Thursday, December 31, 2009

Anak Haram hasil dari tahun Baru




Malam tadi malam keramat buat muda mudi, siaran langsung dari TV tempatan menyiarkan gambaran pesta nynyian gila gila dari penyanyi tempatan. Pulohan ribu muda mudi mengunjungi dataran Merdeka.Hebat hebat memang sungguh hebat. Pengangkutan awam awal awal lagi dah beritahu mahu memberi perkhidmatan lebih masa, bagus!

Saya pernah ke Medan 3 tahun lepas, waktu itu kebetulan tahun baru. Saya sungguh terkejut ada satu perayaan tahun baru yang saya rasa saya mahu membuatnya seperti itu, tapi kena rancang 3 bulan sebelum tahun baru. Satu perhimpunan para wakil wakil daerah, kampung dan orang kenaman bersama dengan puluhan ribu umat Islam yang datng khas dari seluruh Medan. Tempatnya yang disediakan selesa, ada di sediakan makan malam, tandas. Orang ramai datang sebelum magrib lagi dengan membawa anak, isteri dan ibubapa mereka menaiki berbagai kenderaan dan termasuklah kami. Acara yang di mulai dengan solat magrib, persembahan nasyid, Solat Isyak, Zikir dan ceramah tahun baru selama 1 jam setengah dan solat sunat tahun baru. Bila detik 12 malam semua pengunjung di minta sujud dan berdoa kerana masih ada lagi umur yang lebih Allah kurniakan. Acara ini dikendalikan dengan penuh teratur

Ceramah yang hebat itu membuatkan hampir semuanya menitiskan airmata dan akhir detik 12 malam dengan zikir miunajat ramai ramai. Bergema alunan memuji Allah. Inilah budaya yang betul


Di Malaysia ini mana buadaya Islam? yang ada pesta sex bebas, pesta minum arak,pesta nyanyi dan pesta gila gila. Kesedaran orang Islam satu Malaysia mesti di betulkan oleh para pemikir agama. Kalau pesta gila gila ini berterusan satu masa nanti Malaysia ini akan jadi seperti di negara barat. Buang anak adalah satu budaya remaja. Kejahatan kedurhakaan adalah satu hiburan.



Wednesday, December 30, 2009

MENGAIS REZEKI

Sekarang ini LAYAR dalam proses akhir, tak lama nak hantar skrip kat penerbit, tak taulah orang minat atau tidak untuk terbitkan. Watak utama iaitu hero dlm layar ini namanya KADIR, sekarang kadir berusia 54 tahun . Kenapa saya sangat minat dengan watak kadir ini? iye latarbelakang kehidupanya yang sangat sederhana didalam lingkungan orang agama,iaitu sebelah ibunya keturunan dari Sultan Acheh dan menjadi Iman di Kg Titian Bintagor hinggalah kehari ini jawatan Iman di Masjid Titian Bintagor ini di warisi oleh anaknya.

Manakala di sebelah ibunya iaitu keturunan dari pagaruyung Indonesia yang datang ke tanah Melayu mengajar orang kampung tentang agama Islam dan telah mendirikan suraunya di tebing sungai Linggi. Antara watak utama yang ingin saya paparkan iaitu KADIR.

Kadir menjalani liku liku kehidupan dengan kesusahanya. Ada dalam satu bab itu yang sangat menyentuh hati saya iaitu bab "Beras Habis" iaitu apabila Kadir balik dari sekolah tengahari itu dalam kedaan lapar, bila sampai di rumah dilihatnya bawah tudung saji yang selama ini ada terhidang ikan masin dan rebus pucuk ubi bersama sepinggan nasi, tapi hari itu di bawah tudung saji kosong saja, bila kadir tengok kosong dia turun kebawah rumah dan dia lihat ibunya Mak timah sedang membelah kayu api, kadir diam sahaja sambil memandang ibunya, mak timah diam tanpa sepatah kata dan hati mak timah pilu bila melihat muka anak sulongnya.Selalu tidak menjamah makanan kerana kemiskinan orang tuanya tapi gigih belajar, kelaparan bukan penghalang kejayaan.

Inilah kemiskinan yang dialami oleh Kadir dan ada lagi bab yang meyayat hati, LAYAR dalah sebuah perlayaran h idup menuju ke distinasi yang tidak meletakan mata duit sebagai sasaranya.

