Monday, August 10, 2009
SUSUN PASUKAN AMAL
Foto : Simptom H1N1, Saya dah mengalaminya, sakitnya 7 hari sahaja. Pemulihanya 3 minggu. Org yg berpenyakit 3 serangkai (Kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung) elakan dari terkena H1N1 ini. Kematianya adalah mengejut.Marilah kita mohon pada Allah agar negara kita ini di jauhi dari wabak garang ini.
Kita hari ini antara sedar dan tak sedar bahawa dunia sekarang sering di goncang dengan wabak peyakit menular yg luar biasa garangnya iaitu H1N1. Kematian yg sering mengamit gamit sipakah mangsa yang seterusnya. Betapa takutnya kita pada wabak jahat ini.
Begitu jugalah dengan bencana alam yg ganas terus melanda dunia hari ini dengan kematian di dalam angka yg ramai. Walaupun apa pun sebagai insan yang berimam pada Allah kita ada beberapa cara untuk mengawal wabak ini iaitu.
1 Doa
2 Solat Hajat
3 Jaga kesihatan
4 Elakan dari punca punca terkena wabak ini
5 Minta ampunan dari Allah
6 Pemimpin yg memimpin negara kita ini mesti dari orang soleh dan baik baik serta beriman.
Oklah di dalam kita memperkata wabak H1N1 ini .Saya nak bawa anda tentang bencana lain yg sedang mengekor kita iaitu BENCANA ALAM.
Anda tahu apakah bencana alam?
bencana alam itu ialah
1 Jerebu
2 Tanah Runtuh
3 Banjir
4 Tsunami
5 Gempa bumi
6 Ribut Petir
7 Letusan gunung berapi
Di sini saya nak cerita sedikit tentang gempa yang boleh mengakibatkan tsunami. Kalau saya nak cerita pasal tsunami saya boleh karang sebuah buku, tapi tu nanti dulu.
Antara gempa yang mengegarkan bumi kita pada waktu yg terdekat ini bolehlah kita lihat dan intai intaikan kejadianya yg berlaku di mana dan berapa kekuatan skala ricternya
Foto : Anda lihat gambarajah ini.
Tarikh
27/7 Kekuatan 6.1 di Bengkulu, Kepulauan Sumatera
26/7 Kekuatan 5,3 di kepulauan Andaman
25/7 Kekuatan6.3 di Kepulauan Solomon
5/8 Kekuatan 6.5 di Pantai Miyakoyima Selatan Pulau Okinawa Jepun
4/8 Kekuatan 5.5 di kepulauan Mariana pada 10.18 mlm
4/8 Kekuatan 5.4 di Malmara, Indonesia jama 6.31 ptg
2/8 Kekuatan3.2 di Ducktowm, Utara Georgia 11/8 Kekuatan6.6 di Tokyo
11/8 Kekuatan 7.6 di Lautan Hindi
Amaran gempa ini juga di keluarkan untuk India, Myanmar,Indonesia, Thailand,Bangladesh.
Apakah amaran ini di negara yg tersebut di atas saja. Jangan pikir begitu, amaran ini adalah untuk rakyat Malaysia juga.
Foto : Lihat gelombang dari laut yg mengakibat tsunami.
Jika kita kaji bahawa gempa yg berlaku pada setiap hari di negara jiran, ianya seperti tidak memberi apa apa erti bagi kita. Tapi anda harus ingat bahawa kedatangan bencana alam itu sesuatu tanpa di duga.
Gempa adalah kejadian ngeri yang membawa kematian yg sangat mengejutkan dalam jumlah yg sangat ramai. Dan ini adalah satu tamparan bagi kita. Ini pernah berlaku seperti di seperti di China pada tahun 1557 yg mengorbankan 830,000 orang dan pada tahun 1976 sekali lagi di China menghadapi gempa bumi yg dahsyat iaitu dengan kematian 250,000. Dan saya rasa anda tak lupa pada tsunami pada 26 Dec 04 dengan angka korban yg sangat ramai.
Foto : Sukarelawan Hj Muhammad Zakaria dalam misi kemanusiaan bencana alam
Oleh itu saya telah memikirkan satu gerakkerja untuk membangkit usaha untuk bantuan MISI KEMANUSIAAN BENCANA ALAM di bawah kelolaan BERSAMA. Misi ini sangat penting kerana kita di Malaysia ini bukanlah di zon selesa. Dan ingat bahawa bencana alam datang bagai kilat petir hanya sekilas saja mata memandangnya dan tak sempat parang puting kita untuk di lontar kearahnya bagi menghalau jin atau syaitan yg membawa bencana ini. Kalau kita sedar tak apa, tapi jangan di waktu kita tengah seronok bencana tu datang.
Foto : Latihan dan persediaan perlu untuk membantu jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment