Sunday, August 2, 2009

DI MANAKAN KU CARI GANTI

Foto : Binatang penghibur seisi rumah, manja dan menarik.

"Stecy! oh Stecy, betapa indahnya namamu bermain di setiap bibir penghuni rumahku, cantiknya bulu mu, manisnya mukamu dan meyerlahnya kemanjaanmu.Antara eqin, mave dan stecy kaulah yg paling manja dengan ibumu mela.

Kau adalah buahati seisi rumah ku, namamu jadi sebutan dan wajahmu sering jadi sasaran lense kemera Mohd Thoriq. Stecy ! malam tadi Jannah beri makan nasi bercampur dengan ayam dan ikan, kau makan dengan selera bersama dengan saudaramu eqin dan itam, tapi bila ibunya mendekatimu kau marah dan ibumu berundur mahu beri peluang untuk mu makan sehingga puas. Lepas kau makan maka ibumu pun makan dan seperti biasa kau mengeselkan badanmu ke badan Ibumu dan bekejar kejar dengan itam dan eqin.

Foto : Kami redha dengan pemergianmu, mungkin Stecy mati malam tadi sebab bangkainya dah keras. Kami jumpanya di belakang rumah setelah pagi tadi carinya untuk beri makan dan makanan yg kami letak tak habis di makan.

Itulah rupanya senda guraumu dan geselan yang terakhir darimu buat ibumu. Ooo stecy pergimu sangat menghibakan hati kami seluruh keluarga. Masih terbayang kau masuk kerumah dengan berlari lari anak dan bila kami marah kau duduk dengan manja.


Foto : Abot orang yang paling sedih dengan kehilangan Stecy, telah mengali lubang untuk menanam bangkai Stecy.

Pemergianmu di belakang rumah dengan kesan patukan ular, berdarah di lehermu. Bangkai mu masih segar dan cantik walaupun telah kaku. Oooo stecy, yang hidup pasti mati dan kau Allah dah tempat dianatara syurga dan neraka. Buat Stecy wajahmu tetap kami kenang dan kau penghibur kami di waktu kau hidup dan kenangan manis di tika kau tiada. Kami sayang stecy


Foto : Ini tempat bangkai Stecy di semadikan. Kepada peminat stecy kami minta maaf kerana tidak dapat menghubungi anda semua kerana kejadian ini berlaku sangat pantas.

2 comments:

  1. Salam..

    sayu nyer tengok.
    erm,pergi dah dier.

    semoge semua tabah pas si comey tu pergi.

    huhu

    ReplyDelete
  2. Perginya stacy adalah aturanNya..Mungkin Allah sediakan yang lebih baik selepas nih!

    ReplyDelete