Sunday, August 23, 2009

SUPERMAN

Foto : Ini SUPERMAN lawan dengan SPIDERMAN

Semenjak ramadan ini ramai orang telah mula mengubah sikap iaitu termasuklah saya. Ubah sikap atau peel ini tidak mudah kerana sikap manusia ini adalah pembawaan dirinya sendiri semenjak dari dalam perut ibunya. Kalau dia dah rajin maka kemana di campak pun dia akan rajin, bak kata orang kalau benih yg baik tu jatuh kelaut dia jadi pulau. Jadi bagaimanakah kita mahu membentuk sebuah pulau? Apakah pulau itu boleh terjadi dengan sendirinya. Oh, tidak mungkin. Sukar memang sukar. Orang zaman sekarang ni mahu kerja senang, kerja mudah, kerja dapat sponsor atau kerja sikit dapat gaji banyak, atau pun istilah orang yang bijak menipu "kerja guna otak" memanglah kita kerja guna otak, tapi kalau otak kita ni berputar macam kipas angin untuk mencari helah itukan meyusahkan ramai orang. Saya dah lama promosi Rumah Anak Yatim Darul Tahfiz Sri al Ain Acheh, Misi kemanusiaan pemulihan akidah orang asli di Kg Merbau, bantuan pelajar miskin di Kg Pisangan di Ciputat dan Kemboja. Kadang ladang tu kita ni bercakaplah sampai berbuihlah mulut, kita ingat orang dengar, rupanya orang tak pandang sebelah mata pun kita bercakap tentang usaha usaha itu.

Kalau saya cakap pasal tanah balak di hutan Pahang, Lombong emas di Perak, hasil minyak di Trengganu dan tentang projek mega yg datang untung juta juta, pasti orang akan cari dan buru ingin bersahabat dan beri duit kopi lagi untuk dapatkan projek, cakap aje berapa duit kopinya. Hari ini begitu juga kalau seseorang sudah set mindanya untuk lakukan sesuatu kita tak boleh ubah mindanya. Saya sangat minat tentang khayalan SUPERMAN.


Foto : Lelaki ini pun Superman, mampu lakukan sesuatu dengan pantas,berani dan tegas.Dia mmpu menghafal Quran dalam masa 9 bulan sahaja. Sekarang jadi pengurus rumah anak yatim Darul Tahfiz Sri al Ain Aicheh

Malah watak superman ini adalah watak motivasi. Watak superman ini perlukan sesuatu kekuatan yang luarbiasa. Bagaimana mahu mencanai orang superman ini?. Susah! perkara yang dilakukan oleh superman adalah perkara yang luarbiasa dan tak terjangkau oleh minda yang biasa seperti terbang, lawan lawan, panjat, tolong orang bila dalam kesusahan dan boleh kerja pada saat last minute. Sebab itu kanak kanak suka pada cerita superman kerana ceritanya boleh membuat orang ingin melakukan sesuatu luarbiasa samada dalam kehidupan seharian atau dalam belajar dan dalam kerja dan begitu juga beribadat di bulan puasa ni. Anda orang biasa atau anda ingin jadi Superman?



Foto : Orang berani tu perjuanganya sentiasa marak dan menyala nyala dalam dirinya dan tak pernah gentar dengan sedikit dugaan dan cabaran.

No comments:

Post a Comment