Monday, August 17, 2009
SANGAT TERDESAK
Semalam ustaz Abdullah talipon saya, seperti biasa perjalananya menguruskan rumah anak yatim Sri al Ain di Acheh dengan rutin bulanan keluarganya yang masih tinggal di Malaysia. Pengorbanan Ustaz Abdullah tiada dapat kami balas. Walaupun kami yang menubuhkan rumah anak yatim di Acheh itu tapi yang menguruskan perjalananya ialah ustaz Abdullah, ini adalah dia orang Acheh, manakala kami adalah orang Malaysia yang hanya membantu saja.
Kadang kadang tu bila saya pikirkan apakah kesudahanya usaha Ustaz Abdullah untuk menjaga anak orang iaitu anak yatim yang tiada pertalian saudara dgnya.
Sedangkan keluarganya di Malaysia hanya di jengok 3 atau 4 hari saja sebulan
Dan rumah anak yatim di Acheh adalah keutamanya.
Foto : Anak yatim di rumah anak yatim sri al Ain Acheh. Mereka ini masih terlalu muda untuk mengetahui erti sebuah kehidupan. Masjid ini berdepan dengan rumah anak yatim.
Malah kegigihanya semenjak tsunami dulu telah membuatkan saya rasa sangat kerdil dengan usahanya yang sangat banyak dan tak pernah kenal erti penat,jemu dan bosan di samping ketelusan hatinya.
Ustaz Abdullah talipon saya dengan nada yang sangat mengharap " kak tolong ye, hutang anak anak yang baru masuk kelas baru pada julai lalu belum di selesaikan lagi, banyak barang sekolah belum dapat di beri pada mereka, seperti buku belum dapat di sediakan dan tak lama lagi nak puasa ni dan anak anak yang nak masuk ke rumah anak yatim makin bertambah" berdetup jantung saya bila rayuan ustaz Abdullah itu memcecah ke telinga saya " baik ustaz, kak akan usaha untuk anak anak kita di sana, tapi dalam masa yang suntuk ini kak mungkin tak dapat nak sediakan dengan kadar yang cukup, tapi insyaAllah kak akan jajakan TABUNG MISI BANTUAN ANAK YATIM ACHEH ini" Ustaz Abdullah terdiam beberapa detik, saya tahu ustaz Abdullah tak mengharapkan duit tabung kerana pernah kami menganjurkan satu program yang mahu mengutip dana sebanyak RM 40.000 untuk membeli sebidang tanah dan mendirikan sebuah rumah anak yatim, tapi kami hanya RM 2,000 itu pun kos fotostat, minyak kereta dan kos iklan. Akhirnya kami sudah seperti hilang semangat untuk mengadakan program untuk tujuan tertentu.
Bagi saya kalau ada sedikit duit simpanan atau harta saya tak perlu saya simpan sebagai harta pusaka untuk anak anak saya akan saya jadikan duit untuk biaya anak yatim kami di Acheh. Walaupun pada dasarnya anak yatim yang kami jaga tidak ramai sekitar 20 orang tapi kos sara hidupnya lebih kurang RM350 seorang. Setiap bulan belanja tak pernah cukup, makan ala kadar saja, belanja sekolah 80 sen untuk seorang anak itu, sedang kuih yang di jual pun dah 30 sen dan air 30 sen. Sedang mereka balik sekolah jam 2.30 petang. Kalau hala balik mereka lalu di gerai air maka jarang mereka dapat beli. Inilah anak yatim kami di Acheh. Saya sudah lama tak dapat mencukupi belanja untuk mereka kerana kesibukan saya dengan tugas lain. Tapi walau apa pun mereka adalah keutamaan saya. Setakat ini saya belum ada meyimpan duit dalam simpanan melebihi dari RM 30 sekalipun akaun peribadi saya.
Kerana setiap wang saya dapat akan terus saya salurkan untuk mereka kerana bagi saya mereka adalah seperti anak saya yang tujuh orang itu. Bila mereka nak belanja untuk beli buku atau makan dengan apa usaha pun saya akan tunaikan. Tapi anak saya masih ada bapanya yang sihat dan masih berupaya mencari rezeki. Tapi bagaimana dengan anak yatim kami di Acheh sana? keluhan ini saya harap dapat mencuit hati anda untuk menyumbang pada mereka.
Foto : Sebuah kubah yang di bawa oleh arus tsunami sejauh 4 kilometer dari tempat asalnya dan kubah ini seberat 90 tan. Ustaz Abdullah (tengah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment