Saturday, March 7, 2009

Cantik & Buruk Sama

Foto :Sedang meyusu:Sebelah kiri steci,eik'in & mavi,manakala yg seekor lagi memi warga baru yg datang menumpang kasih

Selalunya yg cantik akan di sukai oleh orang,walaupun budi bahasanya kurang meyenangkan. Kerana kecantikan kadang kala menutup keburukan akhlaknya.Tapi itu hanya segelitir sahaja yang cantik berperangai buruk. Selalunya yang cantik,perangainya pun tetap cantik.Ini juga berlaku pada binatang yg saya pelihara iaitu.

Tiga ekor anak kucing yang jadi binatang kesayangan di rumah kami telatahnya sangat menghiburkan.Terutama bila ketiga tiga ekor anak kucing ini memiliki perangai yang berbeza walau di lahirkan oleh satu ibu dan satu bapak. Anak kucing yang di beri nama yang glemer ini sentiasa membuatkan saya dapat mengenalinya melalui perangainya.

1 Yang pertama namanya mavi - perangainya sangat suka membuli adik beradiknya,terutama ketika waktu meyusu,dia akan pastikan adik beradiknya tidak akan menyusu dulu sebelum dia menyusu di samping itu kalau dia dapat makanan dia akan bawa lari jauh jauh dari adik beradiknya - Ini namanya pentingkan diri sendiri.

2 Yang kedua ini pula nama eik'in - dia ini mempunyai warna yang menarik,putih sedikit bertompok tompok hitam,suka menjilat badan sendiri serta main dengan ekor ibunya dan suka main sendirian diatas kerusi - Ini namanya perlukan kasih sayang serta jaga kebersihan dan kecantikan dirinya.


3 Manakala yang seekor lagi ini namanya stenci (nama org putih) bulunya lebat seperti bulu bapaknya,mukanya lain sikit dari adik beradiknya dan badanya sedikit besar
- Perangainya cepat mengalah dengan mavi,suka makan banyak,kuat tidur dan kalau ibunya meyelongkar makanan dialah yang akan turut sama. Steci ini sangat malas membersihkan dirinya,selalu kena mandikan ,kalau tidak bulunya yang kembang itu akan comot dan bertukar warna -ini namanya sikap suka senang dan sentiasa berusaha untuk makan sahaja.

Inilah gelagat anak kucing yang menjadi kesayangan kami dan sentiasa memberi sumber ilham dan penghibur hati.Sikap masing masing ini mungkin terbentuk dari bentuk tubuh mereka juga.

Ibunya "Mela" sentiasa memberikan kasih sayang yang sama untuk tiga ekor anaknya, ibunya kalau di beri makan selalunya akan memanggil ketiga tiga anaknya,Anaknya makan dengan rakus sekali terutama steci, Sambil anaknya makan mela akan menjilat jilat kepala anaknya denga penuh kasih sayang.Kadang kala anaknya akan makan sampai habis,maka mela akan berlalu dan mengesel lagi pada tuanya minta di tambah lagi makanan.Itu lah sikap binatang kesayangan kami.

2 comments:

  1. ceritalah tentang memi tu :) oooh steci, rindunye dekat steci..

    ReplyDelete
  2. Hunnnsss... Memi abang yang tuaa.. mengapa dipinggirkan begituu? Ini tidak adill!! Ini boleh mendatangkan maraahh... Cip Khadamm... panggel semwa khadam2 kemarii...

    ReplyDelete