Wednesday, August 26, 2009

Negara kehilangan Senator Dr Ismail Salleh

Foto : Sering menerima anugerah di atas kecemerlangan.

Hari ini 6 Ramadan Negara telah kehilangan sebutir permata iaitu Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh semasa didalam penerbangan dari China ke Singapore pada pagi tadi. Allahyarham di sahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura kira kira jam 8 pagi.

Beliau adalah tokoh orang OKU Malaysia. Dan beliau cacat penglihatan pada usia 13 tahun.

Beliau adalah bekas timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS)
dan Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Antarabangsa Tenknologi Twintech.

Beliau telah banyak menerima anugerah atas kecemerlanganya di dalam bidang pengajian dan anugerah yang tertinggi pernah di terima ialah anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihtan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Allahyarham meninggal pada usia 61 tahun dan meninggalkan 6 orang cahayamata.

Satu Pot beras sehari

Foto : Menjalankan ibadah korban di Madarasah al Muhajirin, Kg Soun, Kemboja.

Sudah menjadi tradisi kami akan merayakan hari raya aidil adha di Kemboja pada setiap tahun. Bukanya tak mahu beraya dengan keluarga tapi hasrat hati tu ingin bersama sama dengan umat Islam yang susah itu sering membuatkan saya rasa keputusan berkorban aje saat gembira dengan keluarga ni dan biarlah kami bersama dengan mereka yang memerlukan sedikit bantuan daripada kita .

Foto : Kami sampai di Madarasah al Muhajrin.

Tahun lepas saya beraya di sebauh Madarasah di Kg Shoun, Kemboja. Iaitu kira kira 5 jam perjalanan dari Phon Penh ke Kampong Shoun. Madarasah itu yang di tadbir dan di usahakan oleh seorang yang sangat gigih dan kuat semangat serta berjwa besar iaitu Ustaz Zainal Abidin.


Foto : Suasana di dalam kelas tempat kanak kanak belajar di Kemboja

Saya ingin membawa anda meninjau seketika ke Madarasah Al Mujarin di Kg Soun ini. Di sini bilangan pelajarnya lebih kurang 400 orang. Pelajar pelajar di sini hampir 95 peratus adalah di kalangan anak anak orang orang miskin. Ustaz Zainal menubuhkan al Muhajrin ini adalah dari hasil bantuan rakyaat Malaysia. Kegigihan Ustaz Zainal mencari dana untuk membangunkan sebauh komplek pendidikan untuk anak anak miskin di Kemboja ini seharusnya di beri sokongan yang berterusan dari kita.

Foto : Saya di kedai makan Islam di sebelah hotel Mekong.

Kita yang masih di zon selesa di dalam dunia pendidikan ini tidak merasa akan kegetiran untuk mendapat ilmu. Tidak seperti kanak kanak di bumi Kemboja, kesukaranya adalah sangat ketera. Selama 3 hari saya di Madarash itu saya menyelami kehidupan anak anak pelajar di sana. Anda cuba bayangkan iaitu makanan pelajar adalah di masak oleh pelajar sendiri dan setiap pelajar akan di beri cuma beras sahaja iaitu satu pot beras untuk makan setiap hari. Lauk? Kebanyakan anak anak ini di bekal oleh ibubapa mereka dengan ikan masin yang tahan sebulan. Tiada gula, tiada susu, tiada roti, tiada daging dan tiada segala galanya. Hanya ada beras saja di bekali oleh ustaz Zainal .

Mereka memasak sendiri iaitu tiada di sediakan dapor, pandai pandailah mereka menguruskan kehidupan yang penuh dengan kesusahan ini demi ilmu. Mereka ini kena cari kayu api sendiri di tepi hutan madarasah.

Foto : Pelajar sedang masak nasi dan belakang pelajar tersebut adalah perigi, sumber air untuk sebuah madarasah.

Dan bekalan air pula ialah dari perigi. Lampunya bagiamana? kalau anda dapat bayangkan iaitu lampunya adalah generator yang di hadiah oleh tentera Amerika untuk Madarsah ini.

Ustaz Zainal ada mencadangkan kepada kami untuk di bekalkan seekor lembu setiap bulan supaya anak anak pelajar ini boleh makan daging setiap bulan itu sehari sudah mencukupi, harga seekor lembu lebih kurang RM 1500 seekor.

Foto : Madarasah ini pernah terbakar dan semua bangunan kelasnya hangus, sekarang sedang mencari dana untuk membuat bangunan baru yang bernilai RM 80,000

Tapi sehingga kehari ini saya belum lagi dapat menghantar bantuan untuk beli lembu itu. Bagi bulan ramadan ini sumber rezeki mereka terhad sikit, kerana kebanyakan orang Islam di Kemboja adalah dalam golongan orang susah maka tiada istilah di beri makan waktu bulan ramadan dan mereka ini pandai pandai sendirilah mengolah beras yang di bekal oleh ustaz mereka. Oleh itu saya ingin menyeru kepada semua umat Islam supaya dapatlah membantu mereka ini di bulan ramadan yang suci murni ini. Saya ada membuka TABUNG INFAK RAMADAN untuk pelajar pelajar ini dengan sasaran sebanyak RM 10,000 iaitu makan berbuka dan sahur serta sedikit kuih untuk syawal. Tapi sehingga kehari ini saya belum dapat lagi sumbangan itu. Diharap kepada mereka yang ingin menyumbang agar dapat terus masuk bantuan kewangan anda itu kedalam akaun seperti berikut

Akaun Pertama
Agro Bank


Nama Akaun PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)

No Akaun 2-00-5561-00001319-0

Akaun kedua
Maybank

No Akaun 164025021721
Nama Akaun Rusnah Abu Samah

Bantuan anda akan saya hantar terus kepada Ustaz Zainal.

Tuesday, August 25, 2009

Hantar Bantuan

Foto : Inilah mayat mayat mangsa tsunami 26hn Dec 2004 di Acheh. Tiada lagi cara yang terbaik untuk menguburkan mayat yang terlalu banyak. Di harapkan mereka ini di masukan oleh Allah dalam golongan orang beriman dan beramal soleh.

Paspot yg di tahan dah dapat. Sebab musababnya tak tau, tapi dengar dengar saman trafik. Kalaulah benarlah saman trafik paspot di tahan maknanya memanglah tak patut di buat begitu. Sepatutnya polis yang buat kerja saman menyaman ni, tapi hari ini kerja dah jadi tungang langang. Ada ke imegresion pegang saman trafiq. Tak apelah yg penting saya bebas untuk terbang kemana mana destinasi (kata kata airasia)

Untuk meneruskan MISI KEMANUSIAAN yang tergendala buat sementara waktu ni, maka kami akan ke Acheh pada hari jumaat ni. Lama sungguh tak tengok anak anak kat sana, makan tu memanglah makan dan belajar pun mereka beres aje. Tapi kasih sayang tak ada.

