Tuesday, March 31, 2009

Goreng tanpa minyak

Foto : Pelajar di Madrasah al Muhajirin di Kemboja bersama dengan sukarelawan dari Malaysia

Ya Allah kenyangnya aku...lepas makan nasi lemak, tosai pulak pas tu buah epal hijau lak,pas ni aku nak makan apa pulak ye! aha minum teh tarik kurang manislah,kalau manis sangat nanti kena kencing manis..tapi sebelum tu aku nak makan aiskrim! sedap ooo.
Ya itulah retetan makan orang di negara saya, makan, makan dan terus makan.

Baru baru ini saya telah dapat khabar seorang kenanaman meninggal dunia tengah makan di restoran jepun.Betapalah nikmatnya hidupnya makan sampai mati di restoran.Kini saya mahu bawa anda mengembara ke negara orang yang susah dan memang susah, tak tahu saya mahu bayangkan bagaimana kalau anak anak kita di hantar untuk menuntut ilmu di negara tersebut.Saya sering ke Kemboja untuk mengikat silaraturahim dengan umat Islam di sana iaitu menghantar sumbangan Quran,telekong,sejadah, buat masjid, madrasah dan ziarah mengziarahi. Sekarang kami sedang menjalankan operasi untuk mengutip kewangan sebanyak RM300,000 untuk menyiapkan sebuah madarasah.
Foto : Pemandangan bekas bangunan madarasah yang terbakar,masih belum di buat baru kerana tidak ada dana,hanya pada anda semua kami serahkan usaha ini.

Insyallah tugasan ini kami akan laksanakan dengan mengadakan satu KONSERT KEMANUSIAAN AMAL RAIHAN di Kemboja pada 29hb November 09 (Ahad).

Kenapa saya mahu membantu mereka ini?

kalau anda mengembara atau jadi pengembara anda mungkin rasa diri anda adalah insan yang sebenarnya.iaitu bagaimana kita melihat kesenangan yang melampau atau kemiskinan yang tegal dan kesederhanaan pada yang mensyukuri nikmat Allah.di Kemboja saya menemui kemiskinan yang melarat walaupun ada segelintir dari mereka ini hidup sederhana tapi yang paling ramainya ialah miskin tegal. Kebanyakan kanak kanak di sana tidak kesekolah sebab ibubapa tidak mampu untuk meyekolahkan anak mereka , manakala kelahiran sangat tinggi setiap keluarga pasti mempunyai lebih dari lapan orang anak kerana info tentang perancang keluarga tidak ada. Ramai kaum lelaki yang hanya hidup bertani dan membuat kerja kampong.Bagi mereka kehidupan miskin ini adalah satu kehidupan yang mesti mereka lalui jua walau kemiskinan itu akan di warisi oleh anak anaknya.

Foto : Kehidupan "mengajar mereka jadi manusia yg tabah", mereka sangat kuat berpegang dengan ajaran agama Islam, hampir semua wanita Islam di Kemboja bertudung.

Saya telah mengziarahi Madrasah al Muhajrin iaitu antara madrasah yang terbesar di kemboja yg mengajar ilmu agama dan al Quran.Bagaimana saya melihat rumah gurunya hanya sebesar bilik tidur rumah kita sahaja di situlah dapor,ruang tamu dan tempat tidur,kalau orang baru khawin mungkin selesa, bagaiman kalau sudah ada anak?

rumahnya hanya di buat dari papan yang terbuang dan kayu kayu hutan.Begitu juga dengan pelajar pelajar yg menginap di asrama iaitu di sini tidak ada makanan di sediakan seperti sekolah berasrama di Malaysia, di sana setiap pelajar akan di beri beras sebanyak 2 pot sehari untuk di masak sendiri dan untuk lauknya pandai pandai masing masing mencarinya sama pergi mengail selepas waktu kelas atau simpan ikan masin lebih sikit untuk di buat lauk makan dengan nasi , makan daging hanya setahun 2 kali iaitu hari raya haji dan hariraya puasa itu pun daging korban dan akikah dari rakyaat Malaysia , manakala kita di sini makan daging sehari 2 kali. Yang paling saya tidak pernah terfikir ialah makan nasi dengan bawang besar di hiris kemudian di goreng tanpa minyak, sebab minyak masak mahal di kemboja, bawang goreng tersebut di makanlah dengan nasi.

Di sini juga para gurunya tidak ada istilah gaji atau elaun, yang ada menerima sumbangan jika ada, kalau tidak ada yg menyumbang maka mereka tidak adalah duit. Mereka harus terima juga kerana mengajar anak anak bangsa adalah satu tanggunjawab.Macamana kalau di Malaysia guru kalau kerja tidak bergaji? mahu di heretnya majikan ke mahkamah.

Foto : Suasana dapor pelajar asrama di Madarash al Muhajirin. Betapa daifnya mereka...sumber air dari perigi,sumber lampu dari pelita dan sumber makanan a dari sumbangan org ramai. Mereka sedang memasak makan malam pada waktu petang ,masih terang lagi, kerana kalau sudah malam suasana gelap jadi mereka tidak boleh memasak lagi.

Manakala pelajar di sini sangat kekurangan buku buku atau kitab, pernah kejadian yang tidak di ingini berlaku di madrasah ini iaitu kebakaran yang memusnah dua bangunan asrama,banyak buku buku pelajar terbakar jadi untuk mendapatkan semula buku tersebut adalah satu yang sukar,jadi meraka hari ini terpaksalah belajar tanpa kitab walaupun harga satu set kitab tersebut tidak sampai RM 30 sahaja. Kebanyakan anak anak yang belajar di sini adalah anak anak orang miskin.

Saya bercadang untuk menubuhkan sebuah madarash untuk anak anak miskin di kemboja ini dan saya ingin menampung 100 peratus pendidikanya, biar mereka ini jadi orang yang bijak pandai dan dapat merubah peta dunia kemiskinan dengan melahirkan manusia yang hebat serta gigih meyebarkan agama Islam di tanah air mereka, kadang kala itu kemiskinan yang begini sering membuat manusia jadi kufur dan murtad. Perkara ini harus kita fikir fikirkan dengan minda kita yang cergas dan bijak ini.

Untuk membantu mereka ini saya harap anda semua sudi meyumbang dalam rangka untuk memberi makan kepada penuntut penuntut di sini iaitu RM 7.00 sehari seramai 250 orang. Jika anda ada kelebihan belanja, bantulah mereka ini untuk belajar, anda tajalah seramai yang anda mampu kerana mereka ini adalah pewaris agama yang meyambung kegemilangan Islam di Negara mereka.Saya akan meyalurkan terus sumbangan anda ke dalam akuan mereka di kemboja melalui Ustaz Zainal Abidin Pengasas Madrasah al Muhajirin

Foto :Inilah wajah wajah yang mengamalkan Islam walaupun mereka miskin dan susah,mencari ilmu dan mengamal Islam adalah satu kewajiban.

Nama Akaun :PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)
No akaun : 2-00-5561-0001319-0
Bank : Agro Bank
Hubungi saya 013-3596574

Monday, March 30, 2009

Anak Yatim & Fakir Miskin

Foto: Anak anak yatim Darul Tahfiz sri al Ain Acheh
Pada tahun 2009 ini maka telah masuk tahun ke 5 Darul Tahfiz anak yatim Sri al Ain Acheh telah beroperasi di Acheh Darul Salam di dalam agenda Misi Kemanusiaan iaitu membiayai Anak yatim & anak Fakir miskin.Tidak di nafikan keujudan mereka di dalam agenda kami iaitu Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) adalah merupakan satu rahmat dan nikmat. Betapa berat anda semua memandang kami untuk membiayai sebuah pusat penjagaan dan pendidikan mereka ini, berat lagi kami menanggungnya. Iaitu satu tanggungjawab yang di galas .

Kadang kadang permintaan kami di tolak mentah mentah dengan alasan "ala tsunami dah lama berlalu, apa nak sibu sibuk lagi" dan ada juga rungutan "kat Malaysia ni melambak orang susah,buat apa tolong orang jauh selalu kami mendengar orang berkata kera di hutan di susukan" begitulah cakap cakap orang. Tapi itu bukan bermaksud kami ini pengemais yang sentiasa merintih dan mohon simpati. Tapi dasar tanggunjawab itu seperti satu tanggungjawab bersama buat mereka yang berhati baik untuk membantu mereka. Sesungguhnya bahawa anak anak kecil dia tidak faham bahawa dari mana makanan yg dia makan, dia belajar dari mana sumber kewangan itu. Walaupun bilangan anak anak yg kami biaya tidaklah ramai iaitu seramai 15 orang sahaja tapi kos tetapnya antara RM 2500 ke RM 3500 sebulan dengan belanja sekolah, makan setiap hari,yuran sekolah dan yuran tiusyen.

Pernah satu ketika pihak kami tidak dapat melangsaikan tunggakan ketrik sebanyak RM 1250 iaitu selama 6 bulan dan pihak pemerintah memberi notis selama 3 hari sahaja untuk memotong bekalan letrik. Dalam soal begini siapakah yang menanggung siapa, apakah bebanan ini hanya kami sahaja atau ada mata lain memandang dengan linangan airmata anak anak ini belajar dalam suasana yang gelap, sedangkan kita semua masih boleh menikmati letrik dengan sepuasnya.

Yang meyedihkan pihak kami masih belum lagi mampu untuk membayar elaun pengasuh walaupun elaun sebanyak RM 400 sahaja seorang iaitu seramai 2 orang. Malah sampai kehari ini tunggakan elaun mereka sudah masuk 5 bulan kami tertangguh. Walaupun apa kedaan mereka pihak kami sentiasa berusaha untuk menjaga dan mendidik mereka dengan sebaiknya walaupun pihak kami terpaksa membuat apa sahaja untuk mereka.

Malah kegigihan seorang Ustaz Abdullah yang bekerja sepenuh masa di rumah anak yatim darul tahfiz sri al ain ini tidak pernah saya memberi walau sesen pun padanya. Kerana pihak saya tidak mampu untuk mencari dana untuk membayarnya.Saya sangat berterima kasih padanya (Ustaz Abdullah Abdul Wahab) iaitu seorang insan yang sangat prihatin, gigih dan bekerja dengan anak yatim sri al ain Acheh ini tanpa menoleh kebelakang. Jasanya tidak dapat saya balas dan budi sangat besar pada kami. Matlamat kami ini hanya satu sahaja iaitu mahu membantu anak anak yang telah di tinggal oleh ibubapa mereka ini. Malah mereka tidak ada tempat pengantungan. Kalau kami biarkan mereka ini mungkin dua kemunkinan akan berlaku iaitu
Foto : Ustaz Abdullah Abdul Wahab, Pengorbananya demi anak yatim adalah sesuatu yg tidak dapat kami balas,hanya Allah sahaja yang menilainya

pertama dia akan jadi anak jalanan dan kedua dia mungkin akan di ambil oleh pihak lain yang akan di perlaku sesuatu kepada mereka seperti yg telah berlaku sewaktu tsunami sehingga lah kehari ini masih banyak lagi berlaku,kerana bilangan anak anak yg kehilangan ini terlalu ramai iaitu seramai 40,000 orang iaitu agenda pihak kristian sangat hebat. Mereka ini akan lakukan apa sahaja asalkan misi mereka terlaksna iaitu membawa anak anak yg masih mentah ini di didik dgn cara mereka dan di latih untuk menjadi musuh Allah nauzubillah. Saya sangat berharap suatu hari nanti saya akan menjadi orang mampu melakukan sesautu untuk mereka iaitu dgn kehadiran insan yang berhati mulia untuk
Foto : Anak anak yatim darul tahfiz sri al Ain Acheh telah di beri pendidikan yang mementingkan agama
membiayai mereka ini secara iklas. Sesungguhnya mereka ini adalah pewaris agama yang telah kami sedia modul kehidupan mereka dengan al Quran & sunnah. Biar mereka jadi orang soleh dan berimam

Untuk mereka yang prihatin dan ingin membantu saya sila sumbangkan sedikit untuk mereka kedalam akuan PERSATUAN BELIA SRI AL AIN
No 2-00-5561-0001319-0 Agro Bank jika anda ingin keterangan lanjut untuk mereka ini boleh hubungi terus kepada saya 013 -3596574

Sunday, March 29, 2009

Tak Usah Layan.

Foto:Anak sekecil ini kadang kala boleh mencetus idea yg sangat bagus,bila mereka bercakap ibubapa atau sesiapa sahaja harus mendengar dan beri sedikit perhatian dan jangan cakap pada mereka "tak usah layanlah"

"Tak Usah Layan"anda tahu siapa yg suka mengunakan perkataan ini? ini adalah perkataan orang yang sombong, angkoh, ego atau dia merasakan bahawa dirinya melebihi dari orang lain.Kenapa dia bercakap seperti itu? Orang yang bercakap begitu selalunya orang di dalam kekalutan mental dan jiwa.Dia rasakan setiap cadangan, luah hati atau ungkapan orang tidak masuk ke dalam akalnya.Yang dia fikir cadanganya sahaja yg munasabah dan betul. Selalunya keegoaan begini sering menjadi hijab dalam hidupnya untuk bersosial dengan orang lain kerana setiap perbuatanya perlu diiktiraf dan juga perbuatanya perlu dapat perhatiaan.

Orang begini adalah orang yg berjiwa kosong dan tandus kasih sayang. Saya sering bertemu dengan orang begini dan saya dapat membaca raut wajahnya kadang kala ceria kalang kala nampak gusar. Dia memerlukan orang lain untuk membantunya pada ketika dia terdesak dan bila dia ada permasaalahanya. Bila dia sudah terlepas dari masaalahnya maka orang yg menolongya kan di salak balik.
Foto :Binatang kesayangan manusia ini (kucing). Bila dia mengeselkan kepalanya pada kaki kita itu menunjukan kita mesti ambil perhatian,bahawa dia mahu makan atau perhatian

Harus di ingat bahawa kecil tidak semestinya anak,tua tidak semestinya bapa dan lagi tua tidak semestinya atok.Kehormatan, kepintaran serta keiklasan orang harus kita perdengar.Peristiwa pernah mendidik kita iaitu sejarah singapore dilanggar todak bagaimana idea seorang kanak kanak telah membuatkan sultan rasa tercabar dengan kepintaranya iaitu kanak kanak itu mencadangkan mengunakan batang pisang untuk menghalang todak menembusi betis manusia dari panahanan muncung todak yang meyerang yg mengakibatkan kematian dan cedera parah.Begitu juga di zaman Nabi Muhammad saw iaitu baginda telah melantik Usamah untuk menjadi panglima perang yg pada ketika itu berusia 18 tahun.Ramai di kalangan para sahabat tidak setuju dengan perlantikan Usamah.Tapi Rasulullah telah mempertahankan.

Kalau adalah dikalangan kita yg sering memandang rendah pada pendapat orang atau pada usianya yg muda maka segala tindakan dan cadanganya di perlekehkan, apakah diri kita ini adalah manusia sempurna yg boleh mencetus kebaikan dan kesempurnaan. Dalam usia kita kian hari kian meningkat kadang kala kita tidak mampu mendidik orang yg lebih muda dari kita atau orang yg di bawah jagaan kita ? kenapa? ini adalah sikap kita yg sering meletakan orang muda atau anak cucu kita atau orang di bawahan jagaan atau pekerja kita sebagai sebagai orang yg pemikiran tidak selebel dengan kita. Mentang mentanglah kita ini ada sedikit kelebihan, maka orang lain kita anggap tidak setaraf dengan kita.

Oleh itu untuk mendidik kanak kanak atau orang muda kita mesti dengar apa pendapat,idea dan buah fikiranya.Insyallah kita berjaya mendidik mereka.

Friday, March 27, 2009

Ghairah


Foto : Indahnya pada hari perkhawain.

Berkhawin...cari dulu pasangan yg baik baik,yg sesuai, yg berimam,yg tahu tanggungjawab. Tapi bukanlah memiliki keseluruhan kesempurnaan itu.Selalunya kalau terlalu memikir mahukan sesuatu itu tanpa memikir apa di sebaliknya itupun akan menyusah juga. Khawin hanya satu istilah yg manisnya di bibir bila meyebut, cuba anda sebut khawin, org muka tengah masam pun akan senyum simpul bila sebut pasal khawin terutama orang lelaki yg dah ganjut pun teringin nak khawin dgn anak gadis 15 tahun (kalau dapat) begitu jugalah kalau anak gadis yg sedang menginjak usia yg sepatutnya sudah berumahtangga, tapi masih ada yg perlu di buru dulu (belajar). Mahukah kita nanti khawin dengan orang yg asalnya kita suka tapi bila dah khawin kita meyesal? banyak berlaku pada hari ini begitulah. Bercinta bagai nak rak, khawin majlis besar besar heboh satu Malaysia, bila dah serumah..."berantakan" dan belang masing masing pun timbul.yg perempuannya mulalah nampak kurangnya,yg suaminya mula tunjuk belang bengis,kedekut,malas urus diri dan penting kerja sahaja akhirnya...khawin pun tinggal jenama sahaja.
Foto: Kejar cita cita dulu,jangan kejar CINTA
Oleh itu untuk memburu jodoh itu bukanlah teletak pada emosi.Khawin adalah percaturan atau seperti main dam nasib baik menang. Nasib tak baik terima ajelah.. oleh itu khawin tu jangan di buru buru mengejarnya.

Ingat! mahu khawin siapa pilih siapa? siapa suka siapa? kalau setakat cakap cakap "ei..awak cantiklah saya suka kat awak"itu bukanla ramuan untuk membawa bahagia.Orang zaman dulu pilihanya di tangan ibubapa atau boleh juga pilih sendiri cari yg serasi dengan kekurangan kita,bukan kelebihan kita, sebab kelebihan kita boleh buat atau tokok tambah.Lelaki & perempuan hari ini banyak gagal dlm rumah tangga bukan pada usia di awal perkhawinan,tapi yg sudah beranak pinak.Kaum wanita selalunya akan rasa sangat menderita kalau orang lekaki itu kaki pukul.Kesian tubuh badan jadi bola sepak terajang bila suami dlm keadaan marah.Lelaki pula akan menderita kalau isterinya tidak mahu berkongsi kesusahan dgnya kerana lelaki ini memiliki 1 nafsu 9 akal jadi untuk mengcukupkan qota akalnya jadi 10 iaitu kerjasama dan timbangrasa atau tolong bantunya.

Maka rumahtangga akan bahagialah.Oleh itu khawin itu tidak perlu di buru buru. Malu kerana murahnya perempuan itu bila mepamirkan apa yg tersirat di hatinya dan malunya lelaki itu bila tidak gentleman malu meluahkan rasa dan hasrat.

Foto : Hanya hiasan sahaja .Dari mata turun kehati

Cari Jodoh Biar Sepadan

Foto : Bilangan wanita lebih ramai dari kaum lelaki

Sekarang ini bilangan kaum hawa lebih ramai dari kaum adam.Kalau di universiti boleh lihat betapa ramainya kaum hawa ini belajar, kebanyakan mereka ini semuanya pintar pintar dan cerdik.Malah kaum adam ada masanya kalah dalam belajar. Begitulah kedudukan kaum hawa di akhir zaman ini. Walau pun kaum hawa ramai dan lebih dari kaum adam tapi masih ramai lagi kaum adam yg masih belum dapat pasangan.Kalau kaum hawa belum ada pasangan ok jugalah sebab kaum adam kurang.

Bila di buat satu kaji selidik yg tidak formal iaitu dalam sembang sembang petang, rupanya kaum adam yg belum ada pasangan ini adalah mereka yg teliti memilih, katanya takut terpilih "buku tebu"tahukah anda apa buku tebu? iaitu tebu yg antara ruas keruas itu ada bahagian yg keras, kalau di gigit patah gigi. Ialah kalau sudah terlebih ramai itu mahu pilih susah pula sebab masing masing ini kebanyakanya menampilkan "kepalsuan".Sebagai contoh mukanya kurang menarik di buatnya menarik dgn berbagai meka up, kalau mahu lihat yg original hah tengok masa dia tak bermeka up, kadang kadang umurnya dah 30 tahun di katanya umur 19 tahun,dia tak tahu masak di katanya pandai masak macam chef,dia malas kemas rumah di katanya dia pandai hias rumah macam pereka dalaman bermacam macam lagi.

Sebab itulah kaum adam ini teragak agak mahu memilih. Kalau kaum hawa ramai yg belum bertemu jodoh pun begitu juga, lagilah mereka ini meletakan satu nilai yg mahal pada dirinya iaitu mahu cari lelaki yg macho,banyak duit...itu penting zaman sekarang ini.Mesti ada kereta besar, mesti dah ada rumah senang tidak payah sewa rumah lepas khawin dan umurnya mestilah lebih sikit darinya, kalau dapat suami muda sikit dari usianya kadang kala itu orang sosek sosek juga lagi pun kaum adam ini malu kalau usia isterinya tua padanya sebab wanita ini wajahnya cepat matang dari kaum lelaki.
Foto: Wajah yg macho buruan wanita hari ini selain dari wang

Saya berminat dengan satu kumpulan yang menjodohkan pengikutnya. Ini adalah jalan peyelamat untuk mereka yg susah mahu memilih pasangan maknaya biar orang lain yg tolong carikan dan padankan. Tapi cara begini tidak boleh memilih iaitu redha sahaja apa yg dapat.Ini pun bagus juga, kalau pilih sendiri nanti terpilih ke "buku tebu"cari pasangan itu biarlah sepadan dengan kita iaitu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dan kaum adam kalau mahu pilih isteri biarlah sepandan dengan kita.

