Foto : Pelajar sekolah meyambut kedatangan kami
Rutin kehidupan rakyaat Malaysia adalah di tahap selesa, walaupun ada diantara kita orang yg masih lagi sedikit susah. Tapi tahap kesusahan kita masih boleh makan 3 atau 4 kali sehari dan walaupun tidak semewah mana tapi dikalangan orang miskin di Malaysia ini orangnya berbadan sihat dan kadang kadang terlebih kolestrol atau terlebih gula dan garam. Inilah negara kita yang kian hari kian makmur dan kerajaan sentiasa memikirkan untuk menaikan taraf orang miskin ketaraf miskin sifar. Itu rakyaat Malaysia.
Kali ini saya nak bawa anda sekali lagi menjelajah kenegara dunia ketiga yg sedang bertarung dengan sebuah perjuangan yg getir iaitu mempertahan agama,bangsa mereka. Kemboja adalah sebuah negara yg di perintah oleh orang paling kejam,ganas,jahat pada satu masa dulu iaitu bernama Pol-Pot. Kejahatan Pol-Pot selain membunuh nyawa nyawa tidak berdosa tapi membunuh perasaan orang sehingga kehari ini. Kesan kekejaman Pol-Pot ini bermain di minda orang Kemboja. Dan kemelaratan hidup serta kemelesetan ekonomi telah membuat rakyaat Kemboja yang beragama Islam di ancam kepapaan yang berpanjang seperti tiada jalan akhirnya.
Foto : Kekejaman pemerintahan Pol-Pot
Tahun ini adalah tahun ke 4 saya mengekori senerio kehidupan umat Islam di Kemboja, setiap kali saya mengulang perjalanan saya ke sana maka setiap kali lah saya di ganggu gugat oleh pemandangan orang hidup susah dan terus susah dan bertambah susah.
Perjalanan dari Bandar Phnon Peng ke Kg Chrey Andet memakan masa 45 minit dan kami telah menaiki bot orang kampung untuk sampai ke kampung seberang.Sungai Mekong yg tenang banyak menyumbang rezeki buat rakyaat Kemboja itu langsung tiada pembaharuaan. Kehidupan nelayan secara manual sahaja iaitu orang di tebing mengaut rezeki ikan,udang dan apa juga hasil sungai Mekong dengan perahu dan dayung sahaja.
Sampai sahaja kami di tebing sungai itu kami di sambut oleh ratus murid sekolah bersama perpuluh orang kampung. Tak tahan saya melihatnya satu era kehidupan yang sangat daif dan miskin ini melakari peta dunia Islam. Anak anak kecil ke sekolah dengan pakaian yg sangat kotor, tidak berkasut,tak berbaju,tak berseluar dan ada pula yg dukung adiknya.
Dan buku? oooh masih jauh kalau anda mahu fikir tentang syilibus pelajaran,buku teks,buku rujukan dan buku tulis.Cikgu mengajar apa yg di fikir sahaja, malah anak anak yg besekolah 6 tahun tapi tak kenal huruf lagi, inilah kemunduran.
Kedaan kelas yg kotor berdebu dan guru yg masuk kelas itu pakaianya sangat lusuh. Gaji guru hanya RM 80 - RM100 sebulan. Inilah pendidikan untuk umat Islam kita di Kemboja. Oleh itu kami dari PERSATUAAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA) akan meneroka bumi Kemboja untuk merevolusikan pendidikan buat umat Islam di sana dengan agenda JIHAD PENDIDIKAN ASIA yang akan di ketuai oleh Hj Muhammad Zakaria bersama krew ahli persatuan dan sukarelawan yg ingin melabur hidupnya untuk Islam, lihat laman Blog http://www.hajimuhammadzakaria.blogspot.com .
Foto : Luahan hati duduk kampung
Setelah kami mengziarahi sekolah kami mengziarahi pula orang kampung, dalam ramai ramai itu maka ada sepasang suami isteri yg sedang mengendong dua orang baby yg berusia 3 bulan. Ayah dan ibu memandang kami dengan seribu harapan dan dia telah meluahkan hasratnya melalu anak angkat saya yang bernama Idris yg fasih berbahasa Melayu kerana belajar di Nilampuri selama 3 tahun. Dia mahu kami membantunya untuk membeli susu bayinya itu kerana susu badanya tidak cukup untuk dua orang bayi tersebut dan dia harap dapatlah pihak kami meyumbang duit atau apa sahaja. Selain bayi itu dia mempunyai 3 org lagi anak yg berusia 4 thn,3 thn dan 2 tahun, manakala suaminya hanyalah nelayan dan jarang dapat makan dgn sempurna. Kadang kadang makan nasi,kadang tak makan hanya berharap belas kasian orang. Sungguh menyentuh hati dan perasaan, maka saya telah bercadang untuk terus membantu kelaurga yg miskin ini dan telah mengambil bayi kembar itu sebagai adik adik kepada Ummu Solehah,Thoriq,Sakinah,Nukman,Salman,Ammar dan Jannah. Saya mahu mereka yg saya tulis namanya meyumbang sedikit kewangan bulanan untuk adik baru mereka ini. Jangan jadi kikir dengan harta dunia kerana orang pemurah itu rezekinya melimpahruah. Saya harap Sharlini dan Satini akan mampu belajar seperti kakak kakak dan abang abangnya dan bantuan saudara ini.
Foto : Bersama Shartini. Anak angkat, Semoga menjadi insan Solehah.
No comments:
Post a Comment