Foto : Konvoi Merdeka. Jom ikut serta
Semalam saya ada cerita tentang kawan saya tu, hari ni saya nak sambung ceritanya...
Selepas makan satay Hj Samuri maka kawan saya tu pun bertolaklah ke Kota Bharu dan kerana ada beberapa urusan kerjanya. Bila sampai Kota Bharu maka dia makanlah sekehendak hatinya kerana makanan di Kelantan menepati citarasanya.Dua hari dia di Kota Bharu saya dengar dia di serang strok yang kuat. Dan dia di kejar balik ke KL dengan segera. Anda tahu bagaimana hebatnya kawan saya ni makan dia boleh makan daging kambing, udang, ikan dan 2 atau 3 jenis lagi lauk pauk yang sedap sedap. Lepas makan dia pasti akan menelan beberapa biji ubat untuk menurunkan darah tingginya. Sekarang kawan saya tu dah sihat, tapi makan tetap makan apa sahaja yang suka.
Kalau di takdirkan makanan yg meyebabkan kita sakit dan masuk hospital, maka kena pula buat pembedahan untuk membesarkan saluran yg tersumbat, anda kena ingat bahawa nyawa anda akan bergantung pada pernafasan. Kalau di cabut wayar penafasan itu kalau di panjangkan Allah umur, maka dapatlah lihat dunia lagi. Tapi kalau di cabut wayar pernafasan itu nyawa setakat itulah saja maka kita tak boleh nak kata apa apa, Ibaratnya mati kerana makan,
saya banyak lihat orang kalau darah tingginya naik sebab makan maka akan mengakibat kematian.
Ini cerita saya pula. Saya memang minat makan gulai asam pedas ikan patin. Di Bandar Temerloh ada satu gerai ikan patin berdepan dengan Sg Pahang. Harga 1 ketul RM 5.00 kalau dengan nasi , sayur, sambal, ulam dan air bolehlah mencecah sampai RM 10 untuk seorang makan. Waktu tengahari kalau anda nak makan kena tunggu orang habis makan untuk dapatkan tempat untuk makan. Haa begitulah lakunya gerai ikan patin. Setiap kali saya lalu kat Temerloh pasti singgah. Dan kalau nak cerita pasal ikan ni saya teringat satu pantun
Senakap Si nohong
Gelama Ikan duri
Bercakap Bohong
Lama lama mencuri.
Pantun ini di tujukan pada budak budak kecik supaya jangan amalkan untuk bercakap bohong dengan orang tua. Kalau kita berbohong rasa serba salah itu sangat menebal dalam hati kita. Apalah salahnya kita berkata sesuatu dengan benar dan betul. Kalau berbohong akhirnya orang akan tahu juga. Orang berbohong ini adalah orang yang tak sanggup berdiri di bumi yang nyata dan tak sanggup terima kenyataan. Oleh itu saya sangat berharap kepada anak anak saya yang berada di perantauan terutama Ummu Solehah, Ummu Sakinah & Nukman serta yang lain lain tu jangan berbohong. Terutama dengan sahabat handai atau orang tua. Cakap aje perkara yang benar.
Oklah saya nak sambung sedikit lagi menu ramadan saya ni
81 Siput sedut gulai lemak keladi
82 Itik lemak nangka
83Sup ikan merah
84Daging masak itam
85Daging goreng sos tiram
86Rendang hilir
87Daging goreng dengan cendawan
88Daging Selasih
89Daging lobak merah
90Daging goreng lada hitam
91Daging goreng bercili
92Rendang pedas
93Rendang bakar
94Daging Jintan
95Ayam pedas.
96Daging Hitam madu
97Ayam gulai darat
98Ikan bawal hijau
99Kari ikan tenggiri
100Ikan siakap bercili
101Ikan bawal masam manis
102Ikan masak merah
103Ikan keli bercili
104Kerabu perut daun kesum
105Sambal sotong berempah
106Kerabu Sotong
107Tahu jepun masak tomato
108Kerabu terung bersantan dengan udang
109Daging bakar berkeju
110Sup burung puyuh
111Kari ketam dengan nenas
112Sotong gulai asam
113Ikan jelawat masak tempoyak
114Asam pedas ikan patin
115Sup ekor
116Pajeri terung berempah
117Sambal tumis petai
118Pegedil
119Paru ala minang
120Siakap goreng sos Thai
Bagaimana berselera ke anda bila lihat menu menu saya ni?. Ho ye, pagi tadi saya minum pagi kat Restoran Mahbub di Taman Tun, masa minum tu saya lihat ada konvoi untuk sambutan hari kemerdekaan pada 31 hb ogos pada tahun ini. Saya pun ada terfikir juga nak anjurkan konvoi bermotor dari KL ke Rompin pada bulan November nanti. InsyaAllah saya ingin jemput anda yang ada motor kita serta konvoi yg PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA) anjurkan ini. Dan kita akan singgah kat Temerloh untuk makan asam pedas ikan patin.
Program ini dengan kerjasama Anti Dadah Kebangsaan dan KBSM.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment