku dan juga pelakon teater Terima Kasih Cinta

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Masriah Mahadan, 57 tahun, dan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq, 35 tahun, dan Haznally, 34 tahun.

Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat duka ini dan takziah

Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tuesday, February 21, 2012

NAMA SEINDAH AKHLAKNYA

Foto : Kemanjaanya yg pernah berubah dari baby sampai sekarang, tak tau nak buat macamana

Dalam keluarga saya sendiri memanggil nama anak anak dgn nama yg saya suka, contohnya Ummu Solehah panggil dia tatak (kakak),Thoriq panggil Abang,Ummu Sakinah panggil Inah,Nukman panggil Awang (ni istimewa sikit, org Pahang kalau anak lelaki dipanggil awang maknanya dia mahukan anak lelakinya jadi org ternama, org perkasa dan pemimpin, tak kisah pemimpin dlm kg,masayakarat atau negara),Salman al Farisi panggil B'Cik, Ammar yassar panggil Abot dan Ummu Jannah panggil Yek.

Selalunya kalau saya marah saya tak panggil dgn panggilan manja, saya akan panggil namanya dan begitu jugalah dlm handphone saya save nama mereka dgn nama manjanya.

Kalau kekasih atau suaminya atau isterinya dia akan tulis dlm handpone nama manja pasanganya kecualilah pasangan itu pasangan yg biasa biasa, kalau yg luarbiasa mesti dia tulis yg luarbiasa.

Memanggil org dengan nama manjanya akan membuatkan org itu akan dekat dgn hati kita, tp hari ini saya seperti terkena kejutan budaya atau pun dlm perkataan indonesia "shoot" nak pengsan bila saya dengar org ini memanggil nama kawanya " ooooi babi, lu gila ke" apalah punya bahasa dan ada lagi, pagi tadi saya dengar seorang budak sekolah perempuan ni panggil teman lelakinya " ei balak kau tak bawak beg ke" bila saya toleh muka budak perempuan tu dia buat pandang kelain.
Buruknya akhlak ini.

Bangun & Jatuh

Foto : Pasar Siti Khadijah, di Kota Bharu

Petang tadi ada dengar siaran radio yg stesennya aku dah lupa, kebetulan ada soal jawab bab bisnes.Disini aku ingin menyampuklah sikit tentang motivasi bisnes ni, aku ni terlibat dgn bisnes sejak dari usia putik lagi,masa tu jual limau manis tepi jalan.

Ada ketika aku pernah jugak kerja makan gaji, tp dpt cipot tak cukup nak belanja, maka aku pun belajar bsnes jual barang avon, blh katakan semua barang MLM aku cuba, ada juga penegahan dari org yg terdekat, tp aku buat tak tau aje sebb terpikat dgn kata kata org yg intruduce tu.

Kadangkala dah dapat fail aku simpan fail tu sampai tak blh nak baca lagi punyalah lama sampai aku lupa bahawa aku pernah daftar nama untuk jadi jurujualnya.

Tadi aku dpt satu petua nak berjaya dlm bisnes ni, kata pakar motivasi tu kalau nak berjaya mesti sanggup tanggung risiko dan jatuh dlm bisnes ini adalah "peluang" untuk kita tahu dimana kelemahan kita.

Org melayu ni takut jatuh kerana tak mau tanggung risiko...alhamdulillah aku sekarang ni dah banyak kali jatuh dan sakitnya tak usah cakaplah.Tp untuk kali ini aku ingin berkongsi nikmat bahawa jika tabah, iklas, amanah dan sabar insyallah apa jua yg kita buat akan terus berjaya.

Sunday, February 19, 2012

BELAJAR JADI PENULIS

Memanglah minat saya dlm bidang penulisan tu sejak kecik kecik lagi, dulu dulu nak belajar jadi penulis susah, kalau nak jadi penulis kena belajar sendiri, baca tulis orang dan buat kajian.

