Monday, December 29, 2008

SEHARI BERSAMA SASTERAWAN ACEH

Nama Deol CP Allisiah sudah menjadi tidak asing lagi di negara jiran kita, Aceh. Beliau adalah seorang sasterawan Acheh dan isterinya, Ibu Rosnani telah menjadi orang kuat dalam akhbar ‘Serambi Aceh’. Ketika kami dalam misi menziarahi Rumah Anak Yatim, kami diberi kesempatan untuk menziarahi rumah beliau di Syiah Kuala, Aceh. Wujud rasa terpegun apabila melihat rumah beliau yang biasa sahaja seperti rumah penduduk di sekelilingnya sedangkan beliau dan isterinya adalah seorang sasterawan yang tersohor di mata dunia Acheh. Beliau hanya menggelarkan rumahnya ‘gubuk’ oleh kerana wujud perasaan merendah diri dari jiwa beliau yang penuh dengan budi bahasa dan sopan santun.

Ketika kami dipelawa untuk masuk ke dalam rumahnya, lantai rumahnya hanya dilitupi dengan tikar mengkuang dan di sudut-sudut dindingnya dihiasi dengan foto-foto keluarganya yang sungguh unik. Di satu kamar yang digelar ‘sarang’ oleh beliau telah menempatkan komputer dan susunan buku-buku yang rapi di mana di situlah tempat beliau mengeluarkan buah-buah fikirannya. Ketika sedang asyik meniliti buku-buku koleksi beliau, mata kami tertarik kepada sebuah almari yang menempatkan batu-batu permata yang menjadi simpanan berharga beliau ketika berkarya ke luar daerah.

Pada mulanya, kami telah merancang untuk bertemu dengan seorang rakan kami, Hasbi Burman yang mana beliau juga adalah seorang sasterawan Acheh. Namun oleh kerana beliau tidak dapat hadir, beliau telah menemukan kami dengan sahabatnya ini bagi menggantikan pertemuan itu. Ketika pertama kali kami mengenalnya, kami sudah dapat rasakan bahawa beliau ini adalah seorang sasterawan yang sungguh kaya dengan keperibadian yang baik dan halus. Peribadi beliau ini membuatkan sangat sesuai dengan perkaryaannya di dalam bidang seni dan budayanya.

Bapak Deol adalah seorang penyair yang sering meyuarakan buah fikirannya melalui tulisannya yang bernas dan mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang membaca. Bukan itu sahaja, beliau juga mampu mengedit karya-karya rakannya agar menjadi lebih bermutu. Ini dapat dibuktikan apabila kami bersatu pemikiran dan ingin menerbitkan sebuah antologi puisi gabungan tenaga dua negara yang bernama Pusaran Zikir.

Buku ini menempatkan 80% puisi yang akan seiring dengan gambar yang mencerita perihalnya iaitu tentang alam,bencana dan kemanusiaan.Dan beliau sendiri bersama temanya itu Hasbi Burahman telah menghimpunkan keseluruhan puisi dari temanya dan di serahkan kepada kami. Setelah di edit maka sekarang pekaryaan itu dalam proses untuk dilahirkan di bumi Malaysia sebagai hadiah dari sasterawan Acheh kepada rakyaat Malaysia dan saya berdoa semuga usahasama ini akan menemui jalannya dan sasterawan ini akan terus membantu kami untuk membangkit satu semangat kekeluargaan dalam jiwa seni dan budaya serta misi kemanusiaan.
Dan dalam pertemuaan yang seketika itu saya rasa sungguh teruja bahawa kehidupan sasterawaan yang tersohor di buminya dan memiliki seluruh kekayaan seni pada minda dan jiwa nuraninya. Ia bukan pada sebuah jenama kehidupan yang di baluti dengan kemewahan dunia untuk menjadinya insan yang hebat.

Sebenarnya keluhuran dan keikhlasannya berkarya adalah lambang sebuah kehidupanya yang kaya dan meriah serta bernas dan memenuhi ruang litupnya sebagai insan seni yang sentiasa mensyukuri nikmat Ilahi dengan keiklasan dan saya sangat berbangga kerana di pertemukan dengan pasangan seni yang menjadi kebanggaan bangsanya .

Terima kasihSultan Iskandar Muda Seorang Pahlawan,
Puteri Pahang jodoh dipertemukan,
Sungguh murni budimu tuan,
Akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.

No comments:

Post a Comment