Wednesday, December 31, 2008

CINTA

Ketika sedang asyik membelek buku-buku yang terdapat di dalam dua biji almari yang terletak di sudut membaca di rumah ku,, Aku telah tertarik kepada sebuah buku dan terus mencapainya,,buku itu bertajuk "Ya Allah, Aku Jatuh Cinta !"

Buku itu dikarang oleh BURHAN SODIQ dan dihadiah oleh seorang anak angkatku dari Jakarta bernam Dewi Kartini...Dewi Kartini ni ialah seorang yang baik, berbudi bahasa, cantik serta penyayang...terima kasih dewi

Ketika sedang khusyuk membaca, aku terhenti pada muka surat 94.. dan ulasan ku ini khas untuk:-

* -Dewi (anak kesayanganku)
* -Solehah (anak sulongku)
* -Sakinah (anak ketiga)
* -Helmi (sahabat yang sedang hangat dilamun CINTA)
* -Nizam (sahabat yg sedang mencari CINTA)
* -Thoriq (anak remajaku yang sdang menunggu CINTA)

1. Jelas & Terang
Bila bercinta biar jelas dan terang, jangan bercinta dengan org yg tidak secocok (Sesuai),, selidik dulu latarbelakangnya

2. Ukur romantis anda
Iya nampaknya tidak penting, tapi ini adalah ukurannya sebab CINTA itu bukan di ukur dengan belaian manja, suara mengada gada, kerlingan mata atau sekotak COKELAT.Perlu ingat wanita itu terlalu emosional, sementara lelaki lebih bersikap mengarah pada kasih sayang

3. Cinta Diri Sendiri
"Anda tidak bisa membahagiakan orang lain sehinggalah anda dapat membahagiakan diri anda sendiri"

4. Jadilah Yang Terbaik
Cinta bukan hanya sekadar mencari seseorang yang membuat anda bahagia, keserasian adalah hasil yang terbaik. Cara yang terbaik untuk memiliki CINTA ialah harus teliti dan pilihlah dengan jelas dan renungkanlah kenapa anda memilihnya?

Buat siapa ulasan ini ditujukan, sila perhatikan betul2 ungkapan di bawah ini..

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kita mengejarnya, makin ia menghindar. Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduganya. CINTA bisa menbahagiakanmu, tapi sering juga menyakitimu. Namun CINTA itu istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerimanya. Jadi tenang tenang saja, jangan terburu buru dan pilihlah yang terbaik.

Aku bercinta beribu kali, tapi aku menyayangi hanya satu, iaitu kekasiku awal dan akhir.

Tuesday, December 30, 2008

Buahatiku, Pengarang Jantungku

Siapakah orang orang ini...??
(Buah hatiku, Pengarang Jantung ku)


anak sulung ku. SOLEHAH
  • Ini adalah seorang gadis yang sgt manja dan ketika usianya dibangku sekolah rendah adalah seorang anak yg sering buat abuyanya pening kepala.
  • Sering buat helah kalau nak kesekolah.
  • Suka ikut mak dan abuyanya pergi kerja dan sekarang sudah pandai kerja sendiri,, mungkinlah agaknya dah dilatih dari kecil jadi orang lasak dan berani.
  • Suka makan makanan yg sedap2 ini perangai mak & abuyanya yg sudah sebati dg
    n dirinya.
  • Jangan tenking tenking, nanti tarik muka.
  • Aku, maknya sering marah dan sering dendanya kalau dia buat silap,, tu masa kecilnya sebab nakalnya lebih sikit, anak sulunglah katakan.
  • Tidak pernah simpan dendam, ini keistimewaanya.
  • Kalau dia sakit, selalu mahu berkongsi dgn orang, manjalah tu.
  • Wajah yg fotogenik dan dari kecil sudah jadi Model.
  • Sering mengalah dan aku harap dia akan meyambung cita citaku iaitu jadi PAKAR QURAN & HADIS

Simpan rahsia. THORIQ
  • Lelaki yg bersemangat
  • Sgt memilih dan teliti bila berkawan
  • Berpeyakit lelah sebelum lahir lagi,tapi sekarang sudah sihat walhafiat
  • Tidak pernah nak fikir makan kalau dah bekerja
  • Kaki bisnes semenjak usia lapan tahun
  • Ada 2 wanita yg menjadi kesayanganya iaitu "Mak" & Mak De
  • Tidak boleh berenggang dari 2 wanita ini
  • Tidak pandai nak beli barang dapur
  • Sayang pada kucing & Ikan
  • Sering bercakap dgn pokok
  • Bersahabat dengan komputer
  • Minuman kegemaran Teh tarik susu lembu
Siapakah Mujahidah ini. SAKINAH
  • Sering saja muhasabah diri
  • Pandai bawa diri sebab dari usia 4 bulan sudah duduk dengan Tok & Toki (Cucu emas)
  • Lembut tapi keras
  • Rajin beribadah
  • Pandai tulis puisi
  • Mahu cipta nama sebagai pendakwah
  • Bijak & Matang
  • Jadi rujukan teman teman
  • Suka bergambar
  • Kurang manja tapi romantis
Lelaki Misteri. NUKMAN
  • Terlalu baik dgn semua org
  • Lelaki ektenik
  • Suka sejarah
  • Kalau baca suratkhabar muka yg pertama di buka ialah BERITA DUNIA
  • Aku kena banyak bersabar dengan anak yg seorang ni
  • Susah nak alih pendirian, harap harap dapatlah dengar nasihat mak & abuya
  • Suka berkawan dgn org tua
  • Berat badan sering turun naik
  • Suka tidur
  • Suka kepada kehidupan moden
Wahai teruna bakal pejuang. SALMAN
  • Cerdik, pintar dan berani
  • Sering tukar sekolah
  • Berkawan dgn budak gotik, punk, tabligh, lelaki & perempuan dan sesiapa sahaja
  • Dalam latihan untuk jadi seorang tabligh (penyampai)
  • Sangat peyayang kepada ibu Selalu buat perkara yg abuyanya tidak terfikir
  • Boleh hafal hadis & Quran dgn baik kalau dia mahu
  • Mulut celupar sikit, tapi sekarang dah OK
  • Suka makan masakan mak
  • Cemburu
Siapakah AMMAR
  • Pejuang?
  • Pemikir?
  • Inilah orgnya yg sgt cepat sensitif dan merajuk lama, tak sesuai kawin dgn artis
  • Tak suka makan & pakai barang yg di sedekah oleh orang
  • Sgt takut makan bawang
  • Kurang motivasi tapi rajin
  • Selalu buat perancangan di luar dugaan
  • Rajin membaca cerita sains
  • Habis barang rumah dijadkan percubaan untuk buat helikopter
  • Wajahnya tidak sehendsome mana
Si Bungsu. JANNAH
  • Manja sgt
  • Penganti abuya, pandai mengedit sebarang tulisan org, hati hati kalau tulis surat utk dia
  • Teliti
  • Banyak idea
  • Suka kepada adik beradik angkat yg selalu dapat dengan berbagai bangsa, rupa dan agama
  • Pemarah
  • Cepat bertindak
  • Bilalah nak pandai masak(Perlahan lahan belajar goreng telur)
  • Pengemas
  • Bijak

Monday, December 29, 2008

SEHARI BERSAMA SASTERAWAN ACEH

Nama Deol CP Allisiah sudah menjadi tidak asing lagi di negara jiran kita, Aceh. Beliau adalah seorang sasterawan Acheh dan isterinya, Ibu Rosnani telah menjadi orang kuat dalam akhbar ‘Serambi Aceh’. Ketika kami dalam misi menziarahi Rumah Anak Yatim, kami diberi kesempatan untuk menziarahi rumah beliau di Syiah Kuala, Aceh. Wujud rasa terpegun apabila melihat rumah beliau yang biasa sahaja seperti rumah penduduk di sekelilingnya sedangkan beliau dan isterinya adalah seorang sasterawan yang tersohor di mata dunia Acheh. Beliau hanya menggelarkan rumahnya ‘gubuk’ oleh kerana wujud perasaan merendah diri dari jiwa beliau yang penuh dengan budi bahasa dan sopan santun.