Foto : Wanita yg solehah antara pilihan lelaki, jangan tersalah pilih takut terpilih ke "buku tebu"

Di Lambung Ombak


Siapa Nama?
Rusnah Abu Samah
Nama Persatuan
Persatuan Belia Sri al Ain Selangor (BERSAMA)
Apa yang puan mahu saya katakan?
Saya mahu program yg kami mohon permit ini di benarkan berjalan
Maaf puan, sekarang sebarang permit yg berkaitan dengan perhimpunan dan ceramah di tangguhkan.
Atas sebab apa? saya bukan parti politik.
Sebab NGO lah kami tak benarkan
Selepas pilihan raya di tiga bukit, puan jumpa saya dan insyallah kita bincang







Termenung seketika...persiapan sudah buat,baner dah gantung,broser dah edar 3000 kpg,penceramah dan kumpulan nasyid dah setuju dan yg paling menguji kesabaran bila khemah dah pasang dan kerusi dah sampai.

Saya rasa saya meyusahkan ramai orang. Di harap segala pembatalan ini satu iktibar dan ada hikmah di sebaliknya. Selama 1 minggu berturut turut saya turun bekerja dengan bertungkus lumus untuk mempastikan semua dpt berjalan dgn baik dan selamat. Berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul. Ini adalah sedikit di antara banyak ujian yg besar.

Wednesday, March 25, 2009

Bapa Nik Nor Madihah

Foto : Madihah bersama dengan Ibunya Mariyani Omar,sumber inspirasi Madihah

Keputusan SPM tahun 2008 telah meyaksikan Adik Nik Nor Madihah Nik Mohd Kamal iaitu anak kepada seorang nelayan telah mendapat 20A . Saya telah menjengah seketika ke rumah Nik Mohd Kamal dan keluarga di Kg Parang Puting,Pengkalan Chepa Kelantan.Kebetulan pada masa ketibaan kami ayah Nik Nor Madihah keluar sebentar, kami di sambut oleh Ibunya Puan Mariyani Omar dgn mesra sekali.Kami berbual bermacam macam topik serta menyatakan hasrat bertemu dgn Madihah. Sesungguhnya pelajar yg cerdik ini adalah seorang anak yg sangat baik,berbudi bahasa dan bersopan santun.Madihah adalah seorang beryakin tinggi,malah dia mampu membuat keputusan dgn baik.Madihah tidak malu dengan kemiskinan keluarganya.Rumah yg di dudukinya boleh di katakan daif iaitu terletak di penempatan kampong nelayan.Tidaklah terlalu sukar untuk mencarinya rumahnya kerana bila di tanya di mana rumah Nik Nor Madihah pelajar yg cerdik, semua org kenal.Sejurus selepas kami bersembang sembang maka ayah Madihah pun sampai.Iaitu Nik Mohd kamal Husin yg berusia 41 tahun. adalah seorang bapa bertanggungjawab dan berhemah.Percakapanya banyak berfalsafah.Ini menunjukan bahawa sebahagian kepintaran Madihah adalah di waris juga dari bapanya. Di antara cita cita Nik Mohd Kamal untuk anak anaknya ialah menjadi orang "cerdik",beliau tidak mahu anak anaknya menanam cita cita terlalu awal iaitu seperti menjadi doktor, guru atau apalah sahaja. Dia memberi perangsang pada anak anaknya yang seramai
4 orang itu ialah mesti menjadi seorang cerdik. Kalau cerdik maka semua pekerjaan kita boleh buat. Itulah ayah Nik Nor Madihah iaitu bapa kepada
Foto : Nik Mohd Kamal ada persamaan dengan Nik Nor Madihah
  • Nik Nor Madihah 18 tahun
  • Nik Nur Muhamad Saifullah 16 thn yg berlajar di SMT Bachok Kelantan
  • Nik Mohd Fajarul Syawal 15 thn di SM Bandar Salak Tinggi,Selangor
  • Nik Nor ain Amirah 11 thn di SK Parang Puting.
Antara petua Nik Mohd Kamal didalam mendidik anak anaknya ialah memberi makanan yg halal iaitu dengan usaha dan titik peluhnya sendiri. Memanglah keluarganya sentiasa kekurangan makanan. Mereka tidak pernah makan secara berlebihan dan mewah kerana makan seperti itu bukan caranya kerana mereka adalah golongan orang miskin dan makan hanya sekadar sahaja. Malah Madihah sendiri sentiasa mengumpul wang belanja sekolahnya untuk membeli buku sekolah dan dia terpaksa mengikat perutnya demi untuk buku. Saya rasa terusik juga bila Madihah memberitahu dia sangat suka membaca buku, dia sentiasa meminjam buku kawan kawanya kerana dia tidak mampu untuk memilikinya.









Foto : Bersama dengan Nizam, Nik Mohd Kamal,Ibunya Puan Mariyani,Nik Nor Madihah dan saya

Tuesday, March 24, 2009

MISI KEMANUSIAAN BERSAMA PALESTIN





Pada 27hb Mach 09 (Sabtu) bersamaan 30 Rabiulawal 1430 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Kajang MPKj akan di adakan program MISI KEMANUSIAAN iaitu BERSAMA PALESTIN dengan acara yg menarik iaitu Forum dengan barisan penceramah Palestin yang tidak asing lagi iatu Dr Hafizi Mohd Noor iaitu Pengarah Palestin Center of Ecellention (PACE) dan Ustaz Asri Haslam bin Hj Ismail iaitu penceramah bebas penulis buku Palestin iaitu GAZA MENANGIS manakala Moderaternya Hj Muhammad Zakaria.Program yang bermula pada jam 8.00 malam dengan tayangan GAZA oh GAZA dan di ikuti dengan Forum dan Persembahan Nasyid dari Kumpulan Nasyid yg tidak asing lagi RAIHAN dan alunan zikir munajat oleh Ustaz Hafiz Norizan.Program ini adalah dalam rangka untuk mengutip dana sebanyak RM 250,ooo (Ringgit Malaysia :Dua Ratus Lima Puloh Ribu Sahaja) untuk di sumbangkan kepada mangsa perang di Palestin,Membina atau membaik pulih sekolah serta masjid dan membekalkan air minuman untuk rakyaat Palestin.

Ibu Si Tanggang

Cerita lagenda Si Tanggang,Maling Kudang atau Juraij adalah antara kisah satu "kederhakaan" seorang anak kepada ibunya.Apakah anak anak sekarang sudah termasuk di dalam golongan kisah tauladan ini.Seorang anak jangan jadi seperti "kacang lupakan kulit" . Siapalah kita kalau bukan kerana seorang wanita yang bernama ibu dan kita tidak akan ujud di dunia ini kalau bukan kerana seorang yg bergelar Ibu,Mama,
Mak,Ummi atau apa apa sahaja yg layak untuk orang melahirkan kita.Insan yg bernama Ibu adalah insan yang hebat,mulia dan gigih walaupun siapa ibu kita.

Anak anak tidak boleh mempertikaikan siapakah ibunya samada tukang sapu,perdana menteri atau pelacur sekalipun.Status ibu adalah satu anugerah yg telah beri pada wanita.
Lelaki tidak mampu untuk menjadi seorang Ibu, tapi seorang wanita mampu untuk menjadi seorang bapa dengan kegigihanya mencari nafkah,mengasuh dan mendidik.

Bilakah kegembiraan wanita dpt di rasa apabila setelah bergelar isteri?

Bila seorang wanita di sahkan hamil maka akan tergambarlah satu kegembiraan di wajahnya,
setiap hari bertukar minggu bertambah bulan ibu akan menunggu satu kelahiran putera atau puterinya dengan sabar.Kadang kadang ibu alah dengan perubahan selera,hormon badan,
pening, mual dan berubahan mendadak pada tubuh badannya satu ketika dulu ramping dan menarik.