Kalau satu bulan tu dpt beli satu majalah atau buku memanglah rasa sgt bertuah.Kalau tidak pinjam ajelah.

Hari ini org jadi penulis dah jadi mudah dan senang.Bahan banyak,kursus dan seminar banyak dan macam macam lagilah kemudahan yg dah tersedia.Hari ini org blh menghasilkan buku seminggu satu buku...saya pun tak taulah dia tulis macamana...pelik juga ye.

Saya menghasilkan buku saya yg pertama bertajuk"RAMADAN TIBA LAGI" tu selama 3 thn,

saya seorg aje yg tulis dan buat peyelidikan dgn berbagai bagai cara.Pernah saya mahu putus asa bila apa yg saya rancang tak kesampaian.

contohnya didlm buku itu ada saya masukan niat berbuka puasa, kenapa saya masukan niat ini? mungkin org kata "aaah benda macam ni pun nak masuk"

sebenarnya kita pikir remeh, tp tidak seremeh itu?pernahlah satu hari dibln ramadan saya pergi kerumah org beradalah juga.Dia mengajak kami berbuka puasa dirumahnya dan dirumahnya ada seorg anak lelaki bujang yg berusia 17thn, isterinya, org gajinya org vietnam.

Tiba waktu berbuka penuh atas mejanya sampai terbeliak bijik mata saya tengok, rasanya kalau dihabiskan makan mungkin 2 hari blh kenyang.

Bila azan aje, kami pun duduklah untuk berbuka dan sebagai nak menghormati tetamu kami telah menyuruh tuan rumah baca niat buka puasa , dengan senyum tersipu sipu tuan rumah yang berusia 57thn itu berkata" maaf, puan saya ni tak tahu baca niat/doa buka puasa, selalunya bila buka puasa saya baca bismilah aje"

Saya pun tersipu sipu jugaklah sambil mengaru garu kepala yg tak gatal.Lepas dari itu saya telah mengambil pengajaran bahawa didlm bidang agama ini terlalu ramai yg jahil.Mungkin dibidang lain mereka tidak jahil.

Saya kagum dgn penulis penulis lama yg tidak tahu nak "copy paste" sebb itu nama Za'aba,Pak Sako dan banyak lagi nama yg tersohor itu tak lapok dek hujan dan tak lekang di tanah.

Berbalik dgn buku saya yang bertajuk "Ramadan Tiba Lagi" adalah sebuah karya yg saya garap,tulis dari cover ke back cover dan saya juga ingin mendidikasikan buku itu buat guru saya yg banyak melentur yg dah macam rebung ini iaitu Ustaz Wan Noh Wan Hamat.

Buku ini jualanya bagus dan baru baru ini bila saya lihat di internet bahawa buku ini ada jualanya, alhamdulillah.

Saya kira didlm pembikinan buku ini penerbit tidak perlu aturkan syarat yg tidak munasabah,sbb buat buku ni susah, buat skrip aje makan masa bertahun, belum lagi edit dll lagi.

Tp bila buku ada lonjakan dlm jualan pasti ingat itu bukan usaha penerbit seorg dan sebagai penerbit jangan kira bahawa buku yg diterbitkan itu jadi hak milik dan penulis ditindas macam kutu aje.

saya ucapkan terima kasih pada penerbit buku "Ramadan Tiba Lagi" dan insyallah selepas daripada ini setiap penulis mesti berhati hati memilih penerbit utk menerbitkan bukunya dan jangan penerbit makan daging, penulis hirup kuah aje, itu pun kalau ada kuah...kalau tak berkuah macamana...pandang ajelah.