Ketika kami dipelawa untuk masuk ke dalam rumahnya, lantai rumahnya hanya dilitupi dengan tikar mengkuang dan di sudut-sudut dindingnya dihiasi dengan foto-foto keluarganya yang sungguh unik. Di satu kamar yang digelar ‘sarang’ oleh beliau telah menempatkan komputer dan susunan buku-buku yang rapi di mana di situlah tempat beliau mengeluarkan buah-buah fikirannya. Ketika sedang asyik meniliti buku-buku koleksi beliau, mata kami tertarik kepada sebuah almari yang menempatkan batu-batu permata yang menjadi simpanan berharga beliau ketika berkarya ke luar daerah.

Pada mulanya, kami telah merancang untuk bertemu dengan seorang rakan kami, Hasbi Burman yang mana beliau juga adalah seorang sasterawan Acheh. Namun oleh kerana beliau tidak dapat hadir, beliau telah menemukan kami dengan sahabatnya ini bagi menggantikan pertemuan itu. Ketika pertama kali kami mengenalnya, kami sudah dapat rasakan bahawa beliau ini adalah seorang sasterawan yang sungguh kaya dengan keperibadian yang baik dan halus. Peribadi beliau ini membuatkan sangat sesuai dengan perkaryaannya di dalam bidang seni dan budayanya.

Bapak Deol adalah seorang penyair yang sering meyuarakan buah fikirannya melalui tulisannya yang bernas dan mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang membaca. Bukan itu sahaja, beliau juga mampu mengedit karya-karya rakannya agar menjadi lebih bermutu. Ini dapat dibuktikan apabila kami bersatu pemikiran dan ingin menerbitkan sebuah antologi puisi gabungan tenaga dua negara yang bernama Pusaran Zikir.

Buku ini menempatkan 80% puisi yang akan seiring dengan gambar yang mencerita perihalnya iaitu tentang alam,bencana dan kemanusiaan.Dan beliau sendiri bersama temanya itu Hasbi Burahman telah menghimpunkan keseluruhan puisi dari temanya dan di serahkan kepada kami. Setelah di edit maka sekarang pekaryaan itu dalam proses untuk dilahirkan di bumi Malaysia sebagai hadiah dari sasterawan Acheh kepada rakyaat Malaysia dan saya berdoa semuga usahasama ini akan menemui jalannya dan sasterawan ini akan terus membantu kami untuk membangkit satu semangat kekeluargaan dalam jiwa seni dan budaya serta misi kemanusiaan.
Dan dalam pertemuaan yang seketika itu saya rasa sungguh teruja bahawa kehidupan sasterawaan yang tersohor di buminya dan memiliki seluruh kekayaan seni pada minda dan jiwa nuraninya. Ia bukan pada sebuah jenama kehidupan yang di baluti dengan kemewahan dunia untuk menjadinya insan yang hebat.

Sebenarnya keluhuran dan keikhlasannya berkarya adalah lambang sebuah kehidupanya yang kaya dan meriah serta bernas dan memenuhi ruang litupnya sebagai insan seni yang sentiasa mensyukuri nikmat Ilahi dengan keiklasan dan saya sangat berbangga kerana di pertemukan dengan pasangan seni yang menjadi kebanggaan bangsanya .

Terima kasihSultan Iskandar Muda Seorang Pahlawan,
Puteri Pahang jodoh dipertemukan,
Sungguh murni budimu tuan,
Akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.

Saturday, December 27, 2008

IKTIBAR


"Diperhiaskan bagi manusiakesukaan kepada barang yang diingini, (yaitu) dari hal perempuan dan anak laki- laki, dan berpikul-pikul emas dan perak, dan kuda kenderaan yang diasuh, dan binatang-binatang ternak dan sawah-ladang. Yang demikian itulah perhiasan hidup di dunia. Namun di sisi Allah ada (lagi) sebaik tempat kembali."

Wednesday, December 17, 2008

CIK TEH, DINO, MILA & PIPIT

Binatang & Manusia adalah makluk kejadian Allah yg sgt unik dan menarik. Semalam seorg sahabatku telah menghadiahkan seekor arnab kpd anak bongsuku yg sangat cantik berbulu putih dan bermata merah serta sgt manja. Arnab seekor binatang yg sangat sensitf dan pemalu serta sukakan belaian. Terpegun aku melihat melihat cik teh dalam pangkuan si bongsu.

Manakala Dino pula ialah seekor hamster jantan yg berbaka syria serta menjadi kesayangan seluruh warga rumah. Ianya telah di pelihara lima bulan yang lalu. Satu perkara yg menjadi tugas si bongsu ialah mengelap bulu dino setiap kali balik dari asrama dan memberi makan serta minum sambil berbual bual dgn dino supya jangan suka tidur sepanjang hari dan jangan makan sambil mata terpejam.

Di rumah ada lagi binatang kesayangan iaitu penunggu setia yg bernama mila (kucing betina yg gemuk dan kuat makan). Kucing ini ada dua ekor dan kedua duanya bernama Mila. Jika aku sampai sahaja di rumah, pasti kedua-dua kucing ini berlari dan pulang ke rumah. Manakala di pejabatku ada lagi binatang kesukaanku iaitu burung pipit dalam bilangan sebanyak 20 - 30 ekor dan burung- burung ini akan tahu bila waktu aku dtg pejabat dengan membawa habuan untuk mereka setiap hari iaitu nasi dan biskut.Apabila kereta aku parking sahaja depan pejabat maka ianya ramai ramai akan bertengek di atas pagar untuk menunggu habuanya.

Inilah perasaan dua makluk kejadian ALLAH ada rahmat dan nikmat serta kelebihan dan kekuranganya.

Tuesday, December 16, 2008

PANJANG PERJALANAN LUAS PANDANGAN

Banyak berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman,tapi sebagai insan yg serba kekurangan aku sungguh teruja dengan pengalamanku yang banyak mengajar aku erti sabar dan tertimbangrasa.Dlm perjalanan aidil adha untuk meyempurnakan korban atau dlm erti katalain aku ingin meraya hari yang mulia ini dengan org org yang didalam kesusahan iaitu di negara kemboja adalah satu santapan untuk jiwaku menelan akan segala kesusahan umat Islam yg hidup dlm kedaifan,kekurangan dan kemelaratan.

Hari pertamaku sampai aku telah disambut oleh seorg yg berjiwa besar & berpandangan jauh iaitu Ustaz Zainal Abidin iaitu pengasas Madarah Muhajirin, Kg Saum, Kemboja. Aku tidak tahu bagaimana perkenalan ini telah memberi aku sedikit rasa bahawa seorg yg mungkin terpengaruh di daerahnya telah berkorban masa,wang ringgitnya dan tugasnya demi untuk menjemput kami dan rombongan dari Malaysia yg mungkin dia pun tidak tahu apakah hasrat dan matlamat kami ke Kemboja cuma aku hanya mengenalinya melalui talipon sahaja yg di beri oleh seorang anak angkatku iaitu Syukri yg berusia 17 thn yg berasal dari kemboja dan telah memanggil ku dengan satu panggilan "mak".

Hari kedua kami telah dibawa oleh Ustaz Zainal ke Madrasahnya yg terletak 200 km dari bandar PnohPenh dan perjalananya yg memakan masa 5 jam.Wah sungguh nikmat dlm perjalanan yg sejauh itu kadangkala econ kereta dimatikan kerana usia kereta yg telah lama,berhenti minum air kelapa dan beli buah asam,berhenti lagi rehat ustaz zainal terlau mengantuk dan kami minum teh o serta merehatkan badan,berhenti lagi untuk untuk buang air dan akhirnya perjalanan yg jauh pun sampaikalah kedestinasi yg di tuju.

Betapa aku sungguh terharu dengan anak anak di Madrasah al Muhajirin ini dengan semangat mereka yg sangat kental dan kuat,bagaiamana satu permandangan yg mungkin tidak ujud lagi di bumi Malaysia iatu anak anak memasak makan malam mereka dengan sendirinya iatu mengangkat air dari perigi kemudian memasaknya tanpa lauk pauk dan mereka hanya mampu mengoreng bawang untuk di makan dengan nasi dan mereka hanya akan di beri beras dua pot sehari tanpa ikan,telur atau ayam dan mereka akan di beri makan daging sebulan sekali iaitu masak secara kawah.

Bila malam menjelang enjin generator di hidupkan oleh para pelajar dan seluruh madarah itu terang benderang dan tepat jam 10.30 mlm generator dimatikan kerana mahu menjimat minyak dan seluruh madarasah gelap hanya kelipan lampu suluh dan pelita sahaja.
Dan Selepas subuh kami kami ke pekan dgn menaik pick up dan ada yg duduk di belakang,kami minum pagi dengan para ilmuan dan ulamak generasi lama yg mampu mempertahankan pakaian mereka sebagai umat Islam.

Dan selepas itu kami menziarahi madrasah dan masjid di sekitar kg tersebut.Sungguh aku rasa hiba bila ramai anak anak yg berkaki ayam dan ada yg pakai seluar tanpa baju dan ada yg sebaliknya.Kami sama sama makan bubur kemboja,sedapppp
Jam 2.00 ptg sahabat dlm rombongan balik ke penoh penh (Nizam & Helmi)kerana mereka harus balik ke Malaysia esoknya sebab tiket sudah habis dan kami tinggal di Madrasah untuk merayakan aidil adha dengan warga Madrasah al Muhajirin.

Solat sunat aidil adha di imamkan oleh Ustaz Zainal.Sungguh aku rasa tercuit di hati bila seorg yg berilmu seperti ustaz zainal ini sangat gigih menegakan kembali Islam di bumi Kemboja dengan usaha yg tidak mengenal erti letih dan jemu didalam mendidik anak bangsanya.

Dan selepas solat sunat aidil adha,sekali lagi Ustaz Zainal menjadi tukang sembelih binatang korban dan pada pertama aidil adha sebanyak 8 ekor lembu telah di sembelih oleh ustaz zainal dan dua ekor darinya telah di buat lauk serta di jamu untuk anak anak madrasah dan seluruh warga kampung tersebut, dan yg paling aku rasa terpegun bila melihat cara anak anak ini memabakar daging iatu dengan mengali lubang yang berukuran 2 kaki kali dua kaki sedalam satu kaki setengah dan di buatnya para diatas lubanjg tersebut dengan besi mata punai yg bersaiz besar dan di tegangkan dengan kayu dan didalm yg digali tadi di isi dengan arang dan bila api sudah mula meyala daging pun dipanggang, betapa nikmatnya daging panggang ini di cicah dgn air asam buatan ustaz zainal.

Thursday, December 11, 2008

RIZKI

Empat tahun lalu pada ketika usiamu lapan tahun dan tiga minggu selepas Tsunami melanda Acheh kau telah di hantar oleh warismu untuk mendiami sebuah rumah anak yatim yang di kelolakan oleh warga Malaysia (RUMAH ANAK YATIM DARUL TAHFIZ SRI AL AIN ACHEH) iaitu pada ketika itu rumah tersebut terletak di daerah Ketapang.

Dan selama 2 tahun kau mendiami rumah tersebut dengan 15 orang temanmu yg senasib denganmu dan di asuh oleh seorang gadis gigih yg bernama Mutia dan Ibunya Enyak selaku pengasuh serta tukang masak dan di bawah seliaan Ustaz Abdullah Abdullah Abdul Wahad seorang insan yg sangat tabah dan kuat semangat serta yang penuh bertanggungjawab.

Pada Febauri 2008 rumah anak yatim telah berpindah ke Ajun yang tidak berapa jauh dari Banda Acheh dan di rumah baru ini kau dan sahabatmu adalah insan yg sentiasa mensyukuri segala nikmat dan rahmat dari ILLAHI kerana banyak rezeki yg datang dan kebajikan mu serta sahabat tidak pernah diabaikan walaupun adakalanya rezeki yg dtg itu tidak menentu dan alhamdulillah kau adalah insan istimewa buat kami (Rausnah Abu Samah & Hj Muhammad Zakaria) kerana kau adalah antara anak yg paling baik,pintar dan cergas.

Pemergianmu
10 hb 12 08 jam 5.30 petang kau telah meyahut panggilan Maha Penciptamu,betapa aku tidak dapat menahan kepiluaannya kerana walaupun aku jauh darimu memandangkan antara kita ada jarak yang memisahkanya,tapi bila bertemu dan bersua dan antara hataimu dan hatiku sering meyatu dengan ikatan anak dan Ibu.

Empat tahun lalu ibubapamu di gulung oleh ombak Tsunami,tapi hari ini kemalangan yang mengundang nyawamu pada usia yg sangat muda dan aku (Ibumu)serta seluruhwarga rumah anak yatim darul tahfiz sri al ain Acheh sangat terasa sebuah kehilangan anak,sahabat dan anak murid dan ku ingin panjatkan doa mudah mudahan perjalananmu itu dalam kerahmatan dan rohmu akan ditempatkan bersama orang orang soleh dan beriman.

Aku sangat sayang padamu duhai putera Acheh RIZKI.

Sunday, November 23, 2008

QURAN,LAMPU TIDUR,KEK &SEBUAH UCAPAN

Usia adalah satu perjalanan jasad bersama roh. Detik, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun. iya semuanya di hitung dan ada perkiraanya. Betapa nikmatnya jika usia yang berlalu bersama pahala dan betapa malangnya kalau usia yang berlalu bersama dosa.

Dalam detik detik ini usia ku sudahpun banyak dan mungkin sudah penat untukku membilangnya,tapi aku amat bersyukur kerana aku telah berkhawin pada usia yang agak muda iaitu 21 tahun dan dalam jangka masa setahun aku telah pun mendapat seorang puteri yang sangat manis dan sangat menawan hatiku di beri nama sebaik orangnya UMMU SOLEHAH dan setahun kemudian aku di kurniakan seorang lagi cahayamata yang bernama MUHAMMAD THORIQ dan setahun kemudian lahir seorang mujahidah (sudah daftar sebagai junddullah) UMMU SAKINAH.

Dua tahun kemudian aku mendapat seorang anak lelaki yang aku kira sangat banyak memberi cabaran kepadaku iaitu MUHAMMAD NUKMAN MUQARRIM (berbadan gempal, berwajah manis dan sangat baik hati dan pemurah -Bakal jadi peminpim) dan setahun kemudian lahir pula orang yang sehebat namanya MUHAMMAD SALMAN AL FARISI (Berwajah pan asia, berhati waja, bersikap keras sikit, berpendirian tegas dan mindanya banyak stertegi, sekarang sedang belajar menghafal al Quran dan ini bukan sebarangan orang)

Empat tahun kemudian lahir seorang kanak kanak lelaki yang aku kira paling romantik, paling manja dan paling mengada gada (wajahnya tidak berapa manco, tapi manja kusemangat dan kebanyakan kerja org pompuan semua dia boleh buat seperti cari uban, masak masak dan kemas dapor) namanya MUHAMMAD AMMAR YASSAR dan setahun kemudian lahirlah sebongsu yang sangat pintar dan pantas serta berjiwa kuat (kalau dimarah dia tak akan ambil hati) dan bercita cita tinggi, agaknya setinggi langit UMMU JANNAH dan inilahlah anugerah dari ALLAH buat diriku iaitu sang hamba yang berkelana di buminya dan pada usiaku yang sudah lewat ini bila ada insan insan yg seperti nama yg di catat tadi memberi peringatan buatku, maka aku terasa bahawa diriku ini masih ada yg sayang dan masih ada yg rindu.

Quran & Terjemaahan daripada Ummu Solehah.
Sungguh besar ertinya buatku iaitu mengingatkan aku akan landasan hidup ini perlu kepada petunjuk pada setiap saat dan ketika serta jangan jauh meyimpang dari panduaan yang telah Allah tetapkan. Terima kasih buat Ummu Solehah

Lampu Tidur.
Hadiah ini dari 3 orang insan iaitu Muhammad Thoriq, Ummu Jannah dan Ammar Yassar ianya merupakan satu simbolik pahala akan di kirimkan kepadaku apabila aku sudah berada dialam lain nanti iaitu seperti cahaya yg menerangi didalam kegelapan dan Terima Kasih cayang.

Kek.
Entah ya! dari insan yg mana? sebenarnya aku ini pengemar kepada makanan yg mengemukan iaitu coklat dan aiskrim serta kek, maka makanan ini merupakan makanan yang paling aku suka dan rasanya sedap,terima kasih kepada peyumbang...

Sebuah Ucapan
SELAMAT ULANGTAHUN.........
Terima kasih Ummu Sakinah, Mak sayang you.

Sunday, November 9, 2008

Laluan Untuk Mati Syahid

Bom Bali adalah satu tregedi yang mengorban ramai nyawa termasuklah bangsa asing dan juga orang tempatan di suatu tempat yang menampung masiat dunia dan tragedi itu banyak mengundang cerita dan ramalan serta berita tersembunyi yang masih lagi menjadi teka teki. Tapi yang pastinya mujahid ini telah menpertaruhkan nyawanya dan hukuman yang di terimanya adalah untuk menbuktikan kepada dunia bahawa negara yang mengamal Islam atau lebih baik diiktirafkan sahaja pemerintahnya yang sentiasa gagal menangani berbagai masaalah rakyaat telah berjaya membuktikan bahawa setiap yang bersalah akan dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Apakah mereka terfikir bahawa nyawa yang di korban itu adalah nyawa manusia yang tidak shahih lagi bahawa hukuman itu adalah setimpal dengan perbuatanya. Pejuangan yang mempertaruhkan kehidupanya dengan kemulian dan kematianya dengan das tembakan ngeri adalah sebuah pembalasan sahaja,bukan hukumanya yang sebenar. Kalau benar mahu dihukum benarkan sahaja cerita Bom Bali itu. Itukan lebih afdal dan lebih releven serta pesalah akan dihukum secara adil dan benar. Setelah hukuman di terima oleh mereka Kini kita hanya dapat menlafazkan secebis doa dan mungkin terikan pilu di hati dan tidak sama dengan keperitan dan sakithatinya serta kecewanya mujahid ini memabalas dendem memadamkan kemungkaran dengan jalanya sendiri.

Mana darah mujahid lain yang mahu di simbahkan dijalan Allah yang mahu menutup kemungkaran,kezaliam dan kemasiatan dan apakah sebab kita hidup ini mahu memperkata sebuah kehidupan yang mulia sahaja dan bukan mati beriman atau mati syahid. Kalau hidup ini setakat mahu panjang umur atau murah rezeki dan sihat tubuh badan untuk memupuk kejahatan serta kezaliaman maka disinilah letaknya satu kehinaan sebagai insan yang di jadikan oleh penciptaNaya dengan penuh kesempurnaan. Lihat sahaja pada keteguhan Iman para mujahid ini yang mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa membeli sebuah kematian dari kenikmatan hidupnya.

Apakah akan lahirkan lagi 100 AMROZI, IMAM SAMUDERA & MUKLAS. Titisan darah yang jatuh kebumi pada malam yang meyaksikan kematian itu adalah darah darah para syuhada dan darah yang di nantikan oleh para bidadari di syurga untuk dipersembahkan pada penciptaNya bahawa ada makluknya yang bernama manusia di akhir zaman ini yang hidup penuh bergelumangkan dengan kejahatan, kemasiatan dan kemungkran tapi masih ada yang mahu kemuliaanya di dunianya sebagai manusia yang di iktiraf oleh seluruh makluknya samada haiwan,tumbuhan dan manusia serta matinya membawa seluruh maruahnya sebagai tentera Allah yang tidak lari bila telah menbenarkan dirinya syahid jika itulah kesudahan sebuah perjuanganya.

Dunia yang kau huni
Disitu terkumpul sejarah Adam & Hawa
Serta Purtera Mereka Qabil & Habil
Catat pembunuhan dan kesumat jahat
Angkuh dan cemburu
Memadamkan hati kemanusiaan
Jauh sekali hati persaudaraan
Kini sejarah menelan berbagai sejarah keburukan manusiaan
Bumi telah lesu dengan kehinaan manusia
Walau penciptaNya menagugerah sebuah trofi derajat
Iman,Ilmu dan Amal untuk manusia meminpin manusia
Tapi kafir,Syaitan dan kuasa
Itulah Pinpinan Manusia
Mana insan yang berdosa dan mana insan teraniya
Mata manusia keliru
Mencari bukti.
Akhirnya labelnya Islam tapi pembelanya kafir laknatullah
Penunjuk arah ada misi berikutnya
Jangan Islam untuk label sahaja
Kafir tidak lupa pada caturanya
Bahawa mangsa berikutnya adalah Umat Islam yang rapuh segalnya

Wednesday, November 5, 2008

KETENANGAN

3hb Nov adalah tarikh keramat bagi gadis ini. Dilahirkan dalam keadaan yang penuh ketenangan dan syahdu diwaktu jam menunjukan 10.30 malam. Gadis ini banyak membawa erti dalam hidupku dan ianya anugerah dari Allah buat ku iaitu pembawa sinar "Ketenanagan ".

Beliau merupakan seorang gadis yang sangat kental jiwanya tapi terlalu sensitif. Walaupun dari kecil ianya merupakan seorang anak yang sangat dimanjakan oleh datuk dan neneknya serta bapa saudaranya sehinggakan pernah di suatu ketika kalau hujan diwaktu pagi, datuk dan neneknya akan mempastikan cucu kesayanganya ini tidak akan kesekolah kerana kata mereka takut demam, dan perkara ini berlarutanlah sehingga dia masuk kesekolah rendah dan oleh kerana dia jarang kesekolah maka pelajaranya banyak ketinggalan dan akhirnya pada suatu ketika rundingan dibuat dan gadis ini di bawa balik ke KL untuk di sekolah.

Datuk dan neneknya terpaksa melepaskan dengan "keterpaksaan" dan dalam usianya lapan tahun gadis ini belum dapat menguasai pelajarannya kerana dia telah tercicir oleh sebab "kemanjaan melampau" dan dia sering menangis teringatkan orang kesayanganya di kampung, tapi akhirnya bila dia dapat meyesesuaikanya dirinya maka dia mula sudah dapat belajar dengan normal dan baik dan dari tingkatan satu dia sudah nampak sifat kepimpinan dengan menjadi pengawas serta memegang beberapa jawatan dalam biro samada dalam kelasnya begitu juga peringkat sekolah dan seringkali masuk pertandingan nasyid serta bijak berpidato dan tokoh sebagai pendakwah sudah mula terserlah.

Dan dia telah tamat pengajian menengahnya dengan baik cemerlang dan pada hari ini gadis ini telah melanjutan pelajranya di UAIN di Jakarta dalam Jurusan Perbandingan Mazhab dan Hukum.

Kini di harapkan gadis ini akan terus dengan dirinya sendiri iatu "Ibu Ketenanagan"dan balik ketanah airnya sebagai seorang yang berjiwa hebat dan menjadi payung kepada masyarakat serta dapat membahagiakan kedua orang tuanya di dunia dan akhirat serta jangan lupa doakan selalu buat Permata Hatinya Hj Abu Samah bin Yusof dan Hajah Midah bte Awang yang telah pergi meyahut panggilan Illahi dengan "Ketenanagan".