Tapi itu tidak memberi kesan pada wanita yg gembira untuk menjadi Ibu.Bila saat untuk melahirkan, Anak yang di kandung selama sembilan bulan sepuloh hari untuk di lahirkan maka waktu ini ibu akan tertarung dengan nyawanya sendiri.Malah di saat untuk melahirkan anak hanya dua perkara sahaja yg di ingat iaitu kesakitan dengan maut menjemput atau anak di lahirkan dan di harap dirinya akan selamat juga dengan izin Allah.

Kelahiran adalah satu proses kematian yg mana semua para ibu sudah sedia untuk
menerimanya.Kerana kesakitanya meyentap seluruh urat saraf, mengigil kesakitan dan meyerahkan seluruh tubuh untuk di perlakukan apa sahaja oleh bidan untuk keselamatan seorang "anak"Setiap kali proses kesakitan hampir kelahiran nafas yang di hembus adalah hembusan nafas terakhir, jika nafas dapat di sedut kembali adalah nafas untuk nyawa kedua begitulah azabnya seorang ibu melahirkan seorang manusia yg bernama anak.

Bila kelahiran anak selamat ibu dalam keadaan yg sangat letih tapi mampu tersenyum pada anaknya, setiap hati kecil ibu akan mengucap syukur di atas keselamatan anaknya.Tugas pemulihan tubuh ibu tidak habis di situ.dalam tempoh yg lama (pantang) ibu gigih menjalaninya.

Begitu juga dalam tempoh menyusukan anak.Sekarang bila anak bila menginjak usianya dari bayi ke kanak kanak dari kanak kanak ke remaja dan belia dan sehinggalah seterusnya.Tapi anak tidak dapat memusingkan ingatanya untuk seorang yg bernama Ibu.

Pada hari ini kebanyakan anak anak telah meletakan orang yg bernama Ibu di dapur sebagai tukang masaknya, atau sebagai seorang pengasuh untuk anak anaknya dan yg lebih malang lagi anak telah meletakan Ibunya di rumah yg tidak layak untuk ibunya iaitu rumah orang tua tua.

Sunday, March 22, 2009

Kembali ke Pondok Pasir Tumbuh,Kelantan

Foto: Inilah pondok pondok yang terdapat diPondok Pasir Tumbuh Kelantan,di sinilah tempat si sulong belajar kitab kuning.

Enam tahun dulu saya pernah menghantar si sulong (Ummu Solehah) ke Pondok Pasir Tumbuh Kelantan, untuk belajar agama. Sesi pertama si sulong belajar tiga bulan sahaja, ialah tinggal di dalam pondok yg serba serbi mesti urus sendiri, makan masak sendiri pakai dapor minyak (kesianya lah hari hari beli nasi luar sebab tidak tahu guna dapor minyak).Baju basuh sendiri dan bangun tidur kena bangun sendiri. Maksudnya mensesuaikan diri baru lepas SPM. Kemudian balik ke Kampung di Kajang untuk memcari peralatan mudah urus diri seperti rice cooker, cerek letrik dan dapor gas, maka mak & abuya naiklah kereta api bawa barang si Sulong satu kotak besar untuk kemudahannya.OK si sulong pun belajarlah kitab kuning, banyak jugalah dapat bak kata orang sekarang ini "tambah nilai".Kemudian bila keputusan keluar masuklah si sulong ke Kuliah di Pekan Pahang ambil STAM. Itu cerita si Sulong di hantar kemana sahaja untuk mengutip ilmu yg bertaburan di langit di bumi, di angkasa dan di lautan . Kalau satu hari nanti ada org buat sekolah di lautan saya akan hantar anak anak ini ke lautan, biar dia rasa susah belajar di lautan.

Foto : Menjejaki gadis "cerdik",besama Madihah dan Ibunya

Dalam perjalan kami menjejaki gadis "cerdik" istilah org Kg Parang Puting untuk Nik Siti Madihah yg merangkul 20A SPM 2008 saya banyak dapat pengalaman yg menarik.
Semestinya cerita Madihah... menarik, cerita makan di Pasar Siti Khadijah , menarik... juga tapi cerita Nizam kena kejar di hantu lagi menarik.Tapi cerita itu kita tinggalkan seketika saya ingin membawa anda menjejaki ke Pondok Pasir Tumbuh .

Dalam perjalanan balik kami singgah sebentar untuk solat jamai takhir zohor & asar di Masjid Pasir Tumbuh, ramai jemaah termasuklah anak anak pengajian pondok dan nenek serta ibu yang memondok di situ. (Satu hari nanti saya & my darling akan memondok seminggu untuk melepas tekanan duniawi di Pondok Pasir Tumbuh ).

Foto : Antara pembangunan yang terdapat di Pondok Pasir Tumbuh
Selepas solat saya naik ke tingkat dua masjid tersebut , ramainya anak anak yg berusia 3 hingga 10 tahun sedang belajar Quran, teringat saya aktiviti di Masjid Baitulrahman di Acheh, ratusan anak anak kecil belajar di dalam masjid dengan lantunan suara bacaan al Quran.
Foto : Anak anak kecil sedang menghafal al Quran dengan tekun dan sabar,
"melentur buluh biar dari rebungnya"


Anak anak ini telah di latih tubi oleh ustaz & ustazah dengan menghafal al Quran dari juzuk amma lagi hinggalah sampai mana dia mampu , saya bertanya salah seorang anak di situ yg berusia 7 tahun , dia telah hafal 4 juzuk masyaalah! dia mula belajar hafal al Quran ketika usia 4 tahun lagi dalam masa 3 tahun dia boleh hafal 4 juzuk dengan tidak meninggalkan belajar di sekolah kebangsaan. Inilah yg impikan dalam hidup membangunkan al Quran melalui anak anak yang masih kecil.Saya kira program yg seperti tidaklah susah untuk di lakukan tapi perlukan semangat dan kekuatan diri.Foto : Al Quran memenuhi ruang litup jiwa dan minda mereka.Wajah yg bersih & manis. Sejuk hati memandang.
Istilah Hi Muhammada Zakaria "The Walking Al Quran"kalau kanak kanak yg hafal al Quran.

Insyallah saya akan huraikan istilah ini.

Friday, March 20, 2009

Untung Jadi Org Yg Di Sayangi

Foto : Steci gambar terbaru dari steci buat peminatnya di seberang untunglah steci ada orang sayang padamu

Siapalah aku ini? itulah kalau kita rasa tidak di sayangi.Kadang kadang org suka membahagiakan kita dengan sekadar ungkapan sahaja."Sebenarnya I sayang kat you" maka kita pun tersemyumlah dgn lebarnya dan kita ingat memang betul lah org sayangkan pada kita,tapi sebenarnya orang hanya mahu meyedapkan hati kita kerana dia tidak mahu kita terasa."Iya ke you sayang pada I" kita pun ragu ragu juga bahawa benarkah dia sayang pada kita "kenapa you tak percaya ke?" dia pun tanya juga pada kita sebab dia tahu bahawa kita ragu ragu dengan ungkapanya."Kalau benar you sayang kat I apa tandanya" kadang kadang di sebabkan keraguan yg bermain di hati, maka kita mahu bukti apa yang menunjukan dia sayang pada kita."Bukti... apa yg you mahu akan I tunaikan " wah hebat ya kalau begitulah bukti orang sayang pada seseorang.Kalau bukti sayang itu pada barangan maka org kaya sahaja yg mampu memberi kasih sayang. Bagaimana kalau org yg miskin atau org yg tidak mampu?tentulah akan berkata "aku miskin tidak ada orang yg mahu dan orang sayang" betul! zaman sekarang ini kalau org mahu cari pasangan mesti cari yg berkereta besar,bergaji besar kalau boleh yg sudah milik rumah yg besar.Ini barulah boleh bukti "sayang"Maka saya terfikir jugalah apakah benar sayang itu pada barangan atau apa ya.... susah mahu cakap. Iya lah kalau sayang lautan api pun akan di renangi atau sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikan sayang.


Foto : Bersama anak anak mangsa tsunami di Aheh yg telah hilang kasih sayangnya, seramai 40,000 orang kanak kanak yg telah hilang kasih sayang.Bolehkah aku mencurahkan kasih sayang untuk mereka?

Jadi sayang ini membawa makna yg sangat luas dan hebat ya! kalau ibu sayangkan anaknya dia akan lakukan apa sahaja,tidak kiralah siapa anaknya. Tapi jangan buat main main kalau bapa sayangkan anak. Kata ayah saya "sayang ayah mendengar kata (maksudnya sayangnya ayah/bapa kepada anak bila dia mendengar kata ayahnya, kalau anak tidak mahu dengar nasihat ayahnya macamana ya.....?) Sayang saudara sama berada ( maksudnya, kalau kita ada duit,ada nama ,ada kuasa maka akan ramailah org mahu mengaku yg kita ini saudara kita ) dan sayang sahabat sama ada (maksudnya seorang sahabat itu akan sayang pd sahabatnya dlm apa jua keadaan sekalipun, samada sakit,susah atau senang sekali pun)" hebatkan sayang sahabat.Ada ke lagi sahabat yang macam tu pada hari ini.entahlah...

Tapi kalau suami sayang kan isteri macamana ya... atau sebaliknya,samalah dengan sayangkan kekasih iaitu sayang suami dan isteri pada hari ini mesti berada dan mengadakanya.

Macam artis saya tengok masing masing semuanya banyak duit tapi kenapa yg bahagianya terlalu sikit , yg selebih bercerai berai, maka salah juga sayang isteri mesti "berada"atau poket penuh, yg penting sayang meyayangi, tak ada duit tak mengapa. Maka istilah sayang ini hanya Allah sahaja yg tahu. Saya tidak mahu berkata tentang sayang dgn lebih panjang lagi. Berikan sayang anda kepada semua org semuga anda akan di sayangi

Wednesday, March 18, 2009

Anak Ikan Karim

Foto : Anak anak kampung yg suka mandi sungai.
Bukan kolam renang.


Ini adalah kisah saya masa usia 5 hingga 9 tahun.Waktu itu saya adalah dlm golongan kanak kanak yg nakal dan suka berjalan jalan masuk hutan keluar hutan,masuk paya keluar paya, mandi sungai dan macam macam lagi. Kalau waktu cuti sekolah adalah hari pesta yg paling meyeronokan. Bukan macam anak anak sekarang kalau cuti bangun lambat, puaslah emak dan ayah gerakan tapi tak mahu bangun.Kalau budak budak kampung seperti saya dulu,bangun mesti seawal pagi. Sebelum sarapan pergi rumah kawan dulu, pakat untuk buat aktiviti pada hari itu.Kalau semua sudah setuju balik rumah baru sarapan. Lepas sarapan kawan kawan pun akan datang rumah.Waktu itu depan rumah ada paya (sawah) .Aktiviti pertama ialah mencari anak ikan karim.

Ikan karim ini adalah sejenis anak ikan yang baru menetas lebih kurang 5 atau 6 hari .Anak ikan ini suka bermain main didalam air tohor . Seronoknya menangkap ikan karim ini ialah sebab dia liar sikit.Jadi untuk menangkapnya kena guna kepakaran. Yang pakar menangkap ikan karim ini adalah budak budak sudah biasa masuk paya.

Dalam satu satu masa kalau 2 atau 3 jam duduk dalam paya boleh dapat 5 atau 6 ekor anak karim, kemudianbila sudah dapat isi dlm botol kaca dan bawa balik kemudian adukan dengan ikan kawan kawan.

Lepas tangkap ikan karim pergi mandi sungai cari kepah. Dah letih mandi sungai pergi pulak masuk hutan kat rumah. Bila lapar baru balik dan sebelah petang pula main lastik lastik pulak.
Ini permainan sewaktu saya kecil kecil dulu dulu membesar dengan alam dan kehidupanya.

Anak anak hari ini pula sungguh ketandusan ilmu "kehidupan" kerana mereka tidak banyak belajar dengan alam. Mereka hanya belajar dari maya sahaja

Memanglah seronok zaman kanak kanak . Bagaimana anak anak sekarang, tahukah mereka tentang ikan karim ini
Foto : Anak anak kampong comot,suka berkawan dan sentiasa mesra.

Latihan Bekerja

Foto : Seorang wanita yg berusia 60 an di Kemboja masih mampu berniaga menjual kelapa muda di tepi jalan.

Hari semalam,hari ini dan mungkin esok adalah hari hari yg sama akan di lalui, kemana dan apa yg mahu kita buat pd setiap hari? Semua orang mesti berkata, saya seorang isteri/suami ,ibu /bapa, pekerja/ boss atau mungkin penganggur pun satu pekerjaan juga.
Jangan lupa kita ini adalah MAKLUK ALLAH YANG ADA TANGGUNGJAWABNYA

Kalau usia kita sudah 50 an apakah kita boleh bekerja lagi? tentu sahaja boleh kalau tidak ada peyakit yg tidak membolehkan kita bekerja atau kalau umur kita 80 an seperti Tun Dr Mahatdir apakah kita boleh bekerja? tentu boleh kerana badan sihat,otak berfungsi dgn baik.Kalau begitu pada hari ini, ada anak muda yg berusia 20an atau 30an atau 40an tidak ada pekerjaan bagaimana ya...

Bekerja adalah untuk memcari sumber rezeki yang halal, kalau minta sedekah pun halal juga sebab orang bagi,kalau minta orang tanggung atau taja hidup kita pun boleh juga.Tapi mungkinkah boleh seorang manusia yg sihat walhafiat serta boleh membaca menulis dan berselera makan tapi tidak tahu atau mahu buat kerja apa?

Orang yang begini selalunya nafsu untuk jadi orang maju tidak memcabar kewibawaanya dan dia hanya mampu berkata "siapalah aku,duit tidak ada" keluhanya... kadang kala membuatkan kita yg mendengarnya turut lemah dan kesian.

Bagaimana terjadinya sikap se ada nya begini? ini adalah sifat malas,sifat bertangguh,sifat tidak mahu menerima cabaran,takut kalah,malu berdepan dgn masaalah dan takut kecewa.

