Saturday, November 29, 2014

WAKAF IBNU SINA HOSPITAL

WAKAF IBNU SINA HOSPITAL PART 1

Saya sering berulang alik ke Kemboja diatas tujuan  membantu saudara seagama yang hidup tersepit didalam kesusahan.Istilah kesusahan disana bukanya kurang lauk untuk dijudu dengan nasi, bukan kurang manisnya  air kerana tak ada gula atau air susu nampak calang sebb nak jimat susu. Susah mereka disana hanya makan ubi,air masak serta ikan yang diperam ketika air sungai mekong dituba setahun sekali.Anak anak ikan yang banyak  mati terapung di pukat dan dijadikan ikan jeruk buat lauk untuk makanan keluarga.Itulah lauk yang paling sedap.

Kalau musim korban pula maka wakil wakil kampung akan turun ke Malaysia,Singapore,Bruenai untuk meminta korban untuk dibuat dikampung laman mereka.Makan daging setahun sekali.

Disaat negara Kemboja di landa musibah peperangan yang paling kejam dan ngeri telah banyak mengorban alim ulama, kerosakn rumah ibadah umat Islam(masjid),terbunuhnya orang bijak pandai dan mengadai hampir jutaan nyawa manusia kerana nafsu jahat manusia yang bernama Pol-pot.

Walaupun peperangan itu sudah lama berakhir dan dendam  waris mangsa kekejaman kepada  manusia yang paling kejam didunia ini seperti tidak pernah beakhir.
1  Ugama buddha tetap menjadi no 1 di Kemboja
2   Orang Islam hanya ada 4% sahaja
3  Tiada kebajikan untuk umat Islam disana
4  Tiada sekolah untuk anak anak Islam
5  Tiada rumah sakit atau hospital untuk umat Islam di Kemboja
6  Perkhidmatan pos masih belum ada lagi
7  Bahan bacaan tidak ada untuk org Islam
8  Di Kemboja perkhawinan antara agama tidak diambil tindakan.
9  Orang keluar masuk agama Islam adalah perkara biasa
10 Masalah sosial adalah masalah biasa
11 Apa apa yang berkaitan dengan kebajikan umat Islam tidak ada keutamaan.

Perkara yang tersebut diatas ini adalah kerana negara Kemboja telah di kongkong oleh orang kafir dan orang yang diberi tugas untuk menjalankan undang undanag Islam pun terpaksa akur kepada pemerintah.

WAKAF IBNU SINA HOSPITAL
Kenapa saya hendak menubuhkan sebuah hospital untuk umat Islam di Kemboja?menubuhkan hospital bukanlah satu perkara yang kecil dan mungkin hasrat dan cita cita saya ni tidak seimbang dengan impian saya.Selalunya orang yang buat hospital ni dia mestilah seorang jutawan dan memiliki kewangan yang berjuta juta dalam akaunya dan saya adalah sebaliknya bukan seorang jutawan dan jauh sekali didalam akaun saya ada simpanan jutaan ringgit, ada ratusan ajer sudah dikeluarka.

Tetapi saya tetap menaruh harapan yang begitu tinggi terhadap impian yang besar ini,langkah pertama yang telah lakukan ialah saya telah menyewa sebuah bangunan yang disewa dengan nilai RM1500 sebulan dan bangunan ini adalah permulaan untuk melaksanakan impian saya ini.

DIMANA MAHU SAYA CARI DANA
Sukar bagi saya untuk mentafsirkan tentang dana ini
1 Sewaan bangunan ini mesti dilangsaikan untuk setahun iaitu RM1500 x 12 bulan   RM18 000
2 Membaikpulih bangunan yang sedia ada supaya nampak sesuai untuk sebuah hospital atau klinik dengan kos RM 20 000
3  Ubat ubatan dan peralatan  RM 15 000
4  Elaun untuk petugas dan jururawat dengan kadar yang paling minima RM 10 000 sebulan
5  Pengangkutan   RM 2 000 sebulan
 Semua ini adalah langkah permulaan untuk saya menubuhkan sebuah klinik dan hospital di Kemboja.

BERAT MATA MEMANDANG

Semasa saya membuat peyelidikan tentang klinik dan hospital di Kemboja maka saya membuat kesimpulan bahawa orang Islam yang miskin tp masih ada tanah atau sedikit harta jika berminat untuk mendapat perkhidmatan di hospital maka pesakit itu mestilah bersedia untuk melelong harta atau tanah mereka untuk medapat duit untuk bayaran kepad pehak hospital.Sebak rasanya bila saya berjumpa dengan beberapa orang pesakit yang sudah tinggal nyawa nyawa ikan saja dibiarkan terlantar diatas simen dengan dihurungi lalat dan semut.Ada tu ibu ibu yang bersalin dibiarkan begitu saja menunggu masa untuk melahirkan dan kedengaran rasa kesakitan mereka minta jururawat atau bidan untuk membantu mereka disaat untuk untuk mereka bersalin.

Apabila tiba di bilik bersalin mereka akan dijadikan bahan untuk pelajar pelajar yang mengambil jurusan  kedoktoran sebagai bahan  ujikaji, kadang kadang seorang ibu yang hendak bersalin terpaksa berdepan dengan 10 pelajar lelaki yang akan melihat proses kelahiran ini.Peritiwa ini sangatlah meyayat perasan.


 Foto : Suasana diperkarangan hospital di Phnon Phen.

Kesedaran untuk menubuhkan hospital ini adalah apabila ramai saudara kita yang beragama Islam  telah mengadukan nasib mereka yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital dan juga orang Islam bila  menghadapi sakit yang kritikal dan mereka perlu juga ke hospital maka terpaksa mempertaruhkan akidah mereka seperti mereka setiap pagi wajib menyanyi lagu lagu yang memuja patong patong budhha, mereka diberikan makanan oleh sami sami buddha yang sumber tidak diketahui, jika mereka susah atau dalam kesusahan maka ketua budhha ini akan membiaya perjalanan mereka datang dan balik kekampungnya dengan bersyarat .

Foto : kedaan pesakit dan tempat katil pesakitan untuk menerima rawatan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk pembinaan hosptal maka bolehlah masukan sumbanagn anda kedalam akuan WAKAF IBNU SINA HOSPITAL, Bank Agro No akaun 2-005561-00001319-0

Thursday, November 13, 2014

APABILA LAHIR ANAK KEDUNIA

 APABILA LAHIR ANAK KEDUNIA

1.      Firman Allah  Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 1 :
 “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"
Allah telah jadikan Nabi Adam sebagai bapa pertama   manusia, selepas itu dijadikan Hawa sebagai ibu umat manusia dan kedua duanya dikhawinkan oleh Allah, maka dari sinilah berkembang biaklah manusia dimukabumi ini.
Kita perhatikan apakah itu keluarga?
1 Keluarga itu adalah saluran cinta dan kasih sayang
2 Didalam keluarga ada kehidupan yang menyempurnakan kehidupan manusia
3 Keluarga adalah perkongsian yg mendatang kelebihan pada pasangan suami isteri
4 Keluarga adalah wadah perlindungan
Saya  sendiri yg telah pun mendirikan rumahtangga menginjak 29 tahun bersama dengan pasangan yg satu masa dulu saya tak kenal,lain perwatakanya,tak kenal hati budinya tapi bila terbinaya rumahtangga maka sedikit demi sedikit dapat membina keserasian.

Saya  teruja bila cucu pertama saya lahir kedunia dan saya terpikir inilah permulaan rantaian kehidupan saya .Mungkin selama ini saya hanya berdepan dengan anak anak yang perlu kita asuh dan bimbing.Tapi bila lahirnya cucu saya sudah mula terpikir bahawa ini lah sebenarnya warisan saya yang corakan pertama adalah dari ayahnya (Thoriq) bila lahir anaknya maka saya perlu tahu bahawa bapanya yang satu ketika dulu saya berinya pelajaran, ajarnya ilmu agama,curahkan kasih sayang padanya maka rantaian itu berkembang dan terbina dengan kerahmatan Allah serta kasih sayangNya.
Alhamdulillah kini cucu saya ini membesar sebagai anak gadis yang pintar,bijak dan keletahnya menunjukan bahawa dirinya banyak mewarisi sifat bapanya yg banyak berfikir,baik,amanah dan juga sifat ibunya (Noor Fatahiyyah) yg cergas, rajin dan berakhlak.Semoga cucu ku ini akan jadi seorang gadis yang solehah yang dapat mendoakan ibubapanya serta diriku juga.

