Thursday, September 30, 2010

KUASA CINTA


Adoi...lah sakitnya bila cinta yang tak terbalas, aku membaca puisi dlm WADAH CINTA SOLEHAH, rasanya hati ini bagai di lapah sembilu, ngilunya dan pedihnya.Benarkah orang putus cinta begitu ye? jangan begitu wahai pemilik hati yg berluka lara, enggak bagus meneran rasa tak kelepasan.

aku ni belum pernahlah kecewa bangat begitu, habis tidak pun aku rasa geram tu adalah mungkinlah sebabnya saya ni orang "happy go lucky".

Buat apa ingatkan orang yg tak suka pada kita, kalau org tak suka tak apa bak kata org tua tua "bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor" ha ha ha .

Bukanya apa aku ni kalau bak perasaan jiwang tak berapa nak jalan.Kita ingat orang bagai separuh mati, tapi apakah orang ingat kita begitu juga? lebih baik kita ingat Allah dan zikir banyak banyak.Sambil zikir kita boleh berfikir.

Ni haa aku nak bawa anda menjengah seketika di bumi yg dilanda banjir yg sangat hebat tu ha di Pakistan, aku dah buat persiapan utk berlepas pada bulan hariraya korban ni pada sesiapa yang meyimpan hajat utk akikah/korban atau sedekah tolonglah mereka yg di landa musibah.

Insyallahlah lepas Pakistan ni nak pergi Palestin pulak mungkin tahun depan awal tahunlah dan lepas tu nak gi Darfur pula, doa doalah niat saya ni di makbulkan Allah. Kepada yang sedih menahan pilu jomlah kita hiburkan hati dengan kerja kerja yg bermanafaat ni, kalau parah hati sebab cinta, tapi ada orang yg derita tak cukup makan, pakai dan tempat berteduh serta berdepan dengan ancaman peyakit yg boleh membawa maut, kita ni merintih sedih di dalam selimut, dirumah yg enak, dengan makan yg tak habis cuma hati saja yg pilu.Jangan membuat diri kita ni rundung malang, bak kata punjanga " kita ni merintih tiada kasut baru nak beraya, tapi apakah kita sedar bahawa ada orang yg tiada kaki nak berjalan" Fikir fikirkan lah

Tuesday, September 28, 2010

KUASA KASIH SAYANG





KUASA KASIH SAYANG

Saya kadangkala tu terfikir jugalah tentang sifat sifat yg di miliki oleh manusia ini. Allah jadikan manusia ini dengan penuh kasih sayang dan Allah memiliki sifat Yang Maha Penyayang dan Pengasih ini.

Jelaskan bahawa Allah amat menyayangi setiap makhluk yang diciptakanNya. Sesungguhnya Allah telah memberitahu kita bahawa Dia amat dekat dengan kita melebihi jarak urat leher kita sendiri dengan diri kita.

Dialah Yang Maha Pengasih dari segala yang pengasih,

Dialah yang menciptakan perasaan yang kita sebut 'CINTA'.

Saya rasalah semua manusia yang bergelar manusia pasti pernah merasai perasaan yg sangat indah ini. Tak kira samada cinta pada Pencipta, kepada sesama manusia atau pun kepada makhluk Allah yang lain umpamanya sayangkan pada kucing,ayam, kambing atau apa saja binatang peliharaan kita atau pada harta dan barang kesayangan kita seperti kereta, rumah dan sebagainya.

Pengalaman manusia menikmati cinta itu amat indah, sehingga ia terus diabadikan oleh ramai manusia didalam sajak-sajak, lagu, filem dan sebagainya, kerana perasaan cinta ini amat indah dan mengasyikkan. Hingga ada yang merana dan kecewa akibat kehilangan cinta.

Manusia pernah berperang/berbunuhan/tidak bertegur sapa kerana cinta. Banyak kisah-kisah cinta yg diabadikan oleh sang kekasihnya ,Ini semuanya tentang kehebatan cinta.