Sikap orang yg begini sering saja bertukar pekerjaan.Baginya kerja tidak boleh yg meyusahkan.
Orang yg begini selalunya suka menghabiskan masa dengan tidur,main dam,borak borak,
berangan angan.Orang begini selalunya minta dirinya di kasihani dan harap harap kalau dia merintih adalah orang simpati

Sebenarnya sikap orang yg seperti ini ada satu cara sahaja yg boleh mengubatnya iaitu dia mesti cungkil kemahiran dlm dirinya dan bajai dengan kerajinan serta lawan nafsu malas serta suka merintih dgn orang,Insyallah kejayaan akan meyusul

Foto : Orang asli memang rajin bekerja

Tuesday, March 17, 2009

Cut Paste

Foto : Lambakan buku tidak pasti yg mana satu bermutu dan asli tulisan penulisnya

Anda tahu apa itu"cut paste"maknanya "potong dan tampal" maksudnya sebelum ada teknologi komputer proses untuk membuat buku ini agak sukar juga.Bukan dari idea atau ilhamnya tapi dari segi teknikalnya /layoutnya.Caranya ialah bahan bahan yg hendak di cetak itu akan di tampal tampal pada satu kertas yg keras kemudian akan di hantar untuk di buat filem.Selepas itu barulah di cetak .

Tapi cute paste hari ini lain pula istilahnya iaitu search bahan bahan dalam rencana atau tulisan orang di dalam internet lepas itu kita copy lepas itu paste dan masuk dalam bahan buku yang kita mahu buat. Jadi kerja ini senang, tidak payah fikir fikir atau cari bahan bahan, selak kitab sana atau buka buku sini .Sekarang buat buku sudah senang.Maka kebanyakan penulis hari ini telah pun mengunakan cut paste, inilah penulis yg malas dan tidak pandai menulis tapi mahu jadi penulis. Maka hari ini ramailah penulis yg hendak bergelar penulis segera membuat kerja seperti ini.

Kalau mahu jadi penulis yg sebenar benarnya memanglah susah, sebab terpaksa mencari ilham atau sumber inspirasi kemudian barulah mengarang , yg paling penting mesti ada minat untuk jadi penulis serta rajin dan berilmu , itu yg penting.

Hari ini kita lihat lagi ada satu perkara yg tidak baik iaitu pengunaan nama penulis.Buku sekarang ini kalau orang ada nama tidak payah susah payah menulis seperti ulama zaman dulu yg menghasilkan ratusan kitab dari kaji selidik dan merantau jauh mencari ilmu untuk menghasilkan kitab,sekarang tidak payah begitu.Kalau ada nama maka akan datanglah skrip skrip untuk di tumpangkan namanya konon kalau guna nama org yg sudah ada nama buku itu laku.

Sekarang ini mana mutu buku? lambakan buku di pasaran pada hari ini seperti lambakan ikan busuk yang tidak laku di pasar borong.Orang hanya jeling sahaja.
Foto : Org malas pun boleh jadi penulis iaitu cut paste sahaja
Ada sesetengah pembeli itu membeli sebuah buku mereka akan baca dulu sikit isi di dalamnya,
bila puashati baru beli.Kalau boleh elakan penulis yg kurang bermutu ini kerana buku adalah khazanah ilmu yg orang akan baca dan jadikan rujukan,kalau buku yg di baca itu di buat dari hasil orang malas atau orang mahu ambil kesempatan.Maka akan rosaklah industri buku dan orang akan cari buku luar untuk di bawa masuk kedalam negara,kerana mereka tidak puas baca buku tempatan yang cut paste . Org yg menulis buku cut paste ini adalah orang gila nama atau istilahnya "glemer murahan" mahu terkenal sebagai penulis tapi tidak pandai atau malas menulis, maka tiru sahaja bahan orang dan tulis nama dia.

Kalau kita menghasilkan sebuah buku yg lahir dari idea dan ilmu kita sendiri, Insyallah buku itu akan lebih bermutu.Ada juga yg menulis hasil dari pengalaman hidupnya sendiri contohnya dalam novel laskar pelangi yg tengah meletup letup di negara jiran kita.Tapi di negara kita belum ada novel dari sejarah hidup di tulis dan di filemkan.Saya harap satu hari nanti akan ada org yg akan jadi jutawan hasil dari sejarah hidupnya yg ditulis sendiri dan di filem seperti sejarah hidup Mathama Ghandi

Monday, March 16, 2009

Satu Realiti

Foto : Hj Muhammad yg mengetuai kumpulan menjejaki "Serban Hijau"

"Serban Hijau" itulah satu nama yg sudah lama saya dengar dan baru baru ini sekumpulan pencari serban hijau menjejaki sejarahnya
Kemana kami?
Ke Kg Serban Hijau,Sg Siput Alur Gajah Melaka
Berapa orang pencari serban hijau itu?
Tujuh orang
Foto: Menjejaki "Serban Hjiau"
dari kanan:Helmi,Syukri,
Hajar,Rusnah,Hj Muhammad,
Ummu Jannah dan Thoriq (tiada dlm gambar) serta pasangan suami Isteri yg tinggal di rumah yg paling hujung sekali di Kg Serban Hijau


Malam itu kami meyinggah sebentar di rumah mak di Titian Bintagor,Lubok China Melaka.Seperti biasa belum melelapkan mata pada malam itu mak akan bercerita berbagai sejarah yg lama lama , antara cerita mak yg di ulangnya ialah cerita "serban hijau" kami semua menjadi pendengar dengan longhat dalam bahasa Nogori Sembilan.

Foto : Bersama Mak di Kg Titian Bintagor

Serban Hijau dalam sejarah

Pada tahun 1700 sekumpulan pedagang dari Arab telah datang ke Melaka dengan alasan untuk berdagang,tapi sebenarnya mereka mahu meyembarkan ajaran Islam.Kedatangan mereka ini telah di sambut baik oleh penduduk tempatan.Antara pedagang yg datang itu salah seorang dari mereka itu Syeikh Ahmad Manjun.Nama sebenarnya ialah Syeikh Ahmad,manakala "majnun" itu di gelar oleh penduduk tempatan iaitu yg bermaksud "gila" sebab apa dia di beri gelaran gila? gelaran itu di beri kerana kegilaanya membawa ajaran Islam yg suci dan murni serta mengamalkan ajaran Islam pada waktu itu. Sedangkan pada waktu itu Islam belum berkembang lagi di Melaka. Di samping itu cara dia meyampaikan ajaran tersebut kepada orang ramai serta ibadahnya kepada Allah.Maka orang di kampung tersebut mengelarnya Syeikh Ahmad Majnun.

Syeikh Ahmad ini telah meneroka satu kampung yg pada hari ini telah di abadikan namanya "Kg Serban Hijau" di Sg Siput,Alur Gajah Melaka.Mengikut sejarahnya ialah Syekh Ahmad Majnun ini adalah dari keturunan India sebelah Ibunya dan Arab sebelah bapanya.Beliau berasal dari Goa India.
Foto : Pemandangan di Kg Serban Hijau

Beliau ini sentiasa memakai serban yg berwarna hijau iaitu warna kegemaran bangsa india serta berjubah.Syeikh Ahmad Majnun ini telah membuka sebuah Madrasah yang hari ini di kenali sebagai "Solok (suluk iaitu tempat beribadah) Serban Hijau" beliau telah membuka pengajian agama di madrasahnya serta beliau sendiri yang mengajar tanpa jemu.Beliau juga akan menaiki perahu berulang alik dari kampungya ke Lubuk China untuk mengajar penduduk di Kampung tersebut. Antara anak muridnya yang sangat taat belajar denganya ada juga di kalangan jin jin Islam.Oleh kerana kesolehanya maka pengajianya telah di terima oleh orang ramai dan berkembang di seluruh kampung tersebut, sehinggalah dia meninggal dunia.Apabila beliau meninggal dunia maka anak muridnya di kalangan jin jin tetap menjalan amal ibadahnya seperti gurunya mengajar dulu.
Foto : Surau yang terdapat di Kg Serban hijau

D iantara jin yg sering menampak dirinya ialah Hj Wahid ) gelaran ini di beri oleh Syeikh Ahmad Majnun untuk anak muridnya di kalangan jin ini.Walau pun Syeikh Ahmad Majnun telah meninggal ratusan tahun dulu,tapi anak muridnya di kalangan jin ini telah beribadah di tempat tempat di mana Syeikh Ahmad Majnun beribadah dulu contohnya di Masjid Tititan Bintagor dan ramai orang telah nampak kelibat Hj Wahid ini pada ketika ketikanya.Belaiu selalu berjemaah dengan ahli kariah pada waktu solat .Hj Wahid ini tetap memakai serban hijau dan sering beritikaf di masjid tersebut,
Ini sedikit sejarah yg dapat kami kutip.Dan saya akan terus mencari sejarah ini.Insyallah....