Sabda Rasulullah:“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”


"Orang-orang yg mengasihi akan dikasihi oleh Ar Rahman, berkasih sayanglah kepada siapapun yg ada dibumi, niscaya Yang ada di langit akan mengasihi kalian".


Semoga Kekal hingga ke jannah

BERMALAS MALAS

BERMALAS MALAS

Pada zaman dulu jika seorang pria itu ingin mendirikan rumahtangga maka diminta ibunya tolong perhatikan anak dara kampung mana yang bagus untuk dijadikan suri dalam hidupnya.Terlalu jaranglah pria memilih sendiri calun isterinya kerana anak gadis zaman dulu pergerakanya sangat terkawal.Susah nak tengok mereka berjalan jalan atau keluar rumah tanpa tujuan.

Bila pria meminta ibunya melihat lihat anak dara maka si ibu akan lihatlah anak siapa yang bakal jadi calon menatunya dan ada beberapa perkara utama yg layak untuk jadi calon menantu
1  Pandai mengaji, ni wajib
2 Pandai masak,ni wajib
3 Pandai kemas rumah,ni wajib
4 Ada rupa paras, ni tidak wajib
5 Keturunan orang baik baik,ni wajib
6 Pandai ambil hati mentua,ni wajib
7 Rajin (kerja tidak bersuruh)
8 Pandai berdandan ,tidak wajib
9 Berbudi bahasa,ni wajib

Inilah antara pakejnya yg selalunya dicari oleh ibu si pria.Maka oleh kerana ada beberapa perkara yg wajib ada pada si gadis maka ibu si gadis akan mempersiapkan anak gadisnya dengan beberapa perkara yang wajib itu. Ini kisah zaman dulu...

Tapi hari ini calun isteri dan calun suami ibubapa tak boleh masuk campur, kadangkala bila sudah bernikah mentua makan hati, pasangan anaknya tu serba tak kena, nak tegur nanti anaknya pula berasa hati, maka hendak atau tak hendak keluarga terpaksa terima.

Kadangkala itu bila dah kawin suami pula makan hati kerana dapat isteri yg boleh di ketegorikan "pemalas". Masa bercinta tak nampak kemalasanya kerana dia pamirkan yang bagus bagus ajer,tp bila dah kawen barulah tembelangnya keluar, contohnya bangun tidur pagi lambat, dah bangun tempat tidur tak tahu nak kemas, pakaian longgok ajer tepi bilik berhari hari tak berbasuh, hapak bau bilik kerana pakaian kotor terperak.Dah lah tu nak makan pula malas nak masak,selalu ajer beli maggie buat stock kat rumah dan bila laki nak makan maka diajaknya makan maggie"kita makan meggie ajerlah yer".Kadangkala suami tu terliur juga nak makan kari, gulai,sup,sambal tapi isteri malas dengan alasan "saya ni penat tau, balik kerja dah lewat petang dan bila balik awak suruh saya masak pulak"

Perempuan malas ni bukan malas masak ajer, malas sapu sampah,malas kemas rumah,malas basuh pinggan, hinggakan dia nak mandi pun malas juga, lepas makan  pinggan pun dia malas  basuh , malah dibawah tudung saji kalau ada makan yang dihidang tidak bermakan dan dah basi dia pun malas hendak membuangnya, dibiarnya berhari hari,begitu jugalah lepas masak barang dapor bersepah sepah, dan sampah dah keluar ulat pun  malas jugak nak buang.Inilah orang malas

Orang malas ni kalau dia pergi rumah orang kenduri ke, atau rumah saudara mara ke dia tetap bersikap yang sama dan dia akan bermalas malas.

Bila si suami dapat isteri yang macam ni apakah suami akan rasa rugi bagi duit hantaran yang tinggi? entahlah...
Kenapa ramai anak gadis malas zaman ini? sebabnya ialah kerana sikap semulajadinya begitu, kedua dia sibuk melayan alat gajetnya,ketiga dia tidak berminat untuk memahirkan dirinya untuk jadi "wanita serba boleh" baginya kalau dia malas pun dia makan jugak.