Zaman remaja Kadir ketika menuntut di luar negara telah membina Masjid di negara bukan Islam.Cerita benar ini akan saya ukir dalam layar yang kedua nanti,tunggu ye sebuah Novel airmata yang mengarap sebuah kejayaan anak kampung ini. Selamat berjaya Kadir.......

Al Fatihah

Foto :Bapak Gus Dur seorang yang berjiwa rakyaat


Al Fatihah buat mantan Presiden Indonesia,Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di masukan kedalam golongan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga rakyaat Indonesia mengenang jasanya yang baik baik. MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA. Semoga namamu terpahat di hati rakyaat Indonesia

Friday, December 25, 2009

26 Dec 2004 - 26 Dec 2009 Tsunami




Tregedi yang berlaku pada 26 hb Dec 2004 sungguh mengemparkan umat Islam seluruh dunia, satu bencana alam yang berlaku dalam masa 15 minit itu telah menelan korban seramai 400,000 dan anak menjadi yatim piatu seramai 40,000 orang.

Tangisan, raungan, kesedihan membasahi bumi Acheh. Kejadian yang berlaku ini ibarat amaran dari Allah untuk hambaNya.

Tapi hari ini setakat mana hambaNya mau berfikir dengan rahmatNya atau bersyukur dengan nikmatn yang sedang di kecapi.
Di Acheh hari ini kalau di tanya pada mereka tentang tregedi tsunami yang dahsyat itu, apakah mereka merasa gerun dgn ujian yang berlaku lima tahun lalu.

Manusia terlalu cepat lupa, ingatlah bahawa setiap peristiwa yang berlaku itu ada peringatan dari Allah.

Tuesday, December 15, 2009

TIADA HATI PERUT

Foto : Pekerja sedang memunggah ikan dari lori keatas rakit untuk dihantar ke pasar pasar biasa pula.


Vietnam adalah sebuah negara yang banyak menghasil tangkapan dari laut seperti,udang,sotong dan berbagai lagi. Kebanyakan hasil tangkapan ini selain dari di makan mereka juga turut mengespot keluar negara . Dalam rangka program Misi Kemanusia aidha baru baru ini saya telah bermalam di sebuah perkampungan yang jauhnya 200 kilometer dari Ho Chih Minh. Kampung yang baru di buka untuk penduduk kampung itu banyak memberi perubahan kepada penduduk kampung dari yang tidak menpunyai sumber pendapatan tetap sekarang mereka sudah boleh meraih satu pendapatan dengan projek yg kerajaan ujudkan dikampung kampung iaitu "lembu pawah"

Kemiskinan turun temurun ini telah menjadi satu tradisi umat Islam di pendalaman ini. Malah untuk mengungkainya perlukan satu daya kekuatan yang luarbiasa bagi menembusinya kerana mereka telah mencampur adukan adat,adab dan Islam itu kedalam kehidupan mereka. Kebanyakan kampung yang kami pergi itu bangunan sekolah ada tapi tiada pelajar dan tiada guru, orang kampung tak minat mahu belajar agama dan masing masing menghabis masa dengan berbual kosong sahaja. Inilah sebuah kehidupan yg mewarisi budaya hidup.
Selama dua hari kami bermalam di rumah Muhammad saya telah mejelajah hampir seluruh pelusuk kampung itu dengan motosikal dan basikal. Kami telah bertemu dengan hampir semua penduduk kampung. Kami sarapan pagi di tebing sebuah tasik yang besar, dan kami duduk ditebing tasik itu selama dua jam memerhatikan berbagai warna kehidupan yang tidak pernah kami lihat. Ada satu tanda tanya yang kami lihat dan ingin saya paparkan iaitu semasa kami duduk di tebing sungai itu datang sebuah lori sejuk beku ini dari bandar . Dia membawa muatan ikan yang banyak dan yang hairanya mereka ini telah mengeluarkan ikan ikan yang beku itu di letakan diatas rakit dan ikan yang dibawa itu adalah ikan ikan yang telah berubah warna dan matanyanya telah kelabu. Ikan ikan ini dari pasaraya iaitu ikan yang tidak laku dan di hantar pula ke pasar pasar biasa.

Bila kami memerhatiakn mereka ini mereka seperti dalam keadaan ketakutan. Mereka melakukan tugas ini sangat pantas. Berpuluh bakul ikan telah di bawa pergi kesuatu tempat yang kami pun tidak tahu halanya dengan menaiki sejenis rakit "rambu".




Foto : Ikan yang tidak laku tidak dibuang begitu sahaja. Masih diperlukan untuk di hantar kepasar pasar biasa dengan harga yang lebih murah.

Inilah ikan yang di pasarkan pada kita setiap hari, iaitu ikan yang di simpan dan tidak laku di peroses balik untuk dihantar kepasar pasar biasa. Sebab itulah ikan yang berada di pasar pasar biasa adalah ikan ikan yang di tahan dengan ubat pegawet supaya dia tahan lama. Sepatutnya makanan ini tidak boleh masuk keperut manusia dan sebab itu manusia menghadapi berbagai peyakit.

Saya teringat satu peristiwa yg saya alami baru baru ini, Kami menghadri satu seminar yang di hadiri oleh matan perdana menteri Malaysia di hotel terkemuka. Waktu tengahari iaitu makan, untuk menunjukan bahawa program itu adalah program yg hebat maka hidangan tengahari itu adalah isi ikan merah dengan kentang goreng dan salad bersama dengan airbuah. Bila isi ikan itu masuk kedalam mulut bukan sahaja bau busuknya sahaja yg meyegat tapi rasanya sangat meloyakan. Saya harap anda berhati hatilah kalau mahu makan ikan,sesungguhnya keuntungan yg manusia raih tidak mmentingkan tentang kesihatan dan musibah yang orang lain hadapi.

Wednesday, December 9, 2009

TABUNGAN

Foto : Daif, hanyalah dapor mereka dan kalau di Malaysia masjid masjidnya mempunyai ruang dapor yg lengkap dgn peralatan,besar,selesa dan mewah.


Selama 3 hari saya kami di Kampung ini banyak membawa erti satu perjalanan hidup manusia. Iaitu kehidupan yang servival, hidup penuh dengan pertaruhan untuk menegak agama Islam di tempat tumpah darah mereka. Hari kedua kami dan sepuluh orang orang kampung Muhammad telah meyertai misi kami iaitu ziarah dari masjid ke masjid di Perkampungan Islam di Vietnam.

Foto : Daif walaupun begitu mereka tetap gigih mahu mengamalkan syariat Islam


Sebak rasa hati bila memlihat masjid yag terdapat di pendalaman di Vietnam ini boleh di ketegorikan sebagai daif dan serba kekurangan. Walaupun begitu setiap kali kami meyinggah masjid masjid kami disambut dengan mesra sekali oleh AJK masjid dan mereka telah menceritakan kekurangan dan kemunduran kampung. Setiap masjid yg kami singgah semuanya menghidangkan minuman dan di layan dengan ramah.


Foto : Ini lah sumber letrik untuk menyalakan lampu dan mickrofon

Setiap masjid mempunyai sudut coffe corner iaitu yg meletakan sebuah cerek,dapur minyak dan beberapa biji cawan. Manakala hampir semua masjid tidak ada Tabung Masjid, saya tanya kenapa tak di letakan tabung, mereka menjawab tiada siapa mahu mengisi duit dalam tabung sebab semua orang miskin. Dan satu lagi yg membuat saya rasa sangat terkilan iatu kalau anda seorang wanita datang kemasjid mahu sembahyang dan tidak membawa telekung maka anda tidak akan jumpa telekong malah wanita vietnam tidak sembayang di
masjid kecuali hari raya

Foto : Guru yg mahir sangat berkurangan, walaupun begitu mereka tetap gigih mahu belajar

Kita sebagai umat Islam yg sudah maju dari mereka marilah merengan tangan untuk membantu umat Islam di Vietnam untuk mengimarah masjid dengan keperluaan asas dan perkara ini harus kita mulakan untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka dan marilah kita bimbingan mereka untuk menaikan Islam di mata dunia walaupun negara mereka bukan negara Islam
Foto : Sumber kehidupan sampah sarap,botol dan tin. Remaja ini berusia 14 tahun sudah tidak kesekolah kerana kemiskinan.

Friday, December 4, 2009

SI KEMBAR



Foto : Pelajar sekolah meyambut kedatangan kami

Rutin kehidupan rakyaat Malaysia adalah di tahap selesa, walaupun ada diantara kita orang yg masih lagi sedikit susah. Tapi tahap kesusahan kita masih boleh makan 3 atau 4 kali sehari dan walaupun tidak semewah mana tapi dikalangan orang miskin di Malaysia ini orangnya berbadan sihat dan kadang kadang terlebih kolestrol atau terlebih gula dan garam. Inilah negara kita yang kian hari kian makmur dan kerajaan sentiasa memikirkan untuk menaikan taraf orang miskin ketaraf miskin sifar. Itu rakyaat Malaysia.

Kali ini saya nak bawa anda sekali lagi menjelajah kenegara dunia ketiga yg sedang bertarung dengan sebuah perjuangan yg getir iaitu mempertahan agama,bangsa mereka. Kemboja adalah sebuah negara yg di perintah oleh orang paling kejam,ganas,jahat pada satu masa dulu iaitu bernama Pol-Pot. Kejahatan Pol-Pot selain membunuh nyawa nyawa tidak berdosa tapi membunuh perasaan orang sehingga kehari ini. Kesan kekejaman Pol-Pot ini bermain di minda orang Kemboja. Dan kemelaratan hidup serta kemelesetan ekonomi telah membuat rakyaat Kemboja yang beragama Islam di ancam kepapaan yang berpanjang seperti tiada jalan akhirnya.

Foto : Kekejaman pemerintahan Pol-Pot

Tahun ini adalah tahun ke 4 saya mengekori senerio kehidupan umat Islam di Kemboja, setiap kali saya mengulang perjalanan saya ke sana maka setiap kali lah saya di ganggu gugat oleh pemandangan orang hidup susah dan terus susah dan bertambah susah.

Perjalanan dari Bandar Phnon Peng ke Kg Chrey Andet memakan masa 45 minit dan kami telah menaiki bot orang kampung untuk sampai ke kampung seberang.Sungai Mekong yg tenang banyak menyumbang rezeki buat rakyaat Kemboja itu langsung tiada pembaharuaan. Kehidupan nelayan secara manual sahaja iaitu orang di tebing mengaut rezeki ikan,udang dan apa juga hasil sungai Mekong dengan perahu dan dayung sahaja.

Sampai sahaja kami di tebing sungai itu kami di sambut oleh ratus murid sekolah bersama perpuluh orang kampung. Tak tahan saya melihatnya satu era kehidupan yang sangat daif dan miskin ini melakari peta dunia Islam. Anak anak kecil ke sekolah dengan pakaian yg sangat kotor, tidak berkasut,tak berbaju,tak berseluar dan ada pula yg dukung adiknya.

Dan buku? oooh masih jauh kalau anda mahu fikir tentang syilibus pelajaran,buku teks,buku rujukan dan buku tulis.Cikgu mengajar apa yg di fikir sahaja, malah anak anak yg besekolah 6 tahun tapi tak kenal huruf lagi, inilah kemunduran.

Kedaan kelas yg kotor berdebu dan guru yg masuk kelas itu pakaianya sangat lusuh. Gaji guru hanya RM 80 - RM100 sebulan. Inilah pendidikan untuk umat Islam kita di Kemboja. Oleh itu kami dari PERSATUAAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA) akan meneroka bumi Kemboja untuk merevolusikan pendidikan buat umat Islam di sana dengan agenda JIHAD PENDIDIKAN ASIA yang akan di ketuai oleh Hj Muhammad Zakaria bersama krew ahli persatuan dan sukarelawan yg ingin melabur hidupnya untuk Islam, lihat laman Blog http://www.hajimuhammadzakaria.blogspot.com .

Foto : Luahan hati duduk kampung

Setelah kami mengziarahi sekolah kami mengziarahi pula orang kampung, dalam ramai ramai itu maka ada sepasang suami isteri yg sedang mengendong dua orang baby yg berusia 3 bulan. Ayah dan ibu memandang kami dengan seribu harapan dan dia telah meluahkan hasratnya melalu anak angkat saya yang bernama Idris yg fasih berbahasa Melayu kerana belajar di Nilampuri selama 3 tahun. Dia mahu kami membantunya untuk membeli susu bayinya itu kerana susu badanya tidak cukup untuk dua orang bayi tersebut dan dia harap dapatlah pihak kami meyumbang duit atau apa sahaja. Selain bayi itu dia mempunyai 3 org lagi anak yg berusia 4 thn,3 thn dan 2 tahun, manakala suaminya hanyalah nelayan dan jarang dapat makan dgn sempurna. Kadang kadang makan nasi,kadang tak makan hanya berharap belas kasian orang. Sungguh menyentuh hati dan perasaan, maka saya telah bercadang untuk terus membantu kelaurga yg miskin ini dan telah mengambil bayi kembar itu sebagai adik adik kepada Ummu Solehah,Thoriq,Sakinah,Nukman,Salman,Ammar dan Jannah. Saya mahu mereka yg saya tulis namanya meyumbang sedikit kewangan bulanan untuk adik baru mereka ini. Jangan jadi kikir dengan harta dunia kerana orang pemurah itu rezekinya melimpahruah. Saya harap Sharlini dan Satini akan mampu belajar seperti kakak kakak dan abang abangnya dan bantuan saudara ini.