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

SEBUAH KETENANAGAN
Dalam Ketenangan
Jangan kau landaikan dirimu dengan nafsu remajamu
Biar Agama meyelimuti seluruh hidupmu
Biar adat megongkong sifat ketenanganmu

Ingat
jangan gelojoh dalam dunia remajamu
Jalanmu masih terlalu jauh dan sukar
Senang dihari ini tidak menjamin sebuah ketenanagan di hari esok
Kini kau harus mara dengan kerajinan dan ketabahan
Jangan kau hampiri manusia kaya mewah,tamak haloba,ego,dendam dan dengki
Di situ lubuk kemusnahan buat dirimu
Muhasabah siapa dirimu
Jadikan dirimu Insan pembawa ketenanagan di alam buana ini
Dalam percaturanya kau mesti melihat sesuatu itu dengan jauh
Pasti kemenangan itu milikmu

Dari Bondamu
Rusnah AS 5/11/08
2.30 waktu tempatan

Monday, October 13, 2008

RESEPI CINTA

Assalamulaikum muda mudi dan anak remaja yang di sayangi,sebelum kita menikmati manisnya cinta maka marilah kita lihat dulu blog ini yang mencatat resepi untuk membuat PERCINTAAN anda ada manis,masam,dan pahitnya.

Nama Resepi:CINTA BERAPI
Bahan bahanya:

  • Kenyit mata
  • Semyum
  • Marah
  • Simpan dlm hati
  • Ingat nak jumpa
  • Kelakar
  • Baik
  • Warak
  • Sembahyang
  • Puasa
  • Bayar Zakat
  • Pergi Haji
  • mampu bayar mas khawin
  • Mampu buat kenduri
  • Mampu tanggung anak dara orang
  • Mampu beli barang kemas serba satu
  • Hafal Quran 30 juzuk
  • Boleh baca kitab
  • Pandai bahasa arab
  • Bijak berfikir
  • Tidak malas
  • Tidak suka tidur
  • Dengar nasihat yg baik
  • Hafal 1000 hadis
  • Suka tolong orang susah
  • Benci dunia
  • Cinta akhirat
  • Ingat mati
  • Zuhud
  • Berakhlak baik
  • Berbudi bahasa
  • Bersopan santun
  • Berperibadi menarik
  • Bertubuh sihat
  • Berfikiran matang
  • Tidak sombong
  • Sanggup mati menegakan Islam

lafaz CINTA

Salam aidil fitri dan salam sejahtera buat semua,agar kehidupan selepas Ramadhan ini ada keberkatanya. Dan jangan sekali kali hidup kita ini jadi tunggangan nafsu, kerana sesungguhnya nafsu itu amat besar pengaruhnya pada manusia. Wanita dijadikan Allah dengan sembilan nafsu dan satu akal, apakah hikmahnya?

Ya wanita itu kadangkala kehidupanya lebih sabar,lebih berhikmah dan lebih dulu matang dari lelaki dan lelaki pula dijadilan ALLAH dengan satu nafsu dan sembilan akal, tapi akal yang sembilan itu kadang kala tidak dapat mengawal nafsunya yang satu. OK setakat itu cerita tentang nafsu dan didalam pertemuaan ini saya ingin mengulangi kata kata yang pernah di coretkan pada kertas atau di ukirkan pada pohon kayu atau pun pada hamparan pasir iaitu "CINTA" manusia akan jadi gila kerana cinta, manusia akan mabuk sepanjang hayat kerana CINTA dan manusia boleh mati kerana cinta,betapa hebatnya lafaz cinta.

Dan pada hari ini ramai muda mudi yang pakai fesyen purdah, mahu nikah waktu masih lagi belajar atau mahu jadi seperti aisyah atau maria atau fahrin kerana gara gara "ayat ayat cinta"dan aku sering naik komunter dari Kepong Centrel ke Kajang dan sering aku dengar pelajar IPT atau remaja sekolah akan memperkatakan tentang tulisan berhantu karya Habibulrahman dan filem ayat ayat cinta arahnan pengarah hebat Indonesia, Hanung. Itulah hebatnya Cinta dan kata kata yang berkaitan dengan Cinta.

Dan hari ini aku seperti mengigau kembali untuk mengimbau sejarah percintaan ku pada usia remaja dulu, sering bercinta, dicintai dan menyintai. Semuanya seperti pasir dipantai, bila ombak membadai maka pasir akan berubah, ingat cinta di usia remaja adalah cinta "sesumpah", kerana cinta mengikut mood, hari ini kita bercinta dengan seorang kerana kacaknya atau keretanya, atau kerana kebaikan atau mungkin juga kerana waraknya atau boleh juga kerana dia menunjukan kesetiaanya pada kita,maka dia akan seringlah mengulanginya "aku cinta pada mu" wah kalau begitu hebatlahlah bercinta.

Kalau mahu khawin jangan memilih orang yang kita cinta, kerana segala nya boleh dilakukan sebelum berumahtangga, kalau sudah berumahtangga segalanya akan berubah. Ingat tu!

Kalau mahu dikatakan cinta kita pada seseorang dengan separuh mati, itu tidak betul, cuba kita baca sejarah bagaimana indahnya cinta Remeo dan Juliet atau betapa romantis percintaan Laila dan Majnun atau betapa mantapnya Cinta Shah dan Jehan atau betapa agungnya cinta Zulaikha dan Nabi Yusof, mereka ini sanggup mengadai segalanya demi Cinta, tapi hari ini cinta di lafazkan oleh sang teruna kepada sang dara hanya cinta nafsu,gila gila mahu cinta atau terpengaruh dengan novel cinta atau memang selalu berangan angan mahu khawin, ingat sesudah khawin adalah satu pikulan bebenan hidup yang mesti ditanggung. Jangan suami lepas tangan dan jadi kaki pukul, Isteri panas baran lalu rumahtangga berantakan. Kalau berangan angan memanglah indahnya bila cinta itu di restui, lalu lafaz nikah dan ijabkabul dan betapa manisnya sewaktu kali pertama mengucup tangan suami, itu indahnya disaat itu dan apakah tangan yang di kucup itu nanti akan memukul dan melempang kita? dan mulut yang melafazkan kata nikah serta meyahut tanggungjawab itu akan terbalik akan meyeranah dan meyumpah serta memaki kita..?

Ha bahagian itu kena ingat, sebab itu anak anak gadis yang sedang mabuk cinta jangan cepat melatah dan mahu khawin cepat cepat, nanti terpilih yang bukan diidamkan. Dan dalam memilih pasangan kena mohon pendapat orang tua dulu, minta restu dan petunjuk dari Allah.

Sunday, September 21, 2008

Dakwah dan kesannya

Hai apakhabar semua dan salam Ramadhan, semuga perjalanan usia didalam ramadhan ini adalah satu perjalanan yang sangat meyeronokan dengan ibadah dan juga amal kebajikan, sepintas lalu saya ingin memaparkan satu pegalaman saya sebagai seorang ibu yang mempunyai tujuh orang anak yang sedang remaja, memanglah meyeronokan dan memberi satu cabaran yang menguji kesabaran dan kekuatan minda kita untuk mengatasinya.

Disini saya tidak bercerita untuk kesemuanya yang tujuh orang itu, tapi saya menceritakan anak saya yang ke lima seorang anak remaja lelaki yang sedang mencari identitinya sebagai seorang remaja yang serba boleh dan serba canggih dan serba moden kerana dia dialahirkan pada zaman ini dan bukan di zaman seperti saya dahulu yang serba kekurangan dan serba kekurangan.

Oleh kerana kepintaranya yang luarbiasa maka dia sering dipindahkan dari satu sekolah kesatu sekolah (dalam rekodnya sudah 8 buah sekolah dia perpindah) dan sekarang ini ialah sekolah yang jadi pilihanya ialah TAHFIZ dan saya akur dengan kehendaknya walaupun dia seorang pandai didalam akedemik (selalu A dalam metematik dan sains). Selepas PMR di kuantan dia di masukan ke Sekolah Tahfiz di Kuala Selangor selama sembilan sahaja bertahan dan dapatlah dia menghafal sebanyak 4 juzuk dan dia ini selalu bikin hal yang memeningkan kepala saya ibunya sera abuyanya serta gurunya juga.

Remaja ini selalu langgar peraturan sekolah dan kali ini dia pergi tengok pertandingan bola sepak euro 2008 denga keluar dari asrama pada waktu malam tanpa pengetahuaan wordenya, maka dia telah di nasihat untuk bercuti panjang dan akhirnya saya pindahkan ke sekolah Tahfiz di Hulu Langat dan dia terpaksa ulang semula bacaanya.

Yang menariknya anak ini ialah dia seorang mempunyai jiwa yang sangat kental dengan perjuangan Islam (Jihad) dan dia banyak tahu tentang perjuangan serta kegiatan Islam di seluruh dunia dan saya pun tidak tahu dimana berita yang dia dapat. Dan aktivitinya ialah mengikut kumpulan dakwah tabligh di Masjid Sri Petaling dan saya dengan abuyanya sering menghantarnya ke sana. Dan saya pun jadi tertarik dengan suasana di Sri Petaling yang caranya seperti didalam sebuah bandar Islam iaitu yang lelakinya berjubah atau kuta serta berkopiah dan memakai serban serta bercelak mata dan sebelum sampai ke dalam kawasan masjid di tepi jalanya banyak terdapat gerai gerai yang menjual pakaian Islam, minyak atar dan gerai roti naan dengan kari kambing serta teh tarik panas (sedap dan selalu makan) serta sup yang sentiasa mendidih dan kelihatan juga ramai kanak kanak kecil pun memakai jubah. Sejuk mata memandangnya dan kalau beginilah penghuni dunia saya rasa akan amanlah dunia ini dan disini saya ingin membuat kesimpulan bahawa dakwah tabligh ini adalah satu aktiviti yg mengajak orang ke dalam Islam dan mereka ini mempunyai cara yg tersendiri iaitu mereka ini akan keluar berdakwah selama 3 hari, 40 hari atau 4 bulan dan ini merupakan satu perkara yg sukar kerana mereka akan bermalam di masjid dengan makan mereka akan memasak sendiri dan mereka ini dengan gigihnya akan berdakwah dengan cara berjumpa dengan orangramai samada dari rumah kerumah atau dimana sahaja serta memberi penerangan tentang Islam serta mengajak orangramai untuk mengerjakan perkara yang baik dan memiliki akhlak yang
baik.

Dan berbalik kepada cerita anak saya ini dia ini sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajat dihatinya dapat dan dia seorang pemuda yang mempunyai hati yang kuat, tapi yang dia tidak dapat lawan ialah kadang kala itu bila bertemu dengan sahabatnya yang bukan sehaluan denganya tapi dia boleh juga join malah dia akan mencari jalan untuk berdakwah kpd sabahatnya.

Pemuda ini disamping minat kepada jihad dia sangat berminat kepada POLITIK dan didalam begnya sentiasa tersimpan buku politik dan buku jihad dan yang paling kelakarnya pada satu hari saya dan abuyanya pergi menziarahnya ke madrasahnya dan apabila sampai sahaja dia akan berlari lari mendapatkan kami dengan kaki ayamnya (kerana selipar sering hilang) tapi pada hari itu dia tidak ada, setengah jam kami tunggu tidak juga dia sampai dan kami minta tolong kawan kawanya mencari dia dan semua kawanya cari dan setelah sejam mencarinya dan tidak jumpa akhirnya dia muncul sambil tersemyum, saya tanya dia kemana, dia kata duduk dalam tandas, saya tanya kenapa lama sangat, dia kata baca suratkhabar KOSMO dan kebetulan hari itu hari jumaat dan dia boleh keluar untuk solat jumaat dimasjid luar dan pada kesempatan keluar itulah dia membeli suratkhabar dan sorok dalam jubahnya.

Dan peraturan madrasahnya di larang pelajar membaca suratkhabar dan majjalah kerana displin untuk menghafal quran adalah sangat ketat supaya pelajarnya cepat dapat dan menghayatinya .

Pemuda ini boleh pula mengulas cerita politik NEGARA yang bergolak sekarang ini. Dan saya harap pemuda ini akan dapat mempertahankan imannya serta ketakwaanya serta sanggup berjihad kejalan ALLAH demi agama, bangsa dan tanahairnya.

Wednesday, September 3, 2008

Kejayaan Hidup

Faktor Kejayaan untuk anak anak remaja
  • Menganut dengan akidah Islam yang tulin jauh dari sebarang syirik atau fasik
  • Beribadat dengan konsep yang betul berdasarkan kepada elemen ilmu,kerana sesuatu ibadat itu tidak diterima tanpa ilmu
  • Memiliki ketajaman dalam berfikir
  • Memiliki tubuh badan yang semaksima sihat untuk di wakafkan kepada Islam
  • Bijak menjaga/menguruskan waktu
  • Menafaatkan segala yang dimiliki untuk kepentingan awam seperti ilmu,kepakaran dan sebagainya
  • Berusaha untuk berdaya saing dalam segenap bidang dan lapangan
  • Mampu untuk berusaha untuk mencapai matlamat
  • Mengambil tindakan sistemetik dalam segenap urusan harian sebagai seorang muslimin/muslimat
  • Ini adalah di antara beberapa faktor untuk menjana sebuah kejayaan dan kemuncaknya ialah kemenangan di dunia dan akhirat
  • Jika ada diantara kita gagal memiliki faktor tersebut maka untuk mencapai kejayaan itu akan lambat dan mungkin sukar. Ya! bagaimana untuk memenuhi segala faktor ini?
  • Ingat dan cuba fikir sejenak!
  • Siapa yang jadikan kita sebagai insan ?
  • Kenapa kita dijadikan khalifah dimuka bumi ini
  • Apakah peranan kita?
  • Dan kemana kita sesudah ini?
Jawapanya semuanya tersembunyi didalam hati kecil anda. Kerana hati kecil anda tidak pandai berbohong seperti akal dan nafsu anda.

Oleh itu anda mesti berusaha untuk membaiki kesilapan yang telah berlaku,minta keampunanam dariNya,panjatkan doa serta teruskan menuju matlamat anda.

Ingat!
Untuk selamat didunia dan akhirat
JANGAN DURHAKA KEPADA KEDUA IBUBAPA

Sunday, April 27, 2008

Tagih Simpati

Anak yatim, anak jalanan,anak pengemis ,anak yang di tinggalkan oleh ibubapa atau anak yang mohon simpati.Tersentuh hati kita sebagai insan yang yang telah dewasa dan matang serta yang sudah berfikiran waras serta bijak bila menceritakan tentang bantuan untuk anak yatim akan di jadikan satu jenaka atau satu topik yang tidak komersial.

Sebenarnya orang yang terlalu berat tanganya untuk meyumbang ini dia tidak pernah merasai sebagai anak anak tersebut di atas. malah kehidupanya walau pun susah satu waktu dulu tapi ayah dan ibubya tidak pernah mengutip bantuan dari orang ramai untuk beri mereka makan kalau ada pun ibubapa akan berhutang atau bergadai harta benda untuk membesar mereka.

Tapi anak yatim, anak jalanan atau anak yang di tinggalkan Ibubapa ini adalah insan yang kurang bernasib baik.Seluruh kehidupanya bergantung kepada orang yang sanggup membela dan menjaganya.Untuk membiayai anak anaknya samada orang peseorangan atau persatuan perlukan kepada satu belanja yang cukup.Kalau tidak tidak cukup macamana?

