Foto : Bermacam macam kuih, tak payah buat, bawa aje duit, senang kan
Alhamdulillah, selesai puasa hari ni. Tapi ada yang tak selesai iaitu nafsu perut yang menronta ronta bila sampai kepasar ramadan. Hari ini saya dan si bongsu temankan abuyanya ke hospital Sg Buloh, demam, sakit tekak,sakit kepala. Dan hari ini adalah hari yang paling aman di hospital Sg Buloh. Satu jam saja semua selesai dan bawa ubat balik, kalau sebelum ini 4 hingga 6 jam baru selesai. Ubat yang di bawa tu saya kira dah ada 6 set kat rumah, ada yang belum di gunakan lagi. Termasuklah ubat yang tertulis nama Ummu Solehah.
Foto : Laku jual air kelapa muda. Bolehlah buat duit raya untungnya.
Balik dari hospital Sg Buloh singgah menjamu mata dengan juadah yang sungguh menyelerakan. Mengelodak tekak ni bila tengok warna warna air dan kuih muih serta lauk pauk. Pilih punya pilih maka belilah juga kuih buah melaka dan peganan talam tepung beras, Oleh sebab masa berbuka tinggal 45 minit lagi kami masih di jalanan maka hari ini beli mee goreng mamak dan goreng ayam sendiri. Bagi saya makan apa pun boleh, tak ada pantang larangnya.
Dalam perjalanan balik saya dapat satu SMS, pengirimnya adalah salah seorang anak angkat dari Kemboja, di tulisnya "Mak apakhabar? saya sihat dan sekarang berada di Madarasah. Bila mak boleh datang? saya ada hal nak beritahu mak" Saya ni ada kekuranganya iaitu tak tahu tulis meseg, kalau orang hantar saya boleh baca dan tak tahu nak balas , maka saya mintalah tolong orang lain untuk mengetip meseg untuk di balas " Maaf ye! dlm masa terdekat ni mak tak dapat datang, InsyaAllah kalau mak nak datang nanti mak call". Saya tahu kenapa anak itu minta saya datang sebab sebelum dia keluar 40 hari dulu dia ada pinjam duit dengan seseorang sebab nak bayar pada ustaznya, maka duit yang di pinjam tu perlu di ganti.
Foto : Gigih membantu orang yang dalam kesusahan. Tuan Haji Muhammad Zakaria (kiri) dengan Al-Ustaz Abdullah Abdul Wahab al-Hafiz di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Aceh, seminggu selepas tsunami.
Semenjak dia belajar di Madarasah dua tahun lepas, kedua Ibubapanya di Kemboja tak pernah sekali pun mengirimkan belanja, pandai pandai dia mencari sara dirinya. Dan akhirnya kami telah menjadikan anak anagkat kami. Maka hari ini kalau apa jua keadaanya maka kamilah tempatnya mengadu.Ibaratnya dia adalah seperti anak saya sendiri.
Begitu juga anak anak yatim di Acheh, walaupun ramadan dah tiba tapi belanja untuk ramadan ni belum cukup lagi, maka saya berhasratlah kalau anda ada kelebihan rezeki maka bantulah mereka ini.
1 Anak Yatim Darul Tahfiz Sri al Aceh yang masih lagi kurang RM 2500 untuk sepanjang ramadan ini
2 Untuk pelajar kemboja yang belajar di Madarasah untuk 2 orang RM 400 dan belanjanya
3 Untuk pelajar di Madarasah al Muhajirin di Kemboja belum dapat lagi sumbanganya iaitu sebanyak RM 5000 untuk sepanjang ramadan ini untuk berbuka dan sahur
Saya juga harap anda semua dapat merasainya akan sebuah kesusahan dan kekurangan. Mereka ini bukan mahu mewah, tapi mahu cukuplah sekadarnya saja.
Sumbangan anda amat di perlukan
No comments:
Post a Comment