Foto :Ibubapa Syukri berada di Kemboja
Pagi tadi saya terima SMS dari Syukri (Anak angkat orang Kemboja) katanya "Mak,kesihatan lebih penting drpd kerja,sebelum tidur kurangkan fikir dan niat redha kpd umat seluruh dunia (ini amalan ahli syurga)".
Sejarah saya menemuai Syukri ini lebih kurang setahun yg lalu bila anak saya Salman yg belajar bersama denganya di sebuah Madrasah di Hulu Langat sering memberitahu saya tentang Syukri ini iaitu seorang anak orang Kemboja yg miskin,ibubapanya menjual tanah untuk menghantarnya belajar di Malaysia.Kini setelah setahun belajar,ibubapa tidak pernah menghantar duit belanja padanya,pandai pandailah dia untuk mencari rezeki untuk makan,yuran belajar dan sara diri.Perkenalan saya denganya ialah pada ketika itu dia sgt memerlukan bantuan untuk menghidupkan Visanya yg hampir tamat.Walaupun pd ketika itu saya tidak kenal siapa dia,tapi saya tetap menolongnya sehinggalah visanya dpt disambung semula.Dari peristiwa itu dia telah mengambarkan pd saya yg dia ingin memanggil saya dengan panggilan "mak" saya iyakan sahaja.Selepas peristiwa itu Syukri tidak akan lupa SMS kan pada saya setiap 5 hari sekali dan SMS nya akan bermula dengan "mak apakhabar? sihat ke?.Saya di sini sihat." dan pada setiap hujung minggu dia akan call, pun ayat yang sama. Itulah Syukri anak angkat saya dari Kemboja,Saya terharu dengan sikap Syukri yang pada saya amat sejuk perut Ibunya mengandung kerana mempunyai anak yg baik,Insyallah.
Apakah Syukri perlukan perhatian atau saya mahukan perhatian? dua dua sama.Dua jiwa satu hati.Kasih anak buat saya Ibu angkatnya.
Kisah anak orang asli.
Ini pula kisah saya dengan anak anak orang asli di Kg Merbau.Saya rasa ada orang yang jelak dengan kisah "kemanusiaan"saya ini.Tidak apa, ini adalah halwa hati iaitu untuk lembutkan hati yg keras.
Kunjungan saya ke Kg Merbau,Maran akan membuatkan saya hidup seperti zaman kanak kanak.Selalunya ziarah saya sekitar jam 9 atau 10 pagi.Saya akan pastikan membawa buah tangan cukup untuk semua anak anak orang asli di kampung itu.Mereka ini berkeliaran bermain
Foto : Anak orang asli pd waktu pagi
main di sekitar balairaya.Kalau parking sahaja kereta mereka akan dtg ramai ramai,tanya macam macam,dulu mereka malu,kalau saya datang sahaja mereka akan lari lintang pukang masuk dalam celah celah pokok kayu,tapi hari ini mereka sudah mesra.Kalau kita datang pada waktu pagi dan tanya mereka "sudah makan?""belum" jawabnya,sambil tanganya yang berlumpur mengutil gutil biji cenderai dan buah buah hutan yg dia dapat cari pd pagi itu"kenapa tak makan" dia akan gelak gelak "mak dan ayah masuk hutan,makanan tidak ada kat rumah".
Foto : Pemandangan di dapor rumah orang asli di Kg Merbau,Maran,terlalu sukar untuk di bayangkan.Siapa kita dan siapa dia?
Bagaimana ya kalaulah anak anak kita di tinggalkan kat rumah tanpa makanan?Kalau di rumah kita untuk sarapan pagi sahaja ada menu tertentu seperti jus oren,susu,roti bakar,nasi lemak,roti canai, oooo nikmatnya hidup dalam makanan.
Inilah hidup dua darjat di bumi yang merdeka. Aku dan anak orang asli sama sahaja
Foto : Saya dan anak orang asli sama sama pandai masak, goreng ubi kayu untuk sarapan pagi.
No comments:
Post a Comment