Foto : Bersama Shartini. Anak angkat, Semoga menjadi insan Solehah.

Wednesday, December 2, 2009

MANUSIA DALAM TEKANAN


Foto : Kehidupan yang sukar,tapi harus di teruskan.


Foto : manusia yang hilang rasa kemanusiaan.

Hari ketiga perjalanan agenda MISI KEMANUSIAAN iaitu dari Vietnam kami telah berangkat menuju ke Kemboja. Perjalanan yang menaiki bas selama 7 jam. Sampai bengkak bengkak betis kerana bas yang kami naiki ini jarak kerusi depan dengan kerusi belakang terlalu sempit dan untuk bersandar pun susah maka sepanjang jalan tu duduk tegak ajelah .

Pemandangan di sepanjang jalan sungguh luarbiasa indah iaitu dengan sawah padi yang terbentang luas dan lembu lembu meragut rumput, burung bangau berterbangan berkawan kawan dan sekali kala menempuh perkampungan, pekan dan bandar yang meyajikan pemandangan yang jarang kita lihat.

Bagiamana pun orang orang bertungkus lumus bergelut dengan keringat dan memerah tenaga sekuat mungkin untuk mengisi perut anak isteri serta keluarga. Kadangkala kerja sekuat mana pun rezeki tidak pernah bertambah kerana nilai tenaga manusia sangat murah dan tiada pekerjaan yang boleh dilakukan hanya berhempas pulas dengan keadaan sahaja bagi meyara sebuah kehidupan. Inilah kehidupan yang harus di tempuhi oleh kaum yang mewarisi kesusahan hidup dari generasi kegenerasi kerana yg susah miskin selalu dipandang hina dan dan kaya tetap mengaut keuntungan dari orang yg miskin.

Untuk sampai ke Kemboja, Negara Vietnam telah di pisahkan oleh sungai Mekong dan semua kenderaan yang mahu ke Kemboja akan menaiki feri termasuklah bas yg kami naik, sungai yg memisahkan dua negara mundur ini tidaklah jauh sangat sekitar 2 kilometer sahaja tapi oleh kerana pehak pemerintah belum bersedia untuk membuat jambatan maka penghubungnya adalah feri saja.

Semasa bas kami menaiki feri itu saya terpandang 2 buah lori yang sarat dengan ayam kampung dan itik yang masih hidup, ya Allah bila saya lihat keadaan binatang yang di susun didalam lori itu dengan diikat kakinya manakala di waktu itu jam 11.00 pagi matahari tengah terik memancar dan kelihatan ayam ayam dan itik itu meleleh air liurnya dan mengangga mulutnya kehausan serta dalam kesesakan kerana kedudukanya di tindih tindih dengan tiada perikemanusiaan untuk binatang yang akan di makan itu.

Terasa sedih bila saya melihat kekejaman manusia yang luarbiasa ini kerana di Malaysia tiada pemandangan begini dan terasa bahawa kemiskinan telah membuat manusia rasa tiada belas kasihan lagi.

Manakala di satu ketika sebelum saya balik ke Malaysia pula saya telah mengziarahi sebuah kampung, dari kejauhan saya dengar ada suara kanak kanak lelaki sedang menangis dengan kuat sekali dan kami menuju kearah suara tangisan itu. Iye kami sedang meyaksikan seorang ibu sedang memukul tangan anaknya dengan seutus dawai halus sepanjang 2 kaki dengan bertalu talu sehingga kami lihat tangan anaknya kemerahan macam udang goreng dan ibu yang sedang menyiksa nak itu ada ayahnya tersenyum memandang gelagat ibu memukul anak dan dua orang wanita yang sebaya ibunya sedang memerhati si ibu yang telah naik hantu memukul anaknya. Setelah puas di pukul tangan dia meyebat pula belakang anaknya sehingga suara tangisanya kedengaran tersekat sekat menahan kesakitan dan kami tidak dapat membantunya.

Bila diajukan pertanyaan kenapa anak sekecil umur 4 tahun di pukul tanpa rasa belas kasian, maka sahabat kami menjawap bahawa adat orang di kemboja bahawa urusan keluarga orang lain tidak boleh masuk campur.

Maka di sini kita harus meyedari bahawa manusia yg susah sangat menderita mentalnya dengan tekanan hidup, malah kemanusiaan bukan lagi naluri yg murni dan kemanusiaan yang di miliki itu adalah sifat kebinatangan, malah kalau di fikirkan bahawa binatang pun tidak pernah melakukan kekejaman itu terhadap anaknya.

Tuesday, December 1, 2009

KERINDUAAN.

Foto : Korban di Vietnam.

Foto : Muhammad di sambut oleh guru, saudara mara dan orang kampung. Rindunya orang di kampungan Islam di Vietnam dengan ilmu pengetahuan.


27hb - 1 hb Dec 09 perjalanan melangkau tiga negara dalam penjelajahan hariraya korban pada tahun ini.Kalau mau di ceritakan letih memang letih, lebih nikmat duduk rumah makan makan, tengok TV,layar internet,baca buku, shopping dan berbagai lagi perkara meyeronokkan yg saya boleh buat. Tapi saya rasa sungguh hina jika saya membiarkan sedetik masa yg berlalu itu tanpa saya mengifak kelebihan yg saya miliki iaitu mata,hati,perasaan,akal dan kesempurnaan tubuh ini untuk mengabadikan diri ini kepada jalan Allah.

Perjalanan selama 5 hari di negara dunia ketiga adalah satu peerjalanan yg menempuh berbagai perkara yg tidak pernah dilihat,yg tidak pernah dirasai dan yg tidak pernah didengar. Dalam misi kemanusiaan ini saya akan mendedah sebuah perjalanan saya ini.

Untuk kali ini saya coretkan sebuah kisah bagaiamana hebatnya kalau kita menjadi orang yg berilmu,baik,berbudibahasa dan amanah.

Sebelum saya bertolak ke Vietnam saya telah mencari seorang jurupandu supaya perjalanan kenegara yang pernah di perintah oleh komunis ini saya rasa sedikit senang. Maka saya telah menemui seorang pemuda Vietnam di sebuah pusat pengajian agama antarabangsa iaitu di masjid Sri Petaling. Kali pertama jumpa dgnya saya lihat bahawa wataknya adalah seorang anak yg baik yang berhemah. Apabila di tawar untuk menemani kami dia dengan senang hati bersetuju kerana semenjak datang ke Malaysia 3 tahun lalu dia belum pernah balik lagi ke negaranya, malah adiknya kawin pun dia tidak balik memandangkan kos untuk dia balik itu mahal.

Pd 27 November maka berangkatl kami menaiki kapalterbangtambang murah, alhamdulillajh kami sampai ke airport Ho Chih Minh pada jam 5.00 petang waktu tempatan. Wah saya terkejut bila lihat orang yg meyambut kepulangan muda ini iaitu nenekanya yg sudah tua, ayahnya, gurunya dan 5 orang lagi penduduk kampung. Saya melihat neneknya tidak dapat menahan sebak kerana melihat cucunya balik dan kegembiraan diwajah semua orang meyambut kami itu tergambar jelas bahawa anak yg belajar di luar dari negaranya akan membawa ilmu untuk di hadiahkan pada semua orang di kampungnya. Mereka berbual tanpa henti di sepanjang jalan dalam bahasa Vietnam dan kami hanya diam mendengar mereka bercakap.


Sesungguhnya di tempat umat Islam yang terpinggir seperti di Kemboja,Vietnam,Moro,
Bangladesh,Maymmar,Loss dan beberapa buah negera miskin ini, ilmu pendidikan sangat berharga dan bernilai bagi mereka, ibaratnya kalau menghantar anak belajar ke Malaysia mereka sangat berharap yang balik itu adalah orang alim,berilmu dan sangat disanjung tinggi malah menjadi tempat rujukan seluruh kampung. Ini dapat saya lihat bila ada seorang ibu menangis teresak esak di depan saya memohon agar saya dapat membawa anak lelakinya ke Malaysia untuk belajar agama, kerana di tempatnya tidak ada orang yg mahu ajar ilmu agama .

Saya meyeru kepada umat Islam sekelian bantulah umat Islam yg sangat dahaga ilmu ini dan bantulah mereka sesungguhnya amal jariah anda itu akan dapat menjadi sinar dan pahalanya mengalir hingga keakhirat.