Sedarkah kita bahawa perasaan yang terlalu hebat ini, adalah satu penciptaan dan anugerah dari Allah

Manusia yang sombong, bongkak dan rasa diri hebat harus belajar dari binatang kerana saya adalah peminat binatang kerana di umah saya banyak binatang yg menumpang kasih sayang. Dilaman umah saya ada sepohon pokok mangga yg rendang, diatas pokok ini ada sarang burung, banyaklah burung, tupai bekeliran dan saya pernah terserempak dengan musang. Tugasan harian kami di rumah ialah mengisi air minuman di dalam sebuah mangkuk dan di letak di bawah pokok itu. Jangan anda tak tau, kalau bekas air penuh maka semua binatang binatang ini seperti berjadual turun minum termasuk burung burung, tupai dan kucing kucing. Dan kalau bekas itu tiada berair maka bintang itu bising dan lari lari minta utk mendapat perhatian dan kasih sayang. Itu cete binatang yg tagihkan kasih sayang dan bagaimana pula kalau binatang sesama bintang?

Alangkah indahnya jikalau disetiap kehidupan manusia dilingkupi dengan kasih sayang, baik kasih sayang dalam berhubungan dengan orang lain dan khususnya kasih sayang dalam sebuah keluarga.

Kasih sayang pada manusia yg mempunyai sifat pendemdam adalah satu kejahatan yang luarbiasa kerana org begini telah melawan fitrah azalinya .

Dia sanggup lakukan apa sahaja seperti ungkit mengungkit, halau menghalau, cemuh mencemuh dan berbagai lagi kerana dlm dirinya lenyap sifat yg mulia ini.
org yang begini tiada istilah "kasih sayang" yg ada kepura puraan dan sifat ini terhakis kerana luap nalurinya yg membenci org lain secara keterlalulan.

Ingat ye, manusia usia tidak sepanjang mana.

Manusia yg tiada memiliki sifat yg mulia ini telah dihakis dengan kepentingan pribadi dan duniawi

Bagi saya kasih sayang itu amat unik yang indah kerana manusia adalah mahkluk yg paling sempurna

Sunday, September 19, 2010

KORBAN DI PAKISTAN



Tahun ini kami akan ke Pakistan utk mengantar korban/akikah dan derma sumbangan untuk saudara kita di Pakistan yang di landa musibah banjir. Saya harap kepada anda semua yang mempunyai lebihkan rezeki bantulah mereka dan insyallah bantuan yg anda hulurkan itu merupakan amal jariah anda.

Friday, September 17, 2010

KESUSAHAN MENUNTUT ILMU



Di sini saya ingin mengorek sejarah tentang Imam Shafie didalam menuntut ilmu dan saya mahu anak anak saya sehebatnya. Jangan ada rasa putus asa dan letih dlm menuntut ilmu ini.

Sejarah Imam Shafie

Ketika kanak-kanak sebayanya sering menghabiskan masa dengan bermain, Imam Shafie pula memperuntukkan banyak masanya untuk menghafaz dan menuntut ilmu. Beliau yang mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa ini telah menghafaz Al-Quran ketika berumur 9 tahun. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab ‘Muwatta’’ karangan Imam Malik. Melihat keluarbiasaan ini, pernah seorang bertanya kepada Imam Shafie, bagaimana cara beliau menuntut ilmu. Beliau menjawab: “Bagaikan seorang perempuan yang kehilangan anak. Sedangkan dia tidak mempunyai anak selain dari yang hilang itu.” Begitulah kecintaan anak kelahiran Mesir ini pada ilmu. Kepapaan dalam hidupnya bukanlah penghalang beliau untuk tidak menuntut ilmu. Ayahnya telah meninggal sebelum beliau dilahirkan. Beliau sering mengikut ibunya setiap kali ada majlis ilmu. Ibunya yang tegas dengan hukum hakam sering mendidik beliau perkara halal, haram dan subahat sekalipun dalam soal pengambilan sebarang makanan. Dengan berkat penjagaan ini, Imam Shafie dianugerahkan Allah daya ingatan yang luar biasa. Disebabkan kehidupannya yang serba daif, Imam Shafie sering menggunakan tulang-tulang kering dan kertas-kertas bekas sebagai buku catatan. Bertahun-tahun lamanya sehingga bilik beliau penuh sesak dengan bahan-bahan bertulis itu hingga tiada ruang untuk melunjurkan kakinya. Akhirnya beliau pun mengambil keputusan untuk menghafal keseluruhan nota-nota itu. Berbulan-bulan lamanya Imam Shafie mengurung diri demi menghafal segala ilmu yang ditulis. Tulang-tulang itu kemudiannya dibuang setelah beliau menghafalnya. Setelah itu, buat pertama kalinya Imam Shafie mengembara ke Madinah untuk meluaskan ilmu. Setelah selesai solat di masjid Nabi itu, beliau terpandang ada seorang tua yang sangat hebat rupanya. Orang tua tersebut sedang bersyarah di hadapan anak-anak muda yang khusyuk pula mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dengan langkah yang tertib, Imam Shafie pun menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid. Imam Shafie pun mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Beliau menulis segala apa yang diajar oleh guru itu di atas tapak tangannya. Tanpa di sedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya. Selesai pengajian, Imam Malik pun memanggil Imam Shafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Shafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Jawab Imam Shafie, “Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya untuk menghafalnya.” Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Shafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisan pun. “Tetapi kenapa tapak tangan engkau ni kosong sahaja.” “Namun demikian tuan, saya telah pun menghafal semua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu.” Setelah disuruh beliau membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak ada satu hadis yang tinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Semenjak peristiwa itu, Imam Shafie menetap di sana sebagai tetamu Imam Malik yang begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya. Selama 18 bulan Imam Shafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya yang terang memudahkan beliau memahami dan menghafal kitab ‘Muwatta’. Murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi penghormatan bersyarah dan mengajar murid-murid yang lain. Beberapa lama kemudian, Imam Shafie meminta izin kepada Imam Malik untuk menuntut ilmu di Kufah. Di bandar Kufah ini, beliau bertemu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad bin Al-Hassan. Dengan pergaulan yang rapat itu, Imam Shafie dapat mencedok ilmu daripadanya. Kemudian beliau mengembara pula ke Palestin. Pengembaraan ini berlaku selama bertahun-tahun kerana ketika itu kenderaannya adalah unta. Rasa rindu untuk bertemu dengan Imam Malik mendorong Imam Shafie kembali ke Madinah. Di Madinah beliau diberi penghormatan oleh Imam Malik untuk memberi syarahan di masjid. Sehinggalah Imam Malik meninggal dunia. Semenjak itu nama Imam Shafie semakin terkenal. Kealiman, kecergasan dan akhlaknya semakin disukai ramai. Walaupun begitu, musuh yang ingin namanya tercemar ada di mana-mana. Beliau difitnah kononnya memimpin kaum Syiah untuk menentang Khalifah Harun Al-Rasyid. Beliau kemudiannya ditangkap bersama-sama puak Syiah yang lain. Berkat kealiman dan kefasihannya menjawab segala soalan, Imam Syafie bebas daripada sebarang tuduhan. Malah Khalifah memberikan hadiah sebanyak 1000 dinar kepadanya. Dengan wang itu, Imam Shafie menyedekahkan kepada pegawai-pegawai istana dan orang miskin. Pernah berlaku satu kejadian yang membuktikan kehebatan Imam Shafie. Ketika itu beliau bertamu ke rumah Imam Ahmad bin Hambal dan bermalam di sana. Apabila Imam Ahmad bertanya adakah beliau selesa bermalam di rumah itu, Imam Shafie menjawab; “Belum pernah saya merasa gembira seperti malam tadi. Semalam saya dapat menyelesaikan 100 masalah sambil berbaring.” Imam Ahmad pun memberitahu anaknya; “Begitulah keadaan Imam Shafie. Apa yang dikerjakan Imam Shafie lebih berguna daripada apa yang kita lakukan kerana ia berbuat untuk kepentingan umum.” Seperkara yang menarik dalam kehidupan Imam Shafie ialah tentang ibunya. Setelah bertahun-tahun lamanya meninggalkan tanah air, terdetik rasa rindu untuk pulang ke Mekah. Beliau pun meninggalkan kota Madinah dengan membawa berbagai khazanah yang berupa kuda, pakaian, emas serta makanan. Harta benda ini semua adalah hadiah orang kepadanya. Hendak ditinggalkan bimbang ada pula yang berkecil hati. Ketika Imam Shafie tiba di halaman rumahnya, ibu serta beberapa orang kampung telah sedia menunggu. Demi melihat harta benda yang terlalu banyak itu, ibu beliau terus bermuram durja. Fahamlah beliau, ibunya kurang senang melihat harta benda itu. Segera Imam Shafie meminta pandangan ibunya. “Agihkanlah segala harta ini kepada orang-orang yang lapar. Berikanlah haiwan-haiwan kepada orang yang tidak berkenderaan, wangmu berikan kepada orang-orang miskin sehingga tiada sebutir dinar yang tinggal.” Maksud ibunya berbuat demikian, supaya Imam Shafie tidak bergantung hidup pada hartanya tetapi menyimpan bekalan yang kekal iaitu ilmu di dada. Dengan kebolehan menghafal Al-Quran, hadis, faham pula dua bentuk aliran fikah, (aliran yang bersandarkan fikiran dan Ahlul hadis) dan sikapnya yang hidup zuhud, Imam Shafie menjadi rujukan umat di zamannya. Beliau telah menghasilkan satu bentuk ilmu fekah yang berada di tengah-tengah dua aliran tadi. Namun tetap beliau berkata, “Apa-apa yang kamu dapati daripada pendapatku yang bertentangan dengan al-Quran dan sunnah, maka tinggalkanlah!”