Sifat malas ni adalah sifat yang terburuk bagi seorang wanita kerana wanita yang malas ini akan mengundang perbalahan dan saya pernah lihat seorang suami menyuruh isterinya memasak untuk makan malam, isteri pergilah  kedapor membuat makanan didlm keadaan yang merengus dan bunyi pinggan mangkuk dan periuk belangga berlaga dan jatuh, dia buat dalam keadaan yang tidak iklas dan dia tak mahu  melakukanya.Bila makanan sudah siap  dimasak sisuami pulak merengus "apa yang awak masak ni, tawar macam air sungai,awak malas ke nak hidang makanan untuk saya"?

Orang tua kata

 Alah bisa, tegal) biasa.
Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

Tuesday, August 19, 2014

Sumpah Burung Merpati

Semalam aku balik kampung di Lubuk China kerana dah 2 bulan tak balik, ibuku masih sehat walaupun usianya sudah 76 tahun dan dia begitu kuat pergi solat terawih tanpa tertingal walau satu malam.Malam tadi jugak aku solat terawih di Masjid Lubuk China aku lihat saf wanita lebih kurang 3 baris iaiatu 40 orang, alhamdulillah tapi dalam seramai itu lebih kurang 15 org solat atas kerusi dan aku mesti bersangka baik bahawa orang yg solat sambil duduk atas kerusi ni mungkin dia sudah tiadk mampu lagi untuk berdiri.Aku juga tengok ada banyak kerusi yg belum berbukak lagi plastiknya untuk digunakan org yang tidak upaya untuk solat sambil berdiri.
Teringat masa aku ke Mesir dulu dan aku lihat ramai jemaah wanita yang solat guna kerusi dan bila sudah habis solat mereka bangun seperti orang biasa dan boleh kemana mana seperti biasa dan malah keluar masuk restoran lagi. Walau apapun kita mesti bersangka yang baik baik ajer pada mereka ni.
Sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur kami anak beranak kait buah rambutan, buah manggis dan buah langsat.Banyak sungguh buahnya.
Ni ada cerita dari Omak, katanya cerita benar.
Omak  : Keluarga kita tak boleh makan burung merpati,sebbnya ada sejarahnya.
Ada seorang ahli keluarga sebelah ayah mak, namanya nenek Tunggal.Orang panggil dia nek tunggal dan dia bekerja membuat minyak kelapa iaitu dia memasak santan untuk dijadikan minyak lalu dijual.Satu hari tu sedang nek tunggal ni memasak minyak kelapa ni tiba tiba entah macam mana minyak kelapa yang dia masak tu terpercik lalu terkena pada buah dadanya dan apa lagi melecurlah buah dada nek tunggal.Lama kelamaanya tempat yang melecur tu bernanah dan berbau maka anak buah dan saudaramaranya sudah tidak sanggup tinggal serumah denganya lalu nek tunggal ni dihantar tinggal di tepi sungai dibuatkan sebuah pondok kecil untuknya dan segala keperluanya seperti makan minum dihantar oleh saudara maranya.
Entah macamana pada satu hari sedang dia duduk duduk ditebing sungai tiba tiba datang seekor buaya dan melibas ekornya lalu jatuhlah nek tunggal kedalam sungai dan buaya itu menjilat jilat kesan luka didada nek tunggal itu.Dan dengan takdir Allah kesan jilat buaya pada dada nek tunggal tu tiba tiba buah dada nek tunggal tu jadi elok dan sudah tidak berbau lagi dan hanya nampak kesan seperti luka sahaja .

Buaya itu tidak membaham lagi nek tunggal dan dia hanya mengheret nek tunggal dan diletakan disarangnya.Selepas diletakan disarangnya nek tunggal mengalami rasa yang sangat takut kerana tempat atau gua tempat buaya itu menyimpan bangkai itu amat meyeramkan dan selepas buaya itu mengheret nek tunggal tu kesarangnya dia meninggalkan nek tunggal tu disitu dan mungkin dia ingat nek tunggal sudah mati.Bila buaya itu telah pergi nek tunggal melihat keliling dan alangkah terkejutnya dia bila dia lihat sekitanya adalah sebuah belukar  yang penuh dengan ranting kayu serta tulang tulang manusia, maka nek tunggal pun berdoalah tiba tiba dia terasa seperti ada beberapa ekor burung sedang bertenggek diatas rating kayunya dan nek tunggal pun berkata" wahai merpati apakah boleh engkau tolong bawa aku keluar dari tempat ini" tiba tiba salah seekor burung tu berkata" wahai nenek, aku boleh tolong kamu tp dengan satu syarat" kata burung itu" apa syaratnya wahai merpati"tanya nenek tunggal" engkau dan keturunan ekau tidak boleh membunuh atau memakan aku"itulah kisah burung merpati yang mana menjadi sumpahan didalam keluarga ibu mentuaku bahawa mereka tidak dibenarkan makan burung merpati

