Wednesday, December 2, 2009

MANUSIA DALAM TEKANAN


Foto : Kehidupan yang sukar,tapi harus di teruskan.


Foto : manusia yang hilang rasa kemanusiaan.

Hari ketiga perjalanan agenda MISI KEMANUSIAAN iaitu dari Vietnam kami telah berangkat menuju ke Kemboja. Perjalanan yang menaiki bas selama 7 jam. Sampai bengkak bengkak betis kerana bas yang kami naiki ini jarak kerusi depan dengan kerusi belakang terlalu sempit dan untuk bersandar pun susah maka sepanjang jalan tu duduk tegak ajelah .

Pemandangan di sepanjang jalan sungguh luarbiasa indah iaitu dengan sawah padi yang terbentang luas dan lembu lembu meragut rumput, burung bangau berterbangan berkawan kawan dan sekali kala menempuh perkampungan, pekan dan bandar yang meyajikan pemandangan yang jarang kita lihat.

Bagiamana pun orang orang bertungkus lumus bergelut dengan keringat dan memerah tenaga sekuat mungkin untuk mengisi perut anak isteri serta keluarga. Kadangkala kerja sekuat mana pun rezeki tidak pernah bertambah kerana nilai tenaga manusia sangat murah dan tiada pekerjaan yang boleh dilakukan hanya berhempas pulas dengan keadaan sahaja bagi meyara sebuah kehidupan. Inilah kehidupan yang harus di tempuhi oleh kaum yang mewarisi kesusahan hidup dari generasi kegenerasi kerana yg susah miskin selalu dipandang hina dan dan kaya tetap mengaut keuntungan dari orang yg miskin.

Untuk sampai ke Kemboja, Negara Vietnam telah di pisahkan oleh sungai Mekong dan semua kenderaan yang mahu ke Kemboja akan menaiki feri termasuklah bas yg kami naik, sungai yg memisahkan dua negara mundur ini tidaklah jauh sangat sekitar 2 kilometer sahaja tapi oleh kerana pehak pemerintah belum bersedia untuk membuat jambatan maka penghubungnya adalah feri saja.

Semasa bas kami menaiki feri itu saya terpandang 2 buah lori yang sarat dengan ayam kampung dan itik yang masih hidup, ya Allah bila saya lihat keadaan binatang yang di susun didalam lori itu dengan diikat kakinya manakala di waktu itu jam 11.00 pagi matahari tengah terik memancar dan kelihatan ayam ayam dan itik itu meleleh air liurnya dan mengangga mulutnya kehausan serta dalam kesesakan kerana kedudukanya di tindih tindih dengan tiada perikemanusiaan untuk binatang yang akan di makan itu.

Terasa sedih bila saya melihat kekejaman manusia yang luarbiasa ini kerana di Malaysia tiada pemandangan begini dan terasa bahawa kemiskinan telah membuat manusia rasa tiada belas kasihan lagi.

Manakala di satu ketika sebelum saya balik ke Malaysia pula saya telah mengziarahi sebuah kampung, dari kejauhan saya dengar ada suara kanak kanak lelaki sedang menangis dengan kuat sekali dan kami menuju kearah suara tangisan itu. Iye kami sedang meyaksikan seorang ibu sedang memukul tangan anaknya dengan seutus dawai halus sepanjang 2 kaki dengan bertalu talu sehingga kami lihat tangan anaknya kemerahan macam udang goreng dan ibu yang sedang menyiksa nak itu ada ayahnya tersenyum memandang gelagat ibu memukul anak dan dua orang wanita yang sebaya ibunya sedang memerhati si ibu yang telah naik hantu memukul anaknya. Setelah puas di pukul tangan dia meyebat pula belakang anaknya sehingga suara tangisanya kedengaran tersekat sekat menahan kesakitan dan kami tidak dapat membantunya.

Bila diajukan pertanyaan kenapa anak sekecil umur 4 tahun di pukul tanpa rasa belas kasian, maka sahabat kami menjawap bahawa adat orang di kemboja bahawa urusan keluarga orang lain tidak boleh masuk campur.

Maka di sini kita harus meyedari bahawa manusia yg susah sangat menderita mentalnya dengan tekanan hidup, malah kemanusiaan bukan lagi naluri yg murni dan kemanusiaan yang di miliki itu adalah sifat kebinatangan, malah kalau di fikirkan bahawa binatang pun tidak pernah melakukan kekejaman itu terhadap anaknya.

No comments:

Post a Comment