Foto : Anak orang asli kg Merbau. Bagi saya tiada perbezaan antara mereka.

Kami yang jadi ibubapa tidak dapat selalu mendampingi mereka, Kadang kadang bila kami sampai aje kat rumah anak yatim ni banyak aje permintaan mereka yang perlu kami penuhi. Itulah kadang kala tu kami perlu membawa wang yang lebih sikit untuk kesana. Mereka ni sering mengadu kasut koyak, stokin tak berganti, yuran tak bayar, baju sekolah tak berganti dah setahun dan alat tulis pun saya kena belikan. Sebenarnya kepada insan insan yang masih solo atau yang ingin menikmati bagaiamana melayan,menjaga,mengasuh dan mendidik anak anak maka rajin rajinlah jengok rumah anak yatim atau rumah orang miskin.

Penglibatan saya dalam kerja sosial ini tidak pernah saya membataskan diri saya walaupun siapa kanak kanak tersebut. Malah mereka adalah insan penghuni syurga yang telah dijanjikan oleh Allah.

Foto : Ini adalah sebagaian dari warga rumah anak yatim darul tahfiz sri al Ain Acheh. Yang sebelah kiri saya tu Sunti dan yang sebelah kanan tu adiknya Akmal. Ini adalah anak yatim piatu yang bergantung kasih sayangnya hanya pada kami. Mereka ini adalah anak anak pintar.

Pagi tadi saya beritahu anak anak kat rumah saya akan bertolak ke Acheh untuk melihat adik beradiknya di sana dan saya pun beritahu kepada mereka sesiapa yang mahu menyumbang untuk anak yatim di sana sila hulurkan apa yang ada, sebenarnya saya gurau ajer. Tiba tiba si bongsu hulur satu envelop yang berisi RM 50 dan saya terkejut juga " ni duit siapa dik" saya tanya dia " ala mak janganlah tanya duit ni siapa punya, bagi ajelah kat anak anak mak di Acheh tu" saya tergamam juga, seorang kanak kanak perempuan yg belanja mingguanya kami beri RM 10 seminggu dan dia boleh beri duit sebanyak itu untuk membantu orang yang dalam kesusahan. Saya kira si bongsu ni mungkinlah agaknya kehidupan selalu dalam suasan ibubapanya yang sering kemana saja membuat kerja MISI KEMANUSIAAN maka jiwanya telah sebati dengan istilah "memberi atau membantu" kepada orang yg sentiasa di limpah rezeki yang tidak tau nak salur kemana tu bantulah aje mereka yang susah dan memerlukan. Di dunia ini terlau banyak lagi umat Islam di timpa kesusahan dan kebuluran.

Foto : Ini adalah sebahagian dari pelajar pelajar miskin di Madarasah al Muhajirin, Kg Shoun Kemboja. Salurkan wang zakat anda untuk mereka.

Dan saya akan tetap membantu mereka ini selagi "nyawa di kandung badan" dan saya akan buka sebuah madarasah anak anak miskin di Kemboja dengan bajet RM 200000 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Ribu ) yang memuatkan 100 orang pelajar. Tanahnya sudah ada cuma duit untuk membuat bangunan saja yang belum ada. Jika ada sesiapa yang ingin membayar zakat tu silalah berhubung dengan saya. Dan saya bersedia untuk meletakan nama anda pada madarasah tersebut. Insya Allah.

Saluran Bantuan Kewangan Anda
Ke TABUNG INFAK RAMADAN

Nama Akaun PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)
No Akaun 2-00-5561-00001319-0
Bank Agro Bank.

Terima kasih kerana membantu

Monday, August 24, 2009

Start Shopping

Foto : Tengah cari baju raya untuk Awang yang berada di Jakarta, tapi belum jumpa warna yang sedondong lagi.

Puasa belum sampai sesuku lagi, Bulan belum lagi mengambang penuh, tapi keghairahan orang untuk raya dah 4 bulan yang lalu. Orang yang paling banyak membuat duit pada bulan puasa ni untuk belanja setahun ialah tukang jahit yang mahir, tukang buat kuih raya.



Foto : Di tengah kota metropolitan ni, ada orang yang bawa periuk belanga ketengah bandar jual ala india, saya beli makanan kegemaran iaitu putu mayam dan kari perut kambing.

Kedai perabut pula menumpang rezeki dari orang yg meyambut raya juga. Dan yang paling bergembiralah peniaga bazar syawal di Jalan Tengku Abdul Rahman. Tiga hari sebelum ramadan lagi dah punggah barang dah.

Untuk cop tempat tahun depan, tahun ini dah siap borang diisi. Siapa yang tak pandai tu terkulat kulatlah pandang orang buat duit, bak kata orang kampong " menuanglah" maknaya rezeki mmelimpah luah. Tapi ingat ye dalam rezeki yang melimpah tu ada hak orang lain, zakat badan, zakat harta, zakat emas, zakat ternakan dan zakat kebun. Jangan tak bayar zakat nanti Allah tarik rezeki tu tanpa anda duga. Macam tsunami di Acheh, Allah tarik semuanya dalam masa tak sampai 30 minit.



Foto Cuba songkok, nak raya atau nak ikut jemputan berbuka puasa?

Kalau anda lihat selepas tsunami harta benda musnah habis dan banyak tempayan yang berisi emas hancur berderai, beginilah wanita Acheh menyimpan emasnya guna tempayan, begitulah banyaknya emas yang mereka kumpul dan bila ledakan panas berbaur belerang dari perut yang berada di laut telah naik kedarat . Maka harta yang kita simpan, sekali pun dalam tempayan yang di tutup kukuh habis semua di sapu ombak ganas, bila tsunami surut datang pula pencuri berbondong bondong mengambil emas yang banyak dalam tempayan tu.


Foto : Di sepanjang jalan Tengku Abdul Ramhan, dah mula meriah dan jualan dah banyak.

Semalam kami ronda ronda kat Masjid India dan di sepanjang jalan tu, wah wah betapa rambangnya mata tengok bunga bunga plastik yang kembang mekar, baju baju berbagai fesyen dan yang paling saya terpingga pingga ialah bila lihat ada satu fesyen rambut muda mudi sekarang namanya kalau tak silap saya "rainbom" anak orang melayu mewarnakan rambut dengan warna keemasan, seluar jeans sempit di kaki manakala mak wenya pula baju sendat atas pusat, dan seluar jeans yang pingganya di bawah pusat. Apalah nak jadi anak anak kita ni, rosak bangsa, rosak agama dan rosak negara.Wahai pemimpin janganlah rebut kuasa, tolong rebut peluang mendekat anak bangsa yang kian tersungkur ni.

Foto : Inilah anak bangsa kita yang kian tersungkur.Ini pemimpin harus pikirkan.

Sunday, August 23, 2009

SUPERMAN

Foto : Ini SUPERMAN lawan dengan SPIDERMAN

Semenjak ramadan ini ramai orang telah mula mengubah sikap iaitu termasuklah saya. Ubah sikap atau peel ini tidak mudah kerana sikap manusia ini adalah pembawaan dirinya sendiri semenjak dari dalam perut ibunya. Kalau dia dah rajin maka kemana di campak pun dia akan rajin, bak kata orang kalau benih yg baik tu jatuh kelaut dia jadi pulau. Jadi bagaimanakah kita mahu membentuk sebuah pulau? Apakah pulau itu boleh terjadi dengan sendirinya. Oh, tidak mungkin. Sukar memang sukar. Orang zaman sekarang ni mahu kerja senang, kerja mudah, kerja dapat sponsor atau kerja sikit dapat gaji banyak, atau pun istilah orang yang bijak menipu "kerja guna otak" memanglah kita kerja guna otak, tapi kalau otak kita ni berputar macam kipas angin untuk mencari helah itukan meyusahkan ramai orang. Saya dah lama promosi Rumah Anak Yatim Darul Tahfiz Sri al Ain Acheh, Misi kemanusiaan pemulihan akidah orang asli di Kg Merbau, bantuan pelajar miskin di Kg Pisangan di Ciputat dan Kemboja. Kadang ladang tu kita ni bercakaplah sampai berbuihlah mulut, kita ingat orang dengar, rupanya orang tak pandang sebelah mata pun kita bercakap tentang usaha usaha itu.

Kalau saya cakap pasal tanah balak di hutan Pahang, Lombong emas di Perak, hasil minyak di Trengganu dan tentang projek mega yg datang untung juta juta, pasti orang akan cari dan buru ingin bersahabat dan beri duit kopi lagi untuk dapatkan projek, cakap aje berapa duit kopinya. Hari ini begitu juga kalau seseorang sudah set mindanya untuk lakukan sesuatu kita tak boleh ubah mindanya. Saya sangat minat tentang khayalan SUPERMAN.


Foto : Lelaki ini pun Superman, mampu lakukan sesuatu dengan pantas,berani dan tegas.Dia mmpu menghafal Quran dalam masa 9 bulan sahaja. Sekarang jadi pengurus rumah anak yatim Darul Tahfiz Sri al Ain Aicheh

Malah watak superman ini adalah watak motivasi. Watak superman ini perlukan sesuatu kekuatan yang luarbiasa. Bagaimana mahu mencanai orang superman ini?. Susah! perkara yang dilakukan oleh superman adalah perkara yang luarbiasa dan tak terjangkau oleh minda yang biasa seperti terbang, lawan lawan, panjat, tolong orang bila dalam kesusahan dan boleh kerja pada saat last minute. Sebab itu kanak kanak suka pada cerita superman kerana ceritanya boleh membuat orang ingin melakukan sesuatu luarbiasa samada dalam kehidupan seharian atau dalam belajar dan dalam kerja dan begitu juga beribadat di bulan puasa ni. Anda orang biasa atau anda ingin jadi Superman?



Foto : Orang berani tu perjuanganya sentiasa marak dan menyala nyala dalam dirinya dan tak pernah gentar dengan sedikit dugaan dan cabaran.

Saturday, August 22, 2009

JAMU MATA

Foto : Bermacam macam kuih, tak payah buat, bawa aje duit, senang kan

Alhamdulillah, selesai puasa hari ni. Tapi ada yang tak selesai iaitu nafsu perut yang menronta ronta bila sampai kepasar ramadan. Hari ini saya dan si bongsu temankan abuyanya ke hospital Sg Buloh, demam, sakit tekak,sakit kepala. Dan hari ini adalah hari yang paling aman di hospital Sg Buloh. Satu jam saja semua selesai dan bawa ubat balik, kalau sebelum ini 4 hingga 6 jam baru selesai. Ubat yang di bawa tu saya kira dah ada 6 set kat rumah, ada yang belum di gunakan lagi. Termasuklah ubat yang tertulis nama Ummu Solehah.



Foto : Laku jual air kelapa muda. Bolehlah buat duit raya untungnya.

Balik dari hospital Sg Buloh singgah menjamu mata dengan juadah yang sungguh menyelerakan. Mengelodak tekak ni bila tengok warna warna air dan kuih muih serta lauk pauk. Pilih punya pilih maka belilah juga kuih buah melaka dan peganan talam tepung beras, Oleh sebab masa berbuka tinggal 45 minit lagi kami masih di jalanan maka hari ini beli mee goreng mamak dan goreng ayam sendiri. Bagi saya makan apa pun boleh, tak ada pantang larangnya.

Dalam perjalanan balik saya dapat satu SMS, pengirimnya adalah salah seorang anak angkat dari Kemboja, di tulisnya "Mak apakhabar? saya sihat dan sekarang berada di Madarasah. Bila mak boleh datang? saya ada hal nak beritahu mak" Saya ni ada kekuranganya iaitu tak tahu tulis meseg, kalau orang hantar saya boleh baca dan tak tahu nak balas , maka saya mintalah tolong orang lain untuk mengetip meseg untuk di balas " Maaf ye! dlm masa terdekat ni mak tak dapat datang, InsyaAllah kalau mak nak datang nanti mak call". Saya tahu kenapa anak itu minta saya datang sebab sebelum dia keluar 40 hari dulu dia ada pinjam duit dengan seseorang sebab nak bayar pada ustaznya, maka duit yang di pinjam tu perlu di ganti.



Foto : Gigih membantu orang yang dalam kesusahan. Tuan Haji Muhammad Zakaria (kiri) dengan Al-Ustaz Abdullah Abdul Wahab al-Hafiz di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Aceh, seminggu selepas tsunami.

Semenjak dia belajar di Madarasah dua tahun lepas, kedua Ibubapanya di Kemboja tak pernah sekali pun mengirimkan belanja, pandai pandai dia mencari sara dirinya. Dan akhirnya kami telah menjadikan anak anagkat kami. Maka hari ini kalau apa jua keadaanya maka kamilah tempatnya mengadu.Ibaratnya dia adalah seperti anak saya sendiri.

Begitu juga anak anak yatim di Acheh, walaupun ramadan dah tiba tapi belanja untuk ramadan ni belum cukup lagi, maka saya berhasratlah kalau anda ada kelebihan rezeki maka bantulah mereka ini.

1 Anak Yatim Darul Tahfiz Sri al Aceh yang masih lagi kurang RM 2500 untuk sepanjang ramadan ini

2 Untuk pelajar kemboja yang belajar di Madarasah untuk 2 orang RM 400 dan belanjanya

3 Untuk pelajar di Madarasah al Muhajirin di Kemboja belum dapat lagi sumbanganya iaitu sebanyak RM 5000 untuk sepanjang ramadan ini untuk berbuka dan sahur

Saya juga harap anda semua dapat merasainya akan sebuah kesusahan dan kekurangan. Mereka ini bukan mahu mewah, tapi mahu cukuplah sekadarnya saja.