Ya inilah persoalanya?bilangan anak anak yang begini ramai samada di Malaysia yang negaranya sedang pesat membangun dan begitu jugalah di negara seperti di India,China dan Indonesia dan belum lagi di Asia barat anak anak yang di tinggalkan akibat peperangan yang berpanjangan sana.Saya adalah seorang Individu yang telah menubuhkan sebuah rumah anak yatim di Acheh darulsalam semenjak tiga tahun lalu dan rumah anak yatim darul tahfizsri al ain acheh tersebut masih lagi mengekalkan bilangan anak anak seramai lima belas orang kerana saya tidak mampu untuk mencari dana untuk membiayai mereka dan sangat susah untuk mendapati simpati dari orang ramai.

Malah keadaan ekonomi sekarang yang sangat kritikal dengan kenaikan harga barang.Inilah yang sedang saya hadapi.Tiada orang yang mahu untuk menjadi rakan kongsi untuk meyelesaikan masaalah yang sedang saya hadapi kerana anak yatim mangsa Tsunami ini tida nilai keuntungan yang memberangsangkan serta tidak akan terdapat di bursa saham.

Saya sebagai individu yang menjalankan tugas tugas untuk mencari dana ini sering saja hampa dan kecewa serta meyedihkan ialah ada orang akan berkata kalau hendak minta pertolongan untuk cari dana untuk anak yatim, minta sahaja pada Tuhan bukan pada manusia,apakah kita sebagai manusia yang dianugerahkan oleh Allah dengan rezeki yang melimpah ruah dan sudah tidak tahu nak bawa kemana begitu berkira kira untuk memberi sedikit sahaja bahagian dari limpahan tersebut?apakah dengan memberi sedikit kepada anak anak yatim ini nilai harta akan susut? sebenarnya percakapan begini adalah satu sikap angkuh manusia dengan usahanya dan rezeki.

Saya tidaklah merasa terlalu sedih dengan perkara begini,mungkin ramai lagi orang yang bukan jutawan,atau bukan orang kaya atau orang sederhana pendapatanya ada cita rasanya untuk meyertai saya untuk membantu anak anak yatim,anak yang susah, anak yang tidak bersekolah kerana tidak ada wang.Sehinggalah laman ini di tulis saya masih lagi menanggih simpati untuk mencari dana untuk anak mangsa Tsunami sebanyak RM 20,000 untuk menampung sewaan selama 2 tahun dan berbelanjaan anak yatim yang tertunggak selama empat bulan.Saya kira luahan saya ini adalah satu doa supaya rahmat dan nikmat dari Illahi akan turun kepada mereka.Terima kasih kepada peyumbang.

Kampung Laman

Kg Pesagi adalah tempat kelahiranku.Kampung terletak di Daerah Chenor,seingatku Kg Pesagi ini adalah sebuah Kampung yang penuh dengan kebudayaan dan adat Istiadat Pahang.Tapi hari ini Kampung Pesegi telah di tinggalkan oleh generasi muda dan yang tinggal hanya generasi yang sudah tua.Pada tahun 60an hinggalah tahun 80an Kg Pesagi di sambung dengan dunia luar oleh jalan sungai Pahang untuk ke Chenor,Temerloh atau ke Pekan.Tapi hari semuanya sudah berubah jalan raya sudah siap dan jabatan yang menghubung semua destinasi tersebutsudah lam di gunakan.Tapi Kg Pesagi sudah tetap sepi hanya beberapa buah rumah saja yang berpenghuni.Penjengukanku ketempat kejahiran seperti sudah hilang punca.Tiga puloh lima tahun yang lalu aku aku adalah kanak kanak yang menjadi penghuni Kg Pesagi.Masih lagi segardalam ingatan ku bagaimana bila tiba hari Khamis iaitu hari Pekan Sehari di Chenor,Pada petang Khamis para Ibu Ibu atau bapa yang hendak Ke Pekan Sehari sudah menhebohkan kepada jiran jiranya bahawa pada hari esok dia akn ke Pekan Sehari Chenor untuk berbelanja Dan jam 4.00 pagi hari Khamis rumah rumah sudah terang bederang dan sudah riuh rendah para Ibubapa mengejutkan anak anak untuk di suruh mandi dan pergi sekolah awal kerana Ibubapa mereka hendak ke Pekan Sehari dan bunyi ketukan lesung batu balas berbalas,itulah kemeriah tiga puloh tahun dulu.Dan bila jam menunujukan jam 6.30 atau tujuh pagi sudah berderet Ibubapa sambil membawa bakul menunggu di tebing sungai Pahang untuk menunggu bot lalu untuk mengambil penumpangnya ke Pekan Sehari Chenor.Bot sungai pahang banyak yang keluar kerana ramainya orang Kampung ke Pekan Sehari Chenor yang memakan masa 1 jam setengah untuk sampai ke Chenor dan pekan Sehari Chenor sangat meriah pada ketika itu dan ramai sekali peniaga peniaga usahawan kampung hinggalah usahawan luar dari Kg kampung menumpang berniaga di Bandar Chenor pada setiap hari Khamis.Tapi pada hari ini kalau dari Pesegai hendak ke Chenor cuma lima Belas minit sahaja melaui jalan darat.Tapi Pesagi seperti tidak seperti dulu lagi banyak rumah rumah yang di buat dengan hasil tangan tukang rumah telah runtuh dan tidak berpenghuni.Semak samun dan jalan sungai sudah tidak ada lagi bot bot dan perahu perahu yangsimpangsiur menjadi pengangkutan utama pada suatu waktu dulu.

Sunday, April 13, 2008

Rumah anak Yatim Sri al Ain acheh

Walau pun rumah anak sri al ain telah di tubuhkan tiga tahun yang lalu,tapi sumber kewanganya masih lagi bergantung kepada bantuan orang ramai.Kerana anak anak ini adalah mangsa tsunami yang telah hilang tempat bergantungan.Kini anak anak yatim tersebut adalah di antara anak yang dibiaya sepenuhnya oleh pihak PERSaTUaN BELIa SRI al aIN (BERSaMa) dan saya(Rusnah abu Samah) sebagai pengurus kepada Rumah anak yatim Sri al ain acheh meyeru kepada orang ramai untuk membantu kami bagi untuk membiayai keperluan semasa yang sangat mendesak.
* Makanan minum untuk sebulan RM 4000/bulan
* Peyewaan bangunan tahun 2008 -2010 RM 15,000


Dan saya berharap kepada orang ramai dapat membantu kami dengan semampunya

Bilangan anak yatim 20 orang dan semuanya lelaki yang berumur 6 - 15 tahun. Dan12 orang dari mereka adalah yatim piatu, 5 orang yatim dan yang selebinya adalah fakir miskin.
Tempat Rumah anak Yatim tersebut

YAYASAN DARUL TAHFIZ SRI AL AIN ACHEH
No 15,Kompleks P.U ajuen
Desa tengku Malem
Banda acheh.Ind

Orang ramai yang mengunjungi Banda acheh,silalah datang kerumah anak yatim tersebut.Dan ini adalah antara empat rumah anak yatim yang di bina oleh rakyaat Malaysia
* Rumah nak Yatim Kerajaan Negeri Johor
* Rumah anak Yatim Negeri Melaka
* Rumah anak yatim YPIEM
* Rumah anak yatin Darul Tahfiz sri al ain acheh
Kepada orang ramai yang bermurahati boleh terus memasukan bantuan tersebut dalam akauan Persatuan Belia Sri al ain (BERSaMa)
Nama Bank :Bank Pertanian Malaysia
Nama kaun :Persatuan Belia sri al in
No akaun :25560014811
atau bolehlah menghubungi pihak kami di talian 03-87394129 atau 013-3596574
Bantauan adalah amat di perlukan


