Foto : Pemimpin Mesra Rakyat. Menuntut kebenaran yang pastinya rakyaat menyokong sesuatu yang baik. DSAI dan Lim Kit Siang.
Siang tadi ada satu perhimpunan MANSUH ISA anjuran GMI (Gerakan Mansuh ISA) dan Majlis Permufakatan Umah (Pewaris) berserta dengan 10 NGO yang pro ISA.
Foto : Satu tuntutan yang mesti pemimpin dengar dan jangan buat tak peduli aje
Perhimpunan yang besar begini adalah untuk menarik perhatian pemimpin yang berada di puncak, bahawa suara rakyaat mesti di dengar dan pemimpin harus akur dengan permintaan rakyaat.Bagi saya meyertai reformasi ini adalah satu kebiasaan, iaitu semenjak DSAI di tangkap pada tahun 1999 saya dan keluarga telah meyertai reformasi ini hampir pada setiap hari sabtu yang bertempat di Bandaraya Kuala Lumpur. Waktu itu wira dunia ketiga Tun Dr Mahatdir Muhammad telah melakukan sesuatu yang di luar dari pemikiran waras seorang yang bergelar pemimpin negara Islam.
Tapi hari ini DSAI telah keluar dari penjara, tapi kesnya masih lagi hangat di perkatakan orang.
Foto : Dr Hatta Ramli sangat gigih berjuang
OK lah perkembangan hari ini sungguh menarik iaitu keinginan rakyaat untuk memansuhkan ISA. Apakah berjaya misi ini?Walau apa pun ini adalah kejayaan yang besar di dalam perhimpunan raksasa . Perhimpunan ini telah banyak kali tertangguh.
Ini membuktikan bahawa rakyaat tidak pernah berdiam diri dengan tingkah laku pemimpin yang meyakitkan hati rakyaat. Perarakan yang bermula di Kompleks Sogo, kemudian ke Masjid Jamek KL dan terus ke Majid Negara dan membawa memerodum itu kepada yang di Pertuan Agung.
Foto : Tangkap secara rambang
Salman dengan gengnya dari Kuantan iaitu Mualim Dasuki, Mualim Fadzli, Mualim Tarmizi dan seorang kawan mereka telah meyertai agenda Perhimpunan Mansuh ISA. Bila saya tengok berita di TV 1 betapa hebatnya FRU Malaysia ini meyembur air yang berwarna , dan meyembur gas pemedih mata serta melakukan tangkapan rambang. Saya rasa ini bukan kejayaan pemimpin kita pada hari untuk memadam suara rakyaat .
Apakah slogan "Satu Malaysia" itu satu slogan yang di reka khas buat rakyaat dan pemimpinya mengaut keuntungan yang besar dari rakyaat Satu Malaysia ini?. Oleh itu fikir fikirkan apakah perkembangan politik hari ini memuja seorang pemimpin saja. Syabas perhimpunan hari ini berjaya. Kita ikuti perkembangan yang berikutnya iaitu pilihan raya Permatang Pasir
Terima kasih kepada Salman al Farisi kerana sumbangan gambar cantik dan menarik ini.
No comments:
Post a Comment