Sumbangan anda amat di perlukan

Friday, August 21, 2009

Tak Mahu dah

Foto : Jamulah orang makan pada ramadan ini.

Kurma adalah sejenis makanan yang tahan lama, tapi kalau dah lama sangat tersimpan maka rasanya dah tak sedap . Kalau dah menyimpanya mesti ada masanya juga samada sebulan ke, tiga bulan ke atau lima bulan . Tapi kalau dah sampai setahun maka makanan dah tak boleh makan. Kalau makan juga mungkin memudaratkan kesihatan atau rasanya dah tak enak lagi.

Maka di sini saya teringat ada seorang putri saya dia bertanya " mak macamana nak goreng kurma" maka saya pun jawablah " buat apa goreng, makan je lah gitu kan sedap" dia jawab " kita ada orang beri kurma, kurma tu nampak elok lagi , kalau nak makan macam tu tak sedap, kalau goreng mungkin rasa tak sedap boleh hilang ,kurma tu orang beri sebab dia dah tak nak makan sebab kurma tahun lepas" saya diam dan mikir, apakah putri saya ni tak tahu bahawa pemberian yang di beri oleh orang yang orang tersebut dah tak nak makan, tapi putri saya terima dan saya agak mungkin anak saya iklas dan tak tau bahawa org yang memberi itu adalah tidak layak memberi orang barang yg dia sendiri dah tak nak makan dan tempohnya dah habis, tapi saya sedapkan hatinya, "Tak payah goreng kurma tu , simpan buat kenangan dari orang memberi tu dan beli kurma baru, nanti mak ajar goreng kurma". Bagi saya orang memberi barang yang dia tak mau pakai, atau dia beri orang buah yg kena gigit oleh tupai itu adalah satu penghinaan keatas sesama manusia. Apakah barang yg dia tak mau pakai tu orang lain boleh pakai? atau apakah makanan yg dia dah tak mau makan orang lain mahu makan.

Tapi anak saya ini iklasnya luar biasa menerima barang org yang tak mau makan. Kalau saya dah lama saya humban dlm tong sampah. Saya pun banyak kali juga terkena, kalau masa bencana alam minta pakaian dari orang ramai untuk di dermakan pada mangsa maka berbondong bondonglah datangnya penderma yang membuang pakaian yg tak boleh di guna lagi ketempat kami. Malah saya rasa macam tempat orang buang sampah pulak. Inilah manusia, beri barang pada orang yang dia dah mau pakai dan makan.

Thursday, August 20, 2009

MEMBAHAGIAKAN

Foto : Kalau di Acheh kami pakai motorsikal aje dan beli minyak guna botol. Ini bukan penjenayah.

Esok kita akan menyambut Ramadan Al Mubarak, ramai ibu ibu yg sudah memikirkan menu yg lazat untuk bersahur malam ni dan berbuka pada petang esok. Tapi ramaikah yang memikirkan akan kelazatan beribadat di bulan ramadan ini. Malam tadi saya dengar satu forum dlm radio, seorang ahli panel telah berkata bahawa Imam al Ghazali sepanjang ramadan 30 hari dia telah khatam Quran 60 kali. Ya Allah betapa lazatnya Imam Ghazali beribadah pada Allah. Ya bagaimana untuk melakuakn ibadah di bulan ini dengan sempurna? ya ada panduan dan tipsnya didalam buku RAMADAN TIBA LAGI. Miliki segera sebelum kehabisan stock

Walau apa pun saya sebagai seorang Ibu adalah seperti juga ibu ibu lain yang sentiasa memikirkan untuk keselesaan beribadat buat suami tersayang , anak anak yang di kasihi , emak yang di rindui di kampong dan saudara mara yang di sanjungi jauh dan dekat serta sahabat handai yang hidupnya agar berkati Illahi yang berada di mana jua , kenal taulan yang sentiasa mengingati saya dan yang paling saya ingat adalah anak yatim saya di Acheh.

Hari ini saya emosi sikit, Ustaz Abdullah telah ke Singapore jemputan ceramah untuk mencari kewangan bagi membiayai anak yatim di Acheh sepatutnya dia balik pada hari Khamis, tapi undangan mencari dana yang lebih untuk anak yatim adalah penting. Maka dia telah pergi kesana. Mudahan mudahan rezeki yang ustaz Abdullah dapat itu dapatlah membantu anak anak kita di Acheh ye ustaz. Maka dia akan balik pada sabtu atau Ahad ke Acheh.


Foto : Baju biru tu Ustaz Abdullah, insan yg sangat gigih menolong saya. Semoga budi baik ustaz Allah bantu

Saya pula passpot di tahan oleh imigresen sebab ada kes kesalamatan dalam negeri, saya tak tau kes apa? nak kata saya ada buat jenayah tak pernah rasanya, nak kata saya kumpulan pembangkang yang boikot kerajaan tak juga atau saya ada hubungan politik dengan negara luar tak juga, tak tau lah. Dah letih ulang alik ke imigresen

Yang paling letihnya pergi Bukit Aman naik tangga pejabat polis beberapa buah bangunan yg tinggi tinggi tu. Kemudian di arahkan tunggu si anu, kemudian tunggu lagi si anu dan kita ni di arah arah aje macam orang dungu . Lash sekali dia kata tunggu di sofa, lepas tunggu lama lama orang yang nak uruskan kes tak tau saya ni ada kes apa. Haa inilah kalau jabatan kerajaan buat kerja yang tak tau ujung pangkal. Kalau nak pekena orang kena buat betul betul, jangan main agak agak aje. Bagi saya kalau betul saya bersalah buktikan , dan silakan ......kalau saya tak bersalah kenapa tahan passpot saya? Saya perlu keluar dari Malaysia ni untuk ke Acheh.

Sampai kehari ini kes saya tak ade orang di jabatan imigresen nak selesaikan. Apakah Malaysia ini ada undang undang baru untuk menahan orang yang di agak agak bersalah. Kalaulah saya jutawan yang dapat sumber kewangan orang tak tau dari mana hasilnya maka berbaloilah tahan passpot saya. Ni saya apa pun tak ada, duit tak ada, rumah tak ade, kereta pun tak ade, pakai baju pun yang dah lapuk fesyenya dan saya ini hanya layak di gelar sebagai orang yang tak senarai dalam buruan polis, tapi di buru oleh anak anak yatim yang sangat menagihkan simpati dari saya.

Kalaulah begini keadaanya undang undang baru ni tak layak di ketengahkan dan tahan saja passpot orang yang dah makan duit rayaat yang sampai tak habis nak makan dan yang seludup barang barang haram. Kenapa tak di tahan passpot mereka?

Wednesday, August 19, 2009

KITALAH NAHKODA

Foto : Dilahirkan oleh ibu bapa yang sama, tapi dua watak yang berbeza. Si kakak yang terlalu emosi dan si bongsu yang terlalu tegas. Tapi sebenarnya kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan yang boleh menjadikan mereka insan yang hebat dan dirahmati Allah kehidupannya di dunia ini.

Saya membaca blog Wadah Cinta Solehah. Perasaan yang Solehah luahkan adalah satu tekanan emosi wanita. Sebenarnya seorang wanita yang hebat,tabah dan sabar tak menghadapi situasi begitu. Cuba baca sirrah anak Rasulullah, Syaiditina Fatimah, Isteri nabi Siti Khadijah yang sangat hebat mengengkang emosinya di tika didalam tekanan.

Dan pada hari ini cuba lihat pemimpin prodemokrasi Myanmar , Aung San Suu Kyi iaitu wanita yang berusia 60 tahun hidup dlm tahanan di rumah bertahun tahun lamanya dan menghadapi kesukaran kebebasan bersuara . Diambang hidup dan mati yang tak menentu.


Foto : Insan yang selalu menghibur insan yang berduka. Di pondok menunggu Maahad Tahfiz al-Quran Sheikh Mohd Salehuddin Amin di Hulu Langat. Beberapa orang anak angkat kami belajar di sini. Pondok ini dibina oleh anak-anak dari Kemboja sepenuhnya.

Wajahnya tetap tabah dan berjaya menguasai orang ramai melalui simpati padanya. Sekarang kecelaruan dalam diri, minda serta emosi kita adalah kerana kita yang bikinya sendiri. Sepatutnya di usia yang sangat bernilai seperti di usia Solehah ini adalah satu usia mencipta satu revolusi hebat dengan dengan ilmu yang Solehah ada sekarang dan kepercayaan Ibubapa sepenuhnya dan kebebasan dunia yang Solehah miliki.



Foto : Airmata terlalu mahal untuk sebuah perasaan yang di bisikan oleh perkara yang tidak benar dan tidak munasabah. Anak ini terlalu kecil untuk mengerti sebuah perjuangan, tapi airmatanya menjadi saksi kepada sebuah perjuangan agama.

Kenapa Solehah mesti mengongkong minda dan perasaan Solehah dengan rasa murung, sedih, kekurangan dan rasa ingin menyalahkan orang lain? Solehah boleh jadi pakar kaunseling remaja sekarang. Luah rasa kurang senang itu di secarit doa bukan pada air mata. Lihat Syaiditina Fatimah telah di ajar Rasulullah bagaimana jika di hinggapi oleh masaalah? apa yang mesti kita lakukan ? kita mesti zikir, solat dan baca quran. Ini penawar yang terhebat. Ketenangan itu akan ujud di situ.


Foto : Jadikan bapa sebagai idola anda, kerana panjangnya akal lelaki itu adalah panduan untuk wanita menjadi hebat dan mulia. Haji Muhammad Zakaria sering muncul di TV1 RTM membawa mesej kecemerlangan.

Jangan kotori minda dengan rasa bersalah dan cemburu tak menentu, itu adalah hantu yang menakut nakut hidup Solehah.

Hari ini mak mahu Solehah bangun seperti wira dan bukan seperti lipas atau semut.

Hari ini mak mahu Solehah bangun seperti serigala bukan seperti tikus yang menyorotkan kepalanya di lubang yang sempit.

Bergaul dengan dunia luar dan letakan satu sasaran yang besar dalam hidup ini.

Lihat Mutia yang bekerja dengan Mak di Acheh itu, hilang seluruh keluarga yang bahagia di landa tsunami, tapi boleh meyambung hidup dengan menabur bakti yang suci dengan berkhidmat di rumah anak yatim dengan senyum dan tenang saja.

Foto : Ini Ibu Rusnah dengan Mutia (berkat nama seorang pejuang tersohor Aceh), anak angkat mak yang sangat kuat semangatnya, kendalikan sebuah rumah anak yatim yang kesemunya anak lelaki. Mutia pernah menangis kerana kasutnya yang baru dibeli telah dipatahkan oleh anak yatim tersebut. Tapi dia kembali gembira kerana dia tahu bahawa menjaga anak lelaki ini perlukan satu kekuatan minda yang hebat, bukan kekuatan emosi yang tidak terkawal.

Apa kurangnya wahai gadis Melayu yang rupawan dan beradab serta berpendidikan seperti
S o l e h a h.



Foto : Wanita ini hebat sebab dia menjauhi emosinya dan mendekati bakatnya yang semula jadi sebagai pemimpin. Anda bagaimana? Ilmu Solehah lebih bermutu darinya, sebarkan dan lalu kesukaran hidup ini dengan bergaul dengan semua orang. Jangan hadkan keterbatasan diri anda.

Tuesday, August 18, 2009

RAMADAN TIBA LAGI

Foto : Cover buku RAMADAN TIBA LAGI.

RAMADAN TIBA LAGI adalah sebuah buku yang akan muncul dalam pasaran sempena dengan kedatangan Ramadan al Mubarak. Sajian minda untuk umat Islam sejagat di nusantara iaitu terutamanya untuk pembaca di Malaysia,Singapore, Brunei dan Indonesia . Buku yang memaparkan berbagai isu mengenai puasa.

Didalam situasi bulan keberkatan ini banyak amalan yang di lakukan dan kita tidak dapat mengagaknya apakah fadilat dan manafaatnya. Sesungguhnya bulan ramadan adalah bulan terbaik antara seribu bulan. Maka didalamnya terkandung berbagai keistimewan. Untuk anda mengetahui lebih lanjut kelebihan puasa di bulan ramadan ini maka buku ini telah melengkapkan hasrat anda itu.Buku yang menghidang isi kandungan ramadan ini dengan tip/panduan yang sangat indah dan menarik

Dapatkan buku yang penuh dengan warna warni dan garapan tulisan yang santai dan mudah. Ramadan Tiba Lagi mengandungi 32 tajuk yang panas di bulan yang berkah ini.

Diantara isi yang menarik didalam buku ini ialah tentang kelebihan ramadan, kesihatan di bulan ramadan, asal usul kurma dan adab makan kurma,mendidik anak anak berpuasa, pengiraan zakat yang sistemetik , imarah ramadan dari ke masjid ke masjid di Nusantara, 32 resepi berbuka dan sahur serta panduan khatam quran yang betul.Buku ini boleh di jadikan sebagai panduan untuk sekolah sekolah dan pejabat pejabat serta sebagai bahan bacaan untuk individu. Di rumah harus ada memiliki buku Ramadan Tiba Lagi untuk seisi keluarga.

Buku yang setebal 168 mukasurat ini sarat dengan bahan yang sangat berfaedah dan bergambar.

Dapatkan segera di kedai buku yang berhampiran atau hubungi pihak penerbit.

Hasil dari jualan buku ini sebahagianya akan di infakan kerumah anak yatim darul tahfiz sri al ain Acheh dan bantuan makanan ramadan untuk pelajar di Sekolah al Muhajirin di Kemboja.

Buku ini berharga RM 29.00 sahaja.

Buku ini hasil karya bersama Ustaz Wan Noh Wan Hamat dan di terbitkan oleh Yamani Angel Sdn.
Lawati :http://yamani-angle.blogspot.com/

MAKBUL

Foto : Sebahagian dari anak yatim sri al Ain Acheh.

Hari Khamis ni Ustaz Abdullah akan balik ke Acheh. Manakala pada hari sabtu insyaAllah kami berdua pula akan ke Acheh untuk menyampaikan sumbangan ramadan untuk anak anak kami yang berada di Acheh. Kami adalah antara pendiri (Pengasas) rumah anak yatim di Acheh itu akan meneruskan usaha untuk mensasarkan bantuan untuk mereka



Foto : Pada kesempatan saya menjengok anak anak yatim ini saya akan sentiasa melayan mereka seperti anak saya sendiri. Kami berjalan sama sama.

1 Bantuan persekolahan (buku, pakaian seragam dan yuran ) RM 300 seorang dan kami perluka RM 4500 untuk kelengkapan mereka bagi sesi Julai 2009 - Julai 2010.

2 Bantuan untuk berbuka dan sahur sepanjang ramadan ini sebanyak RM 4000

3 Bantuan pakaian hari raya RM 60 seorang (Sepasang baju, sebuah songkok dan sepasang kasut) yang berjumlah RM 900 sahaja.

4 Bantuan untuk kuih raya RM 500 sahaja.

Saya akan berusaha untuk memenuhi keperluaan mereka ini. Kalau tak sepenuhnya tak apa, sebahagian pun sudah dapat membahagiakan mereka.

Baru baru ini anak anak yatim tu sakit, semuanya demam dan sudah menjadi adat di negara ketiga orang miskin, susah dan anak yatim tak di benarkan sakit kerana biayanya sangat mahal.Tapi kalau dah sakit nak buat macamana? saya sering membawa ubat ubatan dari Malaysia untuk mereka di sana. Anak anak yang sakit tu di kurantin di rumah anak yatim saja kerana kami tak mampu nak pergi klinik, hospital dan tak mampu dan beli ubat. kami cuma beli ubat sikit sikit dan kongsi ramai.


Foto : Siapa yang sanggup mengubat anak anak ini? kalau bukan seorang yg berhati mulia. Ini anak gadis Acheh yang bernama Mutia telah bekerja dengan rumah anak yatim ini semenjak rumah tersebut di tubuh. Gadis ini sangat mulia hatinya. Dialah ibu, dia kakak dan dialah jururawat. Dia sedang merawat seorang anak yatim yang kena kayap.

Walau apa pun saya rasa sangat bertuah mendapat anak anak yatim ini kerana selama mereka menjadi penghuni di rumah itu belum pernah sepatah kata pun mereka rasa tak selesa atau kurang enak dgn makanan.Dan mereka sangat rajin belajar dan menghafal quran.InsyaAllah satu hari nanti jika umur kami di panjangkan Allah kami ingin mereka ini menjadi anak anak yang soleh dan solehah yg mendoakan ibubapa mereka serta menjadi pemimpin yang beriman,bertakwa dan beramal.

Buat masa sekarang pihak kami sedang mengumpul dana untuk membeli sebidang tanah dan mendirikan sebuah komplek Yayasan Darul Tahfiz Anak Yatim Sri al Ain Acheh iaitu bagi menempatkan anak anak yang miskin, kurang upaya dan anak anak yang terbiar. Doakan semoga hajat kita yang baik baik ni di makbulkan oleh Allah dan setiap yang kita tinggalkan itu akan jadi amal jariah untuk kita di kemudian hari.

Foto :Inilah anak anak yatim yang telah kami didik. Dan kami harap mereka ini akan jadi anak yang soleh.

Monday, August 17, 2009

SANGAT TERDESAK

Foto : Inilah rumah anak yatim darul tahfiz sri al Ain Acheh. Sewanya
RM 16000 Setahun.


Semalam ustaz Abdullah talipon saya, seperti biasa perjalananya menguruskan rumah anak yatim Sri al Ain di Acheh dengan rutin bulanan keluarganya yang masih tinggal di Malaysia. Pengorbanan Ustaz Abdullah tiada dapat kami balas. Walaupun kami yang menubuhkan rumah anak yatim di Acheh itu tapi yang menguruskan perjalananya ialah ustaz Abdullah, ini adalah dia orang Acheh, manakala kami adalah orang Malaysia yang hanya membantu saja.

Kadang kadang tu bila saya pikirkan apakah kesudahanya usaha Ustaz Abdullah untuk menjaga anak orang iaitu anak yatim yang tiada pertalian saudara dgnya.

Sedangkan keluarganya di Malaysia hanya di jengok 3 atau 4 hari saja sebulan

Dan rumah anak yatim di Acheh adalah keutamanya.



Foto : Anak yatim di rumah anak yatim sri al Ain Acheh. Mereka ini masih terlalu muda untuk mengetahui erti sebuah kehidupan. Masjid ini berdepan dengan rumah anak yatim.

Malah kegigihanya semenjak tsunami dulu telah membuatkan saya rasa sangat kerdil dengan usahanya yang sangat banyak dan tak pernah kenal erti penat,jemu dan bosan di samping ketelusan hatinya.

Ustaz Abdullah talipon saya dengan nada yang sangat mengharap " kak tolong ye, hutang anak anak yang baru masuk kelas baru pada julai lalu belum di selesaikan lagi, banyak barang sekolah belum dapat di beri pada mereka, seperti buku belum dapat di sediakan dan tak lama lagi nak puasa ni dan anak anak yang nak masuk ke rumah anak yatim makin bertambah" berdetup jantung saya bila rayuan ustaz Abdullah itu memcecah ke telinga saya " baik ustaz, kak akan usaha untuk anak anak kita di sana, tapi dalam masa yang suntuk ini kak mungkin tak dapat nak sediakan dengan kadar yang cukup, tapi insyaAllah kak akan jajakan TABUNG MISI BANTUAN ANAK YATIM ACHEH ini" Ustaz Abdullah terdiam beberapa detik, saya tahu ustaz Abdullah tak mengharapkan duit tabung kerana pernah kami menganjurkan satu program yang mahu mengutip dana sebanyak RM 40.000 untuk membeli sebidang tanah dan mendirikan sebuah rumah anak yatim, tapi kami hanya RM 2,000 itu pun kos fotostat, minyak kereta dan kos iklan. Akhirnya kami sudah seperti hilang semangat untuk mengadakan program untuk tujuan tertentu.

Bagi saya kalau ada sedikit duit simpanan atau harta saya tak perlu saya simpan sebagai harta pusaka untuk anak anak saya akan saya jadikan duit untuk biaya anak yatim kami di Acheh. Walaupun pada dasarnya anak yatim yang kami jaga tidak ramai sekitar 20 orang tapi kos sara hidupnya lebih kurang RM350 seorang. Setiap bulan belanja tak pernah cukup, makan ala kadar saja, belanja sekolah 80 sen untuk seorang anak itu, sedang kuih yang di jual pun dah 30 sen dan air 30 sen. Sedang mereka balik sekolah jam 2.30 petang. Kalau hala balik mereka lalu di gerai air maka jarang mereka dapat beli. Inilah anak yatim kami di Acheh. Saya sudah lama tak dapat mencukupi belanja untuk mereka kerana kesibukan saya dengan tugas lain. Tapi walau apa pun mereka adalah keutamaan saya. Setakat ini saya belum ada meyimpan duit dalam simpanan melebihi dari RM 30 sekalipun akaun peribadi saya.

Kerana setiap wang saya dapat akan terus saya salurkan untuk mereka kerana bagi saya mereka adalah seperti anak saya yang tujuh orang itu. Bila mereka nak belanja untuk beli buku atau makan dengan apa usaha pun saya akan tunaikan. Tapi anak saya masih ada bapanya yang sihat dan masih berupaya mencari rezeki. Tapi bagaimana dengan anak yatim kami di Acheh sana? keluhan ini saya harap dapat mencuit hati anda untuk menyumbang pada mereka.




Foto : Sebuah kubah yang di bawa oleh arus tsunami sejauh 4 kilometer dari tempat asalnya dan kubah ini seberat 90 tan. Ustaz Abdullah (tengah)

Saturday, August 15, 2009

Pondok Usang.



Yayasan darul Tahfiz Anak Yatim Sri al Ain Acheh kami ada menjaga lebih kurang 20 orang anak yatim, yatim piatu dan fakir miskin. Dalam 20 orang itu ada 2 orang adik beradik yang telah kehilangan kedua orang tuanya.Kakaknya bernama Sunti berusia 14 tahun dan adiknya Akmal berusia 7 tahun.Dia telah di hantar oleh orang kampungnya ke rumah anak yatim kami di Ajun dua tahun lalu. Kisahnya dua beradik ini sungguh menyayat hati. Iaitu ayahnya mati kerana di tembak oleh orang orang Gam dan Ibunya meninggal kerana kemalangan semasa berjalan kaki iaitu ketika akmal berusia 5 tahun. Ketika ayahnya meninggal usia akmal 2 tahun. Ibunya telah mengambil upah menanam padi di kampungnya dan setelah tiga tahun ayahnya meninggal ibunya meninggalkan dunia pula dan tinggalah Sunti dan Akmal dua beradik di pondok usang peninggal ibunya.

Sunti terpaksa berhenti sekolah kerana mahu menjaga Akmal dan Sunti kerja membasuh kain rumah jiran walaupun usianya bari sebelas tahun. Jiranya terpaksalah memberi gaji hari pada sunti. Selama 2 tahun Sunti bekerja basuh kain demi untuk menyambung kehidupanya dan adiknya.Sunti adalah seorang anak yang pintar, walaupun dia tidak kesekolah tapi tetap belajar sendiri dirumah dan belajar mengaji di samping itu dia telah mengajar adiknya mengaji dan apa yang dia tahu.

Bila Akmal dah meningkat usia 6 tahun sunti sudah tidak dapat menjaganya lagi seperti dia di masa kecil dulu.Sebab Akmal selalu tanya tentang sekolah. Akhirnya Sunti telah meminta penduduk kampung untuk mencari tempat untuk dia menumpangnya adiknya bersekolah. Akhirnya setelah di cari akhirnya pihak kami telah menerima sunti dan Akmal untuk tinggal di rumah anak yatim kami. Semasa mereka datang hanya membawa 3 helai pakaian sahaja dan tanpa satu sen pun duit di tangan. Badan sunti kurus sahaja. Kini setelah 2 tahun Sunti menginap di rumah anak yatim Sri al Ain dia telah masuk kesekolah menengah dan sering mendapat kedudukan pertama dalam kelas, Sunti sangat rajin membantu kerja kerja di rumah anak yatim dan dia juga sangat berminat untuk menguasai bahasa Inggeris. Manakala Akmal pula adalah seorang anak yang sangat pintar dan sudah 2 juzuk Quran di hafalnya. Akmal sangat berminat untuk belajar bahasa arab. Tapi Akmal adalah seorang anak yang nakal dan sensitif.

Akmal bercita cita mahu menjadi imam masjid bila sudah besar nanti. Kini mereka sangat selesa tinggal di rumah anak yatim sri al Ain Acheh.

Untuk bulan Ramadan dan persiapan raya tahun ini pihak kami ingin memohon sumbangan dari pihak dermawan untuk membantu mereka. Kerana anak yatim yang kami jaga di Acheh adalah anak yatim yang tiada di beri keutamaan dalam bulan ramadan ini iaitu seperti anak yatim di Malaysia. Ini adalah bilangan yang di tinggalkan oleh orang tua mereka semasa bencana tsunami dulu adalah seramai 40,000 orang. Dan kami bercadang untuk mencari bantuan untuk membantu mereka di dalam program INFAK RAMADAN DAN SYAWAL ini jika ada sesiapa yang ingin meyumbang boleh menghubungi saya atau masukan terus sumbangan anda kedalam akaun kami seperti di bawah ini.

No Akaun : 2-00-5561-00801319-0
Nama Akaun : PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)
Bank : AGRO BANK

Thursday, August 13, 2009

PERGI TAK KEMBALI

Foto : Sijil kematian Asri Ibrahim

Tepat jam 10.30 pg Asri Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Foto : Tenang

Seorang pendakwah yang banyak menaburkan jasanya melalui seni suara yang tidak ada tolok bandingnya di dunia seni tanah air. Kami mengziarahinya buat kali terakhir di kediaman ibunya di Shah Alam.

Foto : Di tinggalkan dan menunggu di pintu syurga

Sungguh ramai orang yang datang dari seluruh pelusuk rantau. Bagaiamana wajahnya di pentas begitulah wajahnya di pembaringan, Tenang saja. Saya lihat ramai sekali teman teman seperjuanganya datang dan ramai yang mengalirkan airmata kerana tidak meyangka bahawa usianya yang muda telah "pergi tak kembali" beliau meninggalkan enam orang cahaya mata dan seorang isteri. Semoga zuriatnya menjadi anak yang soleh dan solehah mendokan untuk kesejahteraan Asri di alam barzah..

