Wednesday, August 26, 2009
Satu Pot beras sehari
Sudah menjadi tradisi kami akan merayakan hari raya aidil adha di Kemboja pada setiap tahun. Bukanya tak mahu beraya dengan keluarga tapi hasrat hati tu ingin bersama sama dengan umat Islam yang susah itu sering membuatkan saya rasa keputusan berkorban aje saat gembira dengan keluarga ni dan biarlah kami bersama dengan mereka yang memerlukan sedikit bantuan daripada kita .
Foto : Kami sampai di Madarasah al Muhajrin.
Tahun lepas saya beraya di sebauh Madarasah di Kg Shoun, Kemboja. Iaitu kira kira 5 jam perjalanan dari Phon Penh ke Kampong Shoun. Madarasah itu yang di tadbir dan di usahakan oleh seorang yang sangat gigih dan kuat semangat serta berjwa besar iaitu Ustaz Zainal Abidin.
Foto : Suasana di dalam kelas tempat kanak kanak belajar di Kemboja
Saya ingin membawa anda meninjau seketika ke Madarasah Al Mujarin di Kg Soun ini. Di sini bilangan pelajarnya lebih kurang 400 orang. Pelajar pelajar di sini hampir 95 peratus adalah di kalangan anak anak orang orang miskin. Ustaz Zainal menubuhkan al Muhajrin ini adalah dari hasil bantuan rakyaat Malaysia. Kegigihan Ustaz Zainal mencari dana untuk membangunkan sebauh komplek pendidikan untuk anak anak miskin di Kemboja ini seharusnya di beri sokongan yang berterusan dari kita.
Foto : Saya di kedai makan Islam di sebelah hotel Mekong.
Kita yang masih di zon selesa di dalam dunia pendidikan ini tidak merasa akan kegetiran untuk mendapat ilmu. Tidak seperti kanak kanak di bumi Kemboja, kesukaranya adalah sangat ketera. Selama 3 hari saya di Madarash itu saya menyelami kehidupan anak anak pelajar di sana. Anda cuba bayangkan iaitu makanan pelajar adalah di masak oleh pelajar sendiri dan setiap pelajar akan di beri cuma beras sahaja iaitu satu pot beras untuk makan setiap hari. Lauk? Kebanyakan anak anak ini di bekal oleh ibubapa mereka dengan ikan masin yang tahan sebulan. Tiada gula, tiada susu, tiada roti, tiada daging dan tiada segala galanya. Hanya ada beras saja di bekali oleh ustaz Zainal .
Mereka memasak sendiri iaitu tiada di sediakan dapor, pandai pandailah mereka menguruskan kehidupan yang penuh dengan kesusahan ini demi ilmu. Mereka ini kena cari kayu api sendiri di tepi hutan madarasah.
Foto : Pelajar sedang masak nasi dan belakang pelajar tersebut adalah perigi, sumber air untuk sebuah madarasah.
Dan bekalan air pula ialah dari perigi. Lampunya bagiamana? kalau anda dapat bayangkan iaitu lampunya adalah generator yang di hadiah oleh tentera Amerika untuk Madarsah ini.
Ustaz Zainal ada mencadangkan kepada kami untuk di bekalkan seekor lembu setiap bulan supaya anak anak pelajar ini boleh makan daging setiap bulan itu sehari sudah mencukupi, harga seekor lembu lebih kurang RM 1500 seekor.
Foto : Madarasah ini pernah terbakar dan semua bangunan kelasnya hangus, sekarang sedang mencari dana untuk membuat bangunan baru yang bernilai RM 80,000
Tapi sehingga kehari ini saya belum lagi dapat menghantar bantuan untuk beli lembu itu. Bagi bulan ramadan ini sumber rezeki mereka terhad sikit, kerana kebanyakan orang Islam di Kemboja adalah dalam golongan orang susah maka tiada istilah di beri makan waktu bulan ramadan dan mereka ini pandai pandai sendirilah mengolah beras yang di bekal oleh ustaz mereka. Oleh itu saya ingin menyeru kepada semua umat Islam supaya dapatlah membantu mereka ini di bulan ramadan yang suci murni ini. Saya ada membuka TABUNG INFAK RAMADAN untuk pelajar pelajar ini dengan sasaran sebanyak RM 10,000 iaitu makan berbuka dan sahur serta sedikit kuih untuk syawal. Tapi sehingga kehari ini saya belum dapat lagi sumbangan itu. Diharap kepada mereka yang ingin menyumbang agar dapat terus masuk bantuan kewangan anda itu kedalam akaun seperti berikut
Akaun Pertama
Agro Bank
Nama Akaun PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)
No Akaun 2-00-5561-00001319-0
Akaun kedua
Maybank
No Akaun 164025021721
Nama Akaun Rusnah Abu Samah
Bantuan anda akan saya hantar terus kepada Ustaz Zainal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment