Friday, March 6, 2009
Kerja Yang Menyusahkan
Sekarang saya lihat orang semakin susah untuk mengiklaskan dirinya untuk sesuatu tujuan.Apatah lagi kalau tujuan itu tidak mendapat imbuhan atau saham kepadanya.Jangan k fikir orang akan suka apa yang kita buat,sekalipun perkara itu baik.Malah untuk menzahirkan "ya atau pun "tidak" itu pun kita tidak boleh,(kadang kala kita terpaksa menipu diri sendiri).Malah kita sering saja berdolak dalik dan mencari sebab untuk memberi alasan.Sebenarnya dalam melakukan sesuatu tidak perlu membuat berbagai alasan,beritahu sahaja apa yang tersirat didalam hati .Ini lah yang berlaku pada PERSATUAN BELIA SRI AL AIN,Satu pertubuhan NGO yang menjalankan beberapa usaha kebajikan untuk masayarakat (Bukan kebajikan Masyarakat) untuk semua Bangsa,Agama dan Negara. Bila di usulkan tentang kesusahan di negara jiran,kemiskinan yang perlu di benteras,malapetaka yang banyak menimpa di berbagai negara.Peperangan yang banyak terjadikan hingga memusnah banyak nyawa,harta ,keganasan sering terjadi yang banyak mengorbankan banyak nyawa manusia. Maka seringlah kita bersemangat...ooo orang ini perlu dibantu, di tolong, di beri perlindungan dan berbagai bagai cadangan yang kita fikirkan.Tapi bila untuk di ajak untuk menjalankan kerja kebajikan itu maka datanglah suara suara yang sumbang dan sumbing
1 Susahlah,sibuk kerja
2 Tak ada masa
3 Nak makan pun susah,macamana nak tolong orang.
4 Balik kerja lambat
5 Isteri/suami ada masalahlah.
6 Anak ada hal
7 Tertidurlah
8 Tiada orang yang beritahu
Itulah alasan alasan untuk meyedapkan telinga.Sebenarnya alasan itu tidak perlu di beritahu.
Saya sentiasa memikirkan apakah caranya untuk mengajak orang meyumbang tenaganya kearah kebaikan atau kearah" kemanusiaan" ini.
Semalam saya adakan mesyuarat MISI KEMANUSIAAN,tempatnya sangat mudah dan stertegik iaitu di dewan kuliah Masjid al Imam al Ghazali,Manjalara Kepong.Masa lepas Isyak.
Senang,mudah semua orang boleh datang untuk satu matlamat iaitu "Membantu Sesama Insan"
Saya hantar 300 SMS yang jawab tidak sampai 10 orang,hantar email,tiada respon,hantar surat 50 keping yang jawab " tidak boleh datang " 3 orang.Akhirnya saya adakan juga mesyuarat itu,yang datang hanya 6 orang sahaja.
Dan saya kagum dengan seorang sukarelawan yang telah bersama dengan Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) ketika dia berusia enam belas tahun lagi dan hari ini dia sudah berusia dua puluh dua tahun, masih belajar,bekerja sebagai guru agama,malah sibuk dengan kumpulan nasyid pula,tapi bila undangnya untuk datang mesyurat atau bertugas dia tidak pernah menolak,walaupun dia terpaksa membatal beberapa agenda pentingnya.Dan kesanggupanya memberi sumbangan tenaganya yang tidak pernah berkira.Di sini saya ingin mengajak anda merenung sejenak apakah kehadiran anda untuk satu tugasan kebajikan untuk masyarakat perlu di hitung dengan pengiktirafan,kewangan atau gelaran? terpulanglah... setakat mana yang anda fikirkan apakah untuk melakuan kerja yang baik itu perlu ada alasan ? Kerja kebajikan ini memanglah kerja yang menyusahkan perlu korbankan waktu rehat, kewangan,diri sendiri,perasaan dan harta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment