Friday, March 13, 2009

JAGA KESIHATAN

Foto :Ini hanya hiasan sahaja,selalunya kalau org sedang dilamun cinta , demam atau sakit di dalam hati sebab gelora asmara,seperti budak dua orang inilah,meluahkan perasaanya tidak kira di mana.

Adoooi... sakitnya ! pening kepala,sakit gigi,sakit perut dan sakit hati.Ini adalah peyakit yang sering membawa pesakitnya menderita yg berpanjangan,kalau luka,kudis,demam , barah atau strok ini pula peyakit yang perlukan ubat ubatan dan suntikan ubat atau di bawa ke klinik atau hospital.

Tapi kalau sakit yang meyinggahi di kepala (sakit kepala) mungkin sebab banyak fikir atau strees,kerja tidak siap,kekasih lari,duit tidak ada , kalau bekerja beritahu boss ,sebab tidak dtg kerja kerana sakit kepala, boss tidak akan terima,sebab sakit kepala iaitu sakit yg tidak nampak.

Kalau sakit gigi pula ini peyakit yang datang dengan tiba tiba,sakitnya hanya allah sahaja yang tahu dan katanya sakit gigi ini peyakit kedua tersakit selepas bersalin.Bagaimana ya sakit bersalin? ini sakit biasa bagi seorang wanita yang bergelar ibu,sekarang sakit bersalin sudah tidak berapa di rasai lagi,kerana orang akan menuju ke hospital kalau mahu bersalin,bedah boleh,suntikan pelali boleh dan berbagai lagilah,saya tidak pernah ke hospital untuk bersalin walau ada tujuh org anak.

Sakit perut,ini lagi istimewa sakitnya, sebab ada jua jenis satu yg berulang alik ke tandas, yang satu lagi yang kembung sedawa keluar angin kadang kadang keluar masuk angin ini boleh di buat buat contoh kalau kita mengantuk,mahu tahan mengantuk maka kita pun sedawa buat buat,hilang mengantuk sekejap kemudian buat lagi.

Satu lagi peyakit yang sangat susah untuk di ubati, iaitu hanya sesetengah orang sahaja yg mengalaminya iaitu ketika di lamun gelora asmara, namanya sakit deman hati.Ini peyakit tidak boleh di buat buat atau di ubat ubat.Kerana pesakitnya dari raut airmukanya sahaja yang membayangkan gelora hatinya yang sedang sakit dan demam, seharus ubatnya ialah jangan di pendamkan , luahkan dan bincangkan supaya terlerai gundah gulana yang merasuk jiwa.Dan ini petuanya

1 Saat kau meyukai seseorg kau ingin memilikinya utk keegoanmu - Ini boleh teruskan

2 Saat kau meyayangi seseorang kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri - ini perlu perlu pertimbangan.

3 Saat kau menyintai seseorang kau terlalu ingin melakukan apa sahaja untuknya - fikir fikirlah dulu sebelum bertindak.

4 Di saat kau meyintai seseorang kau ingin berada di sisinya dan mengegam erat tanganya - Sabar dulu.

5 Di saat kau menyintainya kau selalu menantinya dengan setia dan tulus -ini OK

6 Cinta adalah hal yang memberi dengan rela - Jangan yang haram yg di halalkan

Jadi bagaimana ya mahu mengubat peyakit hati orang muda atau orang tua yang sedang di landa peyakit ini , tiada penadol, ubat cap kaki tiga atau minyak cap kapak,yang ada hanyalah ungkapan kau setiakah padaku.Ya atau tidak.

Kalau begitu siapa yang sedang mengalami sakit hati haruslah mencari rakan kongsi untuk menterjemahkan rasa hati itu.Semuga rakan kita dapat membantu mana tau...

Foto : Seorang beliawanis org asli yg sedang dilamun cinta,namanya Norshakirah,sekarang sedang menunggu hari perkhawinanya tidak lama lagi,kalau org sedang bercinta memang begitu,senyum seorang,nangis seorang,kadang kala itu makan pun apa yg dapat sahaja dan tidur pun tak lena.

No comments:

Post a Comment