Sekian,terima kasih

Saturday, April 12, 2008

Kaum Peribumi Kembali Murtad

Program MISI KEMNUSIaan yang telah saya jalankan semenjak Dec 2006 bersama dengan kaum kaum peribumi di Kg Merbau telah mula banyak meyedarkan diri sendiri bahawa pada hari ini semua orang sibuk dengan aktiviti sendiri,peminpin sibuk dengan perebutan kuasa dan masyarakat tidak mahu memberi kerjasama serta memandang rendah kepada kaum minoriti ini dan akhirnya ramai yang telah di Islam dan mereka ini balik semula kepada agama asal mereka dan perkara ini telah lama berlaku.Dan antara yang sedang kami hadapi sekarang ini ialah Kaum Peribumi yang menjadi kelaurga angkat kepada Persatuan Belia Sri al in (BERSMa) iaitu Kaum Semad Beri di Kg Merbau Maran Phg.
Mereka ini telah di Islamkan 10 tahun yang lalu dan semuanya telah pun menukar nama mereka kepada nama nama Islam dan sehingga kehari ini nama itu kekal seperti Omar,Fatimah,Rohani,Kassim dan sebagainya dan yang paling menariknya bila anak mereka lahir sahaja pada hari ini mereka pun akan memberi nama dengan nama Islam.Dan inilah kesanya pengaruh Islam yang telah mula melekat pada minda mereka.Tapi pegangan Islam yang telah di syahadahkan kepada mereka tidak dapat mereka kekalkan.Kenapa ini berlaku?Ini adalah kerana kekuranganya para pendakwah yang mahir dan berkemampuan yang boleh memantau dan mengajar mereka tentang ISLaM ini sehinggalah dia dapat merasai dan mengamalkanya dengan sungguh sungguh.
Kaum Peribumi di Kg Merbau yang telah mula datang ke situ semenjak tahun 50an lagi dari bilangan penduduk belasan orang dan kini mereka telah mempunyai bilangan 165 orang dan segala macam kemudahan telah kerajaan salurkan seperti pemberian tanah,bantuan perumahan projek tanam semula,jalanraya dan bekalan air dan letrik.Semuanya telah mereka nikmati.
Bagaimana untuk kita menarik mereka kembali kepada ISLaM?
Disini kita perlukan satu pakatan yang perlukan kepada pengorbanan dan ilmu yang mantap.apakah pengobanan yang perlu kita lakukan? iya mereka murtad ini bukan sebab mereka susah.Mereka murtad ini adalah kerana Islam yang di sampaikan kepada mereka hanya syahadah sahaja dan mereka ini di tinggalkan tanpa bimbingan yang sewajar dan sepatutnya.
Saya yang telah mula medekati mereka ini selama dua tahun dan telah dapat merasai bahawa mereka ini perlukan kepada perhatian dan membimbing secara terus menerus.Usaha ini mestilah mendapat sokongan dari orang ramai terutamanya.Jika tiada sokongan perkara ini akan terus akan menjadi satu fenomena didalam negara kita.
Bangsa asli ini bukan bangsa yang susah untuk kita dekati,malah mereka sangat senang dan sentiasa memberi kerjasama untuk kita bergaul mesra dengan mereka.Dan mereka ini terlalu ingin untuk mengubah pemikiran serta cara hidup mereka kepada satu kehidupan yang lebih baik dan ini telah dapat kami buktikan.Oleh itu kami harap kepada SUKaRELWaN dan orang ramai tolong beri kerjasama dan bantuan kepada para pendakwah dan individu atau NGO yang bertugas demi agama ini.

Monday, March 31, 2008

Peranan Masjid


MASJID PENTING UNTUK PEMBANGUNANAN UMMAH
Pada hari ini kegunaan masjid telah di hadkan.Untuk menjalankan aktiviti perlu kepada kebenaran dan pegesahan dari orang tertentu,malah masjid juga hanya boleh di gunakan oleh orang yang di benarkan sahaja.Inilah fungsinya masjid pada hari ini yang banyak dan tersergam indah,tapi kosong dan tidak ramai yang mahu mengimarahkan masjid.Malah kaum remaja /belia tidak tahu lagi jalan untuk kemasjid untuk beribadah atau menjalan aktiviti sosial.Oleh itu pada hari ini membangunkan Masjid dan surau didalam arus perdana yang sering di laungkan oleh pemimpin.Pembinaan masjid merupakan fokus utama Rasulullah ketika sampai di madinah dan masjid adalah gelanggang untuk mempertahankan iman dan membentuk akhlak yang mulia.Untuk membaiki kerakusan ,kejahatan,hasad dengki maka untuk medamaikan maka kembalilah kepada iman dan kusyuk di dalam rumah Allah.Di Masjid tidak ada berbezaan antara kaya dan miskin,tidak ada parti parti yang membezakan pendapat dan fahaman. Bila laungan azan berkumandang maka akan berdirilah hamba Allah dengan barisan yang lurus,kaki kaki mereka di samakan,bahu di rapatkan dan dahi dahi mereka akan sujud di tempat yang sama untuk melahirkan pengabadian kepada Allah s.w.t.Pegimarahan masjid harus di jalankankan oleh semua umat Islam antara fungsinya ialah
* Masjid adalah parlimen yang menjalankan perlantikan khalifah,serta bai'ah untuk menetapkan undang undang yang diambil syarak dan diumumkan pada orang ramai.
* Masjid adalah sekolah yang memulakan asas pendidikan Islam seperti ilmu yang berkaitan dengan al Quran,Sunnah,Syariah,Bahasa Arab dan lain lain lagi.Ini madrasah yang pertama untuk melahirkan umat Islam yang sejati
*Masjid adalah kelab,iaitu tempat pertemuaan orang yang beriman,berkenalan dan serta saling membantu kearah kebaikan.
* Masji adalah mahkamah, di situlah akan di jatuhkan hukuman yang seadil adilnya.

Inilah masjid yang sebenarnya.Tapi hari ini masjid hanya tempat solat sahaja dan sudah di pinggirkan serta yang datang hanyalah orang sudah pencen dan orang yang sudah tidak aktif lagi,maka masjid hari ini bukanlah tempat untuk meperjuangan Islam kerana ianya di kawal dari segi pengunaanya.Untuk mengimarahkan masjid maka semua orang perlukan kepada satu perubahan untuk untuk mengorakan langkah bagi menarik berbagai golongan untuk memeriahkan masjid sebagai rumah Allah kepada seperti berikut.

1 Rindukan kepada Masjid.Dalam hadis nabi "ada tujuh golongan yang akan di naumgi oleh Allah diantaranya ialah orang yang selalu terpaut pada masjid" riwayat Bukhari dan muslim
2 Berkorban untuk memakmurkan masjid,seharusnya kita mestilah berkorban untuk untuk mengimarahkan masjid dengan harta,jiwa,idea,pengalaman dll
3 Sukarela membersikhkan masjid.Janganlah kita mengharapkan kepada petugas masjid sahaja untuk menjaga kebersihan masjid kerana masjid adalah kegunaan untuk semua dan peranan kita yang utuk menjaga kebersihan,keselamatan dan keharuman masjid supaya orang akan lebih tertarik dengan masjid yang bersih,selamat dan nyaman
4 Selalulah datang kemasjid,bukanlah terhad pada solat hariraya atau solat jumaat atau solat jemaah sahaja, terutama kaum lelaki selalulah beritikaf di masjid
5 Tidak menyalah gunakan masjid,saranan ini ialah peyalahan jika masjid itu di jadikan tempat perniagaan atau bertemu dengan yang bukan muhram yang berunsur maksiat
6 Menghormati Masjid iaitu dengan sembahyang tahiyyatul masjid,berludah, membuang kotoran, membuat bising dan merokok.

Memandangkan betapa pentingnya masjid pada perkembangan umat Islam,maka Rasulullah telah mengalakan umatnya mendirikan di mana sahaja mereka berkampung.Rasulullah juga ada meyebut akan kelebihan orang yang mendirikan masjid kerana Allah dalam hadis nabi "Barang siapa membina sebuah masjid semata mata iklas kerana Allah,nescaya Alah akan membina untuknya sebuah rumah didalam syurga."