Carta POPULAR Paling Laris - Minggu Pertama, Ogos 2011 ~ ( 01 Ogos 2011 - 07 Ogos 2011 )

by PilihanPopular Wadah Jiwa Bangsa on Sunday, August 7, 2011 at 9:43pm ·

Carta 20 Teratas Paling Laris Bukan Fiksyen

  1. 1 HARI 1 RESIPI: 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza ( CHEF HANIELIZA ) - PTS Millenia
  2. La Tahzan( Edisi Eksklusif POPULAR ) : Gadisku, Kerana Cinta & Kerana Jodoh ( NAJLA MAHFUZH ) - Must Read
  3. Terpelanting Dari Siratulmustakim ( SUYADI ) - PTS Millenia
  4. Jangan Bersedih [ Edisi Eksklusif POPULAR ] ( Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al - Qarni ) - Al Hidayah
  5. Kaum-Kaum yang Pupus [ Apabila Datang Azab ALLAH ] ( HARUN YAHYA ) - Al Hidayah
  6. Terjemahan Al Qur'an Al Karim : Wallet - Al Hidayah House of Qur'an
  7. Himpunan Solat-Solat Sunat ( RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI ) - Must Read
  8. Jangan Bersedih [ Edisi Eksklusif POPULAR ] ( Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al - Qarni ) - Al Hidayah
  9. Biografi Muhammad bin Abdullah ( Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Binti Abdul Rahman ) - PTS Islamika
  10. Ramadan Tiba Lagi ( Wan Mohd Noh Wan Hamat & Rusnah Abu Samah ) - Yamani Angle
  11. Transformasi Ramadan: Bagaimana Proses Sebelum, Semasa dan Selepas Ramadan Menjana Manusia Efektif ( Ustaz Hasrizal Abdul Jamil )
  12. Koleksi 100 Solat-Solat Sunat ( Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim ) - Al Hidayah
  13. Agenda Yahudi Menakluk Dunia ( SABARUDDIN HUSSEIN ) - PTS Islamika
  14. Kisah Nabi Dalam Al-Quran & Injil: Rahsia Kisah-kisah 25 Nabi yang Dibongkarkan Dalam Dua Kitab Muktabar Penganut Islam dan Kristian ( Muhamad Jaya ) - Kemilau Publika
  15. NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU ( Mohd Ridhuan Tee Abdullah ) - Utusan Publications
  16. MISTERI FIRAUN:MUSUH PARA NABI ( Afareez Abd Razak Al-Hafiz ) - PTS Millenia
  17. 100 Tokoh Dalam Dakapan Rasullah ( Hepi Andi Bastoni ) - Kemilau Publika
  18. Nasihat Ramadan Orang-Orang Soleh ( Sulthan Hadi ) - Kemilau Publika
  19. Indahnya Amalan Doa ( Dato Ismail Kamus ) - Telaga Biru
  20. Aku Terima Nikahnya ( Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ) - Galeri Ilmu

Saya akan terus menulis semoga itu ajelah yg saya mampu lakukan.

Friday, February 10, 2012

KALAU DAH TIADA KERJA

Foto : Masjid ini dlm pembinaan, sgt menarik perhatian saya, insyallah saya akan bina sebuah masjid seperti ini di Madarasah Darul tahfiz Kg Bak Bak, Maran Phg.

"Sekali melangkah jangan kita berundur" jangan kita suka main dgn kata kata.selalunya org suka sesuatu, mungkin ada sebabnya, atau mungkin untuk menutup sesuatu yg tidak kita pastikah disebalik kata kata itu,apa maknya "sekali kita melangkah jangan kita berundur"?

baru baru ini dlm perjalanan kami ke Maahad Tahfiz Wal Qiraat ke Pasir Mas Kelantan. Perjalananya sgt memenatkan, dari rumah hujan lebat mencurah curah, lepas tu naik bas 9 jam, nasib baiklah naik bas 2 tingkat.Bas yg kami naik ini pemandunya macam pelesit bawak bas tu, kalau berlaku sesuatu sudah tentu satu bas itu warisnya tak akan kenal, saya tak dpt tidur sangat walau mata sgt ngantuk sebab memandangkan jalan yg dilalui oleh bas itu seperti macam jalan kereta lumba dilitar sepang.

