Tuesday, February 21, 2012

Bangun & Jatuh

Foto : Pasar Siti Khadijah, di Kota Bharu

Petang tadi ada dengar siaran radio yg stesennya aku dah lupa, kebetulan ada soal jawab bab bisnes.Disini aku ingin menyampuklah sikit tentang motivasi bisnes ni, aku ni terlibat dgn bisnes sejak dari usia putik lagi,masa tu jual limau manis tepi jalan.

Ada ketika aku pernah jugak kerja makan gaji, tp dpt cipot tak cukup nak belanja, maka aku pun belajar bsnes jual barang avon, blh katakan semua barang MLM aku cuba, ada juga penegahan dari org yg terdekat, tp aku buat tak tau aje sebb terpikat dgn kata kata org yg intruduce tu.

Kadangkala dah dapat fail aku simpan fail tu sampai tak blh nak baca lagi punyalah lama sampai aku lupa bahawa aku pernah daftar nama untuk jadi jurujualnya.

Tadi aku dpt satu petua nak berjaya dlm bisnes ni, kata pakar motivasi tu kalau nak berjaya mesti sanggup tanggung risiko dan jatuh dlm bisnes ini adalah "peluang" untuk kita tahu dimana kelemahan kita.

Org melayu ni takut jatuh kerana tak mau tanggung risiko...alhamdulillah aku sekarang ni dah banyak kali jatuh dan sakitnya tak usah cakaplah.Tp untuk kali ini aku ingin berkongsi nikmat bahawa jika tabah, iklas, amanah dan sabar insyallah apa jua yg kita buat akan terus berjaya.

No comments:

Post a Comment