Tuesday, September 14, 2010

Waduh waduh gawat ye



Pada Syurga Di Wajah Mu “
Artis ” Nash “

Tuhan Sengaja Menduga Kita
Di Mana Kesabaran Manusia
Engkau Isteri Yang ku Sanjungi
Lambang Semangat Cinta Dunia

Pasti Engkau Terkenangkan
Peristiwa Semalam
Saatku Menggadaikan Cinta
Pada Onak dan Duri Asmara

Entah Di Mana Akal fikiran
Hingga Sesat Di Jalan Yang Terang
ini Suratan Yang Diberikan
Menguji Kekuatan Jiwa

Waktu Engkau ku Lupakan
Dalam Kemarau Panjang
Betapa Hatimu Rela
Demi Melihatku Bahagia

Kau Menahan Segala Siksa
Di Hati Hanya Berdoa
Mengharapkan aku Kan Pulang
Agar Terang Cahaya

ku Yang Hanyut Di Arus Dosa
Di Laut Ribut Melanda
dan Berenang Ke Pelabuhan
Kasih Sayang Sebenar

Air Mata Cinta Darimu
ku Menjadi Rindu
Pada Syurga Di Wajahmu
Tiada Tanda Kau Berdosa




Datuk Sosilawati Lawiya , 47, Jutawan kosmetik yang juga mantan isteri penyanyi Nash,dilaporkan hilang bersama tiga individu lain dipercayai peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank.

Pengasas empayar produk kecantikan Novelle Visages itu dikatakan keluar dari banglo mewahnya di Taman Harmonis, Gombak di sini pada 30 Ogos lalu untuk meninjau projek terbarunya di Banting dan sepatutnya pulang tiga hari selepas itu.

Sosilawati dikatakan memberitahu anak-anaknya yang beliau akan ke Banting selama tiga hari untuk perbincangan perniagaan.

Bagaimanapun, selepas tiga hari tidak pulang ke rumah dan usaha menghubungi telefon bimbitnya juga gagal, anak-anaknya membuat dua laporan polis memaklumkan kehilangan ahli perniagaan itu, katanya.

Kehilangan Sosilawati menimbulkan misteri.

Kali terakhir Sosilawati dilihat di khalayak ramai ialah pada 28 Ogos lalu ketika menghadiri majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Dua hari sebelum itu, Sooselawati menghadiri perbicaraan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta terhadap bekas suaminya, Nash atau Nasharuddin Elias.


Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Kali terakhir Sosilawati ditemui di kawasan Banting adalah pada 2 September ketika hendak membeli kerepek.

Seorang daripada suspek ditahan merupakan peguam bergelar ‘Datuk’ berusia 40-an, yang polis anggap sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

‘Datuk’ berkenaan dilaporkan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.

Ekoran laporan kehilangan keempat-empat mangsa, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya Isnin lalu.

Al Fatihah buat semua roh yang pergi mengadap Illahi semoga Allah tempatkan mereka bersama orang soleh dan beriman

Tuesday, September 7, 2010

BERUNTUNGNYA

Pagi tadi saya ke kedutaan Indonesia, ramainya org yg mohon macam macam mohon, perbaharui pasport, buat permit kerja,nyambung kerja sebagai pembantu rumahtanggalah dan buat visa.

Inilah Malaysia tanah airku yang merupakan lubuk rezeki buat saudaraku dari indonesia .Saya lihat di wajah mereka semua senyum gembira dan tenang aje, tiada berkocak oleh peristiwa yg berlaku di negaranya.

Sesungguhnya ke makmuran Malaysia ini terlalu sukar untuk di nafikan, banyak org negara jiran yg sudah kaya raya dan bina istana di negara mereka hasilnya dari pekerjaan di Malaysia.

Saya lihat ibu ibu yg datang ke kedutaan ini semuanya gemuk gemuk kerana kekenyangan dan di badan mereka dari hujung kaki hinggalah kesanggul mereka semuanya ada perhiasaan.

Manakala anak anak kecil pula menyedut air kotak dan jajan yang sedap sedap.Kalau ibu ibu itu masih lagi menetap di negaranya saya agak mungkin mereka tidak semewah itu.Kemungkinan mereka ini akan mengdukung guni di belakang utk di isi sampah sampah dan manakala malamnya pula mungkin mereka ini akan tidur di stesen keretapi gambir. Inilah limpahan rezeki dari Allah utk hambanya.

Saya sangat berharap agar antara saudara dua negara ini sentiasa di dalam ukwah yg erat dan mesra. Jangan bawa api kekecohan.

Sunday, September 5, 2010

PASANG PELITA


Ini adat sebenarnya iaitu adat ayah saya orang nogeri sembilan,bila tiba malam yang ke 23 Ramadan aaah siap dia akan cari tin susu nak buat pelita, sumbunya dari kain buruk dan kadang kala tu kalau dia ada masa di buat pelita dari buluh.

Semasa saya kecik kecik dulu main api pelita pada malam tujuh likur ni memanglah sangat di nantikan. Cubalah anda bayang di saat malam yg gelap gelita itu tiba tiba depan rumah ada cahaya pelita dan semua adik beradik saya sangat suka dengan pelita. Tapi hari ini pelita tu dah tiada lagi hanya tinggal kenangan.

Pasang pelita ni sebenarnya tiada kait mengait dengan malam lailatuqadar.Sebenarnya memasang pelitanya ini adalah untuk mengimarah malam malam terakhir ramadan dengan sambutan aidil fitri.Kalau dulu kalau saya tengah main pelita ni saya ada dengar juga atok atok atau ibu ibu bersembang pasal malam lailatulqadar, berbagai cerita yang mereka timbulkan dan sebenarnya bila malam terakhir ini banyak sungguh hajat orang tua tua rupanya.Yang paling saya ingat ada seorang jiran saya tu dia minta rumah, dia kata pada setiap malam dia berdoa minta rumah besar dan makanan sedap.

Issh kacaulah kalau berdoa yg karut marut begini, ini lah rupanya orang zaman dulu ini mereka jahil ilmu dan jahil agama, mereka hanya dengar yang mereka nak dengar sahaja dan mereka tidak mahu belajar keseluruhanya.Kini bila saya ingat kembali senerio begini teringatlah saya pada masa ini kes "buang bayi" bahawa kita di saat ini sangat jahil dengan erti sebuah kekejaman iaitu seperti hidup di zaman jahiliah pulak. Membunuh zuriat sendiri tanpa rasa belas kasian dan rasa berdosa.

Thursday, September 2, 2010

TABUNG BANTUAN MISI KEMANUSIAAN PAKISTAN












TABUNG BANTUAN MISI KEMANUSIAAN PAKISTAN


Saudara saudaraku yang di kasihi.


Banjir yang melanda Pakistan adalah yang terburuk sejak 80 tahun melibatkan kawasan yang begitu luas iaitu hampir meyamai keluasan Malaysia .

Di antara kawasan yang yang buruk di landa banjir ialah di utara Pakistan dengan lebih daripada 1500 orang terkorban, 30,000 buah rumah telah hanyut dan hampir 4 juta orang telah dipindahkan.

Banyak pihak sedang membantu,tapi bantuan itu amat sukar utk sampai kepada mangsa kerana melalui proses orang atasan. Kini banyak kawasan yang masih belum mendapat bantuan dan kebanyakan mereka masih menetap di khemah khemah yg sangat daif serta serba kekurangan terutama air bersih, makanan dan keperluan harian mereka dan sekarang ini wabak penyakit amat cepat merebak.

Sampai bila mereka begini? belum tentu lagi bila berakhir.

MISI KEMANUSIAAN PERSATUAN BELIA SRI AL AIN akan mengatur misi bantuan ini dengan segera untuk membantu mangsa-mangsa banjir

Kami akan menghantar bantuan ini semasa syawal ini iaitu 14 - 21 syawal dengan membantu mereka yang di dalam kesusahan.

Saya sangat berharap kepada teman taulan serta saudara seislam saya dapat menyumbang untuk membantu saudara saudara kita yang didalam kesusahan.

Insyallah kami akan kesana untuk membantu mereka yang tersepit didalam derita musibah yang sangat teruk itu terutama kanak kanak dan wanita serta warga tua.

Saya bercadang untuk membina sebuah madarasah untuk kanak kanak yang terdampar tiada pembelaan dengan kos RM 80 000

Menyumbang barang keperluan dan makanan untuk mereka yang dalam kebuluran RM 50 000

Membeli sebuah ambulan RM 100 000

Ubat ubatan RM 10 000

Semua kos ini saya harap ada orang mahu menyumbangnya semoga bantuan ini dapatlah merengan bebanan mereka.

Hari ini mereka di timpa musibah, tapi apakah kita tidak terkena musibah seperti ini? Hari ini kita ketawa untuk sambut syawal dengan dendangan lagu lagu raya, pakaian baru, kuih muih yang tidak habis di makan.

Tapi bagaimanakah saudara kita di Pakistan. Bagi mereka puasa di bulan Ramadan dan berlapar di bulan lain adalah sama sahaja. Sumbanglah walau sedikit dan saya akan bawa sumbangan anda ke sana.

Segala sumbangan adalah di atas nama:

Nama Akaun : Rusnah Abu Samah

No. Akaun : 164025021721 Maybank

Atau

Nama Akaun : Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA)

No. Akaun : 2-00-5561-00001319-0

Agro Bank

“Siapakah orang yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasan-Nya dengan berganda-ganda banyaknya, dan ingatlah Allah jualah yang menyempit dan meluaskan pemberian rezeki dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Al-Baqarah:145)

SUDAH BIASA




Saya mengingati satu peristiwa yg mengajar saya jadi dewasa pada waktu yg cepat.Dulu kalau nak menyambut raya ayah akan beli sehelai baju dan sepasang kasut untuk lapan org anaknya, itulah rutin seiap tahun dan emak pulak akan buat kuih yg ala kadar saja seperti kuih goyang, wajib, lemang dan gulai ayam. Itu dah cukup meyeronokan.

Tapi pada satu ketika ayah jatuh sakit selama setahun dan saya waktu itu berusia sepuloh tahun dan belum faham sangat erti susah ni sebab sebelum pada ini kehidupan keluarga kami bolehlah di katakan ada jugalah nak pakai dan nak makan.

Tapi pada tahun itu ayah terlantar di tikar sebab sakit.Pada suatu ketika iaitu hari dah nak raya iaitu tinggal 2 hari lagi, emak tak buat kuih dan kami orang adik beradik tanya kenapa mak tak buat kuih, dia kata duit belum ada lagi nak beli tepung. Kami adik beradik rasa sedih juga dan bila tiba hari raya kami adik beradik bangun pagi pagi dan lepas itu minta baju pada emak dan dengan titisan airmata dia kata " mak tak ada duit nak beli baju, nanti kalau ayah kau sihat di belilah baju" kata emak, kami adik beradik rasa emak memang tak patut tak belikan kita orang baju raya.

Lepas itu kami kedapor nak cari makanan utk makan di pagiraya, bila buka tudung saji alangkah sedihnya ada nasi sejuk dan goreng sadin saja. Kami berpandangan dan saya lari ke bawah rumah sambil menangis nangis kerana memikirkan kenapalah emak dan ayah aku ni susah sangat hinggalah nak beli daging pun tak ada dut dan tidak ada baju baru. Saya merajuk satu hari hingga tertidur di bawah rumah.

Kini baru saya faham bahawa hariraya itu adalah hari yg sangat istimewa buat kanak kanak yang seusia saya sewaktu itu,mahukan baju baru dan makan kuih raya. Dan peristiwa ini megimbau bila saya teringatkan anak anak mangsa banjir di Pakistan yang menjadi mangsa bencana alam seramai 70,000 orang.Bagaimana kanak kanak ini melalui detik waktu lebaran yg indah ini? Oleh itu saya yg melalui detik kesusahan di zaman kecil dapat merasai bahawa baju raya dan sedikt kuih amat bermakna untuk mereka dan saya berhasrat untuk membela nasib kanak kanak mangsa banjir ini dengan menghantar bantuan untuk mereka.

Kalau kita umat Islam yg berhati perut bantulah mereka bukan untuk bermewah tapi untuk menghiburkan hati kanak kanak.Insyallah saya akan ke Pakistan dalam masa terdekat ini untuk mendirikan sebuah madarasah dan menyalurkan bantuan pendidikan untuk mereka. Untuk kanak kanak di Kemboja yang susah itu saya akan berusaha untuk terus membela nasibnya.