Foto : Betapa jinaknya monyet ini dan sungguh pandai bergaya.Upahnya makanan.
Semasa kami mengadakan BANTUAN MISI KEMANUSIAAN KE PADANG saya sempat menyinggah sebentar ke bumi Minang yang terkenal dengan "Saujana Mata Memandang" iaitu Maninjau. Kalau anda ke Padang anda pasti ke Bukittinggi untuk berjalan jalan makan angin atau untuk shopping. Saya ke Bukittinggi bukan nak shopping sebab bila dah sampai kat Bukittinggi duit dah habis jadi saya nak melihat lihat anugerah Allah untuk hambanya iaitu hamparan bumi yang cantik dan keindahan alam yang luarbiasa.Di Bukittinggi saya telah mengziarahi sebuah rumah yang mencatat sejarah pada warga Indonesia iaitu Bung Hatta.
Foto :Di depan rumah kelahiran Bung Hatta.
Patung Bung Hatta ada tersergam kukuh di jantung Kota Bukittinggi, Saya terpegun mendengar cerita dari sukarelawan Yasser yang menterjemahkan riwayat pejuang bangsa Indonesia yang tiada tolok bandingnya itu.
Nama Bung Hatta terpahat di hati rakyaat Indonesia sebagai seorang hebat dengan misi perjuangan dan keperibadianya yang unggul, kata Yasser lagi Bung Hatta selama hidupnya di dunia dia adalah sebagai "wira" tapi dia tidak memiliki sebarang harta atau sebuah rumah kediaman.Dia menghabiskan hidupnya untuk rakyaat Indonesia. Malah rumah yang ada di Bukkittinggi itu adalah rumah kelahiranya milik orangtuanya dan dia adalah seorang pejuang bangsa yang kaya dengan hatibudi dan minda yang hebat, tapi miskin dengan harta. Itulah Bung Hatta.
Foto : Berhenti sebentar melihat ciptaan Allah.
Oklah itu retetan sejarah seorang pejuang, tapi disini saya nak berkata tentang berjalanan saya di Ranah Minang ini, iaitu perjalanan yang saya rasa sungguh menyeronokan. Sebab apa seronok? kerana dari daerah pergunungan Bukittinggi kita akan menurun Bukittinggi hinggalah ke Lembah Maninjau yang terkenal dengan sawah padi dan suasana kampung yang indah. Untuk sampai ke Maninjau anda mesti melalui kelok yang banyak dan jalanya yang sempit serta mungkin membahaya kalau berhenti kereta secara mengejut. Iaitu jalan yang kami lalui itu ada kelok empat puluh empat , kalau kita kat Malaysia panggil selekoh dan setiap selekoh ada namanya dan ada perhentianya. Kereta yang dipandu mestilah perlahan kerana hendak beri laluan pada kenderaan lain juga. Ketika menuruni kelok tersebut anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah. Itulah kisah Kelok 44
Foto : Inilah pemandangan di sawah padi.Lihatlah masjid di tengah tengah sawah. Sungguh sejuk mata memandang.
Terima kasih buat anaknda Nukman kerana sering merakam gambar gambar yang cantik dan menarik.
No comments:
Post a Comment