Sampai saja di stesen bas Pasir Mas, masa tu suasana di situ dah sibuk org yg berjualan memunggah barang barangnya utk dihantar kepasar dan kami seramai 17 org telah menapak kemasjid dgn mengheret beg sejauh 10 minit perjalanan, sampai di masjid waktu subuh pun masuk dan kami mengerjakan solat subuh berjemaah.

Setelah itu kami mengambil masa selama 3 jam utk membersihkan diri di Masjid itu dan melepaskan penat lelah , ada juga ibu ibu yg membeli belah barang keperluaan untuk anak anak yg hendah masuk ke Maahad tu, kami sarapan di pasar Pasir Mas...waaah nasi dagang, nasi kerabu dan macam macam lagi, yg paling tak tahan di sini minumanya, manisnya memang luarbiasa kalau 30 hari minum teh tarik kat sini pasti masuk hospital dan potong kaki sebab kemanisanya blh jadi darah akan naik mendadak.

Selepas ibu ibu itu buat persiapan untuk anak anak mereka kami pun mencari teksi untuk ke Maahad, alhamdulillah lah ada teksi yg mau kesana dengan tambang RM 20 satu teksi.

Semasa perjalanan didlm teksi itu rupanya ada hati hati yang bengkak, hati tak senang dgn apa yg orang buat, semasa dlm teksi adalah seorg pemandu yg membawa ibubapa pelajar ini telah mencucuk jarumnya"buat ape nak masuk sekolah kat sini" tanya driver teksi tu pd salah ibu"sekolah ni baguslah, saya nak anak saya jadi pandai" balas ibu"eeeeh mu ni dah saloh tepat (tempat) sekolah ni dia tok belajar sangat..budok budoknya jual barang kebandar, dan kat sekolahnya dah beberapa bln tak dok air, buat paip sendiri" kata driver itu.

Selepas itu kami pun sampailah ke Maahad itu, saya lihat wajah ibu yg telah termakan hasutan driver itu muram dan suram, matanya merah dan dia telah berpakat dengan ibu ibu yg lain.
Akhirnya ibu yg mendengar hasutan itu telah membuat kesimpulan dan rancangan untuk tidak mendaftarkan diri di Maahad itu

Akhirnya dia pun balik tanpa menghirau kami yg memujuknya supaya tidak mendengar hasutan jahat itu.

Ibu yg mendengar apa yg dicerita oleh driver itu tidak dpt menapis kata kata itu,dia tidak dapat menolak hasutan jahat itu dan manakala ibu yg lain itu pun berkata "kalau benarlah bagai dikata oleh driver itu kami akan tarik anak kami keluar dari Maahad itu.

Inilah agaknya tempias desas desus peristiwa yg di war warkan oleh akhbar tentang budak budak jual barang utk mencari kekayaan untuk ustaznya telah dijadikan bahan utk memfitnah pada sekolah yg tiada kiatan dgn kegiatan itu,

Itulah saya nak ingat pada semua org kalau bercakap tu jangan mendabik dada kononnya dia ni kalau melangkah tak akan berundur....sekarang siapa yg berundur?
Org Islam sendiri meruntuhkan Islam

Wednesday, February 8, 2012

Patah Tumbuh

Semenjak IKTIBARONLINE ini hilang dari mata, tp hati tidak pernah terasa hancur dan punah...ku tunggu dan tunggu, aku tidak mahu yg patah itu akan tumbuh, biarlah yg hilang seketika itu akan menjelma...kini dia menjelma semula, tak kiralah ini kerja siapa...sesungguhnya manusia itu Allah bekalkan hati, dan org yg berhati itu dia dapat berfikir, tp kalau org ada fikiran saja belum tentu dia berhati...itulah kehebatan Allah dianugerahkan "Kalbu" kpd manusia untuk mengawal perjalanan hidup hambanya