Kisah yang diceritakan oleh ibu mentua saya ini adalah kisah yg benar.

Tuesday, July 15, 2014

Beri Orang Makan

Aku masih lagi menulis kisah kelebihan dalam bulan Ramadan ini.Kalau orang macam aku ini nak kata kelebihan beribadat memang tidak berapa nak baguslah.Kelemahan untuk beribadat ini adalah kerana diri masih terlalu banyak kekurangan .Baca Quran pun masih lagi merangkak rangkak,solat pun hanya yg wajib dan kalau yg sunat pun buat sekali sekali.
Kadangkala timbul rasa cemburu pada anak anak yang solatnya banyak,baca quranya khatam berkali kali dan aurat terjaga.Tapi walau apapun aku bersyukur diatas nikmat Islam dan iman yang Allah anugerahkan pada diriku ini.Insyallah aku akan sedaya upaya untuk membaiknya dari masa kesemasa.
Dibulan Ramadan ini banyak laluan pahala yang boleh kita buat kerana Ramadan adalah penghulu segala bulan.Iaitu bulan yg terbaik malah apa jua kebaikan yang kita buat Allah lipat gandakan pahala sehinggakan kalau kita beri orang makan pun pahalanya sama seperti orang berpuasa itu.
Dari mula mula aku mendirikan rumahtangga lagilah sudah jadi tradisi atau hobi aku akan cari orang untuk makan bersama tidak kira waktu berbuka atau sahur, malah memang ada saja orang yang Allah hantar untuk aku beri makan.
Mungkin ini adalah niat yang sudah sebati didalam diri ini.Hari ini dimasjid masjid, surau atau madrasah sudah ada menyediakan makanan utk berbuka,moreh atau sahur dan kemakmuran bumi Malaysia ini membuatkan kita akan rasa tenang untuk beribadah malah kalau adalah musafir yang tidak ada duit dalam poketpun jika singgah dimana mana masjid di Malaysia mereka mungkin akan dapat layanan yang baik seperti makannminumnya,tempat tidurnya malah akan diberi duit poket untuk melepaskan susah sementara
.Foto : Kem Motivasi di Surau al Qudwah Prima Damansara.

Perlu aku nak ingat pada semua anak anak aku bahawa lakukan lah amalan   menjemput/memberi orang berbuka,moreh atau sahur ini makan di bulan yang mulia ini dan nabi amat mengalaknya.
Sabda Nabi “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

Monday, July 14, 2014

SAHUR

SAHUR

Malam tadi adalah malam yang ke 17 Ramadan,sudah terlalu hampir untuk kita menyambut malam lailatulqadar.Apakah pada setiap malam yang aku bangun pada bulan Ramadan ini aku akan bertemu dengan malam yang amat istimewa ini? apakah permintaan aku jika aku bersua dengan  malam yg berkah ini? hanya Allah sajalah yang menentukanya.

Bermula dari malam pertama Ramadan lagi aku bangun seawal jam 4 pg untuk menyediakan sahur buat keluargaku yang masih lagi tinggal bersama  aku iatu Sakinah, Ummu Jannah, Ammar dan Isterinya serta Salman.
Rutin bangun untuk masak sahur ini sudah menjadi kemestiaan bagi aku dan jikalah aku sakit maka malam itu mungkin tak ada sahur.

Kekuatan untuk bangun sahur ini bukan mudah, perlukan kekuatan pada hati bukan pada fizikal, ialah waktu siang dihabiskan masa untuk bekerja mencari rezeki, bila balik pula bersiap untuk makan berbuka, sesudah berbuka banyak lagi kerja rumahtanggan yg perlu diuruskan dan mengaji dan tidor paling awal jam 1 pg.

Manakala jam 4 pg sudah bangun diwaktu ini org yang tidak meletakan dirinya "wajib" bangun  memasak untuk sahur maka tunggu ajerlah jam 5.15 untuk digerakan(dibangunkan) apabila makanan sudah siap dihidang diatas meja dan tunggu suap kemulut sahaja.

Tapi walau apapun aku tetap bersyukur kerana ada juga sibungsu menemani aku waktu memasak sahur, sekurang kurang tidaklah sunyi sgt.

Ada jugak org tidak ambil berat untuk bangun sahur walaupun  didalam sahur ini ada keberkahanya sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Daqiqil ‘Ied rahimahullah, mencakup kebaikan seperti menegakan sunnah Nabi yang mana bila kita buat  mendatangkan pahala disamping badan berasa sehat kalau kita bersahur seperti kuatnya badan  dibandingkan dengan yang tidak makan sahur.
Manakala Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan dengan lebih detail lagi tentang berbagai kebaikan dalam makanan sahur sebagai berikut.
  • Mengikut  sunnah Nabi
  • Mebezakan antara puasa orang mukmin dengan puasanya Ahli Kitab ialah makan sahur” (HR. Muslim)
  • Menguatkan badan orang yang berpuasa dalam melaksanakan ibadah
  • Menolak buruknya akhlaq yang dapat timbul akibat rasa lapar
  • Dapat menjadi sebab untuk bersedekah  kepada yang memerlukankan makanan sahur, atau dapat juga menjadi kesempatan untuk makan berjamaah 
  • zikir dan doa pada waktu terkabulkannya doa, waktu sahur juga dapat dimanfaatkan untuk menambah solat malam
  • Waktu sahur dapat digunakan untuk berniat puasa, terutama bagi mereka yang sering lalai dan tidak berniat sebelum tidurnya
Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Adapun barakah makanan sahur secara dhahir (nampak), yaitu dengan kuatnya badan ketika berpuasa, menjadikannya rajin beribadah, menjadikannya termotivasi ingin menambah lagi amalan puasanya, karena nampak ringan puasa baginya setelah makan sahur, dan inilah makna yang benar dari makan sahur. Kemudian juga dengan bangun sahur dapat menjadikannya berdoa dan berdzikir di waktu yang mulia,. 
Demikian pula,  “Makanan sahur adalah makanan yang barakah maka janganlah kalian meninggalkannya, walaupun seorang dari kalian hanya sahur dengan meneguk air, karena sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang yang makan sahur”. ( Imam Ahmad)

RISEPI SEPANJANG ZAMAN

RISEPI SEPANJANG ZAMAN

Alhamdulillah keinginan untuk menulis sebuah buku risepi hampir tercapai.Kalau nak dikirakan dugaan memang besarlah dugaanya dan buku risepi bukanlah semudah tulis novel atau tulis karangan.Melahirkan sebuah buku risepi adalah dari hobi menjadi kemahiran dan terus dijadikan kerjaya yang mungkin akan membuah rezeki.Saya menulis risepi ini bukanlah saya ni kaki makan atau saya nak jadi glemaer sebagai chef, tapi saya menbuat buku risepi ini adalah untuk memahirkan bidang masakan ini.

Memang berpeluhkan nak menyiapkan 150 buah risepi. Dari mula saya mengumpul risepi hinggalah saya memasak hampir 90% masakan yang terkandung dalam buku Risepi sepanjang zaman ini.Tapi oleh kerana minat yg begitu mendalam sesusah manapun insyallah dapat ditebusi.

Saya tahu bidang membuat buku ini  bukan bidang saya, tapi bila ada idea untuk membuat buku risepi ini maka antara orang yang utama patut saya tonjolkan adalah DHMZ, dia begitu bersusah payah hinggakan dari dia tidak tahu memasak masakan yang susah dan bila dia banyak membantu saya buat buku risepi ini dia boleh memasak, boleh kenal rempah ratus dan boleh pula memberi arahan untuk menyediakan masakan yang baik dan bermutu.Insyallah doakan buku ini akan membuka minat anak anak remaja untuk belajar memasak dan menjadikan bidang masakan ini sebagai kerjaya mereka.