Al Fatihah!

RABBANI

Pergi Tidak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



Foto : Sahabat handai, peminat dan rakan seperjuangan. Penghormatan terakhir.

Wednesday, August 12, 2009

SOLO RABBANI PERGI MENGADAP ILAHI

Asri Ibrahim solo kumpulan nasyid yang tak asing di Malaysia telah pergi mengadap Illahi pada jam 10.3o pagi hari ini di hospital Pantai Kuala Lumpur. Kerana serangan sakit jantung

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Beliau adalah seorang yang baik, berhati mulia dan sangat tawaduk. Pemergiaanya merupakan satu kehilangan yang sangat besar di persada seni Islam tanah air.

Semoga Asri aman dan di limpahi rahmat oleh Allah s.w.t keatas rohnya

HALWA HATI




Foto : Ini air tangan yang menjadikan kami ketagih,eeei itamnya tangan sedang uli roti canai.

Ini adalah lagu Jalil Hamid ( kalau nak dengar lagunya tekan aje kat halwa telinga, cara manual). Abot tolong masukan dlm blog maknya, kata abot ni halwa telinga, tapi saya kata kat abot ini halwa perut. Pagi tadi saya dan abot makan nasi lemak dgn telur mata bersama teh tarik di kedai mamak kat bawah pokok iaitu gerai yg menjadi kesukaan kami.Kat gerai ni memang penuhlah dari pagi sampai tengah malam.Gerai ni semua bangsa ada dan semua kasta orang datang makan.Orang miskin ada, orang kaya ada, jutawan pun ada, peminta sedekah pun ada

Nak kata bersih tu tak jugak, tapi yg istimewanya teh tariknya sedap, rotinya rangup, ayam goreng mamaknya memang cukup sedap. Dan kalau anda datang pasti ulang lagi.

Manakala abuya Abot makan roti pisang dan teh tarik. Masa makan abot buat ulasan tentang pisang. Dia kata bagus orang makan pisang nyamok tak gigit, Nyamok tak suka gigit darah orang yang makan pisang . Kerana pisang adalah antibody kepada racun nyamok


Kalau nyamok suntik racun kat badan manusia, darah manusia akan cepat beku.Nyamok tak suka darah beku. Maknanya Pisang adalah antibodi kepada racun nyamok.


Foto : Abot bersama Baen, ni sahabat karib

Abot adalah anak yg sangat prihatin. Kalau bab memperkatakan tentang kesihatan, kereta dan perasaan orang abot adalah orangnya. Saya senang bersama Abot. Saya cadangkan abot kalau dah habis SPM nanti dia kena ada lasen pandu kapalterbang, lesen menyelam.Biar dia kaji pulak apa yang ada di udara dan di laut.

Foto : Ini HERO TALIBAN demam selesma babi, bila tanya dia kata tak demam, bila dah panas sangat baru dia nak gi hospital. Bila dah elok demam boleh ambil periksa ye bang cik

Tuesday, August 11, 2009

Akal

Foto : Apakah kita ingat orang pandai itu "berakal" dan apakah hidup kita menongkat langit? tak mungkin. Apakah kita ingat bahawa putaran roda kita sentiasa diatas? Tidak.
Jauhi sifat buruk dan dendam kesumat. Orang boleh berlaku baik dgn kita, masakan kita tak boleh.

Manusia Allah jadikan ada satu kelebihan yg tiada pada lain lain makluknya iaitu " akal" bila sebut akan akal maka kita akan teringat perkataan "berakal" atau "diakalkan" atau "mengakal" atau yg lebih hina dari haiwan iaitu "tak berakal". Saya teringat satu kisah yg mengusik sanubari saya bahawa di mana peristiwa ini berlaku dah bertahun tahun dulu. Anak saya telah pergi ke majlis kenduri kawanya di satu daerah yg jauhnya perjalanan 4 jam. Pergi pagi dan saya pesan"tidurlah kat rumah kawan tu, sebab kalau nak balik mungkin hari dah malam, tapi jaga tingkah laku dan perangai tu duduk kat rumah orang" anak saya mengangguk.

Foto : Inilah keluarga saya, yg tak ada dlm foto ini adalah Awang. Mak saya adalah wanita yg berhati mulia dan ramai membela anak anak orang dan menjaga adik tirinya seperti dia menjaga dirinya sendiri.

Oklah lepas acara kenduri tu hari pun dah malam dan mereka ingat mereka ni boleh menumpang tidur di rumah kawanya tu. Tapi tiba tiba ada mak saudara kepada kawanya yg tak senang kalau ada orang asing menumpang di rumahnya, mungkin meyusahkanya atau dia tak senang dengan kehadiran anak anak ini. Dan pada malam itu juga anak anak ni di paksa keluar dari rumah dan balik. Iya kalau anda bagaimana? tergamak ke kalau anda di tempat mak saudara tu menyuruh anak yang berusia 10 - 17 tahun balik di waktu last bas iaitu jam 11 malam? anak itu adalah anak perempuan. Maka saya terfikirlah hari ini, bagaimana orang bijak mengunakan akal dan bagaimana haiwan mengunakan akal. Kenapa saya sabitkan dengan haiwan.

Begini

Saya ada bela 5 ekor kucing dalam lima ada Ibu dan 3 ekor anak yg masih menyusu. Tiba tiba datang seekor kucing lain yg namanya itam.Pada asalnya saya tak suka itam ni sebab dia kucing yg kurus dan mukanya masam aje, bila saya halau dia lari kejap, lepas tu dia datang balik dan dia perhatikan kucing saya 4 ekor tu. Agaknya itam ni ketandusan kasih sayang. Bila dah seminggu saya biarkan akhirnya itam ni mesra pulak dengan kucing saya ni. Yg saya memikirkan ialah bila masa menyusu saya lihat itam menyusu sekali dan bila masa si ibu menjilat jilat (mandi) anak anaknya maka si itam pun di jilatnya.Dan akhirnya itam sudah masuk dalam keluarga kucing saya. Dan bila baru baru ini Stecy mati, bila bangkainya saya letakan di depan rumah kucing yg pertama menghidu bangkai stecy ialah itam. Hati saya pilu bila lihat itam membuat ke Stecy begitu dan saya membuat pengajaran bahawa hati yang cantik itu adalah hati yang baik baik dan mulia, tak kiralah apa sejarahnya yang terdahulu. Ingatlah wahai putera puteriku jadilah "INSAN YANG BERAKAL" jika berlaku situasi yg mencabar emosi anda, bertindak gunakan akal, bukan perasaan. Anda akan di pandang sangat mulia dan hebat di sisi manusia dan di sisi Allah.

Foto : Pemergian Stecy di tangisi oleh si Itam.