Foto : Sedang kusyuk mendengar sejarah serban hijau

Hantaran untuk khawin

Foto : Perkhawinan antara 2 benua iaitu jejaka New Zealand dengan gadis Malaysia. AAron & Dr Laili

Wah... bila sebut khawin ramai yg tersemyum,baik org bujang yg terang tang tang atau dara terlajak,bukan apa saya pun terfikir juga kenapalah nak cari pasangan ini terlalu sukar,betulah ajal maut di tangan Tuhan,tapi kita ini kena usaha.Apa pilihan hati kita?sesuaikah dia dengan kita? dan apa yg kita mahu dari pasangan kita? khawin ni bukan sehari dua,kalau boleh biarlah mati bersama,

Foto bawah : Adat perkawainan India Muslim, dengan permainan warna yg sangat ceria dan lagu lagu yg hangat, yg paling sedap ialah jamuanya iaitu kari kambing dengan acar buah dan pepedam bersama dengan nasi bukhara..best

Kalau dulu dulu org kalau mahu khawinkan anak kena cari yg sama setaraf keluarganya, contohnya kalau ayahnya guru besar mestilah berbesan dengan pegawai , baru ngam, kalau ayahnya guru besar besanya penoreh getah aai malu juga tau.Itu dulu dulu.

Tapi arwah ayah saya sangat melarang anak cucunya berkhawin dengan sepupu atau dua pupu,katanya tidak begitu baik sebab arwah saya orang Negeri Sembilan sangat menjaga adat dan keturunan.
Kalau hari ini saya tengok ramai artis artis wanita akan cari dato'atau tan sri atau tengku,ialah jadi artis ini nak menteng kehidupan mahal.Kenalah cari orang yg banyak duit untuk biaya kehidupanya.Trend artis khawin orang besar besar ini ialah bila buat liputan berita mahu keluar dalm TV atau surat khabar atau majjalah maka wartawan akan tanya "berapa hantaran"maka dengan bangganya artis akan menyebut "RM33,333,30 atau yg termahal pernah saya dengar RM 79,999,90 dan barang hantaranya satu set sepersalinan yg berjenama datang dari luar negara,cincin pula bertahta mutiara terpilih dan acara perkhawinan mesti ada tema.

Aaai.. macamana teruna dan dara hari ini mahu berkhawin ya! mahal sangat.

akhirnya bujang terus membujang dan dara terus mendara kerana hantaran sekarang mengikut angka dan hantaranya mesti datang dari jauh dan berjenama serta acaranya mesti ada tema.Kalau susah susah sangat khawin dengan orang halus sahaja.Tidak ada hantaran.....

Foto : Sehari sebelum majlis perkhawainan seorang gadis Kemboja (di Kg Bt 9 Kemboja) mahu di lansungkan .acaramelulur seluruh badan dengan bedak sejuk yg
wangi dan saya singgah sebentar di rumahnya,manakala di keliling dinding rumahnya penuh dengan hiasan bunga dan di tutupi kain kuning...adatlah tu,menarik juga.

Sunday, March 15, 2009

Hand Phone Milik Anak


Handphone adalah satu keperluan yang perlu dimiliki oleh semua orang. Tidak kiralah anak-anak sekolah rendah, apatah lagi pelajar sekolah menengah dan lagi-lagi pelajar yang sudah remaja/belia. Ianya akan menjadi keganjilan jika remaja/belia pada zaman kini tidak memiliki handphone. Kalau kita bertanya pada seseorang, 'apa nombor hand phone anta? ' ana tidak ada handphonelah".Mana ada org jawab macam tu sekarang. Tidak pernah saya fikirkan ialah budak tadika sudah berhand phone, ya Allah canggihnya dunia perhubungan sekarang. Ya! bila makin canggih perhubungan sekarang, maka bertambah canggihlah kehidupan.



Berkenaan dengan cerita hand phone ini, saya mengalami masalah dengan pengunaan hand phone. Pertama sekali, saya hanya tahu guna handphone untuk buat call, terima call dan kadang kala baca massage; itu pun kalau rajin buka. Selebihnya saya tidak tahu pengunaanya dan saya rasa ianya tidak perlu walaupun ada berbagai function. Contohlah kalau saya mahu tengok kelender, maka saya akan guna kelender yg manual iaitu kelender kuda yg tarikh lengkap dgn tahun masehi dan hijrah serta tarikh cuti sekolah dan cuti am sekali. Andainya saya mahu tengok masa, maka saya akan tengok jam. Jikalau saya mahu ambil gambar, maka saya akan guna kemera.

Namun masalah yang tidak pernah2 selesai ialah menulis message.Ya! Sehingga kini! . Walaupun saya mahir menggunakan komputer, namun untuk menulis massage tidak sama sekali..




Perkara yang berikutnya, saya sering kehilangan hand phone dan salah letak handphone. Kehilangan handphone ini bukan sebab apa, ianya kerana saya ada 4 anak teruna yg sedang meningkat remaja iatu yg berumur 22 tahun,19 tahun,18 tahun dan 15 tahun. Akan menjadi kemestian bagi saya untuk menghadiahkan kesemua anak-anak ini hand phone selepas mereka ambil SPM. Namun kadang kala mereka tidak sabar mahu tunggu habis SPM, tingkatan 3 lagi dah mahu pakai hand phone, jadi kalau tidak di beri ... hand phone saya yg jadi mangsanya.


Kadang kala tu cari hand phone seluruh rumah takut salah letak, rupanya bila call ada org jawab dan mengaku dia pegang hand phone. Kalau anda macam saya apa mahu buat ya? Kadang kala itu ada org mahu bercakap dgn kita, tiba-tiba hand phone kita org lain jawab. Jadi tentulah org akan kata kita ni takut nak jawab panggilan dan suruh org lain jawab. Maka akan timbullah sangka buruk org terhadap kita.

Saya terpaksa membeli handphone baru setiap 3 bulan sekali. Bukannya apa, anak-anak akan ambil kemudian hilang, rosak dan akhirnya saya terpakslah beli yg lain pula. Sekarang ini saya beli handphone yg paling murah di pasaran supaya mereka ini tidak berminat lagi untuk mengunakanya. Tapi, yang ini mereka pakai juga..alasannya hand phone dia tidak ada credit dan saya menggunakan bill.

Handphone ini yang perlu saya pakai mungkin !!!