Saturday, August 15, 2009

Pondok Usang.



Yayasan darul Tahfiz Anak Yatim Sri al Ain Acheh kami ada menjaga lebih kurang 20 orang anak yatim, yatim piatu dan fakir miskin. Dalam 20 orang itu ada 2 orang adik beradik yang telah kehilangan kedua orang tuanya.Kakaknya bernama Sunti berusia 14 tahun dan adiknya Akmal berusia 7 tahun.Dia telah di hantar oleh orang kampungnya ke rumah anak yatim kami di Ajun dua tahun lalu. Kisahnya dua beradik ini sungguh menyayat hati. Iaitu ayahnya mati kerana di tembak oleh orang orang Gam dan Ibunya meninggal kerana kemalangan semasa berjalan kaki iaitu ketika akmal berusia 5 tahun. Ketika ayahnya meninggal usia akmal 2 tahun. Ibunya telah mengambil upah menanam padi di kampungnya dan setelah tiga tahun ayahnya meninggal ibunya meninggalkan dunia pula dan tinggalah Sunti dan Akmal dua beradik di pondok usang peninggal ibunya.

Sunti terpaksa berhenti sekolah kerana mahu menjaga Akmal dan Sunti kerja membasuh kain rumah jiran walaupun usianya bari sebelas tahun. Jiranya terpaksalah memberi gaji hari pada sunti. Selama 2 tahun Sunti bekerja basuh kain demi untuk menyambung kehidupanya dan adiknya.Sunti adalah seorang anak yang pintar, walaupun dia tidak kesekolah tapi tetap belajar sendiri dirumah dan belajar mengaji di samping itu dia telah mengajar adiknya mengaji dan apa yang dia tahu.

Bila Akmal dah meningkat usia 6 tahun sunti sudah tidak dapat menjaganya lagi seperti dia di masa kecil dulu.Sebab Akmal selalu tanya tentang sekolah. Akhirnya Sunti telah meminta penduduk kampung untuk mencari tempat untuk dia menumpangnya adiknya bersekolah. Akhirnya setelah di cari akhirnya pihak kami telah menerima sunti dan Akmal untuk tinggal di rumah anak yatim kami. Semasa mereka datang hanya membawa 3 helai pakaian sahaja dan tanpa satu sen pun duit di tangan. Badan sunti kurus sahaja. Kini setelah 2 tahun Sunti menginap di rumah anak yatim Sri al Ain dia telah masuk kesekolah menengah dan sering mendapat kedudukan pertama dalam kelas, Sunti sangat rajin membantu kerja kerja di rumah anak yatim dan dia juga sangat berminat untuk menguasai bahasa Inggeris. Manakala Akmal pula adalah seorang anak yang sangat pintar dan sudah 2 juzuk Quran di hafalnya. Akmal sangat berminat untuk belajar bahasa arab. Tapi Akmal adalah seorang anak yang nakal dan sensitif.

Akmal bercita cita mahu menjadi imam masjid bila sudah besar nanti. Kini mereka sangat selesa tinggal di rumah anak yatim sri al Ain Acheh.

Untuk bulan Ramadan dan persiapan raya tahun ini pihak kami ingin memohon sumbangan dari pihak dermawan untuk membantu mereka. Kerana anak yatim yang kami jaga di Acheh adalah anak yatim yang tiada di beri keutamaan dalam bulan ramadan ini iaitu seperti anak yatim di Malaysia. Ini adalah bilangan yang di tinggalkan oleh orang tua mereka semasa bencana tsunami dulu adalah seramai 40,000 orang. Dan kami bercadang untuk mencari bantuan untuk membantu mereka di dalam program INFAK RAMADAN DAN SYAWAL ini jika ada sesiapa yang ingin meyumbang boleh menghubungi saya atau masukan terus sumbangan anda kedalam akaun kami seperti di bawah ini.

No Akaun : 2-00-5561-00801319-0
Nama Akaun : PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)
Bank : AGRO BANK

No comments:

Post a Comment