Saturday, October 31, 2009

FACEBOOK DAN TEH TARIK KURANG MANIS

Foto : Bila baca post tatak dlm blognya, sian kat tatak dia teringin sangat nak mancing dan duduk santai santai macam ni, tahun depan kita ke Batam dan pergi ke tempat yang paling indah iaitu di sebuah pulau yang airnya sangat cantik dan angin bertiup kencang di samping tu ada jualan sotong dan udang celup tepung yg rangup. Sambil mancing ,makan makan dan sambil sambil gambar.

Hari ini Ahad.Bagi saya setiap hari memang sibuk dan menyibuk hidup dengan berbagai aktiviti. Kalau tak buat program Misi Kemanusiaan pun saya akan buat Misi kekeluargaan. Cari kerja dan tak tau nak duduk diam dan mau hidup ni perhatikan orang, tapi mau jadi perhatian(Harimau mati tinggalkan belang). Pagi tadi seperti biasa sarapan di bawah pokok, ni tempat yang saya bikin sendiri namanya kerana mamak yang buka gerai ini terletaknya di bawah beberapa pokok yang redang dan teduh berdepan dengan kawasan perumah.

Foto : Gerai bawah pokok, disini tak tau siapa pelangganya,yang dia tau semua orang datang akan mengulangnya.

Kami adalah pelanggan pagi dan petang, kadang kadang tengah malam. Keistimewaan gerai bawah pokoknya ni nak minum tak payah panggil panggil lagi untuk mamak ambil order, dia dah tau


Foto : Goreng mee mamak.

"Teh tarik kurang manis dua, roti pisang satu, roti garing satu" Lima minit sampai, kami jarang menukar menu kecuali makanan. kalau teringin kami makan nasi lemak kampung yang sudah tersedia dalam bungkusan bersama dengan ayam goreng mamak yang panas.

Hari ini gerai mamak penuh dengan pelanggan yang berbagai bangsa satu Malaysia, saya kira kira dia punya set mejanya ada 15 buah berderet aje, majulah mamak ni, hantar duit ke india buat banglo.


Foto : Sedap memang sedap, roti telur, roti pisang,roti sadin, semunya panas. Inilah keistimewaan gerai bawah pokok. Tak ade makanan sejuk.

Inilah kalau service baik, jauh jauh pun orang datang, apatah lagi orang dekat macam kami ni. Saya tak boleh tinggalkan gerai mamak lebih dari 5 hari. Kalau tak tegok teh tarik kurang manisnya sakit kepala. Apalah yang mamak isi dalam teh tarik ni ye sampai orang tak mau lupanya. Lepas sarapan kami ke Aladdin iaitu Internet Centre yg paling popular sekali buat orang orang ketagih mengisi blog dan melayari facebook seperti pasangan ini. Inilah kalau hidup dah kembali ke alam remaja. Anak anak pun happy juga kerana ibubapanya sentiasa menjadi penasihat di alam maya.


Foto : Ayam goreng mamak ni ooo memanglah sedap, panas dan rasa rempahnya.Lebih sedap dari KFC

KELOK 44

Foto : Betapa jinaknya monyet ini dan sungguh pandai bergaya.Upahnya makanan.

Semasa kami mengadakan BANTUAN MISI KEMANUSIAAN KE PADANG saya sempat menyinggah sebentar ke bumi Minang yang terkenal dengan "Saujana Mata Memandang" iaitu Maninjau. Kalau anda ke Padang anda pasti ke Bukittinggi untuk berjalan jalan makan angin atau untuk shopping. Saya ke Bukittinggi bukan nak shopping sebab bila dah sampai kat Bukittinggi duit dah habis jadi saya nak melihat lihat anugerah Allah untuk hambanya iaitu hamparan bumi yang cantik dan keindahan alam yang luarbiasa.Di Bukittinggi saya telah mengziarahi sebuah rumah yang mencatat sejarah pada warga Indonesia iaitu Bung Hatta.


Foto :Di depan rumah kelahiran Bung Hatta.
Patung Bung Hatta ada tersergam kukuh di jantung Kota Bukittinggi, Saya terpegun mendengar cerita dari sukarelawan Yasser yang menterjemahkan riwayat pejuang bangsa Indonesia yang tiada tolok bandingnya itu.

Nama Bung Hatta terpahat di hati rakyaat Indonesia sebagai seorang hebat dengan misi perjuangan dan keperibadianya yang unggul, kata Yasser lagi Bung Hatta selama hidupnya di dunia dia adalah sebagai "wira" tapi dia tidak memiliki sebarang harta atau sebuah rumah kediaman.Dia menghabiskan hidupnya untuk rakyaat Indonesia. Malah rumah yang ada di Bukkittinggi itu adalah rumah kelahiranya milik orangtuanya dan dia adalah seorang pejuang bangsa yang kaya dengan hatibudi dan minda yang hebat, tapi miskin dengan harta. Itulah Bung Hatta.

Foto : Berhenti sebentar melihat ciptaan Allah.

Oklah itu retetan sejarah seorang pejuang, tapi disini saya nak berkata tentang berjalanan saya di Ranah Minang ini, iaitu perjalanan yang saya rasa sungguh menyeronokan. Sebab apa seronok? kerana dari daerah pergunungan Bukittinggi kita akan menurun Bukittinggi hinggalah ke Lembah Maninjau yang terkenal dengan sawah padi dan suasana kampung yang indah. Untuk sampai ke Maninjau anda mesti melalui kelok yang banyak dan jalanya yang sempit serta mungkin membahaya kalau berhenti kereta secara mengejut. Iaitu jalan yang kami lalui itu ada kelok empat puluh empat , kalau kita kat Malaysia panggil selekoh dan setiap selekoh ada namanya dan ada perhentianya. Kereta yang dipandu mestilah perlahan kerana hendak beri laluan pada kenderaan lain juga. Ketika menuruni kelok tersebut anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah. Itulah kisah Kelok 44

Foto : Inilah pemandangan di sawah padi.Lihatlah masjid di tengah tengah sawah. Sungguh sejuk mata memandang.

Terima kasih buat anaknda Nukman kerana sering merakam gambar gambar yang cantik dan menarik.

Thursday, October 29, 2009

TIADA TUJUAN

Foto : Kalau anda belum boleh lihat diri sendiri,dengar saja nasihat Ibubapa dan jangan tersasar jauh. Betulkan niat dan tanamkan"perubahan" pada diri.Jangan jadi insan yg "gagal"

Hari ini dlm blog saya tidak lagi mengisahkan tentang BANTUAN MISI KEMANUSIAAN, tapi saya mau mengisahkan tentang "insan".Saya adalah seorang Ibu kandung kepada 3 puteri (Solehah,Sakinah & Jannah) dan 4 orang mujahid (Thoriq,Nukman,Salman,Ammar) dan ibubangkat kepada anak anak Kemboja,Anak Acheh,Anak orang Asli dan tak lama anak anak di Darfur pula.
Foto : Impian semua Ibubapa di dunia,anak yang soleh dan solehah.

Mengandung dan membesarkan anak anak ini dari tapak kaki 2 jari hinggalah ke usia 10 tahun itu tak jadi masalah semuanya baik baik, kalau saya kata pakai tudung semuanya pakai tudung, kalau saya kata pakai kopiah semuanya akur pakai kopiah, termasuklah Thoriq memakai kopiah hingga berusia 17 thn, kalau saya kata baca Quran semuanya berlumba lumba nak pandai baca quran.Tapi ari ini kat kopiah ada namanya tapi tuanya tidak mampu nak naikan kopiah atas kepala.Itu masa mereka kecil kecil dan manja manja serta tak mau berenggan dgn ibubapanya.

Tapi hari ini saya menghadapi delima anak yang "ganas"jiwanya dan tekanan " emosinya"yang meluap luap hinggakan semua teguran ibubapa sudah jadi tak penting lagi dalam kamus remajanya. Saya sering igaukan anak anak yang dapat menamatkan MISI IJAZAH di peringkat yang paling dasar, saya tak impikan anak anak saya untuk mengondol MASTER ATAU PHD, Tapi itu pun anak saya telah mula goyang dengan hajat saya. Terlalu banyak alasanya yang membuatkan saya rasa bahawa mereka ini adalah orang tak ade "kuasa kebal atau pendinding" untuk menjadi wira di dunia belajarnya. Dia hanya mampu mengikut arus dan asakan teman teman aje.Dah lah begitu anak anak ini gagal jadi insan hebat dalam erti kata seorang "wanita" atau "lelaki". Kalau anak perempuan mesti tahu jaga kebersihan diri, mesti tahu jaga pakaian, mesti tahu aturan keluar masuk rumah dan mesti tahu adab dan adat istiadat. Anak perempuan tak perlu mengigau nak pikul senapang, tak perlu tak hayun pedang dan tak perlu nak letupkan diri untuk mengisi ruang jihad kecuali kalau darurat atau kalau orang lelaki dah tak ujud di dunia ini.Foto : Sering kelihatan sama,anak dan ibu. Tapi dlm minda berbeda.Seorang ibu sering memikirkan kejayaan untuk anak anaknya, tapi anak anak terlalu rakus ingin cepat mengikut "emosi"

Saya rasa sangat terpukul kalau ada anak perempuan saya berkata tentang perkara yang saya ibarat seperti kunang kunang yang terbang di waktu malam, cerita yg hebat hebat, tapi di sebaliknya anda hanya seorang yang tidak bersemangat,tidak berjiwa dan tidak ada rasa "insan" .Kenangkan kembali atau anda harus luruskan niat, bayangkan sebelum anda menjejakan kaki ke Kota Jakarta, sempurna niat kedua ibubapa. Jangan jadi kunang kunang yang terbang malam, bila siang anda adalah ulat yang tiada cantiknya. Sempurnakan kewanitaan anda dan berdirilah di belakang seorang mujahid bila anda sudah cukup syaratnya dan bukan anda yang perlu jadi mujahid

Wednesday, October 28, 2009

BELUM HABIS LAGI

Foto :Tak kiralah siapa anda, kalau ada di timpa musibah apakah anda hanya berdiam diri?tak ambil pusing atau setakat berkata "mana ada duitnya nak tolong orang, aku pun susah" Jangan begitu, bantulah walaupun hanya dengan doa anda.

Gempabumi yang melanda Padang telah hampir sebulan berlalu, kenangan saya semasa melihat kesan gempabumi itu masih hangat dalam minda saya.Tak tau lah saya kenapa gempabumi yang di Padang ini sangat memberi bekas dalam hati saya.Saya terbayangkan kawah di kaki Gunung Tigo yang telah menjadi pusara ratusan penduduk di tiga buah kampung .Bila ingatan itu mengimbau terasa bulu roma naik, bukan seram tapi takut dengan kemurkaan Allah.Kalau Allah mau tarik nikmat tu hanya beberapa saat saja dan berlakunya tidak mengira masa dan kepada siapa?

Saya tengah mengarang buku gempabumi yang luarbiasa ini dan saya mau terbitkan buku ini dengan cepat dan buku ini akan saya bonuskan foto foto yang nyata lagi bersuloh.Biar buku ini jadi ubat hati yang durhaka kepada Allah supaya kita dapat berubah sikap jadi manusia yang pemaaf,pegasih dan insan yang taat dengan perintah Allah.


Foto : Bagaimana kalau yang tersangkut di celah runtuhan kayu,besi ini anda atau orang yang anda sayang. Ini gambar masa tsunami 2004 di Acheh.Siapalah kita ini ingin mempertahan apa yang kita ada.

Saya teringat ada seorang kawan saya yang sering memberi ingatan pada saya, katanya "masa badan sihat ni buatlah rumah, carilah harta dan simpanlah duit, nanti bila hari tua senang tak payah susahkan anak anak" saya diam saja dan saya tidak mau menjawab cakapnya dan dia memang tahu saya tidak ada rumah, kecuali menyewa aje, saya tidak ada harta, kalau adapun saya dah mewakafkanya untuk rumah anak yatim dan madarasah, dan saya memang tidak ada lansung simpanan dalam bank. Kalau saya ada RM 50 pun saya akan ingat pada siapa duit ini untuk saya beri samada pada anak anak, orang tua yg minta sedekah atau masukan dalam tabung masjid atau paling tidak pun saya akan beri pada anak anak angkat kemboja yang masih belajar.

Saya tahu duit dalam gemgaman saya akan membuatkan saya jadi tamak iaitu untuk mengenyangkan perut saya, untuk melawa muka saya dan untuk mengantikan pakaian baru saya, tapi kalau duit yang saya berikan pada orang layak menerimanya akan membuatkan orang menerimanya dapat melepaskan kesusahanya.


Foto : Rumah yang di bina puluhan tahun akhirnya dengan beberapa detik saya Allah menariknya balik dan rumah yang cantik itu tersungkur di bumi.

Sewaktu di Padang saya temui Ibu ibu yang merintih pilu dengan bencana gempabumi itu, katanya " rumah yang dibina berpuluh tahun tapi hari ini hanya lihat ianya tersungkur di bumi aje" Sedih juga saya dengar, tapi kuasa Allah itu mengatasi segala galanya dan dua hari lepas ada kawan saya beritahu pada saya " aku nak beli rumah kat kawasan perumahan barulah, rugi tau tak beli" setahu saya dia dah 4 biji rumah termasuklah rumah flat. Beginilah tamaknya manusia dan takutnya manusia pada kesusahan pada hari kemudian, tapi terfikirkah oleh manusia bagaimana jika Allah tarik nikmatnya dengan melemahkan tubuhnya saja, apa akan jadi dengan hartanya itu?

Sunday, October 25, 2009

BERINGATLAH SELALU


Foto : Inilah senarai wali wali yang di makam di sekitar masjid ini.

Semasa di Pulau Batam saya telah mendapat khabar dari Tv Indonesia bahawa GEMPA 7.3 SR GUNCANG MALUKU. Hati saya kecut bila memikirkan bahawa bencana alam sudah tidak ada kesudahan lagi sekarang ini. Gempabumi yang mengundang tsunami ini telah melanda satu Daerah yang cantik di Indonesia iaitu Maluku. Dan selepas itu gempabumi teruk juga berlaku di Sukabumi dengan kekuatan 5.1 SR. Inilah bencana yang sudah tidak terhitung lagi banyaknya.
Peristiwa peringatan dari Allah ini walaupun datang pada setiap detik tapi hamba tetap begitu juga malah telah membuat sesuatu kemungkaran itu dengan sebebasanya tanpa batasan lagi. Dari usia muda lagi kelakuan manusia ini sudah hilang perhitungan lagi. Dan bencana alam yang berlaku ini tidak langsung membekas di hati?

Pada masa saya di Batam saya telah lihat satu acara kaum bapa iaitu judi,bukanlah perjudian yang besar besar tapi perjudian yang kecil kecilan aje iaitu bermain DAM. MasyaAllah di setiap tempat yang ada gerai makan maka di disitu akan adalah beberapa kelompok kaum adam yang berusia 25tahun keatas hingga 50 tahun bertarung dengan watak ganas,kasar dan bengis.

Semakin jauh saya jelajah dunia ini semakin banyak perkara yang membongkar kerja kerja dajal diakhir zaman ini.


Foto : Dalam kedai minyak atar, tak jadi tauke minyak wangi tak ape, asalkan dapat baunya dah cukup.Kedai minyak atar ini terdapat di sebelah Majsid Raya Baitusyakur,Kota Batam.

2 Hari di Pulau Batam
Pulau Batam telah di kotakan pada tahun 1999 dengan kepadatan penduduk 450 000 orang dan kebanyakanya adalah pendatang dari berbagai daerah di pelusuk Indonesia termasuklah dari Papua.Batam adalah tempatnya yang sangat stertegik dengan pelabuhan antarabangsa, tapi tidak berapa membangun dari segi hasil buminya.Walaupun di Pulau Batam ini bolej jadi tempat yang indah sebagai lokasi perlancungan jika dibangun dengan sebaiknya.

Pada kesempatan yang singkat itu saya telah ronda hampir seluruh masjid di Batam dengan sejarah wali walinya yang di makam di masjid masjid tua. Begitu jugalah saya telah telah pergi ke Pulau pulau yang terkenal dengan nama jambatan enam yang memghubung antara pulau kepulau, tapi saya hanya dapat pergi satu jambatan saja yang di beri nama jambatan Berelang dengan kelokan yang melengkong serta di pinggir jambatan itu ada tanjakan tajam yang sangat menarik.





Foto : Bersama Ibu jamu.

Jambatan Belelang ini telah mengabadi nama Tengku Fisabilillah. Jambatan yang panjangnya 642 meter dan lebarnya 350 meter. Jambatan Belelang ini telah menghubung Pulau Batam dan Pulau Tonton.Di sepanjang jalan di jambatan ini terdapat banyak jualan makanan udang goreng tepung dan ketam. Jika anda mengunjunginya anda akan nikmati tiupan angin yang sangat kuat hinggga mengoyangkan jambatan itu dan kehijuan airnya sungguh menarik sekali dan betapa cantiknya ciptaan Allah dan di sepanjang saya di Pulau Batam tidak saya temui lagi orang bulan, mungkin mereka truma agaknya. VISIT BATAM 2010 Siapa mau kunjung? silakan


Foto : Inilah jambatan Belelang atau Jambatan Tengku Fisabilillah yang meyambungkan Pulau Batam dan Pulau Tonton, Sungguh cantik dan tiupan angin sangat kuat. InsyaAllah Tahun Melawat Batam 2010 saya akan kujungi sekali lagi untuk cukupkan laluan ke keseluruh jambatan yang enam itu yang terdapat di Batam iaitu menghubungkan antara Pulau Batam,Pulau Tonton,Pulau Nipah,Pulau Setoko,Pulau Kepang,Pulau Gelang dan Pulau Gelang Baru, yang dihubungi oleh enam jambatan yang di beri nama dengan orang orang alim . Dan saya akan menjelajah ke pulau seribu.

Thursday, October 22, 2009

PAMAN

Foto : Bertudung merah jambu Ummu Solehah,Berpurdah hitam Ummu Sakinah dan yang paling kanan anak angkat saya Irfan Soleh.

Foto : Ini Azizi,(Paman) menjadi kesayangan anak buahnya.

Adik lelaki kedua bongsu saya namanya Azizi. Orangnya kacak juga, masih bujang lagi dan mempunyai perwatakan orang yang berakal dan baikbudi bahasa.Ini bukanlah saya nak memuji sebab dia adik saya, tapi memang benar.Tapi yg kurangnya dia ni tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia ada kemahiran di dalam bidang IT. Anda sebut saja nak buat apa,program apa.Agaknya itulah nasibnya orang yang berjiwa lembut ni agaknya.

Azizi ni dia tinggal dengan kami semenjak dulu dulu iaitu sebelum saya ada anak lagi dan kini anak sulung saya berusia 24 tahun.Saya pun tak tau kenapa dia boleh tinggal bersama dengan kami cuma sekarang kami tidak tinggal serumah denganya.Baru baru ini saya telah membuka kaunter untuk BANTUAN MISI KEMANUSIAAN PADANG. Dia dengan rela untuk membantu saya, cuma katanya kalau ada rezeki lebih bawalah dia ke Padang dan kami telah membawanya untuk membantu kerja kerja sukarelawan. Selama 4 hari di Padang dia telah bertemu dengan ramai orang dan dia pula bercadang untuk ke Jakarta untuk mengziarahi anakbuahnya iaitu Solehah,Sakinah dan Nukman. Perjalanan selama 36 jam dari Kota Padang ke Jakarta adalah satu pengalaman yang manis baginya.Bila dia sampai di bumi Jakarta anakbuahnya telah menerima kedatangan pamanya yang berusia 33 tahun itu. Selama 8 hari dia bersama anakbuahnya ada perkara yang membuat anakbuah merinduniya iaitu Azizi rajin memasak untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Kini anakbuahnya sangat merindui masakan Pamanya itu. Tapi yang saya risau sekarang ini apakah anak saudara Azizi tu bolehkah memasak seperti Pamanya masak. Kalau boleh maka pamanya akan merindui masakan Sakinah dan Solehah.

Wednesday, October 21, 2009

MEMADU KASIH

Foto : Inilah tempat tertimbusnya ramai korban gempabumi. Disinilah terletaknya satu tempat yang sangat indah pemandanganya.Iaitu tempat memadu kasih antara sama jenis atau berlawanan jenis.


Foto : Syurga dunia, tempat para pelancong membeli belah, tapi kini tinggal kenangan. 80% kota Padang musnah dan rosak. Pasar di Kota Padang.

Foto : Di Sg Kapar, rezeki Allah melimpah ruah.Manusia mengautnya dengan tamak dan tidak terfikir untuk membersihkanya dengan berzakat atau sedekah.


Foto : Pemandangan yang luarbiasa di bumi Minangkabau.

Foto : Bulan ramadan sama aje dengan bulan lain. Tiada lagi menjalankan rukun Islam. Hidup penuh dengan nikmat dan di laknat.

Sebelum 30 Sept 09 saya ada pergi ke Kota Padang melalui Perlabuhan Kelang, naik feri ke Dumai dan terus aje Pekan Baru dengan menaiki kereta selama 5 jam dengan keadaan jalan yang memeningkan kepala dan apabila sampai ke Pekan Baru kami tidur semalam di sebuah hotel yang sederhana murah kerana hari dah jauh larut malam. Malam itu kami bersahur dengan rendang dan nasi Padang, rasanya sama dengan masakan mak saya Negeri Sembilan.

Sepanjang pagi itu kami banyak merakamkan gambar gambar masjid yang cantik dan menarik untuk koleksi sebuah buku yang berkaitan dengan tempat ibadah orang Islam di Asean .InsyaAllah buku ini akan menjadi satu wadah pengetahuan umum untuk generasi sekarang dan akan datang.

Tengahari itu kami ke Padang dengan menaiki kereta sewa dengan perjalanan selama 10 jam dan dalam perjalanan itu saya sungguh kagum dengan bumi Minankabau ini. Kerana sepanjang perjalanan itu pemandangan kami di saji dengan sawah padi, gunung ganang dan rumah rumah minang serta masjid masjid yang sangat seni dan menarik.

Bila terjadinya gempabumi pada 30hb Sept 09 ini maka terbayanglah saya pada keindahan alam fauna yang sangat indah telah Allah jadikan dan saya sempat melihat pemandangan anak anak gadis yang boleh di kira dengan jari yang bertudung dan masing masing ini berpakaian setaraf dengan warga New York. Dan bila azan berkumandang ramai yang tidak mengindahkan seruaan untuk solat berjemaah dan mereka ini terus menerus mengali rezeki Allah yang tidak pernah habis. Satu lagi yang membuatkan saya rasa teringat ialah ramainya anak muda (cowok) yang memakai anting anting, gelang dan rantai besi dan mereka ini seperti satu budaya. Manakala anak gadisnya memakai seluar jeans sendat dengan T-Shirt setakat pusat saja.

Muda mudi ini memenuhi kota Padang. Bila gempabumi mengegarkan bumi Minangkabau maka saya teringat kenapa di Gunung Tigo ini musibahnya bumi menelan manusia? kata seorang siak di sebuah masjid tua di Desa Alai iaitu bahawa di Gunung Tigo ini adalah tempat bercanda kasih atau memadu asmara para remaja. Bila saya lihat pemandangan di Gunung Tigo ini pemandanganya amatlah luar biasa cantiknya dengan intaian mentari petang di celah celah gunung dan lurah lurah yang mengalirkan sungai sungai serta dengan lambaian daun kelapa yang melampai tinggi serta tempatnya yang sejuk dan anyaman sekali, manakala hutanya sangat cantik menghijau. Inilah anugerah Allah buat hambanya dan anugerah ini tidak di hargai dan tidak di bawa kearah kebaikan. Saya berharap buat anak anak muda janganlah anda membudaya diri anda dengan perbuatan sesama jenis atau berlawanan jenis secara haram.


Tuesday, October 20, 2009

MURTAD SATU KAMPUNG

Foto : Mereka ini pernah di Islamkan dan sekarang mereka telah murtad.

Pada hari ini saya nak nulis tentang orang asli yang menetap di Kg Merbau Maran Pahang. Agenda saya bersama dengan kaum peribumi ini kadangkala tu menemui kebuntuan dan kejemuan.Tapi bila ingatkan bahawa kerja ini perlukan sebuah kesabaran dan ketabahan insyaAllah saya akan menemui jalan peyelesaianya.Benarlah apa yang di katakan oleh orang untuk bersusah susah ini kadangakala itu tidak ramai yang mahu. Di Kampung Merbau hari ini ada 5 perkara yang membuatkan saya rasa perlu di beraskan dengan segera

1 Orang Asli yang telah murtad 12 tahun lalu secara ramai ini belum ada orang mahu mengambil kisah tentang kehidupan mereka.
2 Perebutan untuk mengadakan pembangunan pasarana di Perkampungan orang Asli dengan dengan keuntungan yang berlipat ganda dari pihak kerajaan untuk kontrator yang tertentu sahaja demi duit bukan untuk pembangunan insan.Dan ingin saya beritahu bahawa surau kg Merbau yang sudah buruk dan usang itu ada 2 bilik air yang baru seperti sebuah rumah pula di buat dalam tahun 2009 ini dengan tender dari pihak yang tertentu.Sedangankan suraunya sangat daif dan tiada AJK pun.
3 Pendidikan kanak kanak kian di abaikan
4 Kaum wanita kurang di beri peluang untuk membaiki kesihatan dan pengetahuan am
5 Kemudahan orang kristian masuk dan mengunakan kaedah yang orang asli minat iaitu seperti arak dan hiburan , inilah kemungkaran telah membuatkan mereka seronok dengan kehidupan ini .

Hari ini kalau saya mengajak pelajar pelajar universiti atau orang orang untuk dakwah belum ada yang mahu secara istiqomah, kalau setakat 3 hari boleh lagilah, itu pun terpaksa dengar macam macam rungutan seperti makan tak cukuplah, susahlah, orang asli degilah dan bermacam macam lagi rungutan.

Kerja dakwah ini adalah kerja "mengorbankan diri untuk orang lain" kalau orang itu mampu maka orang itu hebatlah, ada juga yang mahu tapi mesti ada syarat iaitu "kemudahan dan dengan elaun yang sepadan".

Bagi saya NGO belum memiliki dua perkara itu dan sampai kehari ini masih ada lagi bayaran dari pihak yang berwajib memberi yang sepatutnya kami terima 3 tahun dulu belum di terima dan kesalahan murtad orang asli ini bukanlah salah mereka tapi orang asli ini yang terabai pada keadaan sekeliling yang tidak prihatin.

Friday, October 16, 2009

Musibah Lagi

Foto :Cuba anda lihat dipuncak itu masih utuh lagi khemah majlis khawin. Kemana perginya pengantin itu? kami pun tak tahu apakah mereka masih hidup atau telah terkorban,hanya Allah saja yang tahu.


Lagi musibah datang,Ya Allah jika hamba Mu banyak melakukan perkara yang membuat Kau murka ampunilah, sesungguhnya dugaanMu dan ujian amatlah berat buat hambaMu yang lemah dan hina ini. Hari ini pada jam 4.45 petang waktu tempatan satu lagi gempabumi yang berlaku di Bandar Lampung,Durasi,Jakarta. Kejadian gempabumi selama 5 minit dengan kekuatan 6.4 SR.

Rasanya kami tak berupaya lagi untuk bercerita tentang gempabumi,banjir, tanah runtuh dan tsunami. Sudah tidak terhitung lagi angka angka korban . Tapi walau apapun lapuran lengkap tentang gempabumi di Bandar Lampung belum lagi kami terima dengan sepenuhnya dan saya sentiasa menanti perkembangan lanjut tentang gempabumi tersebut.

Ok lah saya mahu sambung perjalanan MISI KEMANUSIAAN kami di bumi Minangkabau.Setelah kami melalui perjalanan yang jauhnya boleh tahan juga maka kami pun sampailah di lapangan Pasar Sei Geringging untuk parking kereta di situ, kami lihat ada khemah anak anak pelajar dari Universiti Andalas telah membuka posko perubatanya untuk orangramai.Dan ramai sekali sukarelawan yang menjalankan tugas masing masing.Saya berjumpa dengan teman teman sukarelawan dari Malaysia,kalau ada musibah asyik asyik orang sama saja jumpa.Agaknya tak ramai sukarelawan yang mahu buat tugas begini, korban masa,wang ringgit dan tinggal anak isteri.

Dari lapangan pasar itu kami telah meyewa beberapa biji motor untuk ke tempat kejadian itu.Untuk sampai ke kawasan musibah di Gunung Tigo sangat sukar untuk pergi kerana jalanya retak dan terputus .Ramai sekali anak anak muda memberi perkhidmatan motornya dengan kadar bayaran Rp 30,000. Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga di tempat kejadian tersebut.Tak dapat nak di bayangkan betapa besarnya kuasa Allah sehinggakan tidak tergambar dan tidak di terima oleh akal manusia yang waras ini. Saya pernah melihat bencana tsunami di Acheh pada Dec 2004, saya masih lagi boleh menerima hakikatnya walaupun kemusnahan sungguh teruk, tapi kesan gempabumi yang didepan mata saya ini dengan tanah runtuh yang sedalam 100 kebawah seperti kawah, atau akan jadi danau satu ketika nanti. Saya rasakan bahawa kami yang melihat dari atas ini adalah seperti semut yang merayap aje.

Anak saya no 4, Nukman, bapa saudaranya Azizi dan Ustaz Yasser telah turun kedasar runtuhan tanah itu dengan membawa kemaranya untuk merakam bekas musibah itu. Dari cerita yang kami dengar bahawa pada hari kejadian tersebut ada majlis kenduri khawin seramai 300 orang yang meraikan majlisnya. Khemahnya masih tegak lagi dan rumahnya masih ada lagi,di sepanjang lerengan tanah runtuh tersebut terdapat banyak pinggan mangkuk,periuk belanga, tilam bantal dan berbagai lagi peralatan rumah dan Quran.


Foto : Dari kiri Ustaz Yasser,Azizi dan Nukman.Sukarelawan BERSAMA


Di dasar tanah runtuhan tanah itu masih banyak lagi korban yang terbenam dan telah istyhar sebagai kubur massal(kubur besar) Cuba anda lihat gambar tempat runtuhan ini masih ada saki baki kampung itu yang sangat cantik dengan beberapa buah rumah dan di penuhi pohon pohon kelapa, dan cuba anda bayang kemana perginya kampung itu, iya kampung itu telah terbenam.


Foto : Lapisan bumi

Ya Allah bahawa hambaMu ini tidak dapat nak bayangkan ujianMu itu,teringat pada peristiwa banjir besar di zaman Nabi Noh.

Ya Allah kalaulah hambaMu banyak melakukan dosa ya Allah kau ampunkanlah bahawa dari pemandanagan musibah ini saja hambaMu rasa sangat gentar dan takut dengan balasan dari Mu.

Rayuan saya kalau anda ada lebihan duit anda sumbangkanlah untuk mereka yang sedang didalam musibah itu. Sesungguhnya musibah gempabumi yang sangat ngeri dan boleh membuatkan mereka yang terkena musibah itu akan truma.

Thursday, October 15, 2009

Nasib di rundung malang

Foto : Bantulah mereka, kerana hidup kita di atas dunia ini umur kita tidak akan menongkat langit, berakhirnya nyawa kita tanpa kita ketahui dgn cara yang macamana.Hari ini musibah datang kepada mereka, jangan lupa apakah jenis musibah untuk kita pula.

Dalam perjalanan menuju ke tempat yang femous di tika ini di Daerah Pariaman iaitu Desa Gunung Tigo. Suasananya sangat mengundang simpati,kesedihan,kepiluaan,keresahan dan simpati pada orang orang yang di rundung malang iaitu kehidupan selepas musibah.

Saya ingin nasihatkan pada anda yang ada kesempatan ruang masa, kewangan yg lebih dan kesempatan kudrat pergilah ziarah orang yang terkena musibah. Lihatlah betapa kesianya mereka ingin memulihkan daya tahan mental mereka setelah melalui detik detik mati hidup kembali. Kalau kita di tempat aman dan belum di datangi musibah lagi ini mungkin tidak merasai apa apa perasaan pun sekali pun media massa dan kaunter kutipan bantuan menjengah di depan mata. Anda akan geleng kepala aje tanda anda tidak mau bantu atau anda hulurkan lebihan ringgit selepas membeli KFC dan Micdonal's dan tidak saya nafikan juga ada yang mengeluarkan puluhan, ratusan dan ribuan ringgit untuk menyumbang. Tapi yang paling banyak sekali ialah RM1.

Foto : Sudah habis semuanya.Yang tinggal hanya kekuatan mental dan fizikal saja bagi meneruskan hidup ini.

Dalam perjalanan yang memakan masa selama 2 jam itu tidak jemu jemu mata memandang di sepanjang jalan anak anak kecil, kaum wanita, warga emas dengan pakaian yang lusuh, muka yang kusam dan rambut tidak terurus menadah kotak kotak mohon di isi walaupun rp 1000 (37 sen).

Kadang kala itu ada yang sampai menahan kereta yang lalu lalang untuk mereka serbu bagi memohon sedikit duit untuk mereka meyambung kehidupan, bagi mereka sudah tidak ada rasa malu,segan kerana hidup pasti di teruskan dan yang terkorban tetap pergi yang hidup mahu meneruskan perjuangan mereka.

Tekanan perasaan pada mangsa musibah adalah satu kesedihan kerana keluaraga yang di sayangi mungkin terkorban di depan mata, rumah yang dibina hasil dari titik peluh puluhan tahun ranap dalam masa sampai 20 minit dan kebun tanaman atau binatang ternakan rosak dan hilang begitu saja dan yang tinggal hanyalah gundahan hati mohon simpati. Buat anda yang mungkin berhati sekeras besi waja mungkin akan memalingkan muka bila ada orang mohon bantuan, tapi saya ada temui orang yang sangat baik dan pemurah sehingga dia sanggup mengorbankan wang ringgit dan hartanya untuk membantu orang susah.

Kalau kita membantu tak payah fikir untuk balas kebaikan kita itu kerana hidup manusia ini ibarat roda, tiada manusia yang hidupnya tidak pernah di timpa kesusahan walaupun dia hidup dalam gedung duit atau emas sekali pun.

Lakukan sesuatu dengan iklas dan tangan di atas itu sangat mulia dan tangan keramat kerana sanggup memberi. Esok saya akan sambung lagi khabar dari bumi Minagkabau ini.


Foto : Bangunan yang gagah dan tersergam indah tersungkur menyembah bumi dengan gegaran yang yang tidak sampai 10 minit

Tagih Simpati

Foto : Saya bukan seorang yang kaya dan orangkuat untuk melakukan semua kerja.

Kalau saya kata saya sangat letih dalam menjalankan tugas ini, memanglah saya letih.Kadangkala itu tak sedar dari pagi sampai malam. Saya rasa saya ini bekerja macam robot aje.Di pejabat saya di Jalan Reko Kajang tiada ruang langsung untuk saya menerima tetamu, ibaratnya seperti gudang. Bila lambakan sumbangan baranga dari orang yang banyak maka tidak dapatlah saya uruskan dengan baik.Kadang kadangkala mahu rasanya saya lari seketika dari tugasan ini pergi bersuluk dalam seminggu, tapi hati saya belum mampu berbuat demikian.

Setiap hari ada saja orang yang datang dan call untuk minta bantuan kewangan, makanan, ubat ubatan dan mohon untuk sekolahkan anaklah. Rasanya saya ni dah jauh tersasar dari kerja yang mahu saya buat iaitu sebagai "sukarelawan"

Yang paling meyedihkan ialah bila banjir besar berlaku di Kemboja sekarang ini ramai orang Kemboja cari saya dan minta bantuan segera, saya tidak tahu dari mana nombor caontat saya dia dapat.Katanya dia perlukan bantuan segera kerana rumahnya tenggelam oleh air banjir dan ada yang sampai datang satu rombongan dari Kemboja mohon untuk saya buat Masjidnya yang sangat uzur. Maka saya pun hanya mampu anggukan kepala saja tanda faham apa dia cakap.

Dan yang paling menyedihkan pula ialah ada anak anak remaja Malaysia ini yang mecari kerja "sukarelawan" dengan elaun makan RM 20 sehari dan elaun kerja sebanyak RM 70 sehar dari saya i. Ini lagi parah saya memikirkanya. Apakah Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) dan MISI KEMANUSIAAN ini egensi perkerjaan. Saya pun tidak tahu mahu cakap macamana bila saya ini orang padang sebagai seorang berduit.Tahukah bahawa saya bukanlah orang yang berduit dan saya tidak memiliki duit peribadi walaupun sebanyak RM 30 dan saya tidak ada harta. Saya hanya meyampaikan sumbangan orang kepada orang memerlukan, itu saja.

Begitu jugalah saya tidak mampu untuk membayar elaun "sukarelawan". Kalau anda rasa ingin menyumbang tenaga silakan dan saya mohon anda janganlah memaksa untuk saya menilai berapa nilai tenaga anda untuk saya bayar dan saya tidak mahu bertanggungjawap. Malah kerja ini adalah khidmat masyarakat dan amal.Saya harap anda yang ingin saya sponsor berbagai bagai perkara itu marilah kita sama sama cari sumber dan kita sama sama lakukanya demi membantu orang dan saya bukanlah "majikan" saya hanya orang biasa yang hina dan daif.

Tuesday, October 13, 2009

Bersatu Padu

Foto : Sampaikan sumbangan kepada orang di timpa musibah

Hari ini saya sambung lagi khabar dari Minangkabau iaitu bumi yang di gegarkan dengan gempabumi baru baru ini.

Hari kedua kami di sana kami telah menyinggahi sekali lagi di rumah bonda ustaz Yasser. Saya sungguh teruja dengan watak Ibu yang sangat baik dan berbudi bahasa itu. Sungguh menarik sejarah ibu yang berusia akhir 60an itu.Tapi kita tinggalkan riwayat menarik ibu itu dan saya mahu membawa anda menjelajah ke bumi gempa ini.
]
Sebelum kami bertolak ke tempat yang terkena gempa itu kami telah mengagihkan buah kurma first class yang di bawa oleh ustaz Yasser sebanyak 5 kotak dari Malaysia . Kami mengisi kurma itu kedalam plastik kecil untuk di agih agihkan, kata Ustaz Yasser rumah yang ada kurma dia tidak akan rasa kelaparan dan ustaz Yasser juga telah membeli 3 guni beras serta beberapa sarang telur. Saya kira ustaz Yasser adalah orang yang sangat prihatin tentang kesusahan dan saya jarang bertemu dengan peribadi insan yang sebaik ini.

Foto : Ustaz Yasser, insan yang berhati baik dan iklas. Seorang nenek menangis bila bertemu denganya.

Sebelum bertolak ke Padang kami mendapat tahu bahawa beliau tidak mempunyai duit untuk tambang balik ketempat darahnya yang di landa gempa tapi kalau sudah rezekinya melalui kami maka kami telah mebeli tiketnya untuk sehala perjalanan dulu .Selepas tiketnya di beli maka rezekinya mula melimpah limpah, itulah yang di katakan rezeki orang membuat kerja Allah ini akan Allah akan lipat gandakan dan dia telah membawa sumbangan dari rakan taulan untuk di sampaikan ke mangsa musibah.



Foto : Fotografer remaja Mohd Nukman bersama mangsa musibah sedang bersantai santai.

Setelah selesai kami mengagihkan beras dan kurma kami telah tempat musibah itu dengan mobil yang di pandu oleh seorang pak supir yang baik dan peramah yang bernama Ben. Dalam perjalanan ketempat musibah itu kami telah melalui jalan yang di penuhi oleh orang orang yang menadah kotak kotak untuk menerima sebarang sebarang sumbangan dari orangramai. Betapa sedihnya bila anda melihat situasi ini dan ramai sekali anak anak muda yang kuat membantu rupanya dan ada beberapa NGO dari dalam dan luar negara yang bertungkus lumus membantu mangsa musibah ini.

Rupanya ramai orang berhati baik, mulia dan ringan tulang membantu orang yg di dalam musibah. Kalau anda tidak mahu membantu itu tidak apa apa dan anda peluklah tubuh anda dan anda simpanlah rasa "ala orang dah bantu, apa aku nak tolong, biarkan itu mereka yang kena musibah, aku di sini selamat" dan anda simpanlah rezeki anda itu, tapi sebenarnya masih ramai lagi insan yang pemurah. Allah itu maha Adil. Esok saya sambung lagi cerita menarik dari bumi Minangkabau ini dan tunggu ye sebuah buah tangan dari saya yang akan terbit tidak lama yang bertajuk "Gegeran di Bumi Singalang" buku ini penuh dengan gambar yang menarik dan cerita yang berimformasi yang akan saya gabungkan dari 3 peristiwa saya lalu selama berada di sana iaitu Gempabumi yang luarbiasa, Ilmuan Hamka insan yang berilmu yang tiada tolok bandingya dan keindahan tanah Minagkabau.


Foto : Siapa yang mahu menafikan keindahan bumi Minangkabau ini.

Monday, October 12, 2009

SIAPALAH KITA


Gempabumi di Padang Indonesia berlaku pada 30hb Sept 09 pada jam 5.16 ptg.Gempabumi yang sekuat 7.3 skala ricter itu adalah antara beberapa bencana alam yang dahsyat dan mencemaskan seperti banjir besar di Manila danVietnam serta di India. Disamping itu satu musibah yang besar sedang berlaku Samoa yang telah mengorban ratusan nyawa. Dalam pada itu saya sibuk memcari dana untuk membantu jiran yang paling hampir dengan negara kita iaitu di Padang Indonesia.

Bagi saya kekecohan yg membuahkan salah sangka pada segelintir orang diantara dua buah negara saya ibarat seperti "usik mengusik adik beradik".Adatlah bila ada perkara yang sangkit menyangkit itu maka adalah timbul rasa tidak kepuasan.Perkara yang remeh ini tidaklah perlu di perkatakan, jangan suka mencari silap atau mengadakan adakan sesuatu untuk menutup sesuatu.

Oklah itu perkara remeh tapi yg mahu saya lontarkan ialah soal KEMANUSIAAN. Hampir setiap kali musibah berlaku di negara jiran saya akan mengambil perhatian dan saya cuba untuk membantu.Orang yang menjadi tulang belakang kami dalam kerja kerja ini adalah di kalangan orang negara jiran juga iaitu seperti Ustaz Abbdulah orang Acheh yang menjadi orang kuat kami di Acheh dan kini Ustaz Yasser orang yang berasal dari Pariaman Padang. Mereka ini adalah orang yang bekerjakuat diMalaysia dan membantu keluarganya, masyarakat dan negaranya di INDONESIA.

Pada 9 hb Oktober 09 kami telah berangkat ke Padang seramai 4 orang dan seorang dari Jakarta iaitu Mohd Nukman yang banyak menjalankan tugasnya dengan sabar dan tabah.Kami sampai di Padang jam 5 ptg waktu tempatan dan langsung saja kerumah Ibu Ustaz Yasser di Pariaman, dalam kegelapan malam kerana letrik terputus semenjak gempabumi itu amatlah menyukarkan suasana. Tapi syukur alhamdulillah kami di sambut oleh keluarga Ustaz Yasser dgn penoh mesra.Walau pun Ibu Ustaz Yasser telah meyediakan tempat tidur buat kami tapi kami tidak dapat memenuhi undangan itu memandangkan rasa tidak sampai hati menyusahkan orang yang didalam kesusahan. Kami mencari penginapan di hotel seluruh Pariman tapi semunya penuh.

Pada malam itu kami meginap di sebuah hotel yang yang telah menaikan harganya dari harga Rp 76,000 kepada 240,000 selepas gempabumi, iya mahu tak mahu kami tidur juga, dan semuanya telah mengambil kesempatan dari tregedi gempa bumi termasuk sate Padang dari Rp 8000 sepinggan kini telah naik Rp 15,000 dan semuanya naik harga inilah masanya untuk mengaut kesempatan dari orang datang untuk membantu dan mengziarah. Tahun melawat Indonesia atau Wisata Gempa, insyaAllah saya sambung berita menarik ini dari bumi Minangkabau.

Sunday, October 4, 2009

TEBAL MUKA

Saya pun tidak tahu bila saya bekerja sebagai sukarelawan ini. Seingat saya masa berusia 12 tahun saya sudah mula membantu kawan kawan yang susah dan saya pernah kerja sebagai tukang gunting hujung minggu pada usia 13 tahun di kampung. Saya akan mengunting rambut kawan kawan dan anak anak kampung secara percuma. Bertahun tahun kerja ini saya lakukan.

Bila saya sudah remaja dan bekerja saya mula meyara beberapa orang anak anak orang susah dengan memberi belanja secara tetap pada setiap bulan disamping membiayai adik adik. Saya pun tidak tahu dari mana rezeki yang saya dapat pada waktu itu, sedangkan masa itu gaji saya hanya RM 280 sebulan.

Pada hari ini saya kembali semula kepada kerja sukarelawan ini. Dan saya pun tak tau rezeki yang saya dapat dari mana puncanya.Setahu saya ramai yang meyokong kerja saya ini dan saya bersyukur kerana saya masih berupaya dengan kerja kerja yang dianggap sebagai menjual muka.
Sebab apa jual muka? sebabnya setiap kali bencana alam berlaku walau di mana saja maka muka saya yang akan menadah tabung minta orang untuk isi bagi membantu orang yang didalam kesusahan dan kesengsaraan.

Hari ini bila saya berdiri di kaunter TABUNG MISI KEMANUSIAAN untuk mengedarkan phamplet BENCANA ALAM DI PADANG ada juga rasa malunya bila ada ada orang mengenali saya menegur saya "Cik Puan Rusnah kutip bantuan ke? saya hanya mampu anggukan kepala sahaja. Saya tahu bahawa tugasan ini tidak mampu dilakukan oleh semua orang, tapi ada orang yang mampu lakukan dengan baik dan iklas.

Cerita hari ini.
Semalam saya ada meminta tolong seorang anak muda untuk bantu saya untuk mengutip dana ke Padang. Saya pun tidak tahulah samada dia iklas atau dia malas, kalau saya duduk denganya macam macam boraknya yang kadang kadang saya rasa tak masuk akal, bila saya tinggal sekejap hari ini untuk dia mengutip dana di komplek PKNS dia cabut lari tanpa sepatah pesanan dan sepanjang saya denganya ada istilah perkataan yang saya tidak faham "jangan paksa" dan "saya letih" bila saya lihat saiz badan anak muda ini beratnya 90 kilogram dan saya pun tidak taulah apa yang dimaksudkan dengan "jangan paksa" dan "saya letih"agaknya tempat yang dia menunggu kaunter Tabung Misi Kemanusiaan itu tidak ada tempat tidur. Ini lah cerita anak muda kita yang sangat enak di ulit dengan makanan,rehat dan hidup tidak susah.

Thursday, October 1, 2009

MARA MENAPAK - JUALAN LANGSUNG LAIN DARI YANG LAIN

Foto : Tuan Haji Waharp Yusoff, usahawan dan big bos Telaga Biru Sdn Bhd yang meneroka bidang jualan langsung - Stormreaders Network Sdn Bhd.

Petang tadi kami telah menziarahi sebuah syarikat jualan langsung yang baru dilancarkan pada bulan Ramadan yang lalu. Saya kira syarikat ini lain dari yang lain. Sebenarnya kewujudan syarikat ini telah lama saya tahu. Saya meyakininya dengan penuh harapan untuk melihat kejayaan ulung dari seorang yang berjiwa pemurah dan berjaya dalam bidang perniagaan. Inilah Tuan Haji Waharp Yusoff, yang merupakan pelopor dan peneraju syarikat jualan langsung baru ini yang juga merupakan big bos syarikat penerbitan tersohor negara, Telaga Biru Sdn Bhd. Syarikat jualan langsung yang dimaksudkan ialah Stormreaders Network Sdn Bhd.

Foto : Encik Syah Rizal Mohamed, bekas anggota kumpulan nasyid Brothers merupakan Pengurus Stormreaders Network Sdn Bhd. Orang muda berjiwa muda.

Teringat saya pada kata-katanya pada malam pembukaan pejabat STORMREADERS yang bertempat di Damasara Damai tiga hari sebelum Syawal baru-baru ini, "Saya bukan seorang penulis untuk meninggalkan hasil karya terulung untuk dibaca oleh orang ramai. Saya juga bukan seorang penceramah yang boleh berceramah tentang agama dan motivasi untuk memukau orang ke arah kebaikan. Saya tidak kecewa dengan kekurangan itu. Tapi saya berhasrat untuk menarik orang ke arah kebaikan dengan meninggalkan ilmu yang bermanafaat melalui bahan-bahan bacaan yang berguna untuk membawa orang ke arah kebaikan."

Foto: Orang ramai sedang mendengar penerangan pelan pemasaran Stormreaders Network Sdn. Bhd. dalam bilik mesyuarat syarikat.

Kini syarikat MLM ini adalah di bawah seliaan panel perunding syariah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan Ustaz Zahazan Mohamed. Setiap pelannya telah dikajiselidik akan kesahihannya supaya tidak ada perkara yang meragukan dan syubhah dalam pelan pemasaran syarikat.

Apakah yang dikatakan MLM Stormreaders ini?


Foto : Orang kata MLM itu maknanya "malam" kerana pendokongnya bergerak pada waktu malam untuk mempastikan apa yang diusahakan berhasil dan memuaskan.

Saya kira mungkin anda tertanya-tanya. Ya, pelan pemasaran Stormreaders ini adalah satu kaedah jualan buku-buku yang mewujudkan rangkaian produk bahan bacaan sebagai kaedah untuk menarik minat rakyaat Malaysia untuk membaca iaitu dengan motto "Membina Masyarakat yang Berilmu, Beriman dan Berharta."

Foto : Encik Mohd. Iqbal Haji Waharp, sedang menerangkan pelan pemasaran Stormreaders.

Bagaimana Stormreaders menjaga mutu produknya? Ya, Tuan Haji Waharp Yusoff adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang industri muzik, audio visual dan kini telah meneroka bidang penerbitan buku-buku yang menampilkan para penulis yang terkenal, pakar motivasi yang hebat dan ikon agama dan ilmuan. Maka hasilnya, buku-buku terbitan syarikat Telaga Biru Sdn Bhd adalah bahan bacaan yang tidak diragui lagi. Antara barisan ikon Stormreaders ialah Dato' Ismail Kamus, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Ustaz Zahazan Mohamed, Dato' Siti Norbahyah Mahamood, Profesor Madya Izzi, Jutawan Internet Irfan Khairi, pakar motivasi yang tak asing lagi Dato' Haji Mohd. Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Ustaz Zamri Zainuldin Mari Mengaji, Dr. HM Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan ramai lagi.


Foto : Kaji selidik yang memakan masa selama 2 tahun telah menghasilkan sebuah syarikat MLM yang mencetuskan satu kaedah yang baru dalam menarik minat untuk orang membaca.

Untuk mendapat keterangan lanjut berkenaan dengan MLM Stormreaders ini anda boleh datang terus ke ibu pejabat Stormreaders Networks Sdn Bhd, 11A, Jln. PJU 10/10B, Saujana Damansara PJU 10, 47830 Petaling Jaya (Damansara Damai, Jalan Sungai Buluh) atau hubungi talian 03-61418684/85.

BENCANA UJIAN DARI ALLAH

Foto: Saya bersama warga Pantai Usang, Pengkalan Kota Baru, Riau, Sumatera sebelum meneruskan perjalanan ke Padang, lokasi gempa bumi terbaru.

Foto: Saya di hadapan Masjid Agong an-Nur, Pekan Baru, Sumatera dalam bulan Ramadan baru-baru ini.

Esok Jumaat, saya dengan beberapa orang sukarelawan dari Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA) akan membuka TABUNG BANTUAN MISI KEMANUSIAAN SUMATERA. Kaunter dibuka 9.00 pagi - 9.00 malam yang akan bermula 2 - 4 Oktober o9 ( 3 hari) di lokasi berikut:

1. Ibu Pejabat Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA), No. 2, Seksyen 15, Jalan Reko, 43000 Kajang.
2. Kaunter TABUNG BANTUAN MISI KEMANUSIAAN SUMATERA, Tingkat Bawah, Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi.
3. Surau an-Nur, Bandar Baru Bangi.


BANTUAN DARI ANDA SEMUA SANGAT DIALU-ALUKAN:

1. Kewangan untuk urusan Bantuan Misi Kemanusiaan.
2. Ubat-ubatan terutama ubat luka, panadol dan cirit-birit.
3. Khemah dan selimut.
4. Pakaian yang baik saja atau yang baru.
5. Pakaian ibadah.


Kepada sesiapa yang ingin menawarkan diri untuk membantu kami di ketiga lokasi di atas sangat dialu-alukan. Hubungi saya dengan segera:

Tel: 013 -3596574 (Rusnah Abu Samah)