Foto : hanya 20 minit sahaja Allah memberi ujiaNya pada hamba hamba. Tsunami 26hb Dec 04.
Persiapan menyambut ramadan telah terasa bahangnya. Kalau di kampung para ibu dah siap siap beli periuk, pnggan mangkuk baru dan meja makan baru atau tikar baru dan bahan makan mentah, supaya bila nak masak tu bahanya dah tersedia. Begitulah mewahnya orang kita, ini bukan apa supaya ibadah puasa tak terganggu.
Orang Malaysia ini kalau sebut Ramadan ingat makan. Persiapan ini bukanya apa untuk melancarkan perjalanan untuk berbuka, moreh bersahur.
di TV pula iklan kurma sangat mengiurkan dan hotel hotel besar dah mula promosi untuk kadar berbuka puasa dengan harga yg sangat hebat dan makanlah sepuasnya sambil di sajikan dengan lagu lagu dari kumpulan nasyid tanah air.
Manakala Majlis Bandaraya, masjid dan persatuan di taman taman perumahan pula dah buat persiapan untuk bazar ramadan. Bila semakin hampir untuk menyambut ramadan ini, maka saya makin berdebar debar dengan bajet makan untuk anak anak yatim saya di Acheh. Seperti tahun lepas anak yatim kami di Acheh hanya mampu makan nasi sahaja sepanjang ramadan dan kopi o . Mereka tak kenal kuih atau air susu dan jauh sekali kurma. Untuk makan nasi dan minum kopi o itu pun mereka sangat rasa bersyukur. Saya rasa tahun ini biarlah mereka dapat menikmati apa yang saya rasai di Malaysia ini. Berbuka dengan kuih, bubur dan kurma , kalau makan nasi tu biarlah ada 2 lauk dan kalau sahur biarlah lauk yg berlainan.
Foto : Kalau nyawa dah bercerai dari badan, harta dah tak berguna lagi. Hanya amal jariah saja yg membantu anda.
Bajet untuk makan bulan biasa ialah RM 3800 sebulan untuk menampung makan dengan bilangan seramai 20 orang iaitu makan 3 x sahari dengan satu atau dua lauk. Saya kira kira kalau bulan puasa ni mungkinlah lebih sikit .
Pada 21 hb hingga 23 hb Ogos ini saya akan ke Acheh untuk menyalurkan sebarang sumbangan kewangan untuk mereka makan di bulan ramadan. Tapi saya belum ada kewangan lagi, cuma saya berharap adalah tangan tangan yg mulia untuk memberi sedekah belanja anak yatim ini makan. Kalau saya tak dapat juga saya akan korban apa yg saya ada untuk mereka kerana saya tak mahu saya sedewa kekenyangan di Malaysia, tapi anak yatim kami di Acheh hanya mendengar saja. Sebenarnya saya pun dah habis barang untuk di korbankan. Kalau anda tanya saya apa yg saya ada sekarang, saya hanya boleh kata bahawa saya hanya ada hati dan perasaan saja. Tidak ada barang kemas walau pun seutas rantai. Kalaulah saya ada seutas rantai maka di saat ini juga akan saya jadi duit dan hantar duit itu ke mereka yg sangat memerlukan seperti di rumah anak yatim Acheh.Sebelum kami membuka rumah anak yatim ini saya dah berjanji dengan diri saya sendiri, selagi saya bernafas saya akan bantu mereka walau dengan apa cara sekali pun.Itulah janji saya.
Foto : Siapalah kita ini yang Allah jadikan. hanya manusia yg tidak lari dari membuat kesilapan. Oleh itu bermohon pada Allah semoga hidup kita ini di berkati.
Untuk belanja Anak Yatim di Acheh.
RM 8 sehari x 20 orang x 29 hari (bulan Ramadan)
RM 4640 (Ringgit Malaysia : Empat Ribu Enam Ratus Empat Puloh Sahaja)
Sebelum ramadan ini juga saya saya mahu mencari dana untuk pelajar pelajar di Kemboja iaitu di Madarash al Muhajirin dengan bilangan pelajarnya seramai 390 orang iaitu 100% anak miskin tegar yg belajar di situ. Saya telah membuat membuat kira kira bahawa belanja untuk berbuka dan makan sahur ialah RM 2.50 seorang sehari , kalau kita di sini tak boleh beli apa dgn RM 2.50 tu, tapi bagi mereka boleh makan untuk berbuka dan sahur.
Kira kiranya
RM 2.50 sehari x 390 = RM 975 sehari
Jika 29 hari maka bajetnya RM 28,275 ( Ringgit Malaysia : Dua Puloh Lapan Ribu Dua Ratus Tujuh Lima Sahaja)
Bantuan ini saya akan usaha untuk membantu mereka ini yang saya rasa adalah di bawah tanggungjawab kita bersama dan bukan saya seorang. Walau pun rumah anak yatim di Acheh itu namanya sahaja Yayasan Darul Tahfiz Anak Yatim Acheh Sri al Ain tapi bantuan untuk memberi mereka makan, pendidikan dan sedikit kemudahan itu adalah tanggungjawap kita bersama. Begitu jugalah dengan tanggungwab seperti di Sekolah al Muhajrin di Kemboja itu.
Di Kemboja ni mereka adalah saudara kita yg sedang menghadapi kesusahan dan hidup sebagai kaum minoriti sahaja. Kepupusan Islam di Kemboja adalah kerana kemiskinan tegar iaitu kemiskinan yang melampau.Seharusnya kita menyelamatkan situasi begini.
Saya berharap kepada anda yg membaca IKTIBARONLINE ini agar dapat memberitahu sesiapa yang ingin menyumbang untuk INFAK RAMADAN ini boleh di segerakan
No akaun : 2-00-5561-00001319-0
Nama Akaun : Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA)
Bank : Agro Bank.
No comments:
Post a Comment