Foto : Bilangan wanita lebih ramai dari kaum lelaki
Sekarang ini bilangan kaum hawa lebih ramai dari kaum adam.Kalau di universiti boleh lihat betapa ramainya kaum hawa ini belajar, kebanyakan mereka ini semuanya pintar pintar dan cerdik.Malah kaum adam ada masanya kalah dalam belajar. Begitulah kedudukan kaum hawa di akhir zaman ini. Walau pun kaum hawa ramai dan lebih dari kaum adam tapi masih ramai lagi kaum adam yg masih belum dapat pasangan.Kalau kaum hawa belum ada pasangan ok jugalah sebab kaum adam kurang.
Bila di buat satu kaji selidik yg tidak formal iaitu dalam sembang sembang petang, rupanya kaum adam yg belum ada pasangan ini adalah mereka yg teliti memilih, katanya takut terpilih "buku tebu"tahukah anda apa buku tebu? iaitu tebu yg antara ruas keruas itu ada bahagian yg keras, kalau di gigit patah gigi. Ialah kalau sudah terlebih ramai itu mahu pilih susah pula sebab masing masing ini kebanyakanya menampilkan "kepalsuan".Sebagai contoh mukanya kurang menarik di buatnya menarik dgn berbagai meka up, kalau mahu lihat yg original hah tengok masa dia tak bermeka up, kadang kadang umurnya dah 30 tahun di katanya umur 19 tahun,dia tak tahu masak di katanya pandai masak macam chef,dia malas kemas rumah di katanya dia pandai hias rumah macam pereka dalaman bermacam macam lagi.
Sebab itulah kaum adam ini teragak agak mahu memilih. Kalau kaum hawa ramai yg belum bertemu jodoh pun begitu juga, lagilah mereka ini meletakan satu nilai yg mahal pada dirinya iaitu mahu cari lelaki yg macho,banyak duit...itu penting zaman sekarang ini.Mesti ada kereta besar, mesti dah ada rumah senang tidak payah sewa rumah lepas khawin dan umurnya mestilah lebih sikit darinya, kalau dapat suami muda sikit dari usianya kadang kala itu orang sosek sosek juga lagi pun kaum adam ini malu kalau usia isterinya tua padanya sebab wanita ini wajahnya cepat matang dari kaum lelaki.
Foto: Wajah yg macho buruan wanita hari ini selain dari wang
Saya berminat dengan satu kumpulan yang menjodohkan pengikutnya. Ini adalah jalan peyelamat untuk mereka yg susah mahu memilih pasangan maknaya biar orang lain yg tolong carikan dan padankan. Tapi cara begini tidak boleh memilih iaitu redha sahaja apa yg dapat.Ini pun bagus juga, kalau pilih sendiri nanti terpilih ke "buku tebu"cari pasangan itu biarlah sepadan dengan kita iaitu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dan kaum adam kalau mahu pilih isteri biarlah sepandan dengan kita.
Foto : Wanita yg solehah antara pilihan lelaki, jangan tersalah pilih takut terpilih ke "buku tebu"
No comments:
Post a Comment