Tuesday, August 28, 2012

Jauh Berjalan

Bak kata org "Jauh berjalan banyak pengalaman" mungkin betul jugak kata kata itu, ni yg saya cetekan hasil dari penelitian saya sepanjang perjalanan saya menaiki keretapi dari Bangkok Ke Hadyai.
Waktu berlepas dari stesen keretapi Hadyai tu Jam 2.30 ptg.Bangunan lama peninggalan penjajah itu sama jugaklah dgn stesen keretapi lama di Kuala Lumpur, tp Malaysia ni kemajuan lebih menyerlah bila adanya KL Centerl, tp di Bangkok peninggalan penjajah itu masih digunakan sepenunya mungkinlah kerajaanya tak mau membazir...agaknya lah.

Sebelum bertolak tu saya ronda satu stesen tu dari bawah sampai atas...sema saya ronda nak tengok keadaanya.Thailand negara yg sering saje tapok pemerintahanya jadi rebutan

 Sekarang ni Perdana Menterinya seorg wanita, cantik orgnya namanya Yinglak Chinnawat,lahir pd  21 Jun 1967 ialah seorang ahli perniagaan dan ahli politik,ahli Parti Pheu Thai, dan Perdana Menteri Thailand ke-28. 

Anak kelahiran wilayah Chiang Mai

 ada  ijazah sarjana muda di Universiti Chiang Mai dan ijazah sarjana dari Universiti Negeri Kentucky, kedua-duanya dalam bidang pentadbiran awam.Beliau jugak  eksekutif dalam perniagaan  abangnya, Thaksin Shinawatra, Ketika menjawat presiden syarikat pemaju hartanah SC Asset dan pengarah pengurusan Advanced Info Service. waktu itu  abangnya Thaksin menjadi Perdana Menteri,tp usia pemerintahan abangnya tak lama, lalu  digulingkan oleh tentera dan  merampas kuasa lalu dia melarikan diri ke luar negara setelah disabitkan oleh tribunal kerana menyalah guna kuasa.
Pada Mei 2011, Parti Pheu Thai yang menjalin pertalian rapat dengan Thaksin, mencalonkan Yingluck sebagai calon Perdana Menteri 
Keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa Pheu Thai memenangi 265 darpada 500 kerusiDewan Perwakilan Thailand, oleh itu menjadi kali kedua majoriti parlimen diraih oleh sebuah parti sahaja sepanjang sejarah Thailand.Ini cete pemerintahan di Thailand


Tapi yg nak saya tulis ialah tentang keadaan Islam di sana kalau nak dibanding umat Islam di Singapore iaitu negaranya yg kecil manakala kekangan utk beragama jugak lebih ketat tapi kenapa Islam di sana begitu menjaga kesapaduan, kesafahaman,keselamat dan kebersihan sesamanya disana?
Contohnya tempat solat distesen keretapi, adoiii kesianya sejadanya entak kemana,telekong busuk tempatnya tersorok ditingkat atas, tempat wuduk yg menjijikanan dan begitu jugaklaha dimana mana tempat awam yg ada tempat solat utk umat Islam keadaanya tidak sempurna, ada paip air tak ade dan yg paling menyedihkan mubaligh buddha ini sentiasa bekeliaran utk mendakwah org ramai .Mubaligh yg muda berumur 8thn hinggalah yg dah tua bongkok.

Tapi mana pergi pendakwah kita org Islam, malah org Islam di Bangkok telah ditakut takutkan dengan kebengisan tentera.
Walau apapun saya tidak boleh hanya mengomen disini. Kita pun mesti juga penjuangkan Islam di Bangkok supaya Islam di Sana tidak menghadapi masalah